Saturday, March 23, 2013

Hiking @ Bukit Putih aka Bukit Apek



Assalamualaikum wbt.
Perghh...lama gila tak update  cerita! Tapi kalau dah memang tak ada cerita yang nak diceritakan, macam mana nak update,  ye tak?

So straight to the point  je la. 16 Mac lepas aku & the gang join fitness training programme under  unit pra-hospital kitorang. Lokasi pilihan Bukit Putih aka Bukit Apek. Actually  aku pun tak familiar  dengan bukit ni. Kalau Broga tu aku tau la. So  kalau korang nak tau kat mana, silalah google  sendiri. Landmark  yang aku boleh bagitau, ada Econsave and  ikut Jalan Awana 23. Itu je. Dan apa yang excitednya nak hiking  kat sini sebab ada air terjun! Wow...tak sabar kot.

Yang join 14 orang dan semua gerak dengan kereta sendiri. Janji kumpul pukul 6.30 pagi. Konon la. Tapi mesti la pukul 7 lebih baru gerak dari hospital, kan? Nasib bukit tu dekat je. Tak sampai setengah jam pun dari Bandar Tun Razak. Tapi sempat la jugak habiskan sepolisterin nasi lemak on the way  tuh! Al maklum la aku baru habis ON shift  kot. Tak sempat makan pun. ER busy as usual!  Habis shift  pagi tu, terus siap-siap untuk hiking! Memang gila la. Malam tu sempat tidur pun plus minus  sejam je.

Disebabkan semua budget terror  maka tak perlulah pendakian ini dimulakan dengan warming up.  Cukup sekadar bacaan doa yang diketuai oleh si bakal pengantin! [yang belum diketahui bila majlisnya]. So  lebih kurang 8.20 pagi maka bermulalah pendakian kami. Bukit ni ada 6 stage/check point.  Tapi baru check point 1  aku rasa macam nak semput dah. Gila mencanak tinggi dia! 45-50 degree  la jugak. Haila. Tapi cuba menggagahkan diri. Semuanya demi air terjun!



Kepoyoan jelas di situ. Eksyen lebih!










Bergambar di setiap R&R adalah satu kemestian!









Muka happy. Sikit lagi nak jumpa air terjun. Come on, bebeh!


Belum sampai tempat yang dituju, bekal air yang dibawa dah tinggal separuh. Belum jumpa air terjun tapi masing-masing dah lencun bermandikan peluh. Kaki pun dah lenguh tak terkata. Lutut ketar woo. Sampai tergelincir-tergelincir lagi. Fuhhh! Dan nasib jugak air terjun tu kat check point 5  je. Selepas lebih kurang 2 jam mengharungi liku-liku trek yang entah apa-apa, akhirnya kitorang sampai jugak kat kawasan air terjun yang...yang..yang...comel?



Ini la dia air terjun sekangkang kera yang berkedalaman separas peha [mengikut ketinggian aku!]

Disebabkan berlakunya kemalangan tidak diingini dan tidak perlu diceritakan di sini, kitorang tak stay  lama kat kawasan air terjun tu. Lebih kurang 11.30 pagi kitorang dah siap-siap gerak tinggalkan kawasan tu. Rehat kat R&R check point 5  sampai masuk waktu Asar. Then  pukul 4.45 petang kitorang teruskan perjalanan dan lebih kurang 5.50 petang kitorang sampai kat starting point.  Fuhh, lega! [dalam risau].

Apa-apa pun ini antara outdoor  paling best dalam hidup. Iye la, tak ramai yang sanggup keluar rumah pukul 8.30 malam untuk pergi kerja then  balik rumah semula pukul 9.30 malam keesokannya. Itu pun selepas seharian dalam hutan! 23 jam untuk 2 aktiviti tanpa tidur.

Bye Bukit Putih. Semoga bertemu lagi!

Wednesday, March 6, 2013

Mungkin Nanti

 
'.......sekarang jom kita dengar lagu Mungkin Nanti dari Peter Pan....'

ERA hanya memainkan muzik hits terkini!


Sengih dalam hati.

Dia pernah dedicate lagu nih kat aku....


Saatnya ku berkata
Mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua
Ku yakin inilah waktunya

Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti
Kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau cuba tanyakan kembali
Rasa yang ku tinggal mati
Seperti hari kemarin
Saat semua di sini

Dan bila hatimu termenung
Menghindari mimpi-mimpimu
Membuka hatimu yang dulu
Cerita saat masa lalu

Tak usah kau tanyakan lagi
Cinta untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari
Semua rasa yang kau beri



........ingat nak dedicate kat dia dulu. Rupanya, dia lebih tau.





..........kita mungkin tak akan contact lagi lepas ni coz kita akan bawak diri masing2.
So gud luck!.....


Last message.

Thanks untuk semalam!

:)

 

Wednesday, February 6, 2013

Apa yang Hebat Sangat Pasal Sony Xperia V Nih?


 
Assalamualaikum wbt.

Tengok tajuk pun dah tau aku nak cerita pasal apa, kan? Of course  la pasal my new gadget! Sony Xperia V. Sebaik saja Nokia 1100c  ditamatkan riwayatnya dek kerana berenang dalam Dinamo maka aku pun terpaksa mendapatkan handset  baru. Itu pun selepas 5 tahun plus plus! Pheww  banyak kot jasa handset  tu walau tak sepintar mana.

Tapi bukan senang nak putuskan handset mana yang jadi pilihan disebabkan oleh lambakan telefon-telefon pintar kat pasaran. Iphone  ka? S3  ka? Apa ka?

Selama dua hari aku tak berhandset. Dua hari tak dengar phone or message ringtone. Dua hari tak ada alarm clock  yang mengejutkan aku di pagi hari (nasib baik dua hari tu keje petang! Pheww). Dan dua hari tu jugak la dok fikir nak beli handset   mana. Dan tatkala kaki melangkah ke Low Yatt, hati dah tetapkan nak beli S3!

Dan bila survey  harga, RM 1880 termasuk free gift  yang aku tak rasa free  pun (External memory, screen protector, flip case, etc). Nampak macam lumayan tapi jangan cepat terpengaruh. Bukan sikit duit yang nak dilaburkan nih! Then  lepak kat satu kiosk ni. Mula-mula macam biasa la, tanya berapa harga yang dia boleh kasi untuk S3. Ahah, memang 1880 jugak. Then  aku tanya pasal S2  pulak. Ermm, 1680. Bila tengok aku macam teragak-agak (atau nampak macam tak cukup duit nak beli) dia pun syorkan HTC Sensation  yang lebih murah (RM 1200) dan mempunyai spesifikasi yang lebih kurang macam S2  kecuali dia tak ada external memory. Oh, no.  Aku tak minat HTC  kot. Then  beralih pada Iphone5. Iphone  memang bagus sebab programming system  dia yang mantap. Cuma dia tak user friendly.  Semua application  kena beli dan transferring data  hanya untuk Iphone to Iphone. Oh man,  siapa je member  aku yang pakai Iphone,  huh? (kecuali Nabila Athira.haha) Dan disebabkan aku ni customer  yang banyak songeh, saleperson  tu pun bagi last offer  kat aku. Dia kata kalau nak guna Android  yang senang access plus brand  yang boleh dipercayai (tak macam Samsung yang gah pada kuantiti tapi bukan pada kualiti) dengan harga yang tinggi, dia suggest Sony Xperia TX  dengan harga RM1930 (dengan free gift  yang tak berapa nak free!) Selain Iphone  dia memang puji la produk Sony  ni sampai aku pun terpengaruh. Tapi bukan dengan harga yang dia offer  tu. Dengan sopan aku pun says, thank you (for your information)  dan melangkah ke Sony Centre!  Dan kat situ la terjatuh hati dengan Sony Xperia V.

Moral of the story,

Kalau nak review  pasal gadget, survey  harga, korang boleh la pergi ke kiosk-kiosk kecil ni coz  dorang memang sangat informative.  Tapi kalau nak beli, risiko tanggung sendiri!

Actually Xperia V  ni sama je macam Android  yang lain. Beza hanya pada saiz, kamera, speciality and of course  harga!

Benda yang buat aku tertarik dengan Xperia V:
 


Saiz

Handset ni walaupun tak sekecil Iphone5  tapi dia juga tak sebesar S3  (benda yang paling aku tak suka pasal S3). Agak ringan, 120g. Sampaikan Nadia kata;

“Pergh, ringannya. Rasa macam nak baling!”

Eyp! Handset ni bukan anti-graviti ek. Jangan sesuka hati nak baling handset  aku!

Kamera

Sony   memang terkenal dengan gambar yang cantik dan sharp.  Apatah lagi kalau kamera tu 13 megapixels. Hoyeee!

Water Resistance
 

Hey, diulang! Water resistance,  bukan waterproof  okey! So  jangan rendam dalam baldi apatah lagi dalam swimming pool.  Atau handset anda akan ke laut!

Branding

Ahah. Memang dari dulu lagi aku memang suka gadget-gadget Sony. Smart woo!  Bermula dengan walkman, Mp3  dan sekarang handset!  Memang terbaik! (coming soon may be Vaio E. Hehee)

Harga

 
 
Walaupun bukan murah tapi affordable  la jugak. Sesuai dengan budget aku untuk hari tu.

RM 1599.