Monday, January 31, 2011

Enjoy your coffee break at Petronas

1Dalam kol 1.20 pm cam gitu tetiba handphoneku menyanyikan Hadashi no Cinderella tanda panggilan dari group Emed. Ah, sudah. Sape lak kaco aku time2 cuti nih.Potong stim btol! Tengok nama kat screen...Dr S****. Ngee...takkan nak discuss pasal research kot.......

Dr S : Assalamualaikum.
Me : Waalaikumusalam.
Dr S : Eh, awak masuk paper ek?
Me : Hah! Masuk paper?...(blurrrrrr...)
Dr S : NST...gambar ngan St. John...
Me : Hah, paper ape? NST? erkkk...
Dr S : A'ah...ngan sorang lagi budak laki...sape...
Me : Oh, syuk!...aaaaa....gambar kat petronas ek?
Dr S : A'ah...beli la NST...page 10...

Me : blurrrrr petala kelapan...

VBTS: Tak yah. Suruh tengok on9 je...

Dr S : Hah, awak tgk on9 je...page 10 taw..
Me : Oh, ok2...
Dr S : Waa...glamor!...ok la. Assalamualaikum.
Me : Hahahhahahahhahahahahahahahahhahh....waalaikumussalam.

Dengan kelembapan internet, aku berusaha jugak cari NST on9. Akhirnya jumpa link nih ---> Enjoy your coffee break at Petronas
Argghhhh...malunya. Ni sume idea En Boon. Katanya untuk internal. Orang2 Petronas je! Ermmm...internal la sangat!!!!!!!
Malu2 pon, sempat gak la gelak guling2 depan lappy nih dulu.....hahahahahhahahhahah.

Sunday, January 30, 2011

Jom ramai2 join #ChurpChurp!


Hah...ni ada tawaran best utk korg. Boleh jana pendapatan plus tambah kengkawan! 2 in 1. So tunggu pe lagi...klik nih ---> Jom ramai2 join #ChurpChurp! Enjoy!!

Saturday, January 29, 2011

gO selangOr gO!!

Premis 1     : Selangor vs Kelantan kol 8.45 mlm ni
Premis 2     : Hari ni aku shif 12 sampai 10 mlm
Kesimpulan : Aku tak dapat tengok bola Selangor vs Kelantan
                   hari ni.....hwaaaaa...:( 

Tapi sebagai tanda sokongan yg tak berbelah-bagi kat Selangor jom layan video nih...





dan ini...





gO..selangOr!
gO..selangOr!
gO..gO..gO..

Friday, January 28, 2011

Selangor vs Kelantan OR Malaysia vs Indonesia?

Mesti ramai yang dah tau tentang perlawanan merebut Piala Sumbangsih antara pemenang Piala Malaysia ---> Kelantan menentang Pemenang Liga Super ---> Selangor, kan? Perlawanan bakal berlangsung pada 29 Januari 2011 di Stadium Melawati Shah Alam. Kalah atau menang, itu tak penting kerana memang dah adat pertandingan. Kalo nak dua2 team menang baik tak payah buat game. Order dua piala then bagi je kat dua2 team. Buat press conference. klik..klik..klik..amek gambar masuk surat khabar. Settle! Tapi yg jadi isunya bagaimana sikap penyokong kedua-dua team? Adakah masih lagi ingin meneruskan perangai tak bertamadun masing2 atau dok diam2 kat bangku penyokong, abes game tepuk tangan dan balik rumah dalam keadaan paling aman? Mesti la yg last tuh takkan berlaku, kan? Dalam mimpi pon MUSTAHIL! Selangor vs Kelantan atau Malaysia vs Indonesia sama je keadaan stadiumnya. Haru biru kacau bilau tonggang-langgang cacamerba macam tongkang pecah seperti Singapura dilanggar todak bagai Titanic karam di lautan Atlantik!.


Aku tak nak insiden seperti


kutuk-mengutuk, maki-memaki,


saling menunding jari,


baling kerusi, baling botol segala bagai


berlaku lagi pada 29hb nih.

Nak diingatkan jugak, raya Cina ke...raya India ke...raya Melayu ke... semua tuh lambat lagi. So, korg tak payahlah sibuk2 bakar mercun dalam stadium macam nih...



Kalo nak bakar jugak tunggu je CNY or Aidilfitri or Deepavali. Then bakar la apa yg korg nak bakar pon. Tapi bukan kat stadium. Bakar depan umah mak ayah atuk nenek korg macam nih...



 Baru meriah, beb!

Lagi satu, walaupun kes denggi amat tinggi dicatatkan di Shah Alam, tapi jangan la sampai FRU terpaksa fogging macam ni


kat stadium malam2 buta. Aedes tak ada da time2 cam nih. Dorg keluar time maghrib dengan pagi2 subuh je beb!

Tak nak la nanti kes2 macam ni...


atau macam ni...


berulang lagi.

Dan


macam yg kat atas ni lagi la tak nak, kan? Mintak simpang la wey..

Pas tuh korg jangan gatal2 cuba timbulkan isu macam ni.


Tinggalkan je laser tuh kat umah bagi kucing parsi korg main. Jangan bawak masuk stadium, okay?!

So, aku berharap insiden2 gila yg berlaku pada tahun lepas dan tahun2 sebelumnya tidak berlaku lagi (walaupun teramat mustahil!). Tolonglah jadi manusia yg bertamadun dan sayangilah diri anda.

Pape hal pon viva selangOr!!!
Majulah sukan untuk negara.





sumber: pelbagai

Wednesday, January 26, 2011

Chocolate or Vanilla?

vanilla

Ask me anything

Klik-Klik Bersama Canon

Gara-gara Canon Powershot 405 aku yang telah ditamatkan riwayatnya oleh adik-adik aku sejak dua bulan lepas, memaksa aku mencari penggantinya secepat mungkin. Memang pening tak tau nak beli yang mana. Walaupun zaman sekarang ni rata-rata org memilih utk menggunakan DSLR tapi tak bagi aku. Rasanya aku lebih berminat dgn kamera digital dari Canon. Bukan tak mampu nak pakai DSLR (ceh, budget gle!)...tapi jujurnya aku memang tak reti nak guna menatang tuh secara optimum. Setakat snap gambar cam guna kamera biasa tu tau la. So lebih baik aku tak payah buang duit beli kamera spesis cam gitu. Lagi2 utk aku yang malas nak bawak beg beso2 bila keluar jenjalan. Kamera yg praktikal adalah kamera yg muat utk diselitkan dalam poket seluar jeans aje. Setelah penat mengusha kamera2 digital dari Canon...nampaknya hanya 3 ni je mampu menggugat iman aku utk meningkatkan jualan Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. Jom usha sekali!!


Digital IXUS 300 HS





Hadir dengan 3 variasi warna. Merah.Putih.Hitam. IXUS 300 HS mempunyai ciri seperti Auto, P, Tv, Av, Portrait, Night Snapshot, Kids&Pets, Indoor, Smart Shutter, High-speed burst, Low light, Color Accent, Color Swap, Fish-eye effect, Miniature Effect, Beach, Foliage, Snow, Fireworks and Stitch Assist utk shooting modes. Yang paling best mesti la part high-speed burst. Ermmm...dpt la snap gambar Safee Sali jaringkan gol pas ni. Kamera ni sangat sesuai utk mengambil gambar pada waktu malam berbanding dengan IXUS 1000 HS. Untuk movie modes cuma ada standard and super slow motion je. Dan kamera ni hanya boleh 4x zoom. Recommended price RM 1 499. Setelah survey, average harga kat pasaran sekarang antara RM 900 ke RM 1 299. Ramai jugak promoter yang suggest kamera ni berbanding IXUS 1000 HS coz dia ada f/2 lens. So gambar lebih smart and sharp. 



Digital IXUS 1000 HS





Bestnye camera ni adalah kerana saiznya yg nipis. 22 mm. So memang la tersangat sesuai utk aku yg suka sumbat semua harta benda dalam poket seluar jeans. Yess!!. Kamera ni mempunyai kelebihan 10x zoom. IXUS 1000 HS juga mempunyai pilihan shooting modes yg lebih banyak. Selain mengekalkan pilihan yg ada pada IXUS 300 HS, IXUS 1000 HS juga mempunyai pilihan tambahan seperti best image selection, handheld night scene, super Vivid and poster effect. Tapi yg ni tak ada Tv and Av mode la. Selain Super Slow MotionMiniature Effect juga terdapat dalam movie modes. Senang cite, IXUS 1000 HS mempunyai banyak kelebihan pada movie modes tapi tak pada shooting modes. Dan dengar cite life-time bateri dia sekejap je. Harga keluaran 2010 RM 1 399. Sekarang mungkin da murah sket. Tapi mesti nak kena beli bateri spare, kan? Bateri ori lebih kurang RM 200. So total da berapa tuh? Ermm.....



Digital PowerShot D10




Tengok je gamba kat atas mesti semua dah tau yg PowerShot D10 ni antara kamera keluaran Canon yg boleh snap gambar dalam air. Itu je la kelebihan dia. D10 ni tak ada special features macam IXUS 300 HS or IXUS 1000 HS sangat utk movie modes atau shooting modes. So kalo nak beli pon cam membazir je. Bukannya hobi aku scuba or snorkelling pon. Swimming pon sekali tak sekala. huhu... Dengar cite gak, casing untuk kalis air perlu dibeli secara berasingan. Ye ke? Ntah. Saya pon tak tau. Haha.. Recommended price RM 1 469.

Sunday, January 23, 2011

MedStand

20 Januari 2011, aku and member2 course telah menyertai team HKL utk medical standby Thaipusam kat Batu Cave. Ni pengalaman pertama aku join MedStand Thaipusam. Fuhh....ramai gle umat manusia! Sesak.Serabut.Semak. Semua ada. Ktorg gerak dari HUKM kol 7 pagi cam gitu. Then sampai HKL (coz nak gerak sekali ngan team HKL) kol 7.15 pagi. Tapi budak2 laki tak sampai lagi. Hampeh! Dok dekat pon datang lambat ke? Tapi team HKL pon tak ready lagi. So ktorg pon pegi cafe utk tapau semua makanan yg ada coz menurut member2 yg da pegi tahun lepas, walaupun makanan disediakan utk semua sukarelawan tapi makanan dia tak la menyelerakan sgt. Hanya nasi dan sayur. Ayooo...vege la pulak! Kontra habis ngan aku! Gua tak makan sayur, beb! Habis sesi tapau-mentapau, ktorg berkumpul balik kat ambulance base sementara menunggu team HKL and budak2 laki yg-tak-reti-datang-awal tuh. Kol 8.15 cam gitu ktorg gerak ke lokasi dan sampai dalam kol 8.40. Jalan sesak gle..tu yg lmbt sampai. Ktorg dibahagikan kepada dua group. Group 1 akan naik atas dulu...then kol 2 baru group 2 naik. Aku group 1. Masa nak naik pagi tuh memang sesak la. Lama jugak nak amek masa merentas lautan manusia kat sana. Sampai sesat-barat. Nasib baik ktorg ada pas masuk kalo tak alamatnya tak naik atas la. Standby je kat bawah. Dah la...malas nak cite...kita tgk gambar pulak. Semua ni dari koleksi cik Mariana...aku main rembat je. Hoho..


Turun je dari bas HUKM amek gambar dulu. Itu harus, okay!



Ramai gilos org! Bau memang semerbak la. Haha



Akhirnya....sampai gak kat atas....tangga! Macam tak caye je berjaya merentasi lautan manusia yg gila ramai nih.




Bergambar dengan team HKL kat Medical base PBSMM



Nak turun daa. Shif ktorg da abes, okay!



Sebahagian aktiviti kat sini. Tak sempat join pon. Dah abis. Amek gambar je.



Jalan2 jumpa ini....
dan ini....

nak main 1 token RM2. Game yg 1st tuh kena 5 token = RM10. Yg 2nd nih 3 ke 4 token. Tak ingat la pulak. Tapi ktorg tak main pon..haha



Patung ni ada time Thaipusam je. Hari lain dorg simpan dalam stor ---> yana yahya. Korg caye tak?


Kol 6.10 cam gitu ktorg gerak balik ke HKL. Pas solat asar...kol 7.10 cam tuh baru gerak balik ke HUKM. Thanks kepada Mr.2 driver sume and also HKL coz bagi ktorg join program nih...J

Friday, January 21, 2011

Menjemput Bidadari



Bila yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak bererti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohon ke ampunan dipertemukan

Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi
Keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu
Mengisi hari…

Kini yakin telah tiba
Teguh di dalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak bererti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohon keampunan dipertemukan
Bidadari telah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari telah menyapa jiwa
Memberikan makna

Saturday, January 8, 2011

4 minit.Hak Milik Setiap Insan

Kes 1


seorg pak cik berusia lebih kurang 60 tahun with no known medical illnessess dilihat jatuh dari motor ketika hendak parking secara tiba2. Ambulan sampai ke lokasi 6 minit selepas pak cik tersebut dipercayai jatuh. On examination, there were no breathing and no carotid pulse as well. Pupils were dilated, and not react to the light. CPR was started immediately by ambulance personnel and transport to the nearest hospital for advance care. Selepas 30 minit resusitasi dilakukan di emergency department, pak cik tersebut disahkan meninggal dunia.

Kes 2


seorg mak cik berusia 52 tahun known case of diabetes & hypertensive presented with altered mental status. On examination, she looked confused, gasping, pupils dilated and not react to the light. Impression---> hypoglycemic. IV Dextrose 50% given. Mental status improved tapi masih gasping. Sementara tunggu nak bg oksigen dan transfer ke ambulan, she suddenly collapse. No breathing. No pulse. Pupils unequal and not react to the light. Transfer cepat2 dlm ambulan. Start CPR, maintain airway & oxygen!! Semua dilakukan mula dari incident site sampai hospital. Alhamdulillah. Dapat diselamatkan.

Kes 3

seorg pak cik berusia 55 tahun. known case of renal failure. Found unresponsive, no breathing no pulse by his relative sebelum call 999. Call taker at call center guide his relative to perform chest compression immediately. After 30 mins, ambulan sampai kat tempat kejadian. Still unresponsive. Pupils dilated 4 mm and not react to the light. AED applied. Rhythm---> asystole!. Continue chest compression while other ambulance personnel prepare for resuscitation. LMA inserted and 100% oxygen provided. IV cannula inserted and IV adrenaline given. CPR continued for another 30 mins. Alhamdulillah, pulse dpt blk!! So, continue bagging je la. Then transport to the nearest hospital.






Facts
  • Even when performed optimally, chest compressions do not achieve more than 30% of the normal cardiac output
  • Brain damage starts in 4 - 6 mins
  • Brain damage is certain after 10 mins WITHOUT CPR.
Peringatan!

Utk kes2 yg dikongsi di atas, history dan full management/intervention ke atas mangsa tidak dinyatakan secara detail untuk mengelakkan medicolegal. Apa yg ingin ditekankan adalah betapa pentingnya kita belajar cara CPR yg betul. Sudah tentu bkn utk diri sendiri, tapi org lain yg mungkin adalah ahli keluarga kita sendiri. Harap maklum.

Di Sebalik Tabir

  • Kes-kes di atas adalah pengalaman sendiri yg direspon bersama PHC team dari 3 buah hospital yg berbeza.

  • Ketiga-tiga kes direspon pd waktu pagi. Ayooo...pagi dah excercise tangan dgn buat CPR...pe cite???!

  • Kes 1 adalah pengalaman pertama membuat CPR dan maintain airway dlm ambulan. Sgt huru-hara, ok!

  • Kes 2 ada adegan yg menakutkan di mana apabila mangsa sedar semula selepas diberi Dextrose 50%, dia ada berkata "cepat sikit boleh tak?". Kemudian dia terus tak sedarkan diri. Rasanya, aku akan menyesal seumur hidup kalau mangsa tersebut tak dpt diselamatkan pd hari itu.

  • Demi menyelamatkan mangsa, proses resusitasi masih terus dijalankan dlm ambulan yg dipandu dgn laju dan merbahaya. Akibatnya, hampir2 je aku jd mangsa tusukan adrenaline.Fuhh..fuhh...seb baek dpt mengelak, kalo tak, tak pasal2 aku dpt IM adrenaline free2 hari tu.

  • Kes 3 paling mengujakan! Ini kali pertama aku jumpa mangsa yg ada pulse balik selepas 1 jam CPR dgn rhythm asystole. Masa ni PHC team nak confirm dead je. Tapi nampaknya ajal mangsa masih belum tiba.

  • Kes 3 jugak pengalaman pertama aku masukkan LMA:fastrach kat manusia. Tak confident gak masa tu coz kali terakhir aku 'bermain' dgn fastrach adalah masa 2nd yr. Itu pon kat manikin je. Alhamdulillah, nampaknya skill itu masih mampu dipraktikkan.

  • Dalam tiga-tiga kes, kes 3 je aku tak melibatkan diri buat chest compression. Don't ask me why.coz i have no answer.

Sarah talking,

Dulu kita pernah berkempen, 1 rumah 1 komputer. Kini kita sedang lalui 1 rumah 1 Uitm. Agak2 bila nak start 1 rumah 1 CPR skill, ye?