Mesti ramai yang dah tau tentang perlawanan merebut Piala Sumbangsih antara pemenang Piala Malaysia ---> Kelantan menentang Pemenang Liga Super ---> Selangor, kan? Perlawanan bakal berlangsung pada 29 Januari 2011 di Stadium Melawati Shah Alam. Kalah atau menang, itu tak penting kerana memang dah adat pertandingan. Kalo nak dua2 team menang baik tak payah buat game. Order dua piala then bagi je kat dua2 team. Buat press conference. klik..klik..klik..amek gambar masuk surat khabar. Settle! Tapi yg jadi isunya bagaimana sikap penyokong kedua-dua team? Adakah masih lagi ingin meneruskan perangai tak bertamadun masing2 atau dok diam2 kat bangku penyokong, abes game tepuk tangan dan balik rumah dalam keadaan paling aman? Mesti la yg last tuh takkan berlaku, kan? Dalam mimpi pon MUSTAHIL! Selangor vs Kelantan atau Malaysia vs Indonesia sama je keadaan stadiumnya. Haru biru kacau bilau tonggang-langgang cacamerba macam tongkang pecah seperti Singapura dilanggar todak bagai Titanic karam di lautan Atlantik!.
Aku tak nak insiden seperti
kutuk-mengutuk, maki-memaki,
saling menunding jari,
baling kerusi, baling botol segala bagai
berlaku lagi pada 29hb nih.
Nak diingatkan jugak, raya Cina ke...raya India ke...raya Melayu ke... semua tuh lambat lagi. So, korg tak payahlah sibuk2 bakar mercun dalam stadium macam nih...
Kalo nak bakar jugak tunggu je CNY or Aidilfitri or Deepavali. Then bakar la apa yg korg nak bakar pon. Tapi bukan kat stadium. Bakar depan umah mak ayah atuk nenek korg macam nih...
Baru meriah, beb!
Lagi satu, walaupun kes denggi amat tinggi dicatatkan di Shah Alam, tapi jangan la sampai FRU terpaksa fogging macam ni
kat stadium malam2 buta. Aedes tak ada da time2 cam nih. Dorg keluar time maghrib dengan pagi2 subuh je beb!
Tak nak la nanti kes2 macam ni...
atau macam ni...
berulang lagi.
Dan
macam yg kat atas ni lagi la tak nak, kan? Mintak simpang la wey..
Pas tuh korg jangan gatal2 cuba timbulkan isu macam ni.
Tinggalkan je laser tuh kat umah bagi kucing parsi korg main. Jangan bawak masuk stadium, okay?!
So, aku berharap insiden2 gila yg berlaku pada tahun lepas dan tahun2 sebelumnya tidak berlaku lagi (walaupun teramat mustahil!). Tolonglah jadi manusia yg bertamadun dan sayangilah diri anda.
Pape hal pon viva selangOr!!!
Majulah sukan untuk negara.
sumber: pelbagai
No comments:
Post a Comment