Wednesday, January 26, 2011

Klik-Klik Bersama Canon

Gara-gara Canon Powershot 405 aku yang telah ditamatkan riwayatnya oleh adik-adik aku sejak dua bulan lepas, memaksa aku mencari penggantinya secepat mungkin. Memang pening tak tau nak beli yang mana. Walaupun zaman sekarang ni rata-rata org memilih utk menggunakan DSLR tapi tak bagi aku. Rasanya aku lebih berminat dgn kamera digital dari Canon. Bukan tak mampu nak pakai DSLR (ceh, budget gle!)...tapi jujurnya aku memang tak reti nak guna menatang tuh secara optimum. Setakat snap gambar cam guna kamera biasa tu tau la. So lebih baik aku tak payah buang duit beli kamera spesis cam gitu. Lagi2 utk aku yang malas nak bawak beg beso2 bila keluar jenjalan. Kamera yg praktikal adalah kamera yg muat utk diselitkan dalam poket seluar jeans aje. Setelah penat mengusha kamera2 digital dari Canon...nampaknya hanya 3 ni je mampu menggugat iman aku utk meningkatkan jualan Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. Jom usha sekali!!


Digital IXUS 300 HS





Hadir dengan 3 variasi warna. Merah.Putih.Hitam. IXUS 300 HS mempunyai ciri seperti Auto, P, Tv, Av, Portrait, Night Snapshot, Kids&Pets, Indoor, Smart Shutter, High-speed burst, Low light, Color Accent, Color Swap, Fish-eye effect, Miniature Effect, Beach, Foliage, Snow, Fireworks and Stitch Assist utk shooting modes. Yang paling best mesti la part high-speed burst. Ermmm...dpt la snap gambar Safee Sali jaringkan gol pas ni. Kamera ni sangat sesuai utk mengambil gambar pada waktu malam berbanding dengan IXUS 1000 HS. Untuk movie modes cuma ada standard and super slow motion je. Dan kamera ni hanya boleh 4x zoom. Recommended price RM 1 499. Setelah survey, average harga kat pasaran sekarang antara RM 900 ke RM 1 299. Ramai jugak promoter yang suggest kamera ni berbanding IXUS 1000 HS coz dia ada f/2 lens. So gambar lebih smart and sharp. 



Digital IXUS 1000 HS





Bestnye camera ni adalah kerana saiznya yg nipis. 22 mm. So memang la tersangat sesuai utk aku yg suka sumbat semua harta benda dalam poket seluar jeans. Yess!!. Kamera ni mempunyai kelebihan 10x zoom. IXUS 1000 HS juga mempunyai pilihan shooting modes yg lebih banyak. Selain mengekalkan pilihan yg ada pada IXUS 300 HS, IXUS 1000 HS juga mempunyai pilihan tambahan seperti best image selection, handheld night scene, super Vivid and poster effect. Tapi yg ni tak ada Tv and Av mode la. Selain Super Slow MotionMiniature Effect juga terdapat dalam movie modes. Senang cite, IXUS 1000 HS mempunyai banyak kelebihan pada movie modes tapi tak pada shooting modes. Dan dengar cite life-time bateri dia sekejap je. Harga keluaran 2010 RM 1 399. Sekarang mungkin da murah sket. Tapi mesti nak kena beli bateri spare, kan? Bateri ori lebih kurang RM 200. So total da berapa tuh? Ermm.....



Digital PowerShot D10




Tengok je gamba kat atas mesti semua dah tau yg PowerShot D10 ni antara kamera keluaran Canon yg boleh snap gambar dalam air. Itu je la kelebihan dia. D10 ni tak ada special features macam IXUS 300 HS or IXUS 1000 HS sangat utk movie modes atau shooting modes. So kalo nak beli pon cam membazir je. Bukannya hobi aku scuba or snorkelling pon. Swimming pon sekali tak sekala. huhu... Dengar cite gak, casing untuk kalis air perlu dibeli secara berasingan. Ye ke? Ntah. Saya pon tak tau. Haha.. Recommended price RM 1 469.

No comments:

Post a Comment