20 Januari 2011, aku and member2 course telah menyertai team HKL utk medical standby Thaipusam kat Batu Cave. Ni pengalaman pertama aku join MedStand Thaipusam. Fuhh....ramai gle umat manusia! Sesak.Serabut.Semak. Semua ada. Ktorg gerak dari HUKM kol 7 pagi cam gitu. Then sampai HKL (coz nak gerak sekali ngan team HKL) kol 7.15 pagi. Tapi budak2 laki tak sampai lagi. Hampeh! Dok dekat pon datang lambat ke? Tapi team HKL pon tak ready lagi. So ktorg pon pegi cafe utk tapau semua makanan yg ada coz menurut member2 yg da pegi tahun lepas, walaupun makanan disediakan utk semua sukarelawan tapi makanan dia tak la menyelerakan sgt. Hanya nasi dan sayur. Ayooo...vege la pulak! Kontra habis ngan aku! Gua tak makan sayur, beb! Habis sesi tapau-mentapau, ktorg berkumpul balik kat ambulance base sementara menunggu team HKL and budak2 laki yg-tak-reti-datang-awal tuh. Kol 8.15 cam gitu ktorg gerak ke lokasi dan sampai dalam kol 8.40. Jalan sesak gle..tu yg lmbt sampai. Ktorg dibahagikan kepada dua group. Group 1 akan naik atas dulu...then kol 2 baru group 2 naik. Aku group 1. Masa nak naik pagi tuh memang sesak la. Lama jugak nak amek masa merentas lautan manusia kat sana. Sampai sesat-barat. Nasib baik ktorg ada pas masuk kalo tak alamatnya tak naik atas la. Standby je kat bawah. Dah la...malas nak cite...kita tgk gambar pulak. Semua ni dari koleksi cik Mariana...aku main rembat je. Hoho..
Turun je dari bas HUKM amek gambar dulu. Itu harus, okay!
Ramai gilos org! Bau memang semerbak la. Haha
Akhirnya....sampai gak kat atas....tangga! Macam tak caye je berjaya merentasi lautan manusia yg gila ramai nih.
Bergambar dengan team HKL kat Medical base PBSMM
Nak turun daa. Shif ktorg da abes, okay!
Sebahagian aktiviti kat sini. Tak sempat join pon. Dah abis. Amek gambar je.
Jalan2 jumpa ini....
dan ini....
nak main 1 token RM2. Game yg 1st tuh kena 5 token = RM10. Yg 2nd nih 3 ke 4 token. Tak ingat la pulak. Tapi ktorg tak main pon..haha
Patung ni ada time Thaipusam je. Hari lain dorg simpan dalam stor ---> yana yahya. Korg caye tak?
Kol 6.10 cam gitu ktorg gerak balik ke HKL. Pas solat asar...kol 7.10 cam tuh baru gerak balik ke HUKM. Thanks kepada Mr.2 driver sume and also HKL coz bagi ktorg join program nih...J
No comments:
Post a Comment