Wednesday, September 5, 2012

Bila Hilangnya Nilai Institusi Kekeluargaan dalam Masyarakat




Wah, serius tak tajuk entry aku kali ni? Punya la lama tak update, sekali update...hambikk ko!
'Bila hilangnya nilai institusi kekeluargaan dalam masyarakat, huh?!'
Sebenarnya aku cuma nak share  pengalaman yang tak seberapa semenjak duamenjak mula kerja ni.

 
Dalam dua bulan ni aku pernah terima kes seorang kanak2 yang tidak sedarkan diri dibawa ke hospital oleh seorang wanita yang mengaku sebagai mak kepada budak tersebut. Malangnya, sebaik sahaja budak itu dibawa masuk ke zon kritikal untuk resusitasi, bayang mak tu hilang entah ke mana. Daftarkan anak pun tidak. Lebih malang lagi bila budak tu tak dapat diselamatkan. Banyak kesan2 lebam lama & baru pada badan budak tu dan kemungkinan budak tersebut dah tak sedarkan diri beberapa jam sebelum dibawa ke hospital. Kat sini aku bukan nak jadi judgemental mengatakan yang mak ayah budak tu tak bertanggungjawan or what coz belum tentu lagi wanita tu mak kepada budak tersebut memandangkan tiada pengenalan yang ditemui. Tapi kalau betul la wanita tu ibu kepada budak tersebut...mak aii, tak tau la nak kata apa. Tapi ada satu je aku nak pesan;

“Beb, kalau tak nak jaga anak, jangan buat anak!"

 

Satu lagi kes, seorang mak datang bawak anak yang dalam keadaan lethargic dan ada kesan lebam dan bengkak kat kepala. Dikatakan baby tu terjatuh di rumah pengasuh. Bila buat CT scan, it shows multiple old infarct at different region of brain. Oii, takkan baru hari ni jatuh dah jadi macam tu brain anak ko! Ah, dah la. Tak mau jadi jugemental jugak!

Itu baru masalah mak bapak, tak termasuk lagi kes anak2. Tengok la kes kahwin sebelum nikah yang hangat kat pasaran sekarang nih! Dah la tak nikah, bila beranak ko buang pulak anak tu ikut suka hati ko! Bila dah jadi macam ni, ramai yang menunding jari menyalahkan sesama sendiri. Si anak salahkan mak ayah. Mak ayah pulak mengata si anak. Masyarakat??? Ermmm dua-dua pun salah! Macam2 alasan yang keluar. Kurang didikan agama la, kurang kasih sayang & perhatian la, gaya hidup yang terlalu bebas la. Ish, macam..macam.

Tu yang tak menikah, Yang dah menikah pulak sibuk nak bercerai-berai. Agaknya banyak mana undangan perkahwinan yang diterima, mungkin banyak itu juga kes2 penceraian yang difailkan kat jabatan agama Islam sekarang ni. Kadang2 aku tak faham dengan sesetengah orang yang mudah sangat meminta dan melafaz cerai.

Bak kata one of my lecturer, ‘apa guna kahwin, kalau setakat nak bercerai?’

 muahahaha...

 

Si anak cenggini, mak ayah cenggitu. So, manalah aku tak kata yang institusi kekeluargaan sekarang ni tak ada nilai. Tapi even dah macam2 kes jadi pun, Mak Cik Senah, Mak Cik Kiah & Mak Cik Bedah masih lagi sibuk-sibuk nak tau perihal kahwin-mahwin anak dara orang kan? huhu.
Eh..eh...siapa pulak mak cik-mak cik ni? Tetiba je.. O_o haha.

Meh, introducing you, Mak Cik Senah, Mak Cik Kiah & Mak Cik Bedah
















 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Eh, tak ada???
Kita sambung lain kali je la.
Hehee
 
 
 
 


No comments:

Post a Comment