Thursday, September 13, 2012

Kereta vs Ambulan


 
Assalamualaikum w.b.t

Since hari Isnin lepas bermula la hidup di tempat baru, yeay! Cewah... tak ada la baru sangat sebenarnya. Cuma kalau dua bulan lepas aku diletakkan di Resus a.k.a zon kritikal, tapi bermula awal minggu ni aku mula bertugas di PHCC @ Pre Hospital Call Center UKMMC. Dupp dapp dup dap... cuak kot. Dah lama tak respon kes. Dah la tak ada tagging. Lantak ko manage sensorang! Hari pertama sebagai dispatcher je aku terima 7 kes dari KVCC. Bertuah betul dorang nih. Tak kasi chance aku rehat langsung! Ke sebab AC2 yang jonah sangat??? 
Anne, lain kali I tak nak satu shift dengan you lagi la... :( 

Masuk hari ke dua kat sana, giliran aku pulak keluar respon kes. The only the one kes yang aku dapat hari tu, abdominal pain. Dah confirm lokasi, dengan semangatnya aku ambil walkie-talkie, spo2 probe & ARF. Then sampai kat pintu ambulance, pusing belakang cari my EMT and ask him;

 

“Eh, camne nak on walkie-talkie nih????”  ngee.

 

Adoii Sarah, ko ni buat malu je. Huhu.

 

Keluar ke dari kawasan PPUKM, siren on, becon on. Driver pon dengan semangatnya tekan minyak. Iye la nak kejar response time, kan? Then ada kereta kat depan ni tak nak mengalah. Dok je depan kitorang dengan rasa tak bersalah. Our driver dengan EMT dah 'panas' dengan driver kereta tu. Tapi aku pulak rasa pelik. Dalam hati terdetik;

 

‘Eh, rilek la pak cik (refer pada ambulance driver). Yang bawak laju-laju ni kenapa??? Tak payah la nak cucur kereta depan tu rapat-rapat sangat. Accident nanti’.

 

A few second later baru tersedar. Wey, aku naik ambulance la bukan kereta! Memang la kena bawak laju-laju. Emergency kott.

 

Duhhh.... Wake up Sarah, wake up! Then baru menggelabah check kiri kanan poket vest.

 

Comm set. Checked.

Spo2 probe. Checked.

Stethoscope. Ckecked.

Ya Allah, permudahkan segala urusanku hari ini. Ameen.

1 comment: