Thursday, December 26, 2013

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Assalamualaikum wtb.
 
 
Kali ni aku saja nak kongsi cara aku hilangkan parut jerawat. Itu pun sebab dah dua kali housemate dok tanya, "sarah guna apa ek nak hilangkan jerawat?". Ish, malu pun ada nak jawab soalan tu. By right aku bukan guna produk-produk mahal atau telan pil yang pelik-pelik pun. huhu.
 
So sesuai dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dari sehari ke sehari, meh sini aku  kongsikan dua cara yang aku fikir agak menjimatkan. Walaupun kesannya mengambil masa bertahun tapi berpatutan la. Sekurang-kurangnya duit tak melayang macam tu je bila beli produk yang belum terjamin lagi keselamatan dan keberkesanannya.
 
 
Bedak sejuk plus serbuk kayu manis
 




 
Macam yang aku bagitau awal-awal tadi, cara ni memang murah tapi kesannya lambat. Aku ni, dah pakai lebih setahun baru nampak kesannya sikit-sikit. Ok la tu kan dari tak ada langsung!
 
Tapi aku tak berapa galakkan untuk orang yang berkulit 'nipis dan sensitif'. Apa yang aku maksudkan 'nipis dan sensitif' adalah untuk orang-orang yang sedang bereksperimen dengan kulit muka sendiri, iaitu telah atau sedang menggunakan pelbagai jenis kosmetik atau produk penjagaan muka. Bukan apa, kayu manis ni bersifat 'panas'. Kalau kulit muka korang tu dah sedia kemerah-merahan akibat jerawat yang tak kecut-kecut dan ditambah lagi pelbagai bahan kimia yang korang tepek kat muka tu, mau terbakar jadinya bila letak kayu manis ni.
 
Pada yang baru nak cuba, aku cadangkan korang lebihkan bedak sejuk berbanding serbuk kayu manis. Tak la pedih sangat nanti. Ermmm, bunyi macam menakutkan je, kan? Tapi tak cuba, mana nak tau!
 
Oppsss. Beb, cara ni untuk hilangkan PARUT jerawat tau. Tak pernah pulak aku bubuh kayu manis ni kat jerawat yang tengah masak ranum tuh!hehee
 
 
 
Apricot Scrub
 

 



Ahah, apricot scrub for blemish control dari St. Ives memang terbaik! Pernah try dulu masa zaman student. Tapi tak lama. Setahun je. Almaklum la, student dulu mana ada duit sangat. Mau kopak duit aku nak membeli. Baik simpan duit tu buat makan. Kalau tak silap harganya ada la dalam RM 20. Sekarang ni dah kerja, baru la cari balik skrub ni.
 
Skrub ni agak menjimatkan, boleh guna untuk setengah tahun. Bagi aku skrub ni tak terlalu mengeringkan kulit. Sebab tu aku berani buat sebagai daily scrub. Pakai sekali sehari untuk empat ke lima hari seminggu.
 
Tapi ingat, skrub tetap skrub. Tak boleh jadi pencuci muka. So korang kena cuci muka dengan facial foam dulu. Bilas dengan air then baru tenyeh dengan skrub. Jangan guna sampai 3 kali sehari lak!
 
 
Itu saja untuk kali ini.
Apa-apa hal pun jangan lupa habiskan air masak 8 gelas sehari, baru menjadi!




 

Tuesday, December 17, 2013

Sepetang di Cameron Highland

Assalamualaikum wbt.
 
 
Perghh, lama gila tak update  blog sampai nak buat mukdimah pun terkial-kial. Tahun 2013 makin ke penghujung, portfolio aku masih terbengkalai lagi. Tak sangka pula kerja-kerja pengurusan ni jauh lebih susah daripada klinikal. Setahun mungkin belum cukup untuk aku beradaptasi dengan keduanya. Dan bagai pucuk dicita ulam mendatang bila HR tawarkan kursus 3H2M di Cameron Highland. Walaupun untuk berkursus, tapi sekurang-kurangnya dapat jugak larikan diri dari rutin harian yang dah terasa menyesakkan! Makin cuti sekolah, makin ramai pulak yang datang memenuhkan ED tu! Choii!
 
Tapi cukup bijak ke naik cameron di tengah-tengah musim tengkujuh?
 
Tawakal je la wey.

 
 :: Heritage Hotel ::


Sepanjang program, kami menginap di Heritage Hotel, Tanah Rata. Actually  hotel ni agak mahal dan terletak agak jauh dari kawasan tumpuan pelancong apatah lagi kawasan membeli-belah. Jadi pada sesiapa yang bercadang untuk membawa keluarga atau pergi as a backpacker,  adalah tidak digalakkan memilih hotel ini sebagai tempat penginapan. Tetapi sesuai untuk program-program jabatan/organisasi berdasarkan fasiliti yang disediakan.

Sesuai dengan tajuk kali ini, kami peserta kursus hanya diberi masa kurang 5 jam untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar. Tiga tempat bertuah yang dipilih oleh urusetia untuk lawatan adalah Lavender Garden, Rose Garden dan Strawberry Farm.


:: Lavender Garden ::


Lavender Garden memang wajib masuk sebab kat KL tak ada lavender! hehe. Tapi tempat ni berbayar. RM 5/entry  untuk dewasa dan RM 3/entry  untuk kanak-kanak. Kat sini bukan setakat ada Lavender je. Ros, Kekwa, strawberi pun ada. Nak petik strawberi sendiri pun boleh. Tapi aku nasihatkan tak payah la nak susahkan diri. Strawberinya kecik cenonet. Mungkin sebab belum musimnya kot. Tak berbaloi bayar. Beli yang siap pack,  sudah.

Tapi aku tak cadangkan korang beli strawberi kat sini sebab mahal. Kalau beli kat pasar, dorang jual 3 RM 25 untuk yang pek besar. Berbaloi-baloi kot. Teh strawberi pun aku tak cadangkan beli kat sini. Mahal. Kat Kea Farm korang boleh dapat harga 2 RM 9 je. Fridge magnet  atau keychain  pun jangan beli kat sini. Kat Kea Farm atau kawasan sekitar jual satu RM 1 je.

So,  apa je yang boleh beli kat sini?

Aku cadangkan korang beli strawberi coklat atau strawberi kopi atau strawberi nescafe 4 in 1. Walaupun agak mahal, 12 sachets  RM 18 tapi minuman ni tak ada jual di pasar atau tempat lain. Pada yang nak merasa strawberi cecah coklat pun boleh beli kat sini. Satu cucuk RM 1.50. Kat luar, satu RM 2. So  fikir-fikir, kan.



:: Rose Garden ::
 
 
Tempat seterusnya adalah Rose Garden. Bayaran RM 4/entry.  Dah nama pun rose garden,  maka banyaklah spesis ros kat sini. Tapi aku tak la sampai menghafal semuanya. Aku pakat ambil gambar je. Buat bukti dah sampai sini. haha.
 
Kat luar Rose Garden ni ada kedai jualan. Murah juga. Kat situ la aku beli fridge magnet  yang satu RM 1 dengan coklat perisa buah-buahan, 50 biji RM 7. Kira ok la, kan?
 
 
Untuk Strawberry Farm kitorang cuma sempat jalan-jalan kat gerai jualan je coz  tempat tu dah tutup. Baru pukul 6 dah tutup???? Choii! Tapi tak apa la. Kat Lavender Garden tu pun dah tengok strawberi. So  tak la kempunan sangat. Lagi pun, strawberi kat mana-mana pun sama je, kan? [ayat pujuk diri sendiri]
 
 
Bukti-bukti dah jejak Cameron Highland!
 
 


 :: Bersama big boss di depan Lavender Garden dengan hasil 'tangkapan' masing-masing ::
 
 
 
 
 
 :: Lavender Garden vs Rose Garden. Tapi bunga kat sebelah tu bukan lavender! hehe ::



:: Foto ni dibeli di booth photographer Lavender Garden. 2 RM 40 beserta kalender ::



Kat cameron ni aku tak beli strawberi pun. Sayur tak, bunga pun tak juga. Tak kuasa aku. Bukan makan pun. Bunga pun simpan lama-lama layu jugak. Satu je yang best  kat cameron. Weather  dia. Redup je. Sejuk je. Kat bilik pun tak payah berair-cond. Kipas pun tak ada. kalau bukan pasal kursus, memang aku tidur tak bangun-bangun la 3H2M kat sini.


 

Wednesday, November 20, 2013

Belajarlah untuk Menghargai

Assalamualaikum wbt.
Fuhh, lega sikit bila dah berjaya siapkan roster my colleague untuk minggu depan. Actually kerja-kerja buat roster ni bukan kerja hakiki aku. Cuma tiga minggu ni je kena tanggung tugas in charge atas sebab-sebab tertentu. Tapi tiga minggu ni pun dah rasa 'disaster'. Oh in charge, cepat la balik!
Perihal buar roster orang ni bukan mudah. Lagi-lagi kalau dalam team tu ramai yang minta cuti panjang, MC panjang, kelepasan dari tugas untuk jangka masa panjang. Uh, makin panjang la masa yang diperlukan untuk mengadjust segala. Buktinya, sepanjang office hour hari ni digunakan mengadap komputer mengadjust roster semata-mata. Naik juling dah mata ni oii!
Tapi ada juga rasa syukur dapat colleague yang memahami dan sedia membuat OT (over time) yang berjela-jela. Rasa nak nangis pun ada yang setuju untuk buat OT during HK (hari kelepasan). Sumpah, aku tak tipu! Apa yang diharapkan agar orang-orang yang cuti panjang, MC panjang dan dapat kelepasan panjang tu hargai, rakan-rakan anda yang kerja bermati-matian mengganti tugas sepanjang ketiadaan anda. Tiba masa, giliran anda pula hadir menggantikan mereka.
Melihat OT-OT yang bertaburan merata-rata ni membuatkan aku terfikir, adakah orang yang akan memandang dan memahami? Adakah ada orang yang akan menghargai?
Bukan niat mengutuk atau mengata kerna kadang kala kata-kata itu terpalit pada khilaf sendiri juga. Sedar atau tidak kebanyakan kita lebih suka meluahkan tentang kekurangan atau kelemahan berbanding kelebihan.
Contohnya,
Ramai orang yang lebih suka menegur bila ada yang datang lambat daripada memuji pada yang rajin datang awal.
Ramai yang berkira pada yang lewat sepuluh minit daripada yang berterima kasih pada yang awal lima minit.
Ramai yang suka memperkatakan tentang yang tidak membuat OT berbanding pada yang hari-hari membuat OT.
Ramai yang bising pada yang selalu cuti berbanding bertanyakan mengapa ada yang tak sempat bercuti.
Ramai yang kisahkan pada yang tidak hadir. Tidak tahukah kerana mereka, orang yang ada di depan kita masih setia berdiri.
Fitrah manusia punya rasa untuk dihargai. Bukan minta disanjung tinggi. Cukup sekadar dilayan selayak bagi jiwa yang punya hati.

Wednesday, October 9, 2013

Kerja vs Sambung Belajar

Assalamualaikum wbt.
Kalau dua tahun dulu ketika di tahun akhir pengajian, aku sering dihadap dengan soalan begini; "Lepas ni apa plan? Nak kerja atau terus sambung belajar?".  Tapi setelah hampir setahun setengah bekerja, struktur soalannya berubah kepada; "Bila kita nak sambung belajar ni?".  Hah, dua soalan berbeza namun membawa makna yang sama.
Bukan tak ada niat nak sambung master lepas habis degree. Ada tu, memang ada. Tapi tak tau nak bawa ke mana haluannya. Masa tu, satu-satu pilihan yang ada ialah bekerja dan timba pengalaman sebanyak mungkin. Dan kumpul duit sebanyak mungkin juga!haha.
Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, aku juga seperti orang lain yang agak kelam meramal apa yang bestnya bekerja ni? Yang terlintas difikiran hanya menunggu gaji masuk bila cukup bulan untuk menampung segala hutang dan memenuhi keinginan duniawi. Iye la, siapa yang tak nak melaram dengan smartphone atau kereta berkelas eksekutif, kan? [tapi bila minyak naik, sendiri meroyan!] Semuanya dibeli atas slogan 'reward untuk diri sendiri'. Ceit!
Tapi ada juga kawan-kawan yang terus menyambung master. Betul-betul buat aku jeles. Sungguh! Dah rezeki dorang, kan? Apa nak dikata. Ada yang antara mereka menyambung pelajaran kerana; 1) bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau penyelidik. Pekerjaan ini memang menuntut kelulusan tertinggi. Kalau setakat degree, kau jadi tutor je la. UKM sendiri meletakkan syarat sekiranya ingin menjadi pensyarah mesti mempunyai sekurang-kurangnya master dan perlu menyambung pelajaran ke peringkat Phd sebelum usia 40 tahun. [kalau tak silap la. Dengar pun masa interview dulu]; 2) tidak mendapat pekerjaan setaraf kelulusan. Ternyata bukan mudah untuk memiliki pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan kita. Banyak faktor mempengaruhi seperti lambakan graduan IPT dalam dan luar negara, syarat kelayakan yang memerlukan pengalaman berbanding keputusan CGPA dan lain-lain; 3) tawaran lumayan. Bukan selumayan macam skim cepat kaya, ye. Tawaran ini hanya untuk orang yang layak je seperti skim pensyarah muda yang dikeluarkan oleh Uitm. Kalau tak silap, tawaran ini terbuka kepada degree holder dengan CGPA 3.5 ke atas dan masih belum bekerja [maklumkat lanjut cari sendiri!]; 4) as personal achievement. Bila bersaing dengan diri sendiri, inilah jadinya - pencapaian peribadi!

Kalau ditanya atas alasan apa aku berhajat nak sambung belajar, jawapannya mestilah sebab yang keempat tu. Personal achievement! Tapi aku sedar, bidang yang aku ceburi ini lebih mementingkan pengalaman dan sijil-sijil kemahiran perubatan seperti Basic Life Support (BLS), Advanced Cardiac Life Support (ACLS), Malaysian Trauma Life Support (MTLS), Pre-hospital Trauma Care (PHTC), aquatic resque and so on. Jadi rasanya tak perlulah aku tergesa-gesa nak sambung pelajaran. Hanya perlu tetapkan niat, cari peluang dan doa banyak-banyak. Kalau ada rezeki, tak ke mana. InsyaAllah.

Sebenarnya bagus juga kalau kita berniat untuk sambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi ni. Selain dapat tambah pengetahuan, dapat juga bina keyakinan diri asalkan bijak menggunakan ilmu tersebut untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Tak perlu tunggu kita dibayar untuk mengajar. Kalau ada ilmu berguna, sebar-sebarkanlah.

Tapi ada juga golongan yang dah bekerja ni menganggap, orang-orang yang sambung belajar ni hanya ingin mengejar gaji yang tinggi. Perkara ni terlalu subjektif untuk diperkatakan. Tapi memang dunia sekarang ni semuanya memerlukan duit. Sebab siapa boleh sangkal yang dengan duit itulah akan kita gunakan untuk beli tangga-tangga kejayaan? Nak pakai jubah konvo tu pun kena bayar sewa tau. Bukan takat lulus exam je!

So pada siapa-siapa yang ada peluang untuk sambung belajar [especially yang dah bekerja], teruskanlah. Tetapkan niat kita. Abaikan saja kata-kata sinis rakan-rakan sejawat. Pada yang belum ada peluang lagi [macam aku!], it's ok. Kerja dan kumpul duit banyak-banyak dulu. Untung-untung bila sampai waktu, tak payah susah-susah beli tangga-tangga capai kejayaan dah, bina lif terus. Senang cerita!

 

Friday, August 30, 2013

Suka-suka yang Puaka


Assalamualaikum wbt.
 
 
Nak tanya sikit, hangpa penah dak suka kat sorang tu,
tak kisah la laki ka pompuan ka.
Tapi bukan suka betui-betui pun.
Suka gitu-gitu ja.
Mungkin sebab depa handsome  ka,
comey ka,
hot  ka.
Tak kisah la.
Janji suka, yang suka-suka
Bak kata orang la ni,
 dok pakat usha-usha wat cuci mata.
Tapi,
tanpa hangpa sedaq,
sebab rasa suka-suka tu la
hangpa dok asyik teringat ja.
Tak lengkap hidup ni kalau tak stalk  si dia.
Kat FB ka,
blog ka,
youtube ka.
Tak kisah la,
mana-mana.
Penah dak???
 
Aku penah.
 
Selalu juga.
 
 
Eh,
awat aku dok gatai sangat speaking  utara nih???
 
Ni semua pasai matlutfi la nih!
 
Ish.
 
Ni pun di kira
suka-suka yang puaka juga!
 
 
 
 
 
 
 
 


Tuesday, July 23, 2013

Zindagi Ek Safar Hai Suhana


Siapa tahu disebalik lagu Zindagi Ek Safar Hai Suhana  nyanyian Kishore Kumar yang popular dalam filem Andaz  mempunyai lirik yang...superb!
 
 
Life is a wonderful journey
No one knows what will be happen in the future
We have to go ahead of the moon and the stars
We have to reach beyond the skies
This world will be left behind
Who knows what the future is
 
Life is a wonderful journey
No one knows what the future is
Tread life joyfully
Don't worry about the rest of the world
Pass the day smilingly
No one knows what the future will be
 
Yes, life is a beautiful journey
No one knows what the future will be
Death will befall us one day
The soul will depart one day
Why worry about such things
Who knows what the future will be
 
Life is a wonderful journey
No one knows what the future will be
 



 
 
 
 
Pass the day smilingly
 
Have a nice day, everyone!!!
 
 


Friday, July 12, 2013

Nilai Ringgit Malaysia


Assalamualaikum wbt.
Jangan perasan aku nak tulis pasal kadar tukar mata wang sebab aku bukan pakar ekonomi!
Kurang sebulan lagi nak raya. Budak-budak pun seronok la dah boleh letak target nak pulun duit raya banyak mana. Mak bapak budak pun boleh tahan mengira juga. Puasa tak lagi dah berkira-kira; gaji+bonus raya+bonus kerajaan. Wahh, tiba-tiba semua jadi mata duitan! hehe.
Bagi golongan in between  macam aku; yang bukan budak-budak dan bukan juga mak budak kena buat kira-kira juga. Takka tak nak menghulur, kan? Kang ada yang mengata pulak! ekeke. Tetiba rasa untung la orang Cina. Yang dah kahwin je bagi angpaw. So  kita yang belum kahwin ni ada juga peluang nak collect  duit raya. Hehe.
Tapi apa yang aku perasan sejak dah kerja ni, aku lebih berhati-hati ketika berbelanja especially  bab shopping-mopping. Diulang ek, berhati-hati. Bukan kedekut!

Pernah dulu terjebak dengan shopping online.  Sekali order,  hampir seratus la terbang melayang. Tapi sejak dapat beli skirt  dengan harga RM25 kat Kenanga yang sebiji dengan skirt  aku beli online  tapi dengan harga RM52, terus stop.  Heh, tak semua benda patut berada dihujung jari, ye! *Remind diri sendiri*  Baru-baru ni lagi la. Dok pulun shopping  barang RM10 (per item). Yes,  rasa berbaloi sangat! Boleh buat baju raya lagi. Beb, baju raya aku satu set lengkap RM30. Korang?

Aku tak tau sejak bila aku suka boling. Yang kau tau first time  main, masa matrik. Tapi tak selalu turun gelanggang. So  tak pernah juga nak kira berapa harga per game.  Sampai la minggu lepas, masa ajak member aku main kat Times Square;

Murah ke boling sane?

Ntah. 7 ke 8. Kalo student 6.50.

Mahalnyaaa.

Mahal ke? Tak pernah ambil tahu pun sebelum ni. Member yang gaji dua kali ganda dari aku pun dah kata gitu, cammana?? Tapi kitorang main juga coz  baru tahu Ampang SuperBowl kat TS tu ada promotion  setiap pagi. RM9 for 3 games.  Dan kitorang balun 6 games!  Macam nak tercabut kuku aku!


Satu-satunya benda yang aku tak pernah berkira adalah part  makan. Pernah je keluar, habis sampai RM30 sekali makan! Seorang! Tapi kalau kat rumah sewa, redah je masak nasi dengan telur goreng pun. Then,  bantai kena gelak dengan ayah aku. Masa sekolah dulu demand.  Merungut kalau ibu masak telur. Sekarang, semua tu tolak tepi. Asal makan! Tu la dia kalau dah malas sangat.

Mula-mula rasa pelik. Apsal makin berduit, makin saving  pulak. Harga sesuatu barang jadi benda pertama diletakkan under consideration.  Tapi bila difikir balik, mungkin sekarang ni dah boleh rasa letak nilai duit tu lepas berpenat lelah kerja.


Yes,  duit memang boleh dicari. Tapi bukan mudah!
So, jadi la pengguna yang bijak!
*tiba-tiba*



Happy shopping!


Dah dua orang member aku tanya;

Bila nak shopping raya???

Alahaiii...


Thursday, July 4, 2013

Genap Setahun

 
Assalamualaikum wbt.
 
 
Alhamdulillah, hari ni genap setahun aku kat Pusat Perubatan UKM sebagai Penolong Pegawai Perubatan. Setahun yang banyak mengajar aku.....jadi shopaholic!  Pantang dapat gaji hujung bulan, laju je plan  pergi  shopping. Ni semua salah Nur Rafidah Md Kamal dengan Nabilah Athira Kamaruddin! Kesian bowling,  dianaktirikan oleh  shopping. :(
 
Serius tak pernah terlintas langsung nak pegang profession ni. I hate biology. I hate medicine. And I hate doctor as well (coz  doktor banyak cakap!) Aku sangat tak suka kerja yang dok kena cakap sembang dengan manusia. Softskill  aku sangat teruk, okay! Since  zaman sekolah lagi, walkman,  novel & kalkulator je always be my bestfriends. Senang cerita, aku lagi suka cakap dengan walkman  dari cakap dengan a man. Haha.
 
Tapi bila masuk bidang ni, I have to change everything.  Aku kena belajar sabar. Aku kena belajar cakap baik-baik dengan orang. Kena pandai bergelak ketawa dengan orang walaupun kadang-kadang tu tak ada apa yang kelakar pun. Allah je tau gelak aku tu ikhlas atau tak. Hehe.
 
Teringat zaman clinical year  dulu. Betul la kata orang, nak berubah tu bukan mudah. Berapa kali aku cucuk patient without permission.  Maksudnya, tak bagitau apa pun terus je cucuk anak orang. Maunya patient  tu tak terkejut. Then,  kawan aku pun bising. "Kau ni, bagitau la dulu kalau nak cucuk pun!". Haha. Free-free  aku kena marah dengan member sendiri. Tu belum lagi kes layan Mp3 tengah posting.  Sudahnya, kantoi time  nak auscultate patient.  Habis berterabur earphone  aku yang tersorok di sebalik uniform. Cess.

 
Pejam celik pejam celik, setahun dah.
 
Teringat pula masa sembang dengan senior MA kat resus awal-awal kerja dulu.
 
Stress sangat ke kerja kat HUKM ni?
 
Dia tak terus jawab. Senyum je.
 
You rasa?
 
Ntah. Tak ada la stress sangat.
 
Dia gelak je.
 
Lagi setahun I akan tanya you soalan yang sama. Kita tengok jawapan dia, sama ke tak.
 
Makan dalam betul ayat dia. Tapi sampai sekarang tak ada pula dia tanya. Mungkin sebab tak jumpa dia dah. Bagus juga sebenarnya. Nanti stress pulak nak jawab!
 
Setahun kerja, so  apa pencapian aku?? Insert artline  tanpa bantuan sesiapa! Rasa macam nak melompat je kat resus time  tuh. Hahaha. Tapi dua kali attempt  la. Tak kisahla korang nak kata aku poyo ke apa. Ingat senang ke nak insert artline  tu. Ambil ABG pun aku cuak! Masa student dulu, ABG tu aku try  dua kali je. Sekali fail,  sekali  succeed. Lepas tu tak buat lagi dah. Malas. Aku tak suka T&S. Tapi ada satu malam tu, aku ada 7 kes nak T&S. Hambek ko! Tapi aku attempt  5 je. Lagi dua, my collegue  yang tolong settelkan. Dari tak suka, terus rasa....ok gak T&S ni. Menjadikan aku seorang yang kreatif untuk hasilkan jahitan yang cantik dan kemas. Ececeh macam jahit baju dah gayanya. Tapi of course  la tak sehebat plastic surgery.  Dalam bab ni aku admire  hasil tangan sorang MO surgery  ni, Dr Nik Qisti. Aku pernah assisst  dia sekali. Cantik gila kot dia T&S walaupun mulut tak habis-habis membebel ntahpapentah. (Kan betul aku cakap, doktor ni memang kuat membebel. hehe) Okay, lupakan pasal prosedur-prosedur basic  tu. Hah, setahun kerja baru belajar benda basic.  Maknanya, banyak lagi la aku kena belajar. Adoii.
 
Walaupun baru setahun, tapi banyak benda dah jadi. Bermula dengan perasaan takut-takut dengan persepsi rakan sejawat, berhati-hati bila berkawan, menangis, sakit hati, panas telinga, banyak dah rasa. Sekarang ni boleh la lega sikit. Kepala pun dah tak sakit sangat fikir apa orang kata. Cakap la apa nak cakap pun. Ada aku kesah?
 
 
PPUKM is my comfort zone while ED my playground.  Tapi aku harap satu hari nanti aku dapat ke zon dan taman yang lain.
 
 
Haha. Gaya macam nak tukar kerja. Stress ke???
 
 
 
 
 


Sunday, June 23, 2013

Pulau Kapas: Tip Percutian

 
Assalamualaikum wbt.
 
 
Hari ni nak bagi beberapa tip kepada korang yang merancang nak bercuti di pulau. Tak kisah la kalau bukan Pulau Kapas pun coz  bercuti kat pulau ni tak sama macam bercuti kat tanah besar atau bukit tinggi.
 
 
 
 
Air mineral
 
 
 
 Air mineral, air masak, plain water or what ever you call it  sangat penting masa kat pulau. Cuaca kering dan panas akan menyebabkan korang dehydrated.  Serius. Minum sebotol memang tak cukup. Tekak kering mengalahkan gurun Sahara terbakar. Untuk itu, aku cadangkan korang tapau air mineral ni banyak-banyak sebelum naik bot. Singgahlah mana-mana kedai kat jeti tu coz  untuk pengetahuan korang, air mineral 1.5L ni kalau beli kat pulau harganya RM3.50 sebotol! Hambek ko! Mahal gila! Bukan air je tapi memang semua barang harganya double!
 
Tapi masa pergi Pulau Kapas dulu, aku tak terfikir langsung nak buat stok air mineral ni. Yang ada pun botol kecik, 500 ml. Nasib baik restoran resort  kitorang tu sediakan setong air masak. So  kerja aku dok refill  je la setiap kali time  makan. huhu
 




Skin Care



First of all  aku nak ingatkan ini bukan entry promote  barang atau tips kecantikan untuk kulit gebu mulus bagai. Cuma nak ingatkan korang tentang pentingnya menjaga kulit korang bila berada di pulau. Especially for girls, of course.  Sekali lagi diingatkan. Kat pulau panas dan kering, so equal to dehydarted. So  penting semua barang-barang ni. As usual, basic care  yang korang memang pakai even  kat rumah macam facial foam, toner and moisterizer  kena la ada. May be  korang juga boleh tambah dengan serum for dry skin as prevention, macam aku. Al maklumlah, Malaysia kan musim panas. Memang senang la kulit nak kering. Tambah lagi bilik kitorang berhawa dingin. Lagi la senang nak dehydrated. So,  serum ni memang membantu la.
 
Kalau pun dah namanya duduk pulau, mesti la kebanyakannya aktiviti air, kan. So  dah tentu-tentu la korang akan berjemur bawah terik matahari berjam-jam coz  takkan nak menyelam lepas Isya' kot. So sunblock  haruslah tidak dilupakan, Sepanjang aku kat pulau tu, memang hari-harilah tenyeh dengan sunblock.  Aku guna produk Sunplay coz  aku suka texture  dia. Ringan dan cepat serap. Kadang-kadang rasa macam tak pakai sunblock  je. Sudahnya, lumur habis berlayers kat muka. Disebabkan sepanjang hari dok berjemur, aku guna yang SPF 130 tu coz  dia memang untuk long hours outdoor and water activities.  Yang SPF 50 tu untuk daily uses.
 
 
 
  
Hiburan
 
 
 
 Actually  tak banyak benda pun yang korang boleh buat kat pulau. Habis-habis pun main air je. Kayak. Snokeling.  Scuba. Naik bot keliling pulau. Itu je la kot. Dah tu takkan malam-malam pun nak redah main air juga, kan? So  gadget-gadget kat atas tu sangat-sangat la membantu menghilangkan kebosanan tatkala tak tau nak buat apa. For those  yang kaki novel, boleh je bawa sekali. Tapi aku, tak bawa la. Kang hujan ke, bot terbalik ke (nauzubilllah), tak pasal-pasal lencun novel-novel aku tuh!
By the way, bilik kitorang ada TV. So  waktu malam kalau malas sangat nak merayap, lepak bilik tengok TV je.
 

 
 
Charger
 

 

 Ini satu lagi benda penting yang mesti bawa. Sekarang ni pun memang dah jadi trend  bawa charger  pergi kerja, kan? So  kalau pergi bercuti, lagi la wajib bawa! Aku suka multi purpose charger Sony  nih. Bukan je bagi nyawa kat Xperia V aku, tapi boleh guna untuk charge  Mp3 and for transferring, data or picture. Yeay, Sony is my bestie now and forever!
 
 
 
 
Cash
 

 
 Cash  mesti ada dalam tangan coz  kat pulau tak ada ATM. Muahahaha. Banyak mana, bergantung pada korang. Kalau korang dah ambil full package  (penginapan, pengangkutan, makan & aktiviti), so  tak payah la bawa banyak sangat. Bukan ada apa nak beli pun. Souvenir  pun mahal gila! Kan dah bagitau tadi, harga barang-barang kat pulau semuanya double.  Tak payah membazir. Nasi gorang kampung pun RM 7 sepinggan! Barang-barang lain? Ko kira la sendiri.
 



Last but not least,



Mini in size


Nasihat aku apa-apa pun barang yang korang nak bawa, seboleh-boleh cari la yang size kecil. Sekarang ni semua benda ada yang comel-comel. Trial pack for skin care.  Telekung for travelling and so on.  Kita pergi bercuti ni nak release tension.  Jangan sebab nak kurangkan beban kat kepala, korang tambah beban di bahu pulak!



Happy holiday!!!



 

Monday, June 17, 2013

Dinner Terakhir Pelajar Sains Perubatan Kecemasan


Assalamualaikum wbt.

Dinner  terakhir pelajar sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan. Pergh...perkataan terakhir tu agak touching  kot! Tapi kenyataannya memang macam tu. Lepas ni tak ada dah freshie  matrik atau STPM dalam course  ni. So  dah tak ada la rakan sebaya sezaman dan seangkatan. Huhu

Mengikut karma, dinner  kali ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir EMED. Tapi memandangkan tak ada junior yang nak handle  dan alumni pun dah dok merata-rata, maka dengan itu orang-orang yang nak dirai tu la yang bertunku-lumus merangka dan melaksankan dinner  ni. Bunyi macam syok sendiri, kan? Tapi sebenarnya, dorang ni memang terbaik. Tengah dok busy  dengan final exam and research  sempat lagi curi masa buat semua ni. Siap dengan persembahan lagi! Tak minta tolong sesiapa pun. Alumni buat apa?! Tolong datang makan je. Haha. So  memang salute  la dengan korang!


 




Tema malam tu, Black & Diamond. Diamond tu abaikan. Dari awal memang dah plan  siap-siap. Pakai hitam sudah! Tapi tu la, bak kata Fida; macam tengah berkabung. Haha. Tapi tak kisah la kan. Hitam tu menawan, what!?

Walaupun tak ramai yang hadir, tapi malam tu tetap meriah dengan games  baru dan lama. BINGO ada. 4 pictures 1 word  ada. Pop kuiz pun ada. Yang paling best  mesti la BINGO! Bukan sebab aku menang. Tapi sebab game  tu .... old skool  kot! Gila lama tak main. Tak sangka dah lanjut usia macam ni pun dapat peluang main game  tu lagi. Tengah-tengah majlis pulak tuh! Haha. Hey junior, macam mana la korang boleh dapat idea nak gantikan lucky draw  dengan BINGO, huh?! Bijak...bijak.

Overall  malam tu, meja alumni (1st & second batch)  la yang paling banyak dapat hadiah. Sampai meja VVIP (lecturers & clinical instructor)  bengang gila. Ada dorang kata kitorang buat konspirasi. Haha. Dah kalah tak nak mengaku! Malam tu memang syok la pekena VVIP. Coz  kat kelas dulu dah teruk dah kena dengan dorang. So, revenge!  Hehee.

Persembahan terakhir junior yang paling best  dan kelakar. Aku paling suka part;

“KJ..KJ kitorang nak pegi makan”

Tak sangka korang mengikut jejak langkah kakak-kakak ngan abang-abang korang. Teringat zaman clinical year  dulu. Orang soh pi posting surgery,  kitorang posting  kat kafe. Orang soh posting paediatric,  kitorang berkampung kat bilik permainan kanak-kanak. CI datang buat spot check, students  tak ada. Haru betul!


( Sebahagian gambar yang dicuri senyap-senyap dari FB dan dicuri terang-terang dari handset member! )





 
 
 
 
  :: Yeay, kita menang! ::


 
 
 
 
 
 
 
 :: The EMEDian ::
 

Nampaknya tiga empat tahun lagi boleh la kita buat dinner  alumni pulak. Kali ni mungkin turn first batch  la pulak kena handle  kot. Amacam, ada berani ka?
 
 Tiba-tiba, rindu korang!!!



 
:: Malam Apresiasi Rasa Terindah 2010 ::



p/s: Sorry  untuk gambar yang terlebih 'art' ni. Ini adalah kerja tangan Nina Ilani.

Sekian.
 

Thursday, June 13, 2013

Sisi Cantik Pulau Kapas











 
 













 
 



 
 
 












 
 
 

 
 

 
 




















Kamera;
 
SII, Sony Xperia V & Canon Powershot S95
 
 





Saturday, June 8, 2013

Voting Contest: Peluang Menyaksikan Manchester United Beraksi Secara Live!!!



Assalamualaikum wbt.





Hah, ingat lagi tak pasal peluang menonton perlawanan MU secara LIVE  kat oversea   dalam voting contest  program Mencari Ramli 2 kat my previous entry????

Pertandingan ni dah pun bermula dari episod 6 minggu lepas (25 Mei) dan akan berakhir pada 28 Jun (episod 11). Episod 6 adalah episod pengenalan 15 out of 30 finalis And last week another 15. Tapi disebabkan TM yang baik hati, 10 pemain dipanggil balik untuk menjalani saringan terakhir. Walaupun yang datang cuma 9 orang dan semalam daripada 39 orang, hanya 30 yang terbaik telah terpilih. Itu pun selepas bertarung dengan segala IQ and EQ test! So, congrats!   Korang, tengok tak? Tengok tak?

So far o...kay  la. Yang setough  Aidil dengan secute  Muslim Ahmad mungkin dah jumpa. Tapi yang selincah Mahali Jasuli dengan sesemangat Amri Yahya tak  nampak bayang lagi. Iye la. Mana nak nampak. Tiga minggu ni baru episod pengenalan. kot Kena tunggu episod-episod seterusnya kalau nak tengok kemampuan dorang sebenarnya.

Macam mana nak mengundi??
Senang je. Tak guna ink  pun. Asal ada handset  dah cukup! But make sure  ada kredit sekali la!

SMS;

VOTE[no. of votes: 5/10][space]RAMLI[2 digit no : 01-30]

Hantar ke;

26268

Contoh;

SMS

VOTE5 RAMLI05
ini bermakna anda  undi 5 untuk peserta no 5 program MR2

atau

VOTE RAMLI07
ini bermakna anda undi 1 untuk peserta no 7 program MR2

 Yang menariknya, tiada charge  yang akan dikenakan untuk undian kali pertama. Diulang, kali pertama! Tak kisah la korang undi 1 ke 5 ke 10 ke. As long as that's your first time submission.

Charge  yang dikenakan untuk kali ke-2 dan seterusnya adalah seperti berikut;

RM 0.50 untuk 1 undian
RM 2.00 untuk 5 undian
RM 3.50 untuk 10 undian


Hey, ini bukan mengundi saja-saja tau. Hadiahnya menarik kot.

Grand prize  akan memenangi tajaan untuk menonton perlawanan MU secara live kat Bangkok or  Sydney or  Yokohama or  Osaka or  Hong Kong.

Pemenang mingguan pula akan memenangi barangan eksklusif MU

Selamat mengundi! [dari sekarang hingga 28 Jun]

Top 3 Ramli akan disiarkan setiap minggu dalam rancangan Mencari Ramli 2.
Atau korang boleh tengok kat website dorang;

http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2

 

Monday, June 3, 2013

Bonding Time. Hi, Muar!

 

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dijanjikan dalam entry  yang lepas untuk say hi to Muar,  Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak! First of all thanks to  Ummi la yang sanggup pick up  kitorang di merata-rata KL. LRT Bukit Jalil and HUKM,  uh!?

Cuma sekarang ni janji kat si pengantin untuk tulis entry  panjang-panjang dengan gambar banyak-banyak je belum tentu tercapai. Kalau tak puas hati, sorry  ek Ecah. I’m not a good writer.  Setakat nak mengarut ntahpape kat blog sendiri ni reti la. Haha.

Kalau diikutkan perjalanan KL-Muar tak la susah mana. Bukan sebab kampung salah seorang dari kitorang ni kat Muar. Ada yang pernah belajar kat Batu Pahat atau UTM menyebabkan kitorang familiar  dengan jalan ke sana pun bukan jugak. Tapi sebab, ada orang yang dengan relanya nak guide  kitorang ikut jalan dalam straight  sampai depan rumah Ecah la yang memudahkan perjalanan kami. Thanks Allah coz sent them for us. So  kredit to Naza and husband! Such a good tourist guide ever.  Sampai tak bukak langsung map dalam beg. Kalau bukak pun just  usha kad Ecah je.






“Eii, comelnya kad Ecah”  bak kata Jian. “Tapi aku tak dapat pun”  sambung Jian lagi.

“Aku pun!!!”  jerit Ummi pulak.

Hah, jawab Ecah. Jangan tak jawab. Haha.

Thanks  jugak (again)  kat Naza and husband  yang sabar tunggu kelewatan kitorang. Memang trend  budak KL selalu lambat, ek? Sorry! L

Dah tau lambat, sempat lagi kau breakfast  kat KFC Sg Besi, kan? Kan? Haha. Sorry again!


 



Then  perjalanan diteruskan. Sampai kat stesen Petronas Ayer Keroh, gerak sekali dengan Naza. Sampai rumah pengantin agak lambat la jugak. Dalam pukul 2 lebih. Kot. Pengantin pun tengah makan. So,  kitorang pun makan jugak la. Lapar kot. Hehee. Eh, scene  ni sama macam masa pergi wedding  Naza, kan? Haha.



:: Comel je letak kat depan pintu rumah ::



:: Ecah!!! Cantik gila kot! ::


 
 
 
 
 :: Sweetnye! ::
 
 
 
:: Candid! ::
 
 

 :: With prince & princess of the day! ::
 
 
 
:: Meriah hantaran dorang. Colourful! ::



:: Us! ::



:: Nah, dari kami untuk kamu! ::
 
 
 

:: Still tak cukup korum. Sabar je la ::
 
 
 
Lepas pergi wedding  Ecah, Naza ajak lepak air terjun Gunung Ledang. Alang-alang dah sampai, pergi je la. Walaupun ada yang kerja pagi esoknya! Ingatkan dekat tapi huh, boleh tahan jauh jugak la Muar-Sagil ni.





Sampai sana, macam sardin! Ramai gila orang. May be  sebab weekend  kot. Nasib la. Dah la selamba badak pakai baju kurung. Siap dengan handbag plus flat shoes  lagi! Sampai ada yang tegur;

“Ey, kenapa dia pakai baju kurung????”

Nasib bukan aku yang dengar. Kalau tak, nak je jawab;

“Ey, Malaysia negara demokrasi what!?  Sukati la!”



 :: Baju kurung. Handbag. Flat shoes. Euww, gegurl sangat! ::


 
 
 

Nak balik tu traffic  memang slow  ngalahkan siput berjalan. Dan sepanjang perjalanan aku dok dengar suara Jian tanya tak henti-henti,

“WHY? WHY?”

Errmm, ntah la Jian. Tak tau. Yang aku taw, ngantuk nak tido. ZZZZzzz.

Sorry, i’m a bad co-pilot, uh?!

Oppss kitorang sempat jugak berenti kat hentian Ayer Keroh untuk Maghrib and dinner. Thanks to  mak Ecah coz  bekalkan makanan. Macam tau-tau je kitorang akan stuck  dalam jammed  dengan crowd  yang macam apa je. Huhu.

 :: Umpama gelandangan dengan bekal makan di tepi highway. Sadis! ::
 
 
 
Balik tu terus hantar Jian balik Damansara. Iye la dah lambat sangat kot. Pak cik train  pun dah nak balik tidur. Straight  ke Damansara tu tak ada masalah coz  Jian yang drive  sendiri. Tapi part  dari rumah Jian nak balik Cheras, memang masalah. Siap roger  kakak Jian lagi nak confirmkan jalan. Dalam ada orang guide  tu boleh lagi terbabas masuk jalan sehala. Nasib baik sempat buat u-turn  mengejut. Kalau tak, ke emergency  PPUM la gamaknya. Terasa famous  la kejap kot diusha oleh para drivers and riders  yang tengah berenti kat traffic light  sebelah. Mesti dorang curious  nak tau kaki mabuk mana la gila pergi masuk lorong one way  malam-malam buta tuh! Huhu.
 



Saja include  klip video MCR ni sekali coz on the way  hantar Jian tu dengar lagu ni kat radio. Wey MCR ni famous  gila kot time  matrik! So  sesuai la dengan mood kematrikkan kitorang.

Sampai entry  ni ditaip, teringat lagi kat soalan Jian;

“Wey, apsal ko ingat banyak sangat pasal matrik nih?”

Time  tu jawapannya;
Ntah!

Tapi sekarang, aku rasa may be  sebab banyak gila the best moment ever  aku share  dengan korang sepanjang kat matrik kot.

Macam mana tak ingat, kalau cara korang tido pun aku tak pernah lupa satu per satu!

Kah.kah.kah.

Dan disebabkan sentiasa ingat dan tak pernah lupa la aku nak buat pengumuman yang sangat PENTING nih!

KEPADA SESIAPA YANG PERNAH TERJUMPA ATAU MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG ORANG DALAM GAMBAR DI BAWAH INI, SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 012-242**** ATAU MELALUI EMAIL YANG TERTERA DI SIDEBAR ATAU TINGGALKAN KOMEN/MSG DI FB SAYA. SENANG CERITA, KORANG GUNAKANLAH MEDIUM APA PUN UNTUK SALURKAN INFO PASAL BUDAK SORANG NIH!!!

 
Nick name: Anne
Asal: Melaka
Jantina: Perempuan (abvious kot!)
 
Maklumat terakhir diketahui;

Belajar kat Uitm Shah Alam. Kot.
Course, accounting. Kot.
Dah kahwin sebulan dua yang lepas. Kot. (sampai hati tak jemput!)

Maaf kalau maklumat ini tak membantu sangat.

 

p/s: Ecah, cukup panjang tak entry  nih???