Tuesday, May 21, 2013

Mencari Ramli 2

 
Assalamualaikum wbt.
 
Korang ingat lagi tak satu iklan di suatu waktu dulu?
 
Pasal seorang ayah yang bengang gila dengan anak lelaki dia yang pagi petang siang malam dok main bola je. Anak orang lain berjaya dengan straight A’s  tapi anak dia berjaya bawa balik piala. Uh? Then  anak dia berazam akan buktikan yang dengan main bola pun dia boleh berjaya. Sampai boleh main dengan kelab MU  kat Old Trafford lagi.
 
Ingat tak? Ingat tak?
Mula-mula tengok iklan tu dulu macam poyo gila je. Hiperbola sungguh. Malaysian  nak main dengan MU??? Memang tak laaaa! Huhu
Tapi sekarang dengan TM mungkin boleh. Itu pun kalau korang dah join  pertandingan Mencari Ramli. Sekarang dah masuk season 2  ko tau! Hah, tak pernah dengar pasal program ni??? Meh aku brief  sikit.
 

 
Pencarian Ramli adalah mencari bakat bola sepak yang paling gempaq kat negara ini, dalam usaha untuk meningkatkan taraf bola sepak Malaysia. Ini didorong oleh semangat dan keghairahan peminat bola sepak di seluruh Malaysia.

Konsep
Satu siri documentari-realiti yang sedang mencari bola sepak terbaik Malaysia di bawah 16, yang akan dihantar ke Manchester United Soccer School  untuk dilatih dan dipersiapkan untuk menjadi "Ramli", bakat bola sepak Malaysia yang akan datang.


Objektif

Menyediakan platform  untuk pemain muda untuk merealisasikan impian bola sepak mereka.
Memberi bantuan untuk meningkatkan taraf bakat-bakat bola sepak muda tempatan.
Membolehkan ibu bapa untuk melihat potensi anak-anak mereka sendiri dan menyediakan sistem sokongan yang kukuh.
Untuk menggalakkan semangat Team Malaysia melalui rancangan realiti ini.


Siapa Ramli?

Remaja lelaki Malaysia di bawah umur 16 tahun dan mahir dan berbakat pada bermain bola sepak. Seorang pemain dan pemimpin berinspirasi dengan kehebatan dan keghairahan untuk bola sepak.


Ramli boleh jadi

Penjaga gol terbaik;
Pertahanan yang terbaik;
Pemain tengah terbaik;
Penyerang terbaik;
Tapi yang dicari adalah pemain yang paling berbakat!






Musim pertama Pencarian Ramli pada tahun 2012 menyaksikan 30 pemain muda dari Sekolah Sukan Bukit Jalil mempamerkan bakat bola sepak mereka, di mana kedua-dua pemenang telah diserap ke dalam pasukan Harimau Muda Bawah-21 dan satu lagi finalis bermain sebagai penyerang di kelab bola sepak Amerika Syarikat Arezzo bawah-17 pasukan di Itali.

 
Tapi untuk musim ke-2 ni, walaupun tak la sampai ko boleh main dengan MU, tapi dapat pergi Old Trafford pun ok what?!  Dan bukan takat pergi masuk stadium dia je, tapi 2 orang ‘The Ramlies’  ni akan menang trip  ke MU Soccer School  dengan scholarship  ke Frenz United Football Academy  lagi. Ini trip  okay. Maknanya bukan takat pergi tengok then  balik macam tak ada apa-apa berlaku. Tapi korang boleh pusing-pusing Old Trafford an trained at Soccer School  dorang. Mencari inspirasi la lebih kurang.
Tapi ini semua bolah jadi kenyataan kalau korang dah join audition  dorang je. Last change  untuk join audition  ni adalah SEMALAM. 18 Mei - 20 Mei 2013 kat Padang B Petrajaya Kuching, Sarawak. Haha. Mesti korang nangis sebab tak join  kan? Sorry   la lambat upate.  Huhu
Tapi jangan risau, korang still  berpeluang menang menonton perlawanan MU  di lokasi-lokasi terpilih secara live  kalau korang join voting contest. So  jangan lupa tengok segmen Mencari Ramli 2  di TV3 setiap Jumaat 7.30 petang bermula 19 April 2013 dan join voting contest  yang bermula 24 Mei sampai 28 Jun 2013! Yang ni aku akan update  nanti.
 
 
 
 
Apa-apa pun aku harap ‘The Ramlies’  yang terpilih tu akan jadi;
Setough  Aidil Zaquan,
Selincah Mahali Jasuli,
Secute   Muslim Ahmad,
Sesemangat Amri Yahya,
Dan sebijak Azizulhasni Awang!
*tiba-tiba*
 


Monday, May 20, 2013

Bukit Broga Hill

Assalamualaikum wbt.
Kalau sebelum ni Bukit Putih @ Bukit Apek dipilih sebagai destinasi untuk menguji ketahanan fizikal dan mental selepas ON shift.  Tapi kali ni, Bukit Broga atau Broga Hill  yang terletak di Semenyih pula jadi pilihan. Actually,  ini bukanlah kali pertama. Last year  dah merasa dah jerih payah mendaki bukit ni. Dan ini juga merupakan aktiviti kedua anjuran Unit Pra-hospital PPUKM.
Aku tau program ni pun dah last minute.  Sehari sebelum pergi baru tau. So  apa lagi, malam tu pergi kerja angkut sekali track suit, long sleeves, sport shoes  dengan sunblock! Oppsss tak lupa air mineral, 100 plus  dengan jajan! Haha. Gaya macam nak pergi jauh je, kan? Tapi more to as precaution  je nih. Takut hypoPrevention is better than cure,  huh?!
Walaupun progam ni under PHC,  tapi yang join  geng-geng kitorang; aku Fida Zurina, Ina dengan empat orang junior Emed. Haha. Dah macam small reunion  Emed la pulak! Tapi bila difikir balik macam kelakar pun ada. Masa student  dulu senior dengan junior mana ngam sangat. Ada je yang nak disalah fahamkan. Kecik hati makan hati miss communication.  Semua ada. Tapi sekarang, tengok. Boleh je hiking  sesama. Betul la kata orang; carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga, air yang dicincang takkan putus. Muahahahha. Keluar siap semua peribahasa. Kalau cikgu BM aku baca nih, sure  dia bangga gila! *tiba-tiba*
Dah, nak cerita pasal hiking  kali ni pulak!
Pagi tu kitorang gerak dari hospital pukul 8. Lebih kurang. Start  daki dalam pukul 8.50 pagi. Sempat juga la warming up  dulu. Bila dah gerak lambat tu, faham-faham la. Orang lain dah turun nak balik, kitorang baru nak naik. Panas lak tuh! Memang cari pasal betul!
:: Sebelum naik. Semangat! Semangat! ::



Kalau compare  dengan hiking  yang dulu, kali ni memang terasa penatnya. Mungkin sebab matahari dah naik setengah galah. Atau mungkin juga penat 10 jam kerja tak habis lagi. Baru suku perjalanan, kat kepala dah terbayang; "Ethyl Chloride...ethyl chloride".  Rasa nak cramp  dah betis nih. Sampai je kat puncak tu, habis sebotol 100 plus!  Penat!
:: Muka-muka hiprokrit! ::
:: Muka tak larat nak senyum dah ::
:: 100 plus tinggal 50ml je lagi ::


Muka-muka bangga dapat tawan Broga!








:: Bersama the only guy yang join ::

Aktiviti-aktiviti bebas di puncak Broga!

:: Makan ::


:: Gayut kat telefon ::

:: Posing ::


Dah nak turun pun sempat posing  lagi!


















:: Finally. Dah sampai pun. Moh le kita balik! ::



:: Sebelum pulang ke rumah, pekena ABC dulu! ::


Beza hiking  dulu dengan ini kali;

Dulu hypo,  tak breakfast.
Ini kali, kenyang sangat.

Dulu lapar, tak bawak jajan naik atas.
Ini kali, beg berat sebab jajan.

Dulu tak penat sangat, sebab pagi lagi. Redup.
Ini kali, panas gila kot. Dehydrated!

Dulu naik pakai sneakers.  Jahanam kasut.
Ini kali pakai running shoes.  Tak ada beza pun!

Dulu tak spend  masa lama sangat kat atas. Tak banyak gambar.
Ini kali, di mana ada batu, di situ kami posing!

Dulu naik 1 jam 15 minit.
Ini kali 1 jam 10 minit.

'Ceit. Beza 5 minit pun nak cerita ke?'

'Fine. Tunggu lain kalilah'


Saturday, May 18, 2013

Pulau Kapas: Hari Ketiga


 
Assalamualaikum wbt.
 
Hari ini aim  memang nak habiskan terus cerita Pulau Kapas ni coz  kalau tangguh juga, makin lemau la aku nak bercerita. Selemau mood  kitorang bila dah masuk hari ketiga kat pulau. Mungkin kerana masih keletihan dengan segala aktiviti hari kedua. Atau mungkin juga kerana terasa berat hati bila mengingatkan ini adalah hari terakhir kaki memijak butiran pasir yang selembut kapas itu. Mungkin. Segalanya mungkin.
 
Nak main bola tampar, bolanya tak ada. Nak main baling selipar, penat. Tak larat. Nak main air, tak mau. Nanti baju basah. Sudahnya, bergambar je la sepanjang pantai berdekatan resort.

Let, check it out!!!




 
 
 
 
 
 
 
 
 
:: T for Terengganu ::
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Pukul 9 pagi masing-masing balik bilik. Berkemas. Check out  pukul 10.30 pagi. Perasaan? Bebaur. Bercampur. Bot dah setia menunggu. So,  tak reti-reti nak balik?! huhu.
 



:: Going back! ::



Tapi mesti la tak straight  balik KL. Tak sah kalau dah sampai Terengganu, tak singgah Pasar Payang, kan?
 
Come, shopping time!!!
 
Masa diberi? 2 hours only! Shopping. Lunch.  Solat. Cess.
 
Untuk menjimatkan masa, pada sesiapa yang nak keropok losong bagi nama siap-siap. Coz dorang nak tempah kat kedai yang dorang dah familiar.  Banyak gila kot kitorang borong. Satu bas mamapu menghabiskan kesemua stok keropok kat kedai untuk hari itu. Untung la mak cik kedai. Baru separuh hari, licin semuanya. Sekali gus lak tuh!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Habis memborong, perjalanan balik diteruskan. Dan sampai KL pukul 1.30 pagi. Lebih kurang. Mengantuk. Nak tidur. Nasib baik esoknya cuti. Thanks  Nad, arrange jadual aku!
 
 
 
 
:: Nampak sangat shopping untuk diri sendiri je! ::



 
Bye,  Pulau Kapas. Sampai bertemu!
 
 
 
 


Friday, May 10, 2013

Pulau Kapas: Hari Kedua


Assalamualaikum wbt.

Pergi Pulau Kapas 3D2N je, tapi bab nak meng'update' story  ambil masa berminggu-minggu. It’s me actually, as usual!

Kalau nak diikutkan hari ke dua adalah hari yang hectic  untuk kitorang. Kalau hari pertama diisi dengan aktiviti bebas; berjalan-jalan dipersisiran pantai menghirup udara segar sambil ditemani deruan ombak, tapi tidak untuk hari ke dua kerana hari ini adalah hari untuk menguji keberkesanan sunblock  kitorang! Haha.

That’s true. It's time for outdoor activitiessssssssssssss!!!!!!!

Pagi tu lepas breakfast,  curi bola budak-budak laki. Biasa la. Dah bosan sangat. Padahal bukan reti main pun. Tapi tak lama coz  dirampas semula oleh mereka. To be fair, let’s volley ball together!  Gegurl vs Boboi.  Euww...mesti la gegurl   tak nak. So,  kita main bergu campuran! Tak lama mana pun main coz  pukul 10 pagi kena ready  untuk snorkeling!  Lama tak lama pun sempat juga la main 3 round.   Pheww..

Dah..dah. Get ready for snokelling!

Maka berduyun-duyun pergi beratur ambil life jacket  dengan goggle (over tau berduyun-duyun tuh!). Tempat snorkel  tu jauh sikit dari resort.  Kena naik bot. Ada la dalam 5 minit. Kot.
:: Geng gegurl! ::



:: Geng boboi! Erk, mix actually ::



:: Let snorkel starts! ::



:: Bertebaran ::



 :: Emo sungguh bila tau aku je yang tak jumpa nemo nih :( ::



:: Struggle for piramid air ::



:: Tak ada kerja; main simbah-simbah air! ::



:: Tersadai di tepian ::









:: Us ::






 Kitorang snorkel  sampai pukul satu. Lebih kurang. Ikan dah kenyang di bagi makan. Sekarang turn  si pemberi ikan makan pula nak makan. Perut dah main lagu rock. Lapar woo!
Pukul 3 cadangnya nak trekking.  Tapi hampeh. Bebudak laki pergi bantai kayak dengan sambung snorkel  depan resort  tengah-tengah panas. Janji beriye. Tak boleh pakai betul. Janji tak ditepati, uh?! Tapi girls  tak nak mengalah juga. Cuma kitorang tak la hebat sangat nak berpanas kan? Kitorang book  untuk pukul 6 petang punya (by right guys yang tolong book kan. hehee) Redup sikit!




:: Ready for kayaking! ::



:: Peace ::


Actually  gambar-gambar untuk outdoors  ni aku rembat dari FB je. Al maklum la, handset  dengan kamera tak berapa nak water proof  sangat. So,  sepanjang hari ni handset dengan kamera damai bersemadi atas katil!

Thanks  semua yang tolong tag pics  kat FB!





Thursday, May 9, 2013

Eh, mulia sangat kerja kau tuh?


Assalamualaikum wbt.

 
Korang perasan tak? Dari kecil sampai dah besar panjang ni, kita selalu disogokkan dengan kata-kata;

Kerja orang-orang medical ni kerja yang mulia.

Sanggup korbankan life sendiri untuk orang lain.

Sanggup tak cuti raya nak jaga orang sakit.

Susah payah nak selamatkan orang.

Kerja dorang 24 jam. On call memanjang.

Pernah tak dengar ayat-ayat macam ni? Tapi bila dah masuk dalam bidang ni, aku rasa semua tu mitos semata-mata. Tengok sekeliling, berapa ramai yang tak reti mengambil kesempatan mengumpul pahala free  dari kerja yang dianggap mulia ni??

Pada suatu petang yang redup terdengarlah perbualan di antara dua manusia;

"Ish, dah kol satu lebih. Aku tak pergi sembahyang Jumaat pun".

"Entah kau nih. Dah tau kerja office hour tu, pergi la sembahyang".

"Tu la. Tak pe la. Minggu depan..minggu depan".

"Eh, kau tau tak. Tiga kali berturut-turut kau tak pergi, gelap hati kau tau???!"

"Eh bukan tiga bulan berturut-turut ke????"

???????????????????????????????????????????????????

Astghfirullah. Aku yang mendengar hanya mampu mengucap dalam hati. Sabar je la!

Tengok la betapa 'naïf'nya budak-budak zaman sekarang. Lupa ke, hukum Allah tu bukan boleh dibuat main?! Itu baru sentuh soal solat Jumaat yang seminggu sekali. Kalau dihitung solat fardhu yang 5 kali sehari semalam tu macam mana la agaknya, kan? Puasa sebulan setahun tu?
 
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?
(Hadith riwayat Muslim)

Teringat zaman belajar dulu. Terkejut bila tengok ambulance driver  yang dok sedap sedut teh ais disaat  orang lain sabar menunggu masuknya waktu Maghrib di bulan Ramadhan. Penat sangat ke bawak ambulan? Berat sangat angkat patient?

Belum masuk bab mengumpat mengata patient  lagi. Teringat pesan seorang senior MA masa student  dulu;

“Korang perempuan ni kalau dah masuk bidang ni kena ingat. Jaga mulut tu. Kalau tak, kau rasa la masa nak bersalin nanti. Punya la payah. Jangan suka mengumpat. Jangan lupa minta ampun banyak-banyak dengan laki kau masa nak beranak nanti”

In sha Allah, saya ingat!

Dear readers, please no heart or hard feeling ok?  Teguran untuk orang lain equal to   ingatan untuk diri sendiri jugak!

Peace no war!!!!
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
 
(Al-'Asr 103:1-3)
 
 

Thursday, May 2, 2013

Pulau Kapas: Hari Pertama



Assalamualaikum wbt.

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Bukit Apek aku dah redah,
Sekarang, Pulau Kapas lak aku singgah.

Kepada adik-adik yang nak ambil exam,  sila jangan selitkan pantun di atas dalam karangan anda, ye.

Edisi cuti-cuti Malaysia kali ini bertempat di Pulau Kapas, Terengganu. Trip kali ini sebenarnya dah dirancang awal cuma aku je yang tak confirm  nak join  atau tak. Actually,  pulau-pulau ni bukan style  aku coz  aku bukanlah spesis yang suka berjalan-jalan di persisiran pantai, menghirup udara segar sambil ditemani oleh deruan ombak yang...yang...yang...ok fine,  sampai situ je aku tau. Yang lain sambung sendiri! Trip kali ini juga dikatakan hanya untuk relaxing  dan memang dorang tak buat banyak outdoors.  Huh, lagi la aku malas nak pergi. Tapi disebabkan member-member ramai yang pergi, so ikutkan juga la. Selamat 360 aku....

Dari awal memang aku tak ambil tahu-menahu pasal trip ni. Cik Zurina la yang bertanggungjawab settlekan semua. Dari confirmkan nama, dulukan deposit, confirmkan saiz baju, sent me the t-shirt straight to my hand  bila dah siap dan forward message regarding the trip.  Manakala cik Nadia yang bersungguh suruh aku apply  cuti. Siap suggest  berapa hari yang aku perlu apply  lagi. Huh, dahsyat sungguh kemalasan berfikir aku!

Anyway, thanks Zu! Thanks Nad!

 
26 April kira-kira jam 12.30 pagi, selamatlah kami bergerak dari PPUKM menuju ke Terengganu. Tiada apa yang mampu dibuat pada waktu-waktu begini di atas bas, melainkan tidur!




:: 2.45 pagi di R&R Temerloh- semua muka baru bangun tidur! ::



:: Kalau ku tahu breakfast ni termasuk dalam pakej, sudah ku order dua pinggan nasi lemak lauk ayam. Cess! ::



Safely arrive at  Jeti Marang, Terengganu. Yeay!









:: Budak comel. "Tak nak! Tak nak!" ::



:: Same boat same destination, Pulau Kapas! ::


10 minit kemudian.........



 




Pulau Kapassss, here we comeeeeeeee!!!!






:: Mak Cik Gemuk Beach Resort ::


Sampai kat resort  terus diserbu dengan soalan cepumas;

"Eh, korang ni semua orang PAS ke????"

Muahahahahahah

Amboi, pandai pak cik mak cik abang kakak ni bergurau!









:: Lunch of the day! ::






:: Unfortunately 100 plus was not included in 360 package! :( ::



Aktiviti-aktiviti bebas di petang hari.



:: Terukir di pasir! ::



:: Swimming. Erk, or should I say, just berendam!:p ::
 
 
 
:: Feeling ombak rindu di celah batu ::



:: Gwiyomi ::




Now, let me present  Jalan-jalan Pulau Kapas with models from ED, ex-ED and  yang tak ada kena-mengena dengan ED!







:: Berjalan di persisiran pantai ::



:: Nak trekking konon. Dusta semata! ::



:: Buaian dengan 1001 misteri. Roll over without any spinal injury, huh?! ::

 
:: F I R D A U S A H M A D ::
 
 
:: F.A.B ::



:: BOLA ::



:: SIVA EDFC. Fine! ::








 Nama pun trip for relaxing. So after dinner  memang tak ada aktiviti khusus. Semua buat aktiviti masing-masing. Bosan!






:: Terukir di pasir, lagi. ::



:: Sempat lagi main teng teng! ::


Akhirnya first night hari tu berakhir dengan lena yang sangat panjang. Orang lain dah habis breakfast,  kau baru nak tunjuk muka, kan Sarah?!!