Monday, May 20, 2013

Bukit Broga Hill

Assalamualaikum wbt.
Kalau sebelum ni Bukit Putih @ Bukit Apek dipilih sebagai destinasi untuk menguji ketahanan fizikal dan mental selepas ON shift.  Tapi kali ni, Bukit Broga atau Broga Hill  yang terletak di Semenyih pula jadi pilihan. Actually,  ini bukanlah kali pertama. Last year  dah merasa dah jerih payah mendaki bukit ni. Dan ini juga merupakan aktiviti kedua anjuran Unit Pra-hospital PPUKM.
Aku tau program ni pun dah last minute.  Sehari sebelum pergi baru tau. So  apa lagi, malam tu pergi kerja angkut sekali track suit, long sleeves, sport shoes  dengan sunblock! Oppsss tak lupa air mineral, 100 plus  dengan jajan! Haha. Gaya macam nak pergi jauh je, kan? Tapi more to as precaution  je nih. Takut hypoPrevention is better than cure,  huh?!
Walaupun progam ni under PHC,  tapi yang join  geng-geng kitorang; aku Fida Zurina, Ina dengan empat orang junior Emed. Haha. Dah macam small reunion  Emed la pulak! Tapi bila difikir balik macam kelakar pun ada. Masa student  dulu senior dengan junior mana ngam sangat. Ada je yang nak disalah fahamkan. Kecik hati makan hati miss communication.  Semua ada. Tapi sekarang, tengok. Boleh je hiking  sesama. Betul la kata orang; carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga, air yang dicincang takkan putus. Muahahahha. Keluar siap semua peribahasa. Kalau cikgu BM aku baca nih, sure  dia bangga gila! *tiba-tiba*
Dah, nak cerita pasal hiking  kali ni pulak!
Pagi tu kitorang gerak dari hospital pukul 8. Lebih kurang. Start  daki dalam pukul 8.50 pagi. Sempat juga la warming up  dulu. Bila dah gerak lambat tu, faham-faham la. Orang lain dah turun nak balik, kitorang baru nak naik. Panas lak tuh! Memang cari pasal betul!
:: Sebelum naik. Semangat! Semangat! ::



Kalau compare  dengan hiking  yang dulu, kali ni memang terasa penatnya. Mungkin sebab matahari dah naik setengah galah. Atau mungkin juga penat 10 jam kerja tak habis lagi. Baru suku perjalanan, kat kepala dah terbayang; "Ethyl Chloride...ethyl chloride".  Rasa nak cramp  dah betis nih. Sampai je kat puncak tu, habis sebotol 100 plus!  Penat!
:: Muka-muka hiprokrit! ::
:: Muka tak larat nak senyum dah ::
:: 100 plus tinggal 50ml je lagi ::


Muka-muka bangga dapat tawan Broga!








:: Bersama the only guy yang join ::

Aktiviti-aktiviti bebas di puncak Broga!

:: Makan ::


:: Gayut kat telefon ::

:: Posing ::


Dah nak turun pun sempat posing  lagi!


















:: Finally. Dah sampai pun. Moh le kita balik! ::



:: Sebelum pulang ke rumah, pekena ABC dulu! ::


Beza hiking  dulu dengan ini kali;

Dulu hypo,  tak breakfast.
Ini kali, kenyang sangat.

Dulu lapar, tak bawak jajan naik atas.
Ini kali, beg berat sebab jajan.

Dulu tak penat sangat, sebab pagi lagi. Redup.
Ini kali, panas gila kot. Dehydrated!

Dulu naik pakai sneakers.  Jahanam kasut.
Ini kali pakai running shoes.  Tak ada beza pun!

Dulu tak spend  masa lama sangat kat atas. Tak banyak gambar.
Ini kali, di mana ada batu, di situ kami posing!

Dulu naik 1 jam 15 minit.
Ini kali 1 jam 10 minit.

'Ceit. Beza 5 minit pun nak cerita ke?'

'Fine. Tunggu lain kalilah'


No comments:

Post a Comment