Assalamualaikum
wbt.
Pergi
Pulau Kapas 3D2N je, tapi bab nak meng'update' story ambil masa
berminggu-minggu. It’s me actually, as usual!
Kalau
nak diikutkan hari ke dua adalah hari yang hectic untuk kitorang. Kalau hari
pertama diisi dengan aktiviti bebas; berjalan-jalan dipersisiran pantai
menghirup udara segar sambil ditemani deruan ombak, tapi tidak untuk hari ke
dua kerana hari ini adalah hari untuk menguji keberkesanan sunblock kitorang! Haha.
That’s
true. It's time for outdoor activitiessssssssssssss!!!!!!!
Pagi
tu lepas breakfast, curi bola budak-budak laki. Biasa la. Dah bosan
sangat. Padahal bukan reti main pun. Tapi tak lama coz dirampas semula oleh
mereka. To be fair, let’s volley ball together! Gegurl vs Boboi. Euww...mesti la gegurl
tak nak. So, kita main bergu campuran! Tak lama mana pun main coz pukul 10 pagi
kena ready untuk snorkeling! Lama tak lama pun sempat juga la main 3 round.
Pheww..
Dah..dah.
Get ready for snokelling!
Maka
berduyun-duyun pergi beratur ambil life jacket dengan goggle (over tau
berduyun-duyun tuh!). Tempat snorkel tu jauh sikit dari resort. Kena naik bot.
Ada la dalam 5 minit. Kot.
:: Geng gegurl! ::
:: Geng boboi! Erk, mix actually ::
:: Let snorkel starts! ::
:: Bertebaran ::
:: Struggle for piramid air ::
:: Tak ada kerja; main simbah-simbah air! ::
:: Tersadai di tepian ::
:: Us ::
Kitorang snorkel sampai pukul satu. Lebih kurang. Ikan dah kenyang di bagi makan. Sekarang turn si pemberi ikan makan pula nak makan. Perut dah main lagu rock. Lapar woo!
Pukul 3 cadangnya nak trekking. Tapi hampeh. Bebudak laki pergi bantai kayak dengan sambung snorkel depan resort tengah-tengah panas. Janji beriye. Tak boleh pakai betul. Janji tak ditepati, uh?! Tapi girls tak nak mengalah juga. Cuma kitorang tak la hebat sangat nak berpanas kan? Kitorang book untuk pukul 6 petang punya (by right guys yang tolong book kan. hehee) Redup sikit!
:: Ready for kayaking! ::
:: Peace ::
Actually gambar-gambar untuk outdoors ni aku rembat dari FB je. Al maklum la, handset dengan kamera tak berapa nak water proof sangat. So, sepanjang hari ni handset dengan kamera damai bersemadi atas katil!
Thanks semua yang tolong tag pics kat FB!
No comments:
Post a Comment