Thursday, May 9, 2013

Eh, mulia sangat kerja kau tuh?


Assalamualaikum wbt.

 
Korang perasan tak? Dari kecil sampai dah besar panjang ni, kita selalu disogokkan dengan kata-kata;

Kerja orang-orang medical ni kerja yang mulia.

Sanggup korbankan life sendiri untuk orang lain.

Sanggup tak cuti raya nak jaga orang sakit.

Susah payah nak selamatkan orang.

Kerja dorang 24 jam. On call memanjang.

Pernah tak dengar ayat-ayat macam ni? Tapi bila dah masuk dalam bidang ni, aku rasa semua tu mitos semata-mata. Tengok sekeliling, berapa ramai yang tak reti mengambil kesempatan mengumpul pahala free  dari kerja yang dianggap mulia ni??

Pada suatu petang yang redup terdengarlah perbualan di antara dua manusia;

"Ish, dah kol satu lebih. Aku tak pergi sembahyang Jumaat pun".

"Entah kau nih. Dah tau kerja office hour tu, pergi la sembahyang".

"Tu la. Tak pe la. Minggu depan..minggu depan".

"Eh, kau tau tak. Tiga kali berturut-turut kau tak pergi, gelap hati kau tau???!"

"Eh bukan tiga bulan berturut-turut ke????"

???????????????????????????????????????????????????

Astghfirullah. Aku yang mendengar hanya mampu mengucap dalam hati. Sabar je la!

Tengok la betapa 'naïf'nya budak-budak zaman sekarang. Lupa ke, hukum Allah tu bukan boleh dibuat main?! Itu baru sentuh soal solat Jumaat yang seminggu sekali. Kalau dihitung solat fardhu yang 5 kali sehari semalam tu macam mana la agaknya, kan? Puasa sebulan setahun tu?
 
Dari Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah r.a keduanya menceritakan bahawa mereka mendengar daripada Rasulullah s.a.w, ketika baginda sedang berkhutbah di atas mimbar, sabdanya: Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?
(Hadith riwayat Muslim)

Teringat zaman belajar dulu. Terkejut bila tengok ambulance driver  yang dok sedap sedut teh ais disaat  orang lain sabar menunggu masuknya waktu Maghrib di bulan Ramadhan. Penat sangat ke bawak ambulan? Berat sangat angkat patient?

Belum masuk bab mengumpat mengata patient  lagi. Teringat pesan seorang senior MA masa student  dulu;

“Korang perempuan ni kalau dah masuk bidang ni kena ingat. Jaga mulut tu. Kalau tak, kau rasa la masa nak bersalin nanti. Punya la payah. Jangan suka mengumpat. Jangan lupa minta ampun banyak-banyak dengan laki kau masa nak beranak nanti”

In sha Allah, saya ingat!

Dear readers, please no heart or hard feeling ok?  Teguran untuk orang lain equal to   ingatan untuk diri sendiri jugak!

Peace no war!!!!
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
 
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
 
(Al-'Asr 103:1-3)
 
 

No comments:

Post a Comment