Assalamualaikum wbt
Kalau ikut sejarah, memang tak pernah pun Nokia 3310 tu ada dalam simpanan. My first handset was Nokia 1100c. Beli dan guna curik-curik masa tingkatan 4. Dan memandangkan sekarang ni Android aku bermasalah makanya aku pun rembat handset klasik tradisional mak aku.
:: So called handset-klasik-tradisional ::
Sebagai ganti, aku belikan Oppo untuk puan Ibu. Untuk berwhatsapp katanya.
:: Oppo Joy 3 untuk puan Ibu berWhatsApp ::
Seronok jugak bila guna handset lama ni. Tak la gian sangat nak scroll FB atau berlaku pencemaran bunyi dek WhatsApp. Charge bateri pun 3 hari sekali. Itu pun puan Ibu yang tolong chargekan. Kalau nak tunggu anak dia charge sendiri, memang tak la. Haha. Sekarang ni pun dah back to hobi lama, baca novel, buku-buku motivasi (cewahhh) dan seangkatan dengannya. Masa untuk kemas rumah pun berlebih-lebih. Cuma nak memasak je belum sampai seru lagi. Hiks
Tapi still ada pros and cons bila guna handset klasik tradisional ni. Salah satunya mesej lambat sampai la sebab orang sekarang ni prefer communicate via WhatsApp rather than sms or phone call. Atas sebab tu jugak aku warning siap-siap kat member kerja, kalau ada hal urgent mohon call atau sms. While WhatsApp, bila waktu kerja baru aku online. Alhamdulillah setakat ni tak ada boss-boss yang marah. May be sebab dorang pun dah tau yang aku ni memang spesis malas nak respon WhatsApp/WhatsApp group. Kehkeh.
Nota kaki: Looking for new android
No comments:
Post a Comment