Tuesday, April 26, 2016

Short Trip Melaka - Port Dickson: Tempat-Tempat Menarik

Bismillahirrahmanirrahim

Bila 3 bulan tak bercuti ke mana, mula la rasa stress semacam. Kalau ikutkan hati nak je ke pulau. Tapi memandangkan sekarang ni musim panas, maka terpaksa la cancel. Lagi pun trip kali ni cuti berdua je. Jadi tak seronok la kalau nak buat island hopping pun. Huhu

Untuk trip Melaka ni aku pening sikit sebab tak tau nak letak tema apa. Nak buat food hunting, lebih baik pegi Penang. Nak ikutkan makanan kat Melaka ni, kat KL pun boleh dapat. Nak jalan-jalan pantai, memang tak la sebab pantai kat area Mersing or Terengganu lagi win. Nak pegi water park...Erk, aku bukan budak-budak lagi kot nak mandi kolam. Kot air terjun boleh tahan lagi. Sudahnya, jalan-jalan layan kaki je la.

Taming Sari Tower

Disebabkan sampai Melaka awal, nak check in pun memang takkan dilayan. So kitorang decide untuk park kat Banda Hilir dulu. Alang-alang park kereta pun betul-betul depan Taming Sari Tower ni, terus je la beli tiket. Tower ni dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Kira untuk hari tu, kitorang group pertama yang rasmikan operasi dorang. Harga tiket RM 15/pax (adult).




Dapat air mineral dan dodol Melaka. Dari atas ni boleh la nampak kawasan sekitar. Tapi tak lama pun, 7 minit je. Kitorang tak dengar sangat penerangan staf kat atas tu sebab sibuk buat ulasan sendiri. Muahahah. Melaka je kan. Siapa je yang tak tau cerita-cerita Melaka ni.




Muzium Melaka





:: Berlatar belakangkan replika Flor De La Mar ::

Nampak nau bosan sampai muzium pun daku lawati. Nak buek camno. Mase den kocik-kocik, omak den tak bawak den gi muzium Melako nu. Maaf, saya nogori celup. Haha. Bayar RM 5 untuk Muzium Samudera dan Muzium TLDM.









As usual, aku tak berapa nak fokus sangat dalam muzium ni. Apa motif aku masuk ke sini pun, aku tak tau. Bukan tak minat sejarah (aku scorer sejarah kot!), cuma hari tu tak ada mood je. 






Saing-saing kitorang ada jugak la tourist yang masuk. Yang dari Asia sibuk berselfie. Yang mat salleh je khusyuk membaca. Tu la beza tourist timur dan barat. Huhu.









Sunset di The Shore Sky Tower






Tempat ni terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery dengan ketinggian 163 meter dpl. Tempat ni agak costly sebab entrance fee je dah RM 18. Boleh stay sampai jam 9 malam. Tapi sekali masuk je tau. Toilet tak ada kat atas tu. Sekali korang keluar dan nak masuk balik, sila bayar tiket baru.






Korang boleh bergambar sakan kat atas tu kecuali kat kawasan lantai lutsinar. Kat lantai tu hanya boleh bergambar menggunakan perkhidmatan official photographer dorang sahaja dengan harga RM 45. Huh, memang tak la kan!




Sunset di Kota A Famosa




Ahah. Tempat ni memang legend. Kalau datang Melaka memang wajib ke sini. Mula-mula hampir sesat jugak, tak jumpa jalan masuk. Al maklum la, Melaka sekarang dah maju. Banyak bangunan baru. Last datang Melaka 2013 kot.



Kitorang naik ikut trek St Paul. Turun baru ikut trek biasa A Famosa. Walaupun dah berulang kali ke sini, tapi kali ni first time layan sunset kat A Famosa.




Serama Camp Durian Tunggal


Sanggup datang ke sini walaupun panas terik sebab nak layan high ropes. Kat sini orang panggil Orang Utan Walk. Entah kenapa, sejak dari zaman sekolah lagi aku memang suka aktiviti tali dan panjat pokok. Tersangat la suka cabar diri berada di tempat tinggi. Nak kata gayat tak. Berani sangat pun tak jugak. Tapi jangan suruh aku panjat dinding atau batu (rock or wall climbing) sebab yang tu, aku tak reti. hehe.






Tapi kat sini cuma ada 15 obstacles je. Tak puas jadi orang utan. May be lepas ni boleh pegi skytrex pulak. Harga Orang Utan Walk RM 35/pax. Kalau korang nak spend whole day kat sini boleh la ambil pakej premium, RM 79/pax. Ada 8 games termasuk wall climbing, lake boating, archery, flying fox, etc.




Cendol Jam Besar




Orang kata tempat ni famous. Aku tak makan cendol. Dan aku tak layan ABC. Datang sini sebab kawan aku kata, cendol dia sedap. Aku order aiskrim je. Sampai orang yang ambil order tu kata, "Aiskrim ni untuk budak-budak je, dik". Choii. Haha.


Billionaire's Concepts Cuisine & Grind Shack




Yang ni recommanded western hipster restaurant. Syok woo lepak sini. WIFI free. haha. Portion makanan dia besar. Harga agak berpatutan. Tak mahal dan tak la murah sangat. Krew dia friendly gila kot! Deco yang sangat simple but nice.




Masuk sini rasa macam tak nak balik dah. Restoran ni terletak berhadapan dengan Aeon mall. Betul-betul sebelah restoran steamboat yang famous kat Melaka, Api-Api.




Bustel Klebang








Aku pilih untuk overnight dekat sini bukan setakat sebab tempat ni dah jadi viral. Tapi jugak sebab harganya yang murah. Kitorang pegi weekday, so rate dia RM90/night (2 single bed). Macam tak sangka bas yang macam tu boleh muat 2 single bed, toilet, almari dengan meja, siap air cond lagi. Malam-malam memang sejuk la sebab ruang kecik. Satu bas ada dua bilik.






Kitorang dapat yang bahagian belakang. Nak dijadikan cerita, malam tu tengah syok-syok tengok TV tiba-tiba katil bergoyang. Dengar macam orang bilik depan main lompat-lompat. Lepas tu macam orang berlari pulak. Cuak tak cuak la masa tu. Masa kitorang check-in petangnya, bilik depan tu tak ada guest lagi. Tapi tabahkan je la hati. Agak-agak bunyi makin mengarut memang kitorang lari pegi kat kereta. Tak lama tu, senyap. Kitorang yakin ada guest lain kat bilik depan. So, pujuk je mata supaya tidur. Esok pagi masa nak check-out, nampak satu family, parents dengan anak dia lepak kat tepi bas. Sah la malam tadi tu anak dorang yang punya keje. haha.


Teluk Kemang, Port Dickson






Datang sini sebab nak lepaskan hajat tengok laut. Kalau nak diikutkan aku bukan spesis yang suka pantai. Water sport pun tak berapa nak masuk. Tapi disebabkan tengah stress yang melampau, pujuk hati tengok laut. Moga-moga boleh campak terus semua stress tu kat tengah laut. kuikui.




Plan asal nak naik banana boat. Tapi melihatkan tahap kepanasan melampau, kitorang chill bawah pokok tengok orang lain main banana boat. Adeii. 28 tahun hidup, tak merasa lagi naik banana boat. sob..sob..




Ada jugak singgah Blue Lagoon, saja nak lawat kawasan. Kawasan dia agak redup. Tapi tak sehappening Teluk Kemang la. Nak lepak chill ok kot. Hiks!

:: Ini Blue Lagoon. Bukan Teluk Kemang, ye. ::


Cowboy's Place






Kitorang lunch kat sini. Dengar cerita tempat ni memang famous. Patut pun masa kitorang datang, meja semua hampir penuh. Menu dia satu je, Nasi Kukus Ayam Panggang. Tapi ada juga side dishes like telur dadar, sayur apentah. Air pulak cuma 2 jenis je, mineral dengan watermelon. Simple gila menu, tapi meletop!

Set nasi Kukus + 1/4 ayam panggang + sup& sos = RM 6. Air mineral aku bawak sendiri. Nak jimat oii! Haha.


Sekian trip 3H2M Melaka - Port Dickson

Total kerugian    = RM 250/pax (termasuk accomodation, minyak, tol, shopping, makan, enterance fees)
Accommodation = RM 160 3D2N (hotel berbeza)
Tol & Minyak    = RM 98.24 return


2 comments: