Saturday, February 11, 2017

Bercuti 2 Hari 1 Malam di Ipoh, Perak

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Bila dah bertukar tempat kerja ni, nak curi masa untuk bercuti agak payah. Kalau dulu selalunya cuti mesti paling kurang pun seminggu. Tapi kat tempat kerja sekarang, kalau nak bercuti kena utilize cuti weekend la. Atau pun guna tiket kerja sambil bercuti. Hwaaa. Trip ke Ipoh ni pun sebenarnya guna tiket yang satu tu la. Kerja sambil bercuti.


:: Pakatan berjalan CUCMS ::


Di Ipoh, kitorang menginap di Kinta Riverfront Hotel. Aku tak reti nak komen pasal hotel ni sebab aku bukan hotel hunter. Asal ada tempat nak bermalam, aku on je. So, dah sah-sah la bukan aku yang arrange penginapan. Kihkih. Cuma night view kat hotel ni superb. Lokasi strategik untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Ipoh dan tempat makan.


Bukit Larut








Plan awalnya nak gerak pagi ke sini sebab nak naik 4 wheel drive ke puncak. Tapi entah macam mana tetiba semua macam tak semangat nak ke puncak. Sudahnya tengah hari tu kitorang jalan-jalan je kat kaki bukit.




Tapi untuk korang yang nak naik 4 wheel drive ke puncak, sila datang awal pagi sebelum trip hari tu fully booked. Nak hiking boleh jugak. Total perjalanan antara empat ke enam jam kalau hiking. Kat sini korang akan jumpa ramai uncle aunty yang majoritinya Chinese exercise turun naik bukit. Cuma jangan lupa pakai pakaian yang sesuai eh.


Taman Tasik Taiping





Disebabkan tak ke puncak Bukit Larut, jadi masa yang terluang tu kita gunakan dengan berjalan-jalan kat tepi tasik. Tempat ni betul-betul berhadapan dengan Zoo Taiping. Kalau orang lain jalan-jalan tepi tasik pukul 6 petang, kitorang pulak pukul 1 petang dah terpacak kat situ. Walaupun panas, ku gagahkan jua. Sempat jugak la try triple bicycle kat situ. Tapi aku nasihatkan korang jangan try kalau rasa-rasa tak nak accident langgar kereta, langgar tembok atau terjun tasik. Kitorang dah rasa dah. Serik! Haha. Apa yang best kat taman tasik ni adalah banyak spot cantik untuk bergambar. No wonder la banyak drama melayu suka shoot kat sini.






:: Tetap senyum walau dah accident banyak kali. ::


Triple bicycle: RM 15/30 minutes


Matang Mangrove Forest




Dah penat berbasikal dan pusing-pusing tasik, destinasi seterusnya adalah Hutan Paya Bakau. Yang ni betul-betul terasa macam budak sekolah ikut lawatan sambil belajar bersama Miss Suhaili. Aku dengan Yuni tak tau nak buat facial expression macam mana sebab memang tak boleh nak masuk dengan tumbuh-tumbuhan ni. Tak tau la kalau Yuni tu boleh hadam semua pasal paya bakau. Sepanjang jalan tu aku dok terbayang kot-kot la ada Anaconda menyorok disebalik akar ke. Muahahaha.




Parking fee: RM tak ingat
Entrance fee: RM 5/person


Mee Udang Mak Jah






Setelah seharian berjalan, sekarang tibalah masa untuk mengisi perut. Mula-mula plan nak pekena Mee udang Mak Teh, tapi sayangnya gerai tutup pulak. Tak ada rezeki la tuh. Jadi kitorang pun singgah makan kat Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Tak jauh pun dari Matang Mangrove Forest tu. Mee Udang Mak Jah ni famous tau kat Kuala Sepetang. Sesiapa yang datang sini memang wajib pekena Mee Udang dia. Selain Mee Udang, ada jugak menu-menu lain. Udang dia not bad, besar la jugak kalau nak compare dengan Mee Udang Shah Alam. Haha. Tapi tu la, ada orang kata Mee Udang Mak Teh lagi sedap. Huhu. Apa-apa pun, habis jugak semangguk Mee Udang Mak Jah tu aku bedal! Ahah.


Kinta Riverfront



Malam tu kitorang jalan dekat-dekat hotel tu je. Meriah jugak, macam i-City Shah Alam versi kecik sikit. Turun bilik malam tu sebenarnya sebab lapar. Tetiba perut teringin nak makan burger. Jadi kitorang pun merayau-rayau la cari makanan. Selain ada gerai jualan dan makanan kecil-kecilan, aktiviti seperti berbasikal, roller blades dan sewaktu dengannya ada jugak. Sediakan duit je. Pada yang takat nak lepak-lepak makan aiskrim sambil layan group busking kat situ pun boleh.


Kellie's Castle






Tempat ni memang on top of our plan. Dari Cyber lagi dah dok sebut-sebut nak pergi Kellie's Castle. Pagi-pagi lagi kitorang dah sampai. Masa kitorang sampai tu hujan baru je berenti, so tak panas sangat. Pada yang nak datang sini, korang rajin-rajinkan la baca asal-usul istana ini. Confirm tak rugi. Kalau kat Agra, Shah Jahan bina Taj Mahal untuk isteri dia, Kat Batu Gajah ni pulak ada William Smith yang bina Kellie's Castle untuk isteri dan anak-anak dia. Such a loving guy. Kalau nak tau sejarah pembinaan dan asal usul nama Kellie ni, sila datang ke sini dan hayati kisah hidup si William. Ingat, bangsa membaca, bangsa berjaya!








Parking fee: RM 2
Entrance fee: RM 5/person (Malaysian-tunjuk mykad)


Laksa Telur Goreng Bersarang




Sorry terpaksa tulis menu instead of nama restoran sebab aku tak ingat nama restoran ni. Lokasi adalah di Taman Botani, 20 minit perjalanan dari kellie's Castle. Actually kak Suli yang beriya nak bawak kitorang ke tempat ni. Katanya laksa dia sedap. Tapi aku bukan peminat laksa pun. Makan untuk kenyangkan perut ok la. Tapi rasanya memang sedap kot sebab kedai tu penuh masa kitorang sampai. Oppps, kedai ni tutup pukul 7 petang. Korang jangan lambat tau. Sesiapa yang tak makan laksa jangan risau, sebab menu lain seperti nasi kukus ayam berempah, betul-betul sebelah kedai ni. Walaupun aku bukan peminat laksa, tapi habis jugak semangkuk laksa tu aku kerjakan. Haha.


Taman Rekreasi Gunung Lang







Kalau semalam kitorang dah berekreasi kat Taman Tasik Taiping pukul 1 petang, hari ni kitorang berekreasi kat Bukit Lang pukul 2 petang pulak. Haha. Aku memang suka buat aktiviti time panas-panas cam ni. Walaupun panas, tapi ramai gila orang beb! Mungkin sebab weekend kot. Mula-mula aku ingat tempat ni boleh la nak hiking ke apa. Rupa-rupanya cuma boleh jalan-jalan dengan naik bot je. Kecewa. Nak naik bot memang beratur panjang la. Aktiviti dekat sini lebih kepada aktiviti kekeluargaan. Jalan-jalan sampai penat. Ada taman permainan, menara tinjau, rumah Melayu, dan beberapa lankskap menarik. Kalau nak bagi makan ikan kena beli makanan tu dari jeti lagi. Nak picnic bersama keluarga pun ok jugak. Jangan lupa bawak tikar dan makanan sendiri. Tapi kalau nak picnic tak perlu la naik bot tu, park kat area air terjuan buatan kat luar pun dah ok. View cantik, redup lagi.








Boat trip: RM 3/person (return)


Man Yong Tau Fu



:: Gambar ihsan Google sebab gambar sendiri dah hilang entah ke mana. ::


Malam seterusnya tetiba pulak kak Suli teringin nak makan Yong Tau Fu. Maka kitorang pun google la cari mana nak dapat Yong Tau Fu sedap. Dan akhirnya waze membawa kitorang ke Man Yong Tau Fu yang terletak di Manjoi Perak. Landmark dia berdekatan dengan sekolah tahfiz ustaz Kazim Ellias, Al-Barakah. Actually gerai ni berkongsi dengan kedai makan Warung Pak Wan. Jadi, selain makan yong tau fu boleh je order masakan panas lain. Gerai sate pun ada jugak. Korang pilih je nak makan apa.

Restoran Nasi Vaggey




Orang kata kalau ke Ipoh, tak sah kalau tak pekena nasi vaggey. Jadi sebelum balik KL moh le kita singgah makan kat sini. Ingatkan nasi vaggey ni apa benda la. Rupanya nasi putih+macam-macam kuah dengan sambal. Lauk boleh pilih. Macam aku ambil ayam goreng berempah dengan telur masin.
Sambal campur kuah kari dengan kuah apetah memang terbaik. Berpeluh beb makan! Masuk kereta, tidur terus sebab kenyang sangat. Kuikui. Lokasinya kat area Manjoi. Dekat dengan sekolah Al-Barakah dan Man Yong Tau Fu tu jugak.  Korang google la eh!





Sunday, January 1, 2017

Masam Manis 2016

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Welcome 2017!!!

Sebelum buku 2017 beralih muka surat, meh nak imbau sikit warna-warni 2016.

Celik Hartanah

2016 aku buka dengan usaha terpaksa aku membeli sebuah rumah flat, yang akhirnya membuat aku mulai faham dengan property games kat Malaysia. Cuma akhirnya terpulang pada kita untuk memilih mengikut kemampuan. Our game, our rules. Yang penting kena ada ilmu dulu.

Pelaburan Patuh Syariah

2016 jugak menyaksikan kejayaan aku terminate semua akaun Asb. Sekarang ni I'm looking towards Islamic investment and financing termasuk bertukar ke kwsp-i. Mencari yang halal itu wajib. Jangan sibuk cari untung dunia sampai lupa akhirat sana. Tapi masih ada beberapa conventional financing yang belum diubah status. Hope 2017 dapat buat clearance.

Cuti-cuti Malaysia

2016 tahun mereput kat rumah. Tak ada trip hardcore. Yang ada pun cuma short trip pegi Melaka, Port Dickson dan Ipoh. Macam tak percaya pulak 2016 memang tak ada trip hiking. Ni betul-betul gantung kasut ke apa?

Tukar Kerja

Yang ni antara keputusan paling susah nak buat. Setelah empat tahun dalam clinical field, akhirnya aku buat keputusan untuk terjun ke bidang akademik. Pertimbangan aku cuma satu, yang membezakan antara aku dan kau adalah pengalaman kita. Jadi aku ambil keputusan untuk bina jurang perbezaan tu. Walaupun kadang-kadang aku sendiri tak pasti adakah ini pilihan yang bijak atau tak. Hehe.

Kemalangan

2016 tahun paling berpuaka sekali antara aku dan my baby Vee. Dua kali kitorang accident. Pedih tengok baby Vee calar balar, pedih lagi bila duit melayang tak pasal-pasal. Haha. Tak nak ingat semua kisah pahit tu. Moga-moga 2017 baby Vee tak injure lagi. Dan aku jadi lebih sabar especially while driving. Ngee.

Rasanya ini je yang mampu aku share buat bekalan 2017. Secara kasarnya 2016 aku lebih banyak menyimpan dan berjimat cermat memandangkan tak ada trip hiking, food hunting or shopping. Tapi hakikatnya bukan pasal nak saving, cuma masa je tak mengizinkan. Sambil-sambil tu aku belajar sikit-sikit pasal financing. Ramalan untuk 2017? Living cost akan kekal tidak menentu, ada yang naik harga, ada yang turun. Yang naik confirm-confirm barang keperluan, dan yang turun kebanyakan barangan kehendak. So, bersamalah kita menjadi pengguna bijak. Haha.




Wednesday, November 2, 2016

28

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Gigih betul hari ni up new post pagi-pagi buta. Alhamdulillah, hari ni genap 28 tahun hidup. Banyak jugak yang dah dilalui sepanjang dua puluh lapan tahun ni. Bersyukur sangat dengan apa yang aku dah capai setakat hari ni. Boleh dikatakan hampir semua yang aku pernah impikan especially dari zaman sekolah, aku dah capai. Dari sekecik-kecik benda, sampai la yang besar-besarnya. Tapi of course la wish list tu belum sampai penamat. Malah senarainya makin panjang dari sehari ke sehari. Iye la, orang lain tanam azam setahun sekali. Azam aku pulak, setiap hari. Mau tak berkajang wish list aku tuh!

Masa form one dulu pernah berangan nak panjat gunung Kinabalu lepas baca catatan pengalaman salah seorang ustazah dalam majahah sekolah. Ustazah tu cerita pengalaman dia daki Kinabalu masa umur 14 tahun. Aku pun dok berangan la nak panjat jugak. Tapi masa tu letak target umur 16 tahun nak daki. Tapi bila after PMR tu masuk asrama penuh, terus lupa. Masa first year kat UKM baru teringat balik. Cari jugak kot-kot ada geng nak daki sama. Tapi hampeh, tak ada. Lagi sekali, hajat terpaksa dilupakan. Then bila second year kat HUKM, ada geng yang nak panjat Kinabalu. Kali ni aku pulak yang teragak-agak nak pegi atau tak. Dan April 2014 macam jadi sejarah pulak bila dapat jejak puncak Kinabalu. Haha. Kat puncak tu tak rasa apa pun kecuali penat! Tapi bila on the way turun dan toleh balik puncak tu, rasa nak menitis airmata. Hajat dari form one yang seakan nak terkubur tu aku berjaya capai jugak. Dalam hati dah hujan lebat masa tu, tapi disebabkan tak nak hilang macho depan Ina, tahankan jugak airmata ni dari menitis. Kehkeh.

Masa form one jugak pernah rasa jeles dengan member-member yang dapat masuk sekolah asrama penuh after UPSR. Masa tu doa banyak-banyak, tak kisah la kalau tak dapat straight A’s PMR pun, asalkan dapat masuk asrama penuh. Padahal kalau nak masuk asrama of course la kena straight A’s kan? Adeii. Dan tak sangka bila Allah bagi dua-dua kat aku. Straight A’s PMR and offer to MRSM. Masa tu happy gila kot!

Masa SPM banyak main pulak. Tak fokus study. Dah dapat bayang yang SPM bakal melayang. Aku pulak masa tu tak ada cita-cita yang spesifik. Nak selamat aku just plan study pathway je. Target masa tu nak ada at least Master before 30. Inspirasi aku masa tu Fazley. Alaa, yang penyanyi tu. Aku aim nak masuk matrik setahun (zaman aku wujud lagi program matrikulasi 2 tahun) then sambung degree. Tak kisah la degree apa pun, asalkan ada degree. Memang dari awal dah set tak nak go through STPM atau diploma. Aim degree terus sebab nak cepat habis study. Penat wehh nak ngadap buku. Pheww. And again, Allah perkenankan. Setahun kat matrik straight buat degree. No resit paper. No repeat semester. Solid 1+4 years. Kalau orang lain dapat kunci kebebasan masa umur 21 tahun, aku pulak dapat kunci tu masa konvokesyen. Lega gila walau tiada jaminan kerja pun masa tu. Remember as I mentioned before, aku tak ada cita-cita in term of career yang spesifik, sebab tu aku happy je walau kerja belum tentu. Padahal coursemates aku yang lain semua dah dok risau takut-takut tak ada kerja. Aku je selamba badak happy riang ria. Master? Cadangnya aku nak rilek-rilek dulu, dah rindu buku nanti baru sambung Master. Dan rilek punya rilek, hari ni dah dua puluh lapan tahun beb! Entah-entah umur 30 nanti baru aku daftar masuk. Haha. Eh, dua tahun lagi nak masuk 3 series??? Gulp!

Alhamdulillah lepas setahun konvo, aku dapat jugak kerja dan gaji setaraf dengan qualification. Walaupun gaji banyak, tapi aku tak heran sangat dengan duit masa tu. Masih lagi berjimat cermat sama macam zaman student dulu. Sewa bilik pun ambil yang paling murah je. RM150 sebulan. Mana nak dapat bilik RM150 kat tengah KL tu. Aku je tau. Nak ke mana-mana pun masih setia lagi dengan public transport, sampai pak cik RapidKL tu pun dah kenal aku. Makan pulak, nasi dengan telur campur kicap je (sebab malas nak masak). Orang lain sibuk dah nak beli kereta beli rumah, aku pulak masih sibuk lagi borong novel-novel kat pesta buku. Senang cerita, wish list aku in term of material tak bertambah pun masa kat HUKM.

Bila dah lama sikit, mula la perasaan bosan tu datang. Tiba-tiba teringin nak buat benda baru. Benda yang aku tak pernah tau. Degree dulu belajar apa yang MA buat, after grad jadi MA. Lama-lama bosan gak wehh. Mula la gatal nak tukar profession. Konon nak jadi cikgu. Dah dapat offer, aku tolak pulak. Sebelum ni dah dua tawaran aku tolak. 2013, tolak tawaran dari IPTS. 2014, tolak tawaran dari KSKB. Elok sangat perangai! Ingat Allah dah tak nak kasi peluang dah. Sekali 2016 dapat tawaran dari IPTS lagi sekali. Kali ni memang tak tolak dah. Belum habis guna baki cuti tahun kat HUKM, aku terus lapor diri kat tempat baru. Nampak tak gelojoh dia kat situ? Haha. Tapi aturan Allah tu yang lagi jelas aku nampak kot. Dia bagi on time. Tak delay walau sesaat.

Ni baru sikit yang mampu dikongsi, kalau nak diikutkan banyak lagi yang Allah dah tunaikan wish list aku tu. Dalam tak terfikir nak beli kereta beli rumah, hari ni dah sebijik kereta dan sebijik rumah bubuh nama aku (walau masih berhutang). Tak besar pun, kecik comel je. Jadi la kan? Buat tangkal orang kata. Tapi tu la, dalam dua puluh lapan tahun, macam-macam jadi. Banyak jugak yang dah berubah. Dan aku masih lagi berdoa agar wish list aku yang berkajang tu nanti dipermudahkan Allah. Walau berkajang, akan ku usahakan juga. Haip, jangan ditanya pasal kahwin. Master pun tak apply lagi, so kahwin kena postpone la. Haha.



Nota kaki: Masih tunggu seru nak sambung Master, lagi best kalau supervisor tu bakal suami. Cepat la aku grad! #BeranganItuFree