Hah, sape dah tengok HMM angkat tangan!!!!! Ahad lepas, HMM dah masuk hari ke-11 tayangan aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. Lambat betol! Ah, kisah apa aku! janji dpt tgk. Best tak filem nih? Eh, gila ko!mesti la best. Kalo tak, tak ada nyer dorg kutip sampai lebih 4 juta. Honestly aku tak expect apa2 pon dari filem nih. Pegi bukan sebab nak tengok hero yg badan ketak2 atau nak tengok bf si Sharifah Amani yg bermata biru rambut blonde tuh. Tapi sebab KRU. Kata pon kipas susah mati KRU. So, harus la tengok, kan?? And yet, ni mungkin satu2nya filem KRU genre cam nih. Iye la. Sape nak keluar 8 juta tiap2 tahun utk 1 filem beb!! Kalo tanya bape bintang nak kasi utk filem ni pon aku tak tau. Yg aku tau, filem ni cam filem2 zaman Jins Samsuddin versi new generation yg menarik dengan ayat2 yg tak terlalu emotional+melankolik tahap gaban cam cite zaman dolu2 tuh. Serius aku menyampah tengok cite2 zaman P.Ramlee or Jins Samsuddin sebab skrip dorg yg hiperbola tuh. Nak muntah kot dengar. Tapi, HMM cerita yg boleh buat korg ketawa, nangis & kagum gila dalam satu masa. Bukan sebab pelakon2 import atau jalan cerita yg dah memang termaktub dalam sejarah. Tapi cara cerita nih divisualisasikan. Congrates to HMM's team. Korg mmg best coz dapat buat cite yg gila best cam nih. KRU berada di kelas mereka tersendiri. Nah, HMM cukup sebagai bukti. Thumbs up to you guys!!:)
Saturday, March 26, 2011
Tuesday, March 22, 2011
Dah Dapat Apa yg Di Cari
Ingat tak entry pasal Lain yg Di Cari Lain yg Dapat?? Ala..pasal kononnya nak beli digital camera tapi alik2 pegi beli mp3 tuh. So, hari ahad yg lepas aku keluar pegi TS lagi. Tujuan sebenar nak pegi tengok HMM ngan kosmates tapi dah alang2 keluar tuh nak usha la digicam sekali. Kali nih memang dah berazam. By hook by crook kena bawak balik jugak digicam sebijik. Tak sanggup dah nak arrange time pegi survey plus shopping. Dah la cuti seminggu sekali. Assignment lak berlambak-lambak. So, nak tak nak kena beli jugak!
Selepas IXUS semua siri were rejected, at last aku pilih Canon PowerShot S95. Kenapa PSS95??? Nah baca nih..
- Survey yg dilakukan kat blog2 webpage segala bagai, ramai yg kata PSS95 nih antara digicam yg terbaik dari Canon. Ramai juga professional yg recommand model nih. Kononnya fungsi & harganya sgt berpatutan. Kualiti gambar pon cun. Range star yg dorg kasi antara 8.5 to 9.5 over 10.
- PSS95 ni jugak bukan sebarang digicam coz it was classified as pro digicam. Kalo sebelum nih aku dah try basic digicam, so tak salah kan kalo sekarang nih aku nak up sket..hehee
- Kamera nih jugak leh dibawak berenang sekali! Maknanya, digicam nih leh amek pic underwater tapi korg kena la beli waterproof casing dulu. Kalo tak....wassalam la jawabnya. Sila pegi kedai dan beli yg baru, ok!!
- Features digicam ni jugak hampir sama dengan IXUS 300HS idaman aku tuh. Plus underwater.
- Harga dia....ok la..walaupon aku terpaksa puasa sunat tiap2 minggu lepas nih...huhu
Tapi aku tak abes explore lagi my new gadget nih a.k.a tak reti lagi nak guna camera yg konon canggih nih. Nanti kalo aku dah master guna, aku amek gambar cun2 then aku upload kat sini, eh. So nanti korg judge la sendiri camera nih ok or hampeh.
Canon PowerShot S95 (PSS95) + lens protection filter = RM1 350.
oppsss...nih promotion price, okay!
oppsss...nih promotion price, okay!
Datang dgn pakej; camera, battery pack NB-6L, charger, USB, Stereo AV cable
Free gifts; 4 GB MC, mini tripod, case, screen protector.
Creadit to skydrake coz supply sume nih..T__T
Testing...testing...
1..2..3..4 click!
Wednesday, March 16, 2011
Si Model dan Si Tukang Amek Gambar
Dah berkurun gambar2 ni diperam dalam hanset aku. Sampai full memory!! So, skunk masa utk ditetaskan...
Kat kenduri kawen jiran depan rumah. Sempat lagi, kan?!
Ermmm...susah betol nak puaskan hati budak kecik nih! Snap banyak2 kali pon pose cam tu gak. Tak abes2 ngan 'ulat' dia tuh!!
At last...ni gambar terakhir coz si tukang amek gambar da bengang. Orang nak tengok tv la!!!haha
Kasut si model tanpa sponsor dari sesiapa. Dia snap sendiri ni. Siap ada special effect lagi!!haha
Si tukang amek gambar. Gambar ni diambil oleh si model. Not bad, uh?!
Subscribe to:
Posts (Atom)













