Wednesday, February 23, 2011

Lain yg Di Cari, Lain yg Dapat

Kononnya 2 minggu lepas keluar lepak2 kat TS nak beli digi cam yg diidamkan sgt tuh, IXUS 300 HS. Tapi alik2 lain yg jadi. Pada mulanya mmg la keluar sorg tapi bila dah setengah jam jadi zombi kat TS tuh, jumpa pulak the real zombies. Syuk. Naim. Helmi. Tak tau pon dorg nak shopping gak. Saje kol syuk coz nak tau kedai yg dia survey digi cam sebelum nih. Alik2 dia kata, dia kat parking motor TS. Ermmm...pe lagi. Shopping sekali la. Rayau punya rayau, survey punya survey sampai satu kedai kat Low Yatt, ada apek tu kata dari beli IXUS 300 HS baik beli IXUS 200 IS coz kualiti gambar 200 lebih baik dari 300. And yet, 200 dapat award best value compact cam. Tapi ada beberapa features tambahan yg ada kat 300 tp tak ada kat 200. Haila...kacau betol. Dah berbelah-bagi nak beli yg mana. Tapi kebanyakkan kedai dah tak jual 200 coz tak ada stok. Dorg kata tu model lama. 2009. Lama ke tu???! Ermmm...betol la teknologi bergerak pantas zaman skunk nih. Tapi kalo best value nape tak ada dlm market. Or improve mana2 patut dan keluarkan yg baru. Dan kalo 300 adalah kesinambungan pada 200, nape lak 300 tak dapat pengiktirafan??? Aishh...pening..pening. Tapi syuk berjaya la beli digi cam idaman dia. IXUS 105. Uh, jeles..jeles! Dah penat jalan survey pe sume, tiba la masa nak isi perut! Lapar gle kot!especially En Helmi dan En Syukri. Ahah. Sure korg boring teman aku shopping, kan? Nasib la.T___T. Budget nak gi Subway...nak try something new bak kata Helmi. Sampai je sana, Naim merungut. Ish, tak kenyang aku makan sini! Hahaha..pas tu turn aku lak merapu....MB nak? Tak pon Kopitiam. Kenny ke? Pas tu budak bertiga ni leh lak stop kat tepi Kenny. Eh, nak masuk ke? Selama ni aku ajak makan Kenny dorg reject terus. Without any compromise lagi! Ni apa dah jadi? At last tersadai gak ktorg kat Kenny. Ahah, i like!!! Yeay, lama tak makan Kenny!


Tapi nak kata shopping hari ni gagal tak jugak. Terpengaruh dengan En Syukri dan En Naim yg beli Sony Mp3 yg sama design, sama harga dan SAMA COLOUR (baca dgn nada tak puas hati!), aku pon join sekali. Beli Sony Mp3 yg sama design, sama harga but DIFFERENT COLOUR (baca dgn nada tak puas hati kuasa 36!!). Melayang RM99. Sampai sini je aktiviti shopping ngan dorg. Tapi aktiviti shopping utk diri sendiri tak abes lagi. Sebelum balik sempat jugak la rembat sehelai baju. Hehee..


SONY mp3 2GB RM99


Sampai je rumah mmg tak tunggu lagi. Terus charge bateri, transfer lagu & set channel radio.

2 comments: