Sunday, June 23, 2013

Pulau Kapas: Tip Percutian

 
Assalamualaikum wbt.
 
 
Hari ni nak bagi beberapa tip kepada korang yang merancang nak bercuti di pulau. Tak kisah la kalau bukan Pulau Kapas pun coz  bercuti kat pulau ni tak sama macam bercuti kat tanah besar atau bukit tinggi.
 
 
 
 
Air mineral
 
 
 
 Air mineral, air masak, plain water or what ever you call it  sangat penting masa kat pulau. Cuaca kering dan panas akan menyebabkan korang dehydrated.  Serius. Minum sebotol memang tak cukup. Tekak kering mengalahkan gurun Sahara terbakar. Untuk itu, aku cadangkan korang tapau air mineral ni banyak-banyak sebelum naik bot. Singgahlah mana-mana kedai kat jeti tu coz  untuk pengetahuan korang, air mineral 1.5L ni kalau beli kat pulau harganya RM3.50 sebotol! Hambek ko! Mahal gila! Bukan air je tapi memang semua barang harganya double!
 
Tapi masa pergi Pulau Kapas dulu, aku tak terfikir langsung nak buat stok air mineral ni. Yang ada pun botol kecik, 500 ml. Nasib baik restoran resort  kitorang tu sediakan setong air masak. So  kerja aku dok refill  je la setiap kali time  makan. huhu
 




Skin Care



First of all  aku nak ingatkan ini bukan entry promote  barang atau tips kecantikan untuk kulit gebu mulus bagai. Cuma nak ingatkan korang tentang pentingnya menjaga kulit korang bila berada di pulau. Especially for girls, of course.  Sekali lagi diingatkan. Kat pulau panas dan kering, so equal to dehydarted. So  penting semua barang-barang ni. As usual, basic care  yang korang memang pakai even  kat rumah macam facial foam, toner and moisterizer  kena la ada. May be  korang juga boleh tambah dengan serum for dry skin as prevention, macam aku. Al maklumlah, Malaysia kan musim panas. Memang senang la kulit nak kering. Tambah lagi bilik kitorang berhawa dingin. Lagi la senang nak dehydrated. So,  serum ni memang membantu la.
 
Kalau pun dah namanya duduk pulau, mesti la kebanyakannya aktiviti air, kan. So  dah tentu-tentu la korang akan berjemur bawah terik matahari berjam-jam coz  takkan nak menyelam lepas Isya' kot. So sunblock  haruslah tidak dilupakan, Sepanjang aku kat pulau tu, memang hari-harilah tenyeh dengan sunblock.  Aku guna produk Sunplay coz  aku suka texture  dia. Ringan dan cepat serap. Kadang-kadang rasa macam tak pakai sunblock  je. Sudahnya, lumur habis berlayers kat muka. Disebabkan sepanjang hari dok berjemur, aku guna yang SPF 130 tu coz  dia memang untuk long hours outdoor and water activities.  Yang SPF 50 tu untuk daily uses.
 
 
 
  
Hiburan
 
 
 
 Actually  tak banyak benda pun yang korang boleh buat kat pulau. Habis-habis pun main air je. Kayak. Snokeling.  Scuba. Naik bot keliling pulau. Itu je la kot. Dah tu takkan malam-malam pun nak redah main air juga, kan? So  gadget-gadget kat atas tu sangat-sangat la membantu menghilangkan kebosanan tatkala tak tau nak buat apa. For those  yang kaki novel, boleh je bawa sekali. Tapi aku, tak bawa la. Kang hujan ke, bot terbalik ke (nauzubilllah), tak pasal-pasal lencun novel-novel aku tuh!
By the way, bilik kitorang ada TV. So  waktu malam kalau malas sangat nak merayap, lepak bilik tengok TV je.
 

 
 
Charger
 

 

 Ini satu lagi benda penting yang mesti bawa. Sekarang ni pun memang dah jadi trend  bawa charger  pergi kerja, kan? So  kalau pergi bercuti, lagi la wajib bawa! Aku suka multi purpose charger Sony  nih. Bukan je bagi nyawa kat Xperia V aku, tapi boleh guna untuk charge  Mp3 and for transferring, data or picture. Yeay, Sony is my bestie now and forever!
 
 
 
 
Cash
 

 
 Cash  mesti ada dalam tangan coz  kat pulau tak ada ATM. Muahahaha. Banyak mana, bergantung pada korang. Kalau korang dah ambil full package  (penginapan, pengangkutan, makan & aktiviti), so  tak payah la bawa banyak sangat. Bukan ada apa nak beli pun. Souvenir  pun mahal gila! Kan dah bagitau tadi, harga barang-barang kat pulau semuanya double.  Tak payah membazir. Nasi gorang kampung pun RM 7 sepinggan! Barang-barang lain? Ko kira la sendiri.
 



Last but not least,



Mini in size


Nasihat aku apa-apa pun barang yang korang nak bawa, seboleh-boleh cari la yang size kecil. Sekarang ni semua benda ada yang comel-comel. Trial pack for skin care.  Telekung for travelling and so on.  Kita pergi bercuti ni nak release tension.  Jangan sebab nak kurangkan beban kat kepala, korang tambah beban di bahu pulak!



Happy holiday!!!



 

Monday, June 17, 2013

Dinner Terakhir Pelajar Sains Perubatan Kecemasan


Assalamualaikum wbt.

Dinner  terakhir pelajar sarjanamuda Sains Perubatan Kecemasan. Pergh...perkataan terakhir tu agak touching  kot! Tapi kenyataannya memang macam tu. Lepas ni tak ada dah freshie  matrik atau STPM dalam course  ni. So  dah tak ada la rakan sebaya sezaman dan seangkatan. Huhu

Mengikut karma, dinner  kali ini adalah untuk meraikan pelajar-pelajar tahun akhir EMED. Tapi memandangkan tak ada junior yang nak handle  dan alumni pun dah dok merata-rata, maka dengan itu orang-orang yang nak dirai tu la yang bertunku-lumus merangka dan melaksankan dinner  ni. Bunyi macam syok sendiri, kan? Tapi sebenarnya, dorang ni memang terbaik. Tengah dok busy  dengan final exam and research  sempat lagi curi masa buat semua ni. Siap dengan persembahan lagi! Tak minta tolong sesiapa pun. Alumni buat apa?! Tolong datang makan je. Haha. So  memang salute  la dengan korang!


 




Tema malam tu, Black & Diamond. Diamond tu abaikan. Dari awal memang dah plan  siap-siap. Pakai hitam sudah! Tapi tu la, bak kata Fida; macam tengah berkabung. Haha. Tapi tak kisah la kan. Hitam tu menawan, what!?

Walaupun tak ramai yang hadir, tapi malam tu tetap meriah dengan games  baru dan lama. BINGO ada. 4 pictures 1 word  ada. Pop kuiz pun ada. Yang paling best  mesti la BINGO! Bukan sebab aku menang. Tapi sebab game  tu .... old skool  kot! Gila lama tak main. Tak sangka dah lanjut usia macam ni pun dapat peluang main game  tu lagi. Tengah-tengah majlis pulak tuh! Haha. Hey junior, macam mana la korang boleh dapat idea nak gantikan lucky draw  dengan BINGO, huh?! Bijak...bijak.

Overall  malam tu, meja alumni (1st & second batch)  la yang paling banyak dapat hadiah. Sampai meja VVIP (lecturers & clinical instructor)  bengang gila. Ada dorang kata kitorang buat konspirasi. Haha. Dah kalah tak nak mengaku! Malam tu memang syok la pekena VVIP. Coz  kat kelas dulu dah teruk dah kena dengan dorang. So, revenge!  Hehee.

Persembahan terakhir junior yang paling best  dan kelakar. Aku paling suka part;

“KJ..KJ kitorang nak pegi makan”

Tak sangka korang mengikut jejak langkah kakak-kakak ngan abang-abang korang. Teringat zaman clinical year  dulu. Orang soh pi posting surgery,  kitorang posting  kat kafe. Orang soh posting paediatric,  kitorang berkampung kat bilik permainan kanak-kanak. CI datang buat spot check, students  tak ada. Haru betul!


( Sebahagian gambar yang dicuri senyap-senyap dari FB dan dicuri terang-terang dari handset member! )





 
 
 
 
  :: Yeay, kita menang! ::


 
 
 
 
 
 
 
 :: The EMEDian ::
 

Nampaknya tiga empat tahun lagi boleh la kita buat dinner  alumni pulak. Kali ni mungkin turn first batch  la pulak kena handle  kot. Amacam, ada berani ka?
 
 Tiba-tiba, rindu korang!!!



 
:: Malam Apresiasi Rasa Terindah 2010 ::



p/s: Sorry  untuk gambar yang terlebih 'art' ni. Ini adalah kerja tangan Nina Ilani.

Sekian.
 

Thursday, June 13, 2013

Sisi Cantik Pulau Kapas











 
 













 
 



 
 
 












 
 
 

 
 

 
 




















Kamera;
 
SII, Sony Xperia V & Canon Powershot S95
 
 





Saturday, June 8, 2013

Voting Contest: Peluang Menyaksikan Manchester United Beraksi Secara Live!!!



Assalamualaikum wbt.





Hah, ingat lagi tak pasal peluang menonton perlawanan MU secara LIVE  kat oversea   dalam voting contest  program Mencari Ramli 2 kat my previous entry????

Pertandingan ni dah pun bermula dari episod 6 minggu lepas (25 Mei) dan akan berakhir pada 28 Jun (episod 11). Episod 6 adalah episod pengenalan 15 out of 30 finalis And last week another 15. Tapi disebabkan TM yang baik hati, 10 pemain dipanggil balik untuk menjalani saringan terakhir. Walaupun yang datang cuma 9 orang dan semalam daripada 39 orang, hanya 30 yang terbaik telah terpilih. Itu pun selepas bertarung dengan segala IQ and EQ test! So, congrats!   Korang, tengok tak? Tengok tak?

So far o...kay  la. Yang setough  Aidil dengan secute  Muslim Ahmad mungkin dah jumpa. Tapi yang selincah Mahali Jasuli dengan sesemangat Amri Yahya tak  nampak bayang lagi. Iye la. Mana nak nampak. Tiga minggu ni baru episod pengenalan. kot Kena tunggu episod-episod seterusnya kalau nak tengok kemampuan dorang sebenarnya.

Macam mana nak mengundi??
Senang je. Tak guna ink  pun. Asal ada handset  dah cukup! But make sure  ada kredit sekali la!

SMS;

VOTE[no. of votes: 5/10][space]RAMLI[2 digit no : 01-30]

Hantar ke;

26268

Contoh;

SMS

VOTE5 RAMLI05
ini bermakna anda  undi 5 untuk peserta no 5 program MR2

atau

VOTE RAMLI07
ini bermakna anda undi 1 untuk peserta no 7 program MR2

 Yang menariknya, tiada charge  yang akan dikenakan untuk undian kali pertama. Diulang, kali pertama! Tak kisah la korang undi 1 ke 5 ke 10 ke. As long as that's your first time submission.

Charge  yang dikenakan untuk kali ke-2 dan seterusnya adalah seperti berikut;

RM 0.50 untuk 1 undian
RM 2.00 untuk 5 undian
RM 3.50 untuk 10 undian


Hey, ini bukan mengundi saja-saja tau. Hadiahnya menarik kot.

Grand prize  akan memenangi tajaan untuk menonton perlawanan MU secara live kat Bangkok or  Sydney or  Yokohama or  Osaka or  Hong Kong.

Pemenang mingguan pula akan memenangi barangan eksklusif MU

Selamat mengundi! [dari sekarang hingga 28 Jun]

Top 3 Ramli akan disiarkan setiap minggu dalam rancangan Mencari Ramli 2.
Atau korang boleh tengok kat website dorang;

http://www.tm.com.my/teammalaysia/MR2

 

Monday, June 3, 2013

Bonding Time. Hi, Muar!

 

Assalamualaikum wbt.

Seperti yang dijanjikan dalam entry  yang lepas untuk say hi to Muar,  Alhamdulillah akhirnya tercapai jugak! First of all thanks to  Ummi la yang sanggup pick up  kitorang di merata-rata KL. LRT Bukit Jalil and HUKM,  uh!?

Cuma sekarang ni janji kat si pengantin untuk tulis entry  panjang-panjang dengan gambar banyak-banyak je belum tentu tercapai. Kalau tak puas hati, sorry  ek Ecah. I’m not a good writer.  Setakat nak mengarut ntahpape kat blog sendiri ni reti la. Haha.

Kalau diikutkan perjalanan KL-Muar tak la susah mana. Bukan sebab kampung salah seorang dari kitorang ni kat Muar. Ada yang pernah belajar kat Batu Pahat atau UTM menyebabkan kitorang familiar  dengan jalan ke sana pun bukan jugak. Tapi sebab, ada orang yang dengan relanya nak guide  kitorang ikut jalan dalam straight  sampai depan rumah Ecah la yang memudahkan perjalanan kami. Thanks Allah coz sent them for us. So  kredit to Naza and husband! Such a good tourist guide ever.  Sampai tak bukak langsung map dalam beg. Kalau bukak pun just  usha kad Ecah je.






“Eii, comelnya kad Ecah”  bak kata Jian. “Tapi aku tak dapat pun”  sambung Jian lagi.

“Aku pun!!!”  jerit Ummi pulak.

Hah, jawab Ecah. Jangan tak jawab. Haha.

Thanks  jugak (again)  kat Naza and husband  yang sabar tunggu kelewatan kitorang. Memang trend  budak KL selalu lambat, ek? Sorry! L

Dah tau lambat, sempat lagi kau breakfast  kat KFC Sg Besi, kan? Kan? Haha. Sorry again!


 



Then  perjalanan diteruskan. Sampai kat stesen Petronas Ayer Keroh, gerak sekali dengan Naza. Sampai rumah pengantin agak lambat la jugak. Dalam pukul 2 lebih. Kot. Pengantin pun tengah makan. So,  kitorang pun makan jugak la. Lapar kot. Hehee. Eh, scene  ni sama macam masa pergi wedding  Naza, kan? Haha.



:: Comel je letak kat depan pintu rumah ::



:: Ecah!!! Cantik gila kot! ::


 
 
 
 
 :: Sweetnye! ::
 
 
 
:: Candid! ::
 
 

 :: With prince & princess of the day! ::
 
 
 
:: Meriah hantaran dorang. Colourful! ::



:: Us! ::



:: Nah, dari kami untuk kamu! ::
 
 
 

:: Still tak cukup korum. Sabar je la ::
 
 
 
Lepas pergi wedding  Ecah, Naza ajak lepak air terjun Gunung Ledang. Alang-alang dah sampai, pergi je la. Walaupun ada yang kerja pagi esoknya! Ingatkan dekat tapi huh, boleh tahan jauh jugak la Muar-Sagil ni.





Sampai sana, macam sardin! Ramai gila orang. May be  sebab weekend  kot. Nasib la. Dah la selamba badak pakai baju kurung. Siap dengan handbag plus flat shoes  lagi! Sampai ada yang tegur;

“Ey, kenapa dia pakai baju kurung????”

Nasib bukan aku yang dengar. Kalau tak, nak je jawab;

“Ey, Malaysia negara demokrasi what!?  Sukati la!”



 :: Baju kurung. Handbag. Flat shoes. Euww, gegurl sangat! ::


 
 
 

Nak balik tu traffic  memang slow  ngalahkan siput berjalan. Dan sepanjang perjalanan aku dok dengar suara Jian tanya tak henti-henti,

“WHY? WHY?”

Errmm, ntah la Jian. Tak tau. Yang aku taw, ngantuk nak tido. ZZZZzzz.

Sorry, i’m a bad co-pilot, uh?!

Oppss kitorang sempat jugak berenti kat hentian Ayer Keroh untuk Maghrib and dinner. Thanks to  mak Ecah coz  bekalkan makanan. Macam tau-tau je kitorang akan stuck  dalam jammed  dengan crowd  yang macam apa je. Huhu.

 :: Umpama gelandangan dengan bekal makan di tepi highway. Sadis! ::
 
 
 
Balik tu terus hantar Jian balik Damansara. Iye la dah lambat sangat kot. Pak cik train  pun dah nak balik tidur. Straight  ke Damansara tu tak ada masalah coz  Jian yang drive  sendiri. Tapi part  dari rumah Jian nak balik Cheras, memang masalah. Siap roger  kakak Jian lagi nak confirmkan jalan. Dalam ada orang guide  tu boleh lagi terbabas masuk jalan sehala. Nasib baik sempat buat u-turn  mengejut. Kalau tak, ke emergency  PPUM la gamaknya. Terasa famous  la kejap kot diusha oleh para drivers and riders  yang tengah berenti kat traffic light  sebelah. Mesti dorang curious  nak tau kaki mabuk mana la gila pergi masuk lorong one way  malam-malam buta tuh! Huhu.
 



Saja include  klip video MCR ni sekali coz on the way  hantar Jian tu dengar lagu ni kat radio. Wey MCR ni famous  gila kot time  matrik! So  sesuai la dengan mood kematrikkan kitorang.

Sampai entry  ni ditaip, teringat lagi kat soalan Jian;

“Wey, apsal ko ingat banyak sangat pasal matrik nih?”

Time  tu jawapannya;
Ntah!

Tapi sekarang, aku rasa may be  sebab banyak gila the best moment ever  aku share  dengan korang sepanjang kat matrik kot.

Macam mana tak ingat, kalau cara korang tido pun aku tak pernah lupa satu per satu!

Kah.kah.kah.

Dan disebabkan sentiasa ingat dan tak pernah lupa la aku nak buat pengumuman yang sangat PENTING nih!

KEPADA SESIAPA YANG PERNAH TERJUMPA ATAU MEMPUNYAI MAKLUMAT TENTANG ORANG DALAM GAMBAR DI BAWAH INI, SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 012-242**** ATAU MELALUI EMAIL YANG TERTERA DI SIDEBAR ATAU TINGGALKAN KOMEN/MSG DI FB SAYA. SENANG CERITA, KORANG GUNAKANLAH MEDIUM APA PUN UNTUK SALURKAN INFO PASAL BUDAK SORANG NIH!!!

 
Nick name: Anne
Asal: Melaka
Jantina: Perempuan (abvious kot!)
 
Maklumat terakhir diketahui;

Belajar kat Uitm Shah Alam. Kot.
Course, accounting. Kot.
Dah kahwin sebulan dua yang lepas. Kot. (sampai hati tak jemput!)

Maaf kalau maklumat ini tak membantu sangat.

 

p/s: Ecah, cukup panjang tak entry  nih???