Showing posts with label advertorial. Show all posts
Showing posts with label advertorial. Show all posts

Saturday, July 19, 2014

Replika Pandora Hanya di @pandorainspired4u


Assalamualaikum wbt.


Hah, korang pernah dengan tak pasal gelang Pandora ni? Alaaa gelang silver yang harga dia ribu riban tu. Gelang ni boleh dikatakan menjadi fenomena la jugak kebelakangan ni. Cuma aku je baru tau. Lol. Tapi sekarang golongan pertengahan macam kita-kita ni pun mampu pakai tanpa bergolok bergadai sebab korang boleh dapatkan replika gelang Pandora ni di @pandorainspired4u @pandorainspired4u @pandorainspired4u. 

Actually untuk replika ni terdapat dua jenis. First silver plated, second 925 sterling silver. Walaupun nilainya tidak sehavoc versi original, tapi masih boleh dianggap berbaloi untuk dimiliki. Paling penting boleh dipakai sebagai aksesori harian tanpa menarik perhatian peragut. Hehe.

Selain itu, terdapat juga charms yang direka mengikut versi original. Iye la kata pun diinspirasikan oleh Pandora, jadi haruslah ada perasaan kannn?

Soal harga korang tak payah risau sebab harga di @pandorainspired4u memang berpatutan dan mampu milik. Mereka juga menyediakan set gelang serendah RM 30.
Manakala untuk kanak-kanak pula serendah RM 25. 

@pandorainspired4u menyediakan gelang untuk pelbagai peringkat umur dengan saiz pergelangan tangan dari 14 cm sehingga 23 cm. Tak tau berapa ukur lilit pergelangan tangan korang? Jangan risau. Pergi cari tin alat jahitan mak korang ambil pita ukur kemudian ukur di tangan. hee...




Selain daripada snake bracelet, bangle juga terdapat di @pandorainspired4u. 




Antara basic set yang terdapat di @pandorainspired4u serendah RM 30. Sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. 



Rainbow. Antara rekaan untuk kanak-kanak. Hanya RM  25.




Abadikan nama  pada gelang mengikut pilihan anda.




Terdapat pelbagai rekaan pilihan  ...




...  dengan warna-warna menarik  ...




...  hanya di @pandorainspired4u.

 
 
 
Untuk pilihan yang lebih menarik serta tempahan sila lawati Instagram @pandorainspired4u @pandorainspire4u @pandorainspired4u.


 

Wednesday, June 6, 2012

Delima, Buah dari Syurga


"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan
serta pohon kurma dan delima".

[Surah al Rahman ayat 68].


Di dalam al-Quran, Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.

Delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum.


 
Simboliknya Delima:


·        Timur Tengah   - lambang kesuburan bagi perkahwinan dalam  

                        masyarakatnya

·         China              - simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah,

                        keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.

·         Kristian           - lambang kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal

·         Budddha         - dikatakan buah yang berkati

·         Islam              - salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang

                                 dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati

                                 oleh umat manusia yang menunjukkan

                                 tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang

                                 termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am  

                                 ayat 99 dan ayat 141.
 



Sains & Perubatan



Mengurangkan Batuk

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap. Oleh sebab itu, ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.



Baik untuk Sistem Pencernaan

Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.

AWAS: buah delima tidak digalakkan kepada mereka yang demam.



Baik untuk Sistem Kardiovaskular

Buah delima baik untuk pesakit anemia dan mengawal tekanan darah tinggi selain daripada dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf serta otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.



Kaedah Homeopati

Dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat sakit telinga, cirit birit dan masalah penghadaman.



Antara Lain Khasiatnya:

·         Awet muda

·         Membantu membakar lemak & menguruskan badan

·         Mengawal kandungan gula dalam darah

·         Baik untuk wanita hamil – membantu tumbesaran janin & perkembangan otak





Kini khasiat buah Delima juga dapat diperolehi dalam bentuk minuman.
Dapatkan JUS DELIMA anda sekarang!!!

RM 20.00 (250 ml)


Cara penggunaan:

1 sudu besar capur denagn setengah gelas air.
2x sehari.

Jika berminat, sila hubungi:

017-238 7594
(Shah Alam)

atau layari;

annurbeauty.blogspot.com
(label: produk jualan) 

Wednesday, April 25, 2012

Madu Oh Madu

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(An Nahl: 69)


 

Khasiat Madu

Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak. Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.

Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China. Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya. Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria. Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide. Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.

Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan
  • Memulihkan batuk dan lelah.
  • Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
  • menguatkan minda


Info tambahan - Tips cantik & sihat

Mengatasi masalah batuk

Campurkan perahan limau nipis ke dalam madu. Minum campuran tersebut dua kali sehari.


Untuk kesihatan menyeluruh

Campurkan satu sudu madu ke dalam bancuhan susu seperti anlene, etc.


Melembapkan bibir

Sapukan sedikit madu pada bibir sebelum tidur waktu malam.


Masker rambut

Campurkan dua sudu minyak zaitun, dua sudu perahan lemon dan satu sudu madu sehingga rata. Sapukan dari akar hingga hujung rambut selama 1 jam setengah. Kemudian, syampoo. Lakukan dua kali seminggu.


Skrub coklat madu

Campurkan 10g serbuk koko tulen, 5g gula, 2 sudu besar minyak badam dan 1 susu madu sehingga rata. Sapu dan lakukan urutan ringan pada muka selama 2 minit. Kemudian, bilaskan dengan air suam. Lakukan 2 kali seminggu.


Petua

Gunakan sudu PLASTIK ketika minum dan membuat campuran madu untuk mengekalkan khasiat madu itu sendiri.




Jadi
dapatkanlah Madu Al Shifa sekarang!





RM 28.00 (250g)


Jika berminat, hubungi;

017-238 7594
(Shah Alam)

Untuk lain2 produk,
sila layari;

annurbeauty.blogspot.com

Wednesday, March 28, 2012

Semanis Kurma


Kurma?


Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai banyak khasiat.



Antara Khasiat Kurma


  • Menguatkan daya ingatan.
  • Mencegah penyakit barah.
  • Menambah tenaga seksual.
  • Mengatasi masalah insomnia.
  • Melancarkan peredaran darah.
  • Membunuh kuman dalam badan.
  • Meredakan tekanan darah tinggi.
  • Membantu mencergaskan minda.
  • Merawat penyakit buah pinggang.
  • Merangsang dan memudahkan kehamilan.
  • Merawat penyakit gangguan usus kronik dan sembelit.
  • Menghilangkan batuk dan gatal-gatal dalam kerongkong.





Sains & Perubatan



Menurunkan Serangan Strok


Kurma mengandungi Kalium yang penting bagi fungsi tubuh, terutama jantung dan pembuluh darah. Mineral ini berfungsi mengawal denyut jantung, mengaktifkan kontraksi otot, serta membantu mengawal tekanan darah. Oleh itu, makanan tinggi Kalium ini dapat menurunkan risiko serangan strok.




Menghilangkan Rasa Sakit (Pain Killer) & Demam


Kurma mengandung Salisilat yang mampu bertindak seperti Aspirin untuk mengurang atau menghilangkan rasa sakit dan demam. Salisilat bersifat mencegah pembekuan darah, antiinflamasi, dan melenyapkan rasa ngilu. Salisilat juga boleh mempengaruhi prostate gland (kelompok asam lemak hidroksida yang merangsang kontraksi otot menurunkan tekanan darah).

AWAS: Biasanya, mereka yang allergi pada Aspirin dinasihatkan untuk menjauhi makanan yang mengandungi Salisilat termasuk kurma.



Multivitamin

Kurma mengandung pelbagai vitamin penting, seperti Vitamin A, Tiamin, Riboflavin serta Niasin .

  • Riboflavin - membantu membekalkan tenaga dari makanan
  • Tiamin - membantu membekalkan tenaga dari karbohidrat, penting bagi sel-sel saraf
  • Vitamin A - membentuk dan memelihara kulit yang sihat.
  • Niasin - membantu membekalkan tenaga dari makanan, menjaga fungsi normal saraf, membentuk dan memelihara kulit yang sihat.



Mengatasi Sembelit & Pendarahan

Kurma juga mengandungi banyak mineral penting seperti Magnesium, Potasium dan Kalsium yang sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam kurma berfungsi memelihara fungsi usus dan mengaktifkannya untuk mengatasi masalah sembelit. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh mengecutkan (contraction) pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.



Jadi dapatkan segera Jus Kurma atau Cuka Kurma anda

SEKARANG!!!





                              CUKA KURMA                                                            JUS KURMA
                                RM 15.00                                                                 RM 20.00




Cara penggunaan:


2x sehari = 1 sudu besar campur dengan setengah gelas air.


# Boleh juga diminum seisi keluarga iaitu dibuat minuman sejuk yangg menyegarkan .


 
 
Jika berminat, sila hubungi;

017-238 7594
(Shah Alam)

atau layari;



Info Tambahan - Tips kecantikan



Menghaluskan kulit



Hancurkan campuran 8 biji kurma, setengah cawan buah canberries beku, setengah cawan jus appricot dan setengah sudu teh outmeal. Basahkan badan dengan air kemudian lumurkan campuran tadi ke badan sebagai skrub. Selepas itu, bersihkan dengan air suam dan mandi seperti biasa.