Wednesday, October 17, 2012

Canon PSS95: Poster





 :: Cheras, Kuala Lumpur ::



 :: Matahari KL ::



 :: Kampung Baru, Kuala Lumpur ::



:: Pagi di Kuala Lumpur ::



:: Dragon Inn, Semporna, Sabah ::



:: Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah ::



:: Bintang hati ::


:: Lobi Grand BlueWave Hotel, Shah Alam ::
 
 
 
 
 

Wednesday, October 10, 2012

Bicara Lelaki: Macam-macam

Petang Jumaat equal to tak ada prep! Tapi kaki gatal juga melangkah ke kelas. kadang2 lepak kat kelas petang2 ni best jugak. Lepak-lepak cari pasal!

Kaki tenang melangkah melintasi meja dia. Tiba-tiba mata terpaku pada baris ayat sekeping kertas di atas meja.

                            
                            Target hidup

                            Skor straight A's dalam SPM 2005
                   
Not bad!

                            Jadi seorang yang hipokrit

Ek?

                           Kahwin dan jadi ketua keluarga yang baik

Hoho.

'Dahsyat jugak mamat sorang ni' Belum sempat kaki melangkah pergi, tiba-tiba disergah oleh seseorang dari belakang.

"Oii.....buat apa tu?"

Hehee.

"Rilek la. Mana ada buat apa2. Anyway...dahsyat gak target ko ni ek?"

"Ek eleh. Sukati la"

"Tapi kenape nak jadi hipokrit?"

"Iye la. Even ko cakap ko lebih kenal siapa diri ko, tapi still kena mengembuuuuuu bila masuk kandang lembu mengembekkkkkkkkk bila masuk kandang kambing kan. Coz takkan nak pakai jean ngan tee gambar tengkorak masuk surau then pakai jubah berserban bagai tengok konsert Avril Larvine kot" 


Hah??


Ish, macam2!


Geleng kepala sambil berlalu.


Sunday, October 7, 2012

Bicara Lelaki: Overprotective!

Sementara menunggu prep petang berakhir, tangan sempat lagi membelek browser t-shirt rekaan terbaru. Untuk budak-budak asrama, business macam ni memang famous. Especially dalam usaha mengempiskan poket pelajar. Aku dan rakan masih khusyuk membelek. Tengok je, beli belum tentu!

"Wey, ko nak beli?" rakanku memulakan bicara.

"Entah. Macam nak, macam tak nak" jawab yang tak serupa jawapan.

"Tu la. Order kang, takut ada yang lagi cantik lepas ni" masalah biasa yang dialami ialah bila terlalu banyak persaingan dalam business. Kitorang pulak yang pening tak tau nak pilih.

"Tapi aku ingat nak beli satu. Lagi pon dah form 5, kan? Lepas ni tak ada dah nak beli baju-baju tempah bagai nih. Semua main ready made je" confident lebih, hehee.

Tiba-tiba datang classmate lelaki yang memang tak pernah diundang.

"Wey, korang beli ke?" tanya empunya diri.

"Nak beli, tapi tak ada duit la. Sponsor, wey" sambil tadah muka minta simpati.

Dia cuma diam. Mungkin dah terbiasa dengan trick kitorang.

Hey, kena cari idea baru lepas nih. Cess!

"Aku pon nak beli gak la. Nak beli 2"

"Amboi banyak borong. Sponsor la kitorang sekali"

"Nak bagi adik aku la. Korang tolong pilihkan" 

Dah la tak nak sponsor, suruh pilih baju untuk adik dia pulak. Ceit!


"Best giler jadi adik ko. Dapat baju freeeeee. Kitorang nak jadi adik ko leh tak?" kegedikan jelas di situ.


Diam. Tak layan.


Fine. Give up!

"Ko tau ke adik ko pakai saiz apa?"

"Entah. Ada la tinggi ni...." sambil tangan kiri diangkat menganggar ketinggian adiknya.

"Tingginya adik ko. Lebih tinggi dari ko. hahahahahah"

"Memang dia lebih tinggi dari aku pon. Tapi kan......muka dia ada sikit macam ko" sambil muncung menghala ke arah aku.

Erk. Agak-agak ada nada perli tak kat situ?

"Sukati ko je" balasku malas.


"Saiz M ok kot. Tak pon ko kol la adik ko, tanya dia" rakanku bersuara.


"Aku rasa L kot. Adik aku memang selalu pakai besar-besar"


"Ish L besar sangat. Baju tempah selalunya besar sikit"


"Biar besar. Takkan nak bagi pakai baju kecik-kecik kot"


Uh, 'abang' dah marah. Haha.


He sounds soooooooooooooo like a 'abang' at this moment.


Overprotective!






p/s: teringat kat abang aku. Sangat 'hangin' bila dikejut bangun pagi hantar aku pegi sekolah sebab hujan. Bukan naik kereta pon. Jalan kaki je. Walau muka tak semenggah mana, tapi tetap payungkan aku sambil beg sekolah dibahunya. Ah, lagak seorang abang, memang macam tu. Sangat protective walau dipaksa dan terpaksa.




 





Thursday, October 4, 2012

Sweet September - Girls Day Out!



Assalamualaikum w.b.t


Amboi..amboi, kemain laju  aku up date Sweet September ni, kan? Tapi peduli apa aku..nak up date jugak! Ni masa 3rd week of September. Kebetulan most of us free even ada yang baru habis ON shift, so kitorang pun pakat la berpoya-poya. Almaklum la...gaji pun dah masuk so faham-faham la. Hehee. Memang plan nak main bowling coz dah lama gila kitorang tak main. Siap war-warkan kat FB lagi. Tak pasal2 kantoi dengan bos. Siapa punya keje la tuh. Wat hal! Haha.





:: Ampang Superbowl TS, here we come!! ::



 
 
 
 
:: Semua kat atas nih, bersama menuju longkang, huh?! ::



 :: Seronok korang gelakkan orang, ye? ::
 
 
 



 

 :: After almost two years tak main bowling, what do you expect, huh? ::
So Fida, jadi tak kita training tiap2 minggu nih?
 
 
 
Habis bowling dok merayau-rayau lagi kat TS. Nak balik, awal lagi. So apa lagi, jom singgah Stars Archery pulak! Eh, bukan singgah je tau. Main sekali. Dan memang SEKALI niiiiii je. Tak sanggup nak jejak tempat ni lagi. Sungguh aku fail main menatang nih!
 

 :: Sebelum main, seronok bergambar.... ::
 
 
 
 :: ...tapi ending dia...cam hampeh! Tak mau main lagi! Menci! Menci! Menci ::
 
 
Dah penat main, perut lapar balik. Tekak pun dah kering dok gelakkan orang. So singgah jap kat Tutti Fruity. Nak merasa la konon. But in the end;
“Ek eleh. Macam aiskrim buat sendiri je”.
“Sedap lagi aiskrim McD”.
“Dah la mahal. McFlurry pun tak semahal ni”.
“Nak aiskrim McD!!!”
 
Conclusion: McD tetap No 1!
 
 
 
 
 :: Tutti Fruity! "Untuk orang2 yang mengidam" - Zurina ::
 
 
 
 :: Sama ke? Tak, kan? Kenapa orang selalu confuse? ::
 
 
 
Oh, no. Perut yang lapar belum terisi! Jom Crepe2u!
 
 
 

 
:: Snek sebelum pulang! ::
 
 
 
 
Balik je check purse. Pergh...belum 1hb duit dah tinggal ......
Malas la nak cerita, nanti menyesal!
 
 
 
 

Tuesday, October 2, 2012

Sweet September - Ambil Berkat! [part 1]


Assalamualaikum w.b.t

 

September dah berlalu dengan cerita yang tersendiri. Meeting, discussion, paperwork, proposal, presentation...ah, kalau nak cerita pasal kerja memang takkan ke mana. Tapi sesibuk mana pun dengan tugas-tugas hakiki, tuntutan nafsu remaja tetap diturutkan. Eh, remaja lagi ke? ekeke. So untuk bulan lepas sempat juga la aku memenuhi dua daripada empat undangan majlis raja sehari. Kalau nak diikutkan undangan -undangan yang aku terima ni berlangsung di Shah Alam, Bangi & Kajang. Eh, orang Selangor ni memang suka kahwin bulan September ek? Hehee. Tak kisah la kat mana pun janji makan free. I like!

First undangan tu dua minggu lepas. Kitorang pakat nak pergi dalam kol 2 coz ada member yang keje AM shift on that day. Tapi tunggu masing-masing siap make up bagai, kol 3 jugak la gerak dari Cheras. Lepas tu singgah Bangi kejap pick up sorang lagi. Masa tu jam dah nak pukul 4. Cuak tak cuak la coz kat kad tulis majlis sampai kol 4. Sudah! Dah la masing-masing tengah kelaparan. Dan kepala pun dah fikir macam-macam.

'Ah, tak apa. Sampai umah pengantin nanti, salam tuan rumah..jumpa pengantin then cabut cepat-cepat cari sate kajang!'

Hati dah berkira-kira!

Sampai je kawasan rumah pengantin, terserempaklah dengan beberapa staf A&E yang dah nak balik! Aiseh, malunya. Tapi redah jugak la masuk cari mak pengantin.

“Eh, dah makan?”

“Belum mak cik” *sambil tersengih-sengih tak malu*

“Owh, pegi la makan dulu. Ni kawan siapa? Kamisah?”

“Tak...Halim”

“Owh. Pegi makan..pegi makan”

Fuh..fuh. Ada makanan lagi. Selamat poket aku kami.

Then tengah syok bersantap, datanglah sorang senior staf kitorang dengan ramah bertanya;

“Kenapa lambat?”

Erk. “Sesat!”
 

Ayat cover line, uh?!



:: Lapar sangat! Dah habis makan baru ada mood nak bergambar ::
 
 
 
 
 
 
:: Masing-masing dok pakat ambil berkat. Dah tak lama lagi la tuh, ye dak? ::







:: Selamat Pengantin Baru Halim & Kak Kamisah!!! ::



Sakan tak kitorang bergambar walaupun datang lambat? Ni la untungnya jadi tetamu terakhir coz boleh gunakan segala props yang ada. So lepas ni kalau ada jemputan, dah tau dah nak pegi kol berapa. Hehee

[wat hal!]