Tuesday, August 30, 2016

Trekking Bukit Batu Putih, Port Dickson

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Kenapa trekking? Bukan hiking?
Walaupun dipanggil bukit, tapi treknya amat santai. Sesuai untuk seisi keluarga dan kanak-kanak 4 tahun ke atas.

Dah lama berhajat nak ke sini, akhirnya dapat jugak. Trip ni aku panggil, trip redah. Pada mulanya Zai roger untuk meteor showers (meteor perseids) kat Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson. Hey jangan tak tau, kat Malaysia pun boleh buat meteor hunting tau. Kos murah je. Pertama, sediakan duit tol dan minyak. Kedua, jangan lupa bawak tikar dan makanan. Ketiga, bentang tikar kat car park balai cerap sambil baring menanti meteor perseids.


:: Jangan lupa bawak dapur sekali. Boleh jugak makan maggi sementara tunggu meteor gugur::


Walaupun malam tu hujan sampai jam 4 pagi, tapi kitorang masih berpeluang menikmati hampir 10 juraian meteor. Ada yang dapat 6. Tapi aku cuma nampak 3 je. Iye la, medan penglihatan manusia bukan 360 darjah. So, yang mampu menangkap pandangan 3 je la. Ikutkan total meteor yang boleh nampak kat balai cerap malam tu berbelas la jugak. Maaf sebab tak dapat nak tunjuk gambar sebab meteor tak mampu dicerap oleh handset murahan. Huhu. Pada sesiapa yang berminat nak follow pasal meteor ni, rajin-rajin la usha web falakonline.net.






Eh, nak cerita pasal Bukit Batu Putih la.

Lepas habis meteor hunting dan solat Subuh, kitorang terus gerak ke Batu Putih dengan waze. Mula-mula cuak jugak bila kat waze tu tertera Taman Negara Tanjung Tuan, Melaka instead of Port Dickson. Tapi memandangkan jarak cuma 5 km dari Teluk Kemang, kitorang ikutkan jugak la.

Kitorang sampai kat pintu masuk Batu Putih jam 6.30 pagi. Sepatutnya kena bayar entrance fee RM 1. Tapi, mana la kaunter bukak pagi-pagi buta kan? So kitorang main redah masuk je la. Dan ternyata memang kitorang berenam adalah pengunjung terawal untuk hari tu. Berjalan dalam gelap dengan ditemani satu torch light dan dua headlamps. Kalau korang berhajat untuk stay lama kat puncak, memang patut gerak awal. Kalau tak, memang berebut la dengan group lain.

















Trek Batu Putih sangat santai dan clear cut. InsyaAllah tak sesat walau pertama kali datang. Dari pintu masuk ke puncak hanya mengambil masa kurang setengah jam. Selain puncak, antara tarikan lain adalah rumah api. Tapi bagi aku, tak menarik pun. Menanti matahari terbit sambil ditemani deru ombak kat puncak bukit Batu Putih lagi best. Angin pantai tu macam satu rahmat. Memang sesuai pada sesiapa yang nak cari solace.












:: Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Nak balik baru dapat bergambar kat pintu gerbang. ::

Monday, August 1, 2016

Pekerja atau Kuli?


Hi.
Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni aku ada terbaca satu kisah yang menjadi viral di FB. Kisah mengenai seorang diploma holder yang sanggup bekerja sebagai cleaner bersama ibunya di Rapid KL yang akhirnya ditawarkan bekerja sebagai assistant technician di company yang sama. Dan kini, beliau adalah expertise dalam bidang tertentu. Aku tak ingat dia expert dalam bidang apa sebab terlalu teknikal. To be honest, kisah dia so inspiring.

Aku yakin apa yang dia cuba sampaikan antaranya adalah; 1) Jangan malu walau terpaksa bermula dari bawah atau menjadi kuli asalkan kita tak berhenti berusaha. 2) Jangan berkira kerja walaupun kerja tu tak termasuk dalam job specifications kita sebab itu adalah part of learning process. 3) Letakkan kualiti kerja sebagai keutamaan berbanding imbuhan atau gaji yang diterima.

Kalau dilihat pada point pertama, aku percaya ramai graduan hari ini yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan sebenar akibat daripada desakan ekonomi. Aku sendiri pernah bekerja sebagai pembantu klinik dengan gaji hanya RM620 sebulan selepas graduate dulu. Sampai doktor klinik yang interview tu pun serba salah nak ambil aku bekerja. Tapi aku yakinkan dia yang aku nak kerja kat klinik dia bukan sebab gaji, tapi sebab aku tak nak hilang knowledge dan skills (walaupun tak apply skill sangat pun kalau kerja kat klinik). Then dia pun terima aku bekerja dan siap pesan kalau dapat offer lebih bagus bagitau awal supaya nanti dia senang nak cari pengganti. Kalau nak diikutkan apa yang aku cakap tu bukanlah cakap kosong tapi memang kenyataanya aku tak pernah ambil kisah pasal gaji. Apa yang penting, ada kerja nak dibuat. Aku bukan jenis yang suka duduk rumah and doing nothing. Daripada dok rumah ngabihkan bogreh (bak kata abang aku), ada baiknya aku keluar bekerja.

Dan bagi aku, point kedua la yang paling banyak orang fail. Susah nak jumpa orang yang sanggup buat di luar specs kerja. Ketika di tempat kerja lama, aku memegang empat portfolio while rakan setugas yang lain, ada yang memegang hanya satu portfolio. Tapi aku tak pernah merasakan aku diperguna atau dibuli oleh bos. Aku terima portfolio tu semua bukan jugak sebab nak bodek bos. Sebaliknya aku anggap tu sebagai peluang aku untuk belajar. Iye la kalau kawan aku yang pegang satu portfolio tu cuma boleh belajar satu benda, aku pulak dapat peluang belajar empat benda sekali gus. Bukan ke itu lebih baik?

Point ketiga pun bukan calang-calang orang boleh buat. Bukan semua orang yang dibayar RM1500 mampu menghasilkan kualiti kerja seperti dibayar RM3000. Rata-rata orang akan jawab, bayar 5k dulu baru boleh bagi kualiti kerja  5 bintang. Eh!. Aku tak cakap salah. Memang kadang-kadang kita perlu letak harga pada setiap usaha kita. Cuma pada aku, aku percaya satu benda je. Percaya pada rezeki Allah. Sebab apa? Pertama, sebab rezeki Allah tak pernah salah alamat. Kedua, rezeki Allah tak pernah ada diskaun walaupun GST naik 20%. Ketiga, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan bukan wang semata. Nah, nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustakan?


Nota kaki: Masih lagi kuli-kulian