Saturday, February 7, 2015

Banjir di Kelantan: Hope for the Best, Prepare for the Worst

Assalamualaikum wbt.



'Hope for the best, prepare for the worst'. Itu tagline yang dah terbiasakan sejak diperkenalkan dengan pengurusan bencana. Bekerja di lembah Klang tidak memungkinkan aku berada di dalam situasi bencana. Bukan tiada langsung, tapi kurang. Kami hanya didedahkan mengenai pengurusan bencana hanya melalui table talk, simulasi, tayangan video. Huh, memang tak feel laa.

Situasi banjir di kelantan baru-baru ini secara tidak langsung membuka peluang bagiku bukan sahaja untuk mempelajari sesuatu tetapi juga berpeluang untuk turut serta dalam menjayakan misi bantuan kemanusiaan.


Dapat tidur beralaskan toto pun dah cukup baik.

Malam pertama di Kelantan kami disediakan penginapan di bilik peperiksaan HUSM. Yang ini kitorang memang dah sedia maklum, sejak dari KL lagi. Walau hanya beralaskan toto selain bantal dan selimut yang disediakan, alhamdulillah lena tidur kami malam tu. Dah lama tak merasa tidur ramai-ramai macam tu. Kali terakhir pada tahun 2006, ketika di Semporna. Tumpang bermalam kat rumah member, dua tiga hari sebelum majlis pernikahan dia. Adat orang nak kenduri, masing-masing memang stail tidur bergelimpangan la kan? hehe. Apa-apa pun tengah-tengah malam tu sempat juga bangun capai wind breaker, tidur dalam air cond, sejuk weyy.


Berkongsi, tak semestinya susah.

Kesukarelawan sebenar bermula awal pagi keesokannya. 3 buah toilet yang juga shower bagi kami di HUSM seakan tidak memberi sebarang masalah walaupun dikongsi bersama berpuluh lagi sukarelawan lain. Bangun seawal 5.30 pagi semata-mata nak chop toilet mengingatkan semula memori zaman tinggal di asrama dulu. Nasib je tak ada orang susun baldi depan pintu toilet. hehe. Ruang solat dan tempat mengambil wuduk yang berasingan dengan toilet turut tersedia. Cuma kalau dah bangun awal sangat tu, terpaksa sabar je la kemas barang dalam gelap. Nak buka lampu, kesian pulak dengan member lain yang tak bangun lagi. Alaa...haii.


Semua bukan seperti yang dirancang

Diberitahu kawasan Machang masih banyak yang belum di cover oleh mobile medical team. Jadi hari ini kami pergi untuk melapor diri di PKD Machang dan bersedia untuk tugasan baru. Malangnya, di PKD kami diberitahu semua kawasan telah dijejaki oleh mobile team. Keluarga yang di tempatkan di pusat penempatan banjir juga makin berkurang. Masing-masing telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing untuk kerja-kerja mengemas dan pembersihan. Klinik Kesihatan Temangan juga telah beroperasi seperti biasa. Malah mereka juga turut menyediakan kemudahan mobile team. Lol. May be kitorang patut balik je ke base untuk sambung tidur. Muahahah.


Queen bed kongsi 3 orang. Ok je.

Tempat penginapan di Machang lebih mewah kerana kami disediakan dengan sebuah bilik lengkap dengan penghawa dingin, katil, dan toilet. Siap ada heater weyy. Tapi perlu dikongsi seramai 3 ke 4 orang setiap bilik. Nampak mewah tapi itu pun jadi isu. Ada juga sukarelawan yang tidak betah hidup berkongsi ni. Ditambah dengan masalah komunikasi tidak berkesan, kongsi katil pun jadi isu. Adoii. Dari Pulau Kapas sampai ke Kinabalu aku dah biasa kongsi katil. Awat la kat Machang ni aku dipertemukan dengan  suka-rela-wan  yang dah macam  tak suka-tak rela-tak kawan  macam ni. Tak tau nak geleng kepala level mana dah. Tapi adat la. Manusia memang banyak ragam. Cuma lain kali kalau rasa diri tu banyak ragam, jangan join program KESUKARELAWAN eh!


Mangsa banjir atau tidak, sama-sama tak cukup makan

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke PKD Kuala Krai. Kami mengambil kesempatan ini untuk mengenalpasti kot-kot la ada kawasan lain yang masih belum mendapat bantuan. Dan daripada hasil risikan (konon!) kami memilih 2 kawasan untuk membuka mobile clinic. Tapi bukan hari ni la. Esok! Setelah berjam-jam dalam hilux, kitorang pun sampai la ke Kuala Krai. Dan kat situ la kami tersedar akan sesuatu. Kuala Krai maksudnya, area yang paling teruk terjejas (mengikut laporan FB!) tiada bekalan air bersih dan tiada elektrik. Tapi perut dah berdendang kuat. Choii! Apsal la tak teringat nak tapau makanan tadi. Tawakal je berkeliaran di pekannya. Akhirnya kami berjumpa dengan sebuah kedai makan yang hanya menyediakan satu menu je, nasi gorang kampung. Dah tak sempat dah nak fikir mana dorang dapat bekalan air. Yang penting sekarang ni, Nasi Gorang kampung tu. haha. Alhamdulillah perut kenyang suka hati dan free from food poisoning.


Import boat tak ada, local boat pun berguna

Pada hari berikutnya kami diarahkan untuk pergi meninjau dan memberi bantuan perubatan (jika diperlukan) ke kampung seberang sungai. Terdapat 3 buah kampung yang disenaraikan. Tanpa peta dan tanpa maklumat terperinci, kitorang dah macam dalam game treasure hunt la pulak. Agak tak logik untuk meredah sungai dengan hilux setelah dimaklumkan tiada bot yang dapat disediakan untuk kami pada hari itu. Bot-bot milik tentera, polis dan bomba pada hari itu ada yang rosak dan ada yang sedang digunakan. So kitorang terus bergerak ke JPAM, kot-kot la ada bot ke, ada maklumat tambahan ke. Di JPAM pulak kitorang dimaklumkan mereka telah menghantar 2 pasukan bersama bot mereka untuk misi hari itu. Alahaiiii. Tapi tak apa la at least dorang kasi kitorang tengok peta dan maklumat laluan untuk ke tempat tugasan kitorang. Perjalanan kitorang pada hari itu banyak dibantu oleh ketua kampung/tok penggawa dan penduduk tempatan. Atas bantuan mereka juga kitorang berjaya mendapatkan perkhidmatan bot (perkhidmatan ye, sebab berbayar) dari penduduk tempatan dalam misi memberi bantuan perubatan ke kampung seberang sungai.


Reward diri dengan ayam Marrybrown

Walaupun kali kedua kami ke Kuala Krai, tapi masing-masing seakan degil untuk tapau makan tengah hari. Apatah lagi selepas dijanjikan dengan hidangan Marrybrown di pekan Kuala krai nanti oleh sang pilot. Menurutnya restoran makan segera tu tidak terlibat dengan banjir, jadi haruslah restoran itu akan beroperasi seperti biasa, kan? Tapi malangnya, tidak. Kedegilan diri memaksa kami mengikat perut untuk tengah hari itu. Nasib pagi tu breakfast makanan berat. Dan sempat juga tapau roti dan minuman sebelum meneruskan perjalanan hari itu. Tapi memang sepanjang perjalanan jugak la kitorang mengungkit janji ayam Marrybrown tu sampai menimbulkan rasa bersalah pada sang pilot. Dan secara kebetulan ketika melalui jalan yang sama untuk pulang pada malamnya, terperasan yang restoran tersebut buka dan beroperasi, tidak sepi seperti siang tadi. Ahah, apa lagi. Masa untuk lunas janji. Alhamdulillah, banjir-banjir pun dapat juga merasa Marrybrown!


Pengurusan bencana bukan seperti dalam buku teks

Mengikut apa yang aku pernah baca, sebagai kumpulan bantuan perubatan dari mana-mana agensi sekali pun kami perlu memaklumkan setiap pergerakan keluar masuk kepada medical commander. Tapi ini tidak berlaku ketika misi di Kelantan. Banyak sukarelawan terutama sekali swasta tidak memaklumkan pergerakan mereka. Medical commander yang biasanya akan guide pergerakan kumpulan juga tidak banyak membantu. Mereka tidak arif mengenai laluan selamat yang boleh/perlu dilalui oleh kumpulan bantuan perubatan. Malah mereka juga tidak pasti keadaan semasa kawasan-kawasan di bawah seliaan mereka kerana mereka tidak mendapat atau tidak berusaha mendapat feedback daripada kumpulan bantuan perubatan di tempat-tempat tersebut. Atas faktor-faktor inilah yang timbulnya isu ada kawasan yang masih atau lambat menerima bantuan, tidak kira dari segi logistik atau perubatan.


PTSD terbuka untuk semua, termasuk staf perubatan

Kami berpeluang meninjau salah sebuah klinik kesihatan yang turut terjejas teruk di daerah Dabong. Melalui tinjauan kami, klinik ini telah beroperasi namun tidak seperti biasa. Mereka membangunkan pos sementara yang berbumbungkan khemas 20x20 di kawasan parkir, tepi klinik. Tiada uniform atau white coat, hanya sekadar t-shirt, kain batik dan track suit yang membaluti petugas di sana. Mula-mula confuse jugak. Mana satu patient, mana satu staf. Kami dimaklumkan bahawa kawasan dalam klinik telah dibersihkan cuma yang menjadi halangan adalah wiring. Menurut junior MO di sana, dia sendiri dah tiga kali kena short circuit. Nasib tak ada apa-apa. Ketika kunjungan kami di sana, terdapat juga peserta PLKN yang sedang menjalankan usaha membersihkan klinik tersebut. Kemudian kami dipertemukan pula dengan senior MO di sana. Kali ini sambutannya sedikit berubah. Senior doktor ni tidak banyak bercakap malah kelihatan kusut, banyak termenung. Bagai ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya. Berulang kali juga kami cuba menarik perhatiaanya untuk mendapatkan nombor telefon namun tidak dilayan. Tak tau la dah kemana fikirannya melayang. Yang pasti fokusnya bukan lagi di sini. Last-last jururawat kat situ yang bagi nombor telefon. Aku sendiri tak pasti, inikah yang dikatakan simptom awal Post Traumatic Stress Disorder?


Semuanya dengan izin Allah

Betul. Kalau Allah izinkan ianya berlaku, susah macam mana pun pasti ada jalan. Dan kalau Allah tak izinkan, gigih macam mana pun kau usahakan, takkan berlaku jugak. Macam tu la lebih kurang situasi yang kitorang alami ketika meneruskan misi di Gua Musang. Ketika dalam perjalanan, kami terima maklumat yang jalan masuk ke Bertam (if i'm not mistaken) berlaku tanah runtuh. Sebahagian daripada laluan tu telah ditimbus tanah. Beberapa hari sebelum tu berlaku jambatan runtuh di satu lagi laluan. Maknanya jika kitorang redah masuk juga ikut laluan tanah runtuh tu, kebarangkalian untuk terperangkap kat situ ada. Alternatif lain, helikopter. Tapi mana nak cari? Selain itu tempat penginapan juga menjadi halangan. Tempat penginapan yang dicadang pada awalnya seperti terpaksa dibatalkan memandang kedatangan kami seramai berbelas orang tidak begitu menggembirakan pihak terbabit. Dengar juga cakap-cakap, 'tak bagi tau pun nak datang seramai ni'. Tak apa la. Mungkin komunikasi tidak berkesan berulang lagi. Maka kami pun tarik diri dan cari je tempat penginapan lain. Memang tak mudah sebab Gua Musang bukan tempat peranginan yang banyak tersedia hotel/motel/homestay. Tapi kalau Allah dah kata, kitorang akan bermalam di situ, tak ada apa yang dapat menghalang. Syukur.


Dan kalau Allah tak izinkan

Lewat petang itu juga salah seorang daripada sukarelawan kumpulan kami menerima berita kematian bapa saudaranya. Hampir serentak dengan berita mengenai atuk ku yang sedang tenat di Hospital Seremban. Maka salah satu daripada pacuan empat roda terpaksa bergerak balik semula ke Machang. Dan aku sendiri perlu berkemas untuk pulang ke KL keesokan harinya.



Sepanjang 5 hari berada di Kelantan banyak memberi pengalaman berharga kepada aku dalam memahami erti bencana sebenar. Keadaan yang chaos macam tu memang memerlukan kekuatan mental disamping tindakan bijak mengawal keadaan. Tak semua yang kita/kumpulan kita perlukan dapat dipenuhi oleh pihak-pihak berkenaan, jadi kita sendiri yang perlu mencari alternatif lain dalam melunaskan misi bantuan yang dibawa. Yang penting alternatif tersebut mestilah selamat untuk kita dan ahli kumpulan yang lain. Aku juga setuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh TPM kita mengenai Malaysia perlu menguasai pengetahuan mengenai pengurusan bencana. Semoga banjir di pantai timur kali ini menjadi satu wake up call untuk kita semua.

Dan kepada mereka yang berhasrat untuk menjadi sukarelawan, entry ni bukan untuk menonjolkan segala kekurangan dan kelemahan tapi lebih kepada overview mengenai keterlibatan dalam program kesukarelawan. Ramai orang kata yang program sebegini memerlukan kesabaran dan kekuatan mental. Tapi tak semua mampu mengekspresikan kekuatan mental yang bagaimana diperlukan. Kebolehupayaan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang akan menentukan kekuatan mental seseorang. Tentang barang-barang keperluan, korang memang tak payah risau. Sebab takkan ada orang yang akan tanya sama ada korang dah mandi ke belum atau, Eh, bukan baju ni kau dah pakai semalam ke?'. Lol.  Semoga entry ni dapat membantu sesiapa sahaja yang bakal terlibat untuk misi-misi kemanusiaan akan datang. 




:: Proud to be part of them ::