Thursday, February 25, 2016

Bila Masa yang Sesuai Beli Kereta?

                    Bismillahirrahmanirrahim

Bila masa yang sesuai beli kereta bagi fresh graduate?

1. Selepas 3 tahun bekerja.

2. Selepas mempunyai simpanan bersamaan 6 bulan gaji.

3. Apabila harga kereta idaman tidak melebihi jumlah gaji tahunan.

4. Apabila dividen tahunan simpanan mampu menampung bayaran insuran dan road tax kereta .

5. Setelah mempunyai kemahiran asas pemanduan dan lesen kelas D yang sah.

Saturday, February 13, 2016

5 Pekerjaan Dalam Tempoh 10 Tahun


Bismillahirrahmanirrahim



Sambil bosan 'menunggu' pesakit ni, tiba-tiba-tiba teringat pula sejarah kerja-kerja lama yang pernah aku buat sebelum ni. Walaupun kerja-kerja tu bukan bertaraf professional, tapi banyak memberi pengajaran berguna especially pasal hidup.


1. Salesgirl

Ini pekerjaan pertama aku lepas SPM. Rasanya butik tu masih masih wujud lagi kat Plaza Alam Sentral. Butik IZO. Supervisor kat situ Chinese, tapi pekerja dia semua Melayu. Tak ramai pun. Termasuk aku, 3 orang je. Antara cabaran aku kerja kat sini adalah mencari masa untuk solat, sebab dorang kasi sejam je untuk rehat termasuk untuk solat. Sudahnya aku cakap kat supervisor tu aku akan rehat untuk makan, 30 minit. Manakala baki 30 minit lagi tu akan dibahagikan untuk solat Zuhur, Asar dan Maghrib. Pernah sekali tu dia siap spot check beg telekung aku. Pelik jugak. Takkan sampai macam tu sekali dia tak percaya kat aku. Tapi lepas tu dia bagitau, selama ini tak pernah pun staff dia minta izin nak keluar untuk solat. Lor!


2. Operator Kilang

Haha. Macam tak percaya je yang aku pernah pegang title Minah kilang dulu. Yang ni pun lepas SPM gak. Lepas aku berhenti kerja kat IZO. Mula-mula apply tu sebab temankan member aku. Dia yang beriya ajak aku kerja kilang tapi bila dah dapat, mak dia pulak tak kasi. Disebabkan result masuk matrikulasi tak keluar lagi, aku proceed je kerja kat situ.

Kerja kilang ni lain sikit environment dia. Macam-macam jenis manusia aku jumpa. Ala-ala kena culture shock pun ada jugak! Ada seorang yang aku buat member kat sini, datang jauh-jauh dari kampung sebab nak cari duit. Dia punya jimat, sampaikan waktu lunch pun makan kuih je. Aku ni yang beriya makan nasi goreng. Iye la nasi goreng kat kilang bukannya mahal sangat. Nasi goreng pataya pun baru RM 2.50. Mulanya aku ingat dia dah makan kat rumah. Tapi bila dia bagitau, dia just makan Maggi je, terus aku jadi serba salah. Sejak tu, setiap kali rehat mesti nasi goreng tu aku bahagi dua. Tak adil lak aku biar dia tengok aku makan sorang.  Ada lagi seorang ni, asal dari Sabah. Umur sebaya aku. Tak ambil SPM pun dan dah ada anak seorang kat kampung. Unfortunately, dia dah bercerai dengan husband dia. Dia kahwin masa umur 16 tahun. Speechless terus aku! Umur 16 tahun tu, aku masih main kejar-kejar kot dengan member-member kat asrama. Lagi seorang yang aku kenal, muda setahun dari aku. Sekolah tak habis jugak. Ada masalah keluarga. Hidup dia memang bebas gila. Selalunya akan overnight rumah boyfriend dia. The rest is history. Aku pun tak sanggup nak cerita. Sedih, tapi masa tu tak tau nak tolong macam mana. Kenapa mak bapak yang buat hal, anak-anak yang selalu jadi mangsa?


3. Pembantu Klinik

Walaupun dah graduate tapi aku masih belum layak untuk bekerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan sebab aku masih perlu mendapatkan APC dari Lembaga Perubatan. So masa ni hanya mampu jadi pembantu klinik je la. Walaupun gaji yang ditawarkan tak tinggi mana, tapi sekurang-kurangnya aku dapat apply knowledge aku di sini. Cuma cabarannya sedikit berbeza. Kalau sebelum ini aku lebih terdedah kepada ubat-ubat kecemasan, tapi di sini aku perlu ambil tahu tentang ubat-ubat 'biasa' termasuklah pil perancang. Pernah seorang customer ni datang beli pil perancang. Kalau setakat beli je ok lagi, ni siap tanya macam-macam. Macam mana nak makan, kalau period boleh makan ke tak, kena makan selepas sexual intercourse ke cam mana. Adoii. Sudahnya, dengan selamba aku bukak kotak ubat yang dia dah bayar then baca je manual ubat tu depan dia. Ha ha.


4. Penolong Pegawai Perubatan

Kalau ikut atas kertas, ini adalah profesion sebenar bagi degree aku. Dan di sinilah tempat untuk aku apply apa yang dah aku belajar selama 4 tahun di UKM. Sejujurnya ada dua perkara major yang aku belajar di sini. Satu, sabar. Dua, bersosial. Kalau nak diikutkan aku ni memang jenis yang tak tau sabar. Cepat je nak naik angin. Pernah aku marah roomate aku kat sekolah dulu, sampai menangis budak tu dibuatnya. So jangan main-main bila aku dah start naik angin. At the same time aku ni jenis yang tak reti nak bersosial sangat. Tak suka crowd dan tak suka tempat yang crowded. Dari zaman sekolah aku memang jenis yang tak buat kawan dengan budak kelas sebelah. Aku jenis yang berkawan dengan budak-budak yang satu kelas dengan aku, atau satu unit beruniform/persatuan/kelab je. Closed friends pun seorang dua je. Tu la teman study, teman tengok wayang, teman shopping dan teman segalanya. So bila masuk bidang ni, mula-mula tu memang susah jugak nak adapt. Nak menahan sabar dengan kerenah pesakit, waris pesakit even my colleagues bukan mudah. Nak buat-buat friendly dengan semua orang pun payah. Tu sebab sampai sekarang pun aku jarang nak join aktiviti jabatan. Kalau disuruh, baru join. Kalau tak, hidup aku memang pegi kerja balik kerja je. He he. Ni dah nak masuk 4 tahun pun masih terasa susahnya lagi. Tapi prinsip aku mudah, aku tak kacau kerja kau, kau jangan kacau kerja aku. Ini prinsip bagi aku, tapi amaran untuk orang lain. Sebab, aku memang akan serius dalam dua benda je. Satu, study. Dua, kerja.


5. Niaga online

Walaupun aku tau yang aku sememangnya tak berbakat dalam bisnes jual beli ni, tapi tetap jugak nak mencuba. Nampak nau dah bosan dengan kerja hakiki. Hi hi. Orang kata, bisnes online ni kurang risiko. Aku tak keluar modal sangat pun. Ada yang aku jadi agen. Ada jugak yang buat dropship je. Tapi sekarang dah tak aktif pun. Seronoknya jual online ni bila dapat duit je. Part nak layan WhatsApp customer, haru jugak. Tengah sibuk resuscitate patient, time tu jugak berduyun message masuk. Sudahnya, give up terus. Betul la orang kata, kalau nak berbisnes ni kena bersungguh. Hu hu.

Setelah hampir 10 tahun dalam dunia pekerjaan, kini aku sedar yang duit bukanlah perkara utama yang di cari. Tapi ada perkara lain yang lebih dari itu. Sebenarnya dunia pekerjaan membuka peluang kepada kita untuk membantu dan memudahkan urusan orang lain walaupun hanya membantu memilihkan baju yang bersesuaian untuk pelanggan kita. Manakala duit gaji yang diterima hanyalah sebagai reward atas bantuan yang diberi. Jadi jika ingin memilih pekerjaan, pilih la kerja yang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Soal reward? Biar Allah yang cukupkan untuk kita.

Selamat berjuang!



#Selepas10TahunTinggalkanZamanSekolah

Nota kaki: Mencari pekerjaan ke-6.