Wednesday, August 8, 2012

Berbuka Puasa di Restoran Cerana

Assalamualaikum wbt.


Bulan Ramadhan ni buat pertama kalinya aku sambut sebagai orang yang berkerjaya! cewahhh. Jadi duit gaji pertama haruslah dilaburkan di tempat-tempat makan terpilih dengan orang-orang terpilih. Ye dak? Lagi-lagi bulan puasa macam sekarang ni. Belum pun sempat aku plan apa-apa, abang aku dah call dulu tanya, .....'Ey, kata dah gaji. Bilanya nak belanja makan luar...'. Amboii..amboi tak menyempat-nyempat ko nak ngetuk aku ye.

So google punya google, maka jumpalah satu tempat makan yang macam best kat area Cheras ni. Iaitu, Restoran Cerana. Restoran ni terletak kat highway Cheras-Kajang. Betul-betul belakang stesen Petronas. Tapi sesat-sesat la jugak nak cari restoran ni. Siap call member mintak tolong googlekan. Al maklumlah, handset tak berapa nak canggih. Tak ada GPS bagai. huhu. But at last jumpa jugak.




Nice view & nice deco as well






Pukul 6.30 baru kitorang masuk kat restoran tu. Masa tu orang tak berapa nak ramai lagi.Then pukul 6.45 pm masing-masing dah start beratur ambil makanan. Iye la kata pun book untuk buffet Ramadhan, jadi sendiri nak makan sendiri ambil la kan? Menu dia banyak gila! Start dari kerepek, biskut raya, kuih-muih, roti John, Mee Udang, ABC sampailah ke main menu. Udang sambal petai, ikan bawal 3 rasa, siput sedut, sayur campur dll.









Ikan bawal 3 Rasa. Tapi aku dapat 1 rasa je,
RASA LAPAR
lol.





My portion. Udang Sambal Petai & Ayam Masak Merah wajib cuba.
Sedap gila kot!


Sotong Masak Kunyit.


Sotong & Ikan Cencaru Bakar


Kurma, buah-buahan & kuih-muih


Dessert


Roti John Special.
Yang ni aku tak rasa. Abang aku yang baham semua.


Ni dah masuk second round. After Maghrib.
Terserlah kegelojohanku.
huhu



Muka kekenyangan


Time to go!


Tapi aku tak galakkan korang pergi time puasa apatah lagi book untuk buffet Ramadhan. Korang takkan rasa nikmat makanan-makanan tu. First sebab korang akan rushing untuk solat Maghrib. Second, perut korang takkan mampu terima makanan-makanan yang korang ambil hanya kerana nafsu semata-mata. Third, makanan cepat sejuk coz dorang masak awal dan dalam kuantiti yang banyak. Ceh, dah berpinggan-pinggan ko makan, sekarang nak bagi tau orang lain jangan pergi buffet Ramadhan lak. Tak congruent betol!

For more information, sila layari website dorang sendiri.
Jangan malas..malas, kay!

Ni first gaji, second gaji pulak plan nak pergi makan steamboat. Tapi tak google lagi tempat mana yang best. *Hurmm..nampaknya duit gaji aku semua habis kat kedai makan je*.
But, it just me!