Friday, January 31, 2014

Perginya Seorang Sahabat

 
Assalamualaikum wbt.
 
Dia masih muda. Dia baru setahun menimang cahaya mata. Dia baru memulakan kerjaya. Dia baru saja merancang kehidupan yang lebih bahgia. Dialah Siti Nailah Abd Razak yang telah pergi dulu sebelum kami, yang lain-lain. Pergi jauh dari family terus menuju Illahi. BARU bukan tiket untuk merasa yang perjalanan masih JAUH atau masa masih PANJANG. Dan untuk dia Allah sudah tetapkan, cukup setakat dua puluh lima tahun lima puluh enam hari. Walau empat tahun mengharungi cabaran uni bersama, namun aku bukanlah orang yang rapat dengannya. Cuma bersama kalau terlibat dalam program-program tertentu.



:: Kenangan Tahun Satu di UKM ::
 
 
 
Orangnya spontan dan kreatif. Teringat masa tahun pertama di UKM. Bila mana budak-budak Emed dengan berani matinya menyerah diri untuk menjadi wakil kolej kediaman dalam pertandingan dikir barat. Dan dia adalah salah seorang tukang karutnya. Tak dapat dinafikan dikir barat dah macam trendmark kitorang setiap kali buat persembahan. Tak kisah la secara paksa, rela atau paksa-rela. Asal boleh nak perform dikir barat jugak. Dan memang menjadi tugas dia mereka cipta lirik, skrip dan storyline setiap kali Emed perform.



:: kenangan dikir barat di UKM ::



Dan bila kitorang join program bakti siswa sama-sama, dialah juga yang jadi penyelamat aku, mengheret aku sana sini jauh dari benda-benda yang aku alergik. Aku jenis yang tak reti nak beramah mesra dengan orang. So, bila ada je aktiviti yang melibatkan ramai orang mesti dia tarik aku ikut dia buat kerja yang lebih spesifik macam duduk dalam dewan mengadap komputer siapkan portfolio. Haha. Nampak tak perangai anti-sosial kat situ? Bukan sombong ea!



:: Kenangan ketika Program Bakti Siswa Daya Wawasan Jerantut 2009 ::
 
 
 
:: Gambar-gambar terakhir dengannya ketika bercuti di Sabah-2011 ::
 
 
 
Aku memerlukan empat tahun untuk mengenalinya. Dia seorang kawan yang sangat baik. Sangat sangat baik. Tak pernah kata tak nak atau tak boleh bila kawan-kawan minta tolong ke, minta temankan pergi makan ke, teman pergi chow kit ke. Kat UKM dulu aku tak rapat sangat dengan dia. Bukan dengan dia je. Sesiapa pun tak. Mungkin sebab aku bukan jenis yang akan berkepit dengan kawan-kawan 24/7 kot. Tu yang mula-mula aku pelik sikit dengan dia. Seumur hidup tak pernah jumpa dengan spesis yang macam ni. Tak pernah kata tak nak atau tak boleh. Bagi aku orang macam ni sama ada jenis yang dependent, tak pun mesti jenis yang hipokrit. Haha. Teruk betul justifikasi aku. huhu


Tapi tu dulu. Lepas empat tahun, peragai dia memang tak berubah. No wonder la bila aku dapat peluang jadi pengajar baru-baru ni, makin rajin aku mesej dia minta pendapat bagai. Dan dia tak pernah tak reply mesej aku. Sama ada via FB atau whatsapp. Sampai sekarang pun masih banyak soalan yang aku nak ajukan kat dia. Tapi peluang tu dah tak ada dah.

Al-fatihah.
Semoga dia ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Ameen.