Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Semeru : Satu Perjalanan Panjang II



Ranu Kumbolo – Oro-oro Ombo



:: Berlatar belakangkan Tanjakan Cinta ::



Dari Ranu Kumbolo ke Oro-oro Ombo hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit, dan perlu melalui Tanjakan Cinta. Mitosnya di sini kalau mahukan cinta sejati, sebut nama orang yang dicintai tu sepanjang jalan tanpa menoleh ke belakang! Tapi nama pun mitos, ikut hangpa la nak percaya ke idak.


Dari jauh, Oro-oro Ombo kelihatan seperti satu ladang Lavender yang sangat luas. Tapi hakikatnya,
ia bukan Lavender. Tapi dikenali sebagai Verbena Brasiliensis. Kitorang diberitahu, bunga ini berasal daripada Brazil. Bunga ini berwarna ungu dan kembang pada sekitar bulan April hingga Mei atau awal Jun.

Oro-oro Ombo – Cemoro Kandang

Sepanjang perjalanan yang dilewati akan dikelilingi dengan Verbena Brasiliensis yang sama ketinggian atau lebih daripada korang. Terasa macam tengah shootong filem hindustan pun ada! Muehhehe.

Kalau nak diikutkan, jarak Oro-oro Ombo ke Cemoro Kandang hanya mengambil masa 20 minit. Tapi takkan korang nak menonong je jalan kat ‘Ladang Lavender’ ni kan? Haruslah ‘stay and play!’.






:: Hamparan ladang Lavender ::












Cemoro Kandang - Kalimati

Sebaik sahaja meninggalkan Oro-oro Ombo, maka berakhirlah trek santai-santai kerana  perjalanan seterusnya dah mula menaik.Walaupun tak mencanak mana, tapi mengah jugak la!haha. Perjalanan untuk ke Kalimati mengambil masa antara 2 jam setengah hingga 3 jam. Di awal perjalanan korang akan disajikan dengan pemandangan Ladang Twilight.

Tapi jangan risau, apabila dah sampai di Jambangan treknya mulai landai. Dan beberapa ratus meter ke depan, korang akan jumpa satu kawasan kecil seakan mossy forest. Lebih kurang macam kat Irau la kalau versi Malaysia. Rindu Malaysia lagi!



:: Selamat datang ke Cemoro Kandang ::







:: Welcome to Twilight Garden! ::







:: Tak boleh nak sorok muka penat. Sebab memang penat pon! ::








:: Mossy forest versi Indonesia ::





 Kalimati



:: Kalimati ::


Sampai Kalimati collapse terus. Huaaa.


Okay frankly speaking, masa kitorang sampai campsite Kalimati suhu mulai sejuk dan langit macam nak hujan. Aku memang tak suka sangat sejuk-sejuk ni. Mula la rasa nak demam. Tambah-tambah lagi tak lama lepas dirikan khemah dan unpack barang, hujan mulai turun. Dan aku terus membungkuskan diri dalam sleeping bag lepas telan 2 biji panadol. Orang lain sibuk siapkan makan malam, aku sesedap je membongkang. Teruk betu! Tapi tu je pilihan yang aku ada. Badan rasa sejuk sangat dan kepala berat. Walaupun Ummi cuba yakinkan aku, tu semua disebabkan perubahan suhu semata. Tapi aku tak peduli. Lepas 4 jam, lagi 2 biji panadol aku telan. Jenuh nak paksa mata ni lelap, tapi lena tak datang juga. Cuma mampu terbaring macam tu je. Sampai masa makan, baru bangun. Dan solat. Hujan tak ada tanda-tanda nak berenti. Risau jugak kalau-kalau tak dapat ke pucak disebabkan hujan. Tapi guide dan orang-orang tempatan sana rilek je. Dorang kata keadaan macam ni memang biasa kat kawasan pergunungan. Tengah malam nanti hujan akan berenti dan boleh mula mendaki.



:: Preparing dinner ::



:: Masa belum hujan, lepak luar khemah memang best. Bila hujan... ::


Menuju Mahameru - Summit Attack


Cadangnya kitorang nak mula summit attact pukul 11 malam kerana mimikirkan trek ke puncaknya yang agak mencabar. Lagi-lagi untuk aku yang tak training apa-apa sebelum ke sini. Lebih setahun jugak aku tak hiking sejak projek Kinabalu April 2014. Kiranya Semeru ni come back project la konon! Kuang3. Tapi memandangkan hujan lambat reda, pukul 12 tengah malam baru semua bangun dan bersiap untuk summit attack!






Sejujurnya aku tak tau nak gambarkan treknya macam mana sebab perjalanan malam membataskan jarak penglihatan. Dah la terasa masih mamai lagi. Dengan bertemankan headlamp, aku Cuma mengikut saja jejak Zai yang berada di depan aku. Makin lama jalan, bukan setakat penat je terasa. Lapar pun ada jugak! Tak sampai puncak lagi air dengan coklat habis aku baham. Serius lapar. Dan ngantok. Mulanya memang nak give up je. Tak tahan sebab mengantok sangat. Walaupun aku tau tu sindrom biasa bila kekurangan oksigen pada ketinggian tertentu. Perut pun dah mula meragam. Bantai minum air isotonik time perut kosong, rasakan la penangannya. Tapi Zai dan Bistri suruh aku teruskan jugak sebab tinggal 200 meter je lagi nak sampai puncak. Tapi dengan permukaan tanah seroi macam tu, 200 meter pun rasa macam 2 kilometer. huhu.

Nak tak nak, memang gagahkan diri jugak jalan sampai ke puncak. Kalau orang lain ambil masa 4 jam untuk sampai. Aku pulak ambil masa 8 jam nak sampai atas sana. Haha. Nasib la... Syarat untuk stay kat puncak tu jangan melewati jam 10 pagi waktu tempatan kerana itu adalah waktu di mana biasanya gas beracun terbebas.



:: Kenangan dari ketinggian 3676 meter dpl ::


Kawasan puncaknya sangat luas dan angin sangat kuat. Sejukkk. Tapi entah angin apa yang melanda, sebaik je sampai kat puncak terus rasa nak muntah. Buff dan mask yang masih di leher terus ditarik menutup hidung. Terasa ada bau yang menusuk masuk. Is it gas beracun? AMS (altitude mountain sickness) or simptom awal gastric attack? (coz aku memang ada gastritis). Tapi bila tengok orang lain melompat seronok ambil gambar, aku diamkan aje. By right aku memang banyak diam je sepanjang berada di ketinggian 3676 meter dpl tu, untuk mengelakkan aku dari muntah on the spot. Hasrat untuk terus turun balik ke campsite pun terpaksa ditangguhkan bagi memastikan momen indah di puncak tertinggi Kepulauan Jawa ini mampu dirakamkan. Bukan senang nak sampai sini, jadi tabahkan je la diri buat sementara.



:: Bawa diri sambil menahan loya yang tak hilang-hilang ::




Alhamdulillah kitorang semua berjaya keluar dari kawasan pergunungan itu dengan selamat tanpa insiden seperti terhidu gas beracun mahupun tercedera akibat di hempap batu seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini. Pada yang berhasrat ingin ke sana, aku cadangkan pergi sekitar bulan Mei kerana pemandangannya lebih cantik especially kat Oro-oro Ombo. Bila mendaki tu jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan jaga kawan-kawan. And I wish you all the best in advance. hehe.



:: #RoadToSemeru #ProjekSemeru0515 ::

Friday, August 21, 2015

Semeru: Satu Perjalanan Panjang

Bismillahirrahmanirrahim...


Dah berbulan trip ke Semeru berlalu, tapi sampai ke hari ini masih terbayang-bayang keindahan Taman Negara Bromo Tengger Semeru ni. Sebenarnya trip ni telah dirancang seawal hujung tahun lepas lagi. Pada mulanya aku sendiri tak pasti kenapa ex-roomate aku, Ummi secara tiba-tiba mesej dan tanya sama ada aku berminat untuk hike Semeru atau tak. Pelik. Sebab belum pernah lagi aku dengar dia hike mana-mana bukit atau gunung sebelum ini. Tapi memandangkan mungkin ini adalah peluang terbaik untuk kitorang lepak bersama, so aku iya kan aje cadangan dia. Kalau nak diikutkan memang banyak drama yang berlaku sepanjang perancangan kali ini. Al maklum la, trip ni bukan hanya melibatkan aku, Ummi dan Zai (ex-classmate Ummi ) tapi turut melibatkan geng-geng hanya dikenali melalui FB. So boleh bayangkan la betapa huru-haranya plan awal dengan orang-orang yang kita tak kenal ni. Bermula dengan pemilihan pakej, dengan harga yang tiba-tiba naik dan pemilihan lain-lain destinasi bagi memenuhkan agenda selama seminggu di Surabaya nanti. Dari satu whatsapp gruop ke satu group yang lain. Dan setelah segalanya dah dipastikan especially untuk pakej ke Semeru, dua minggu sebelum fly baru aku book tiket. kuikui. Walaupun harga pada masa tu agak mahal, tapi kesah apa kan? Orang kata, duit boleh dicari. hehe.



:: Line up #ProjekSemeru0515 ::



Pendakian kitorang bermula pada pagi 7 Mei. Pertemuan untuk pertama kalinya antara kitorang (Atyrah, Mira, Aan, Dhiya, Min dan Bally) termasuk dua orang guide (Lathip dan Bistri) adalah di Jemplang. Masa tu dah rasa excited sikit walaupun tak kenal lagi dengan yang lain-lain. Tapi tak apa. As long as Ummi ada, aku ok. haha. Sekurang-kurangnya apa yang dirancang selama ni berhasil. Dan duit tiket aku tu tak melayang sia-sia. Dan betul la, janji Allah tu pasti. Walau hebat mana pun perancangan kita tapi kalau Dia tak izinkan, benda memang tak jadi apa. Dan kalau Dia dah kata kun fayakun, maka takkan ada apa yang boleh menghalang. Alhamdulillah. Jadi nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustakan?


Jemplang - Ranupani



:: Keterujaan teserlah walaupun perjalanan masih jauh ::



:: Breakfast. Perkara wajib sebelum hiking! ::



Perjalanan dari Jempang ke Ranupani sejauh 7 km menaiki jip sangat menarik kerana disajikan pemandangan cantik bukit-bukau berhampiran walau pun hakikatnya terpaksa bersesak di belakang jip. Ranupani menjadi destinasi terakhir kitorang melengkapkan segala keperluan.  Ada sibuk cari kedai nak sewa mountain stick, ada yang nak cari toilet, ada yang risau akan perkhidmatan porter.


Untuk mountain stick tu, memang agak terhad kat sini. Kadar sewaan pulak Rph30 000/day. Aku, Zai dan Ummi ambil keputusan untuk tidak menyewa. Kalau ada rezeki jumpa kayu mana-mana sepanjang perjalanan nanti, rembat je buat tongkat. Tapi dah memang rezeki aku, dapat beli mountain stick dengan harga Rph 90 000. Yang toilet pulak, korang jangan risau. Banyak je toilet kat sini, Rph2000/enrty. Kalau nak masuk toilet free, guna toilet kat kedai makan yang berdepan dengan kedai souviner sebelum pintu masuk utama Semeru, hehe. Kat sini juga kitorang buat keputusan untuk menggunakan khidmat porter. Kadar bayaran, Rph 175 000/day. Jadi kitorang kongsi ramai-ramai dan ambil dua porter.



:: Welcome to Ranupani! ::


Di Ranupani, segala dokumen seperti salinan passport dan surat pengesahan doktor perlu diserahkan. Terdapat juga borang ntahapa yang perlu diisi oleh guide. Taklimat ringkas juga disampaikan oleh renjer di situ sebelum memulakan pendakian. Aku memang mengantuk bila bab-bab dengar taklimat ni. Tambah pulak dengan communication barrier. Yang aku tau, dengar je kata guide, jangan melawan sebab dorang lebih terror pasal tempat kat sini. hehe

Selepas brunch,  kitorang mulakan perjalanan  pada jam 12 tengah hari waktu tempatan (Surabaya cepat sejam dari waktu Malaysia). Walaupun dah tengah hari, tapi cuaca tak terlalu panas.






Ranupani – Ranu Kumbolo



:: Pos 1. Penat mula terasa. kuikui. ::








Kitorang mengambil masa antara 2 jam setengah ke 3 jam setengah untuk sampai ke Ranu Kumbolo. Masing-masing dengan pace sendiri. Memang agak berpecah sepanjang perjalanan. Paling tidak, berjalan berdua atau bertiga. Trek agak landai. Tak banyak mendaki pun kecuali pada satu point. Treknya agak mencanak tapi cuma untuk 100 meter je. kuang3. Sepanjang perjalanan korang akan jumpa banyak check point untuk berhenti rehat. Jangan terkejut pulak kalau terima teriakan; ‘Betul betul betul. Kak Ros!’. Sebab itu memang fenomena biasa jika terserempak dengan orang tempatan sana. Apa yang best kat sini adalah suhunya. Nyaman banget. Rasa macam tengah hike kat gunung Irau, Cameron Highland. Betul la orang kata, walau kat mana kaki melangkah, hati tetap pada Malaysia. Kuikui.








Walaupun trek kat sini sangat jelas dan tak sepatutnya sesat, tapi itu bukan tiket untuk korang bergerak sorang-sorang. Berjalan dalam kumpulan lebih baik. Di penghujung perjalan korang akan dapat melihat keindahan kawasan tasik Ranu Kumbolo . So, jangan lupa ambil kamera!



:: Jumpa orang Malaysia. Bangga tengok Jalur Gemilang di situ ::



:: Bersama guide kitorang. Lathif dan Bistri ::

















Ranu Kumbolo






Yeay, dah sampai campsite! Perkara pertama yang kitorang buat kat sini adalah solat Jamak Zuhur Asar. Kat sini korang memang kena alert sikit waktu solat. Nasib kitorang dah bertapa awal beberapa hari kat Surabaya ni. So dah hafal siap waktu solat kat sini. Selain daripada tapak perkhemahan, kat sini turut disediakan sebuah dewan berbumbung yang biasanya menjadi tempat guide dan porter lepak serta menyediakan makanan. Terdapat juga lebih kurang 6 buah toilet tanpa sumber air. Muahahah. Kalau nak membuang, korang kena ceduk air tasik siap-siap then bawak masuk toilet. Kalau tak nak, tak yah la membuang. Nasib baik aku dah biasa dengan keadaan yang serba kekurangan macam ni. But I bet you, keindahan Ranu Kumbolo ni akan tutup segala kekurangan tu. Serius, tak tipu! Even, korang takkan sedar pun yang korang tak mandi 3 hari 2 malam kat sini! haha.
Kitorang bernasib baik sebab dapat tapak khemah yang paling dekat dengan tasik dan menghadap tempat matahari terbit. Sumpah, tak sabar nak tunggu esok pagi!






Selepas dirikan khemah, masing-masing buat hal sendiri. Khemah sebelah dah senyap sunyi dah. Cuma budak-budak khemah aku je yang tak reti penat. Kitorang sibuk unpack barang, isi air dalam botol siap-siap untuk ke toilet dan dibuat wuduk sambil-sambil selongkar mencari snek. Lapar weyy. Guide memang dah hilang la. Siapkan dinner kitorang gamaknya. Kitorang menyembang dari satu cerita ke satu cerita untuk hilangkan rasa bosan dan lapar. Tau-tau, dinner is ready! Dah separuh kenyang baru kejut khemah sebelah. Kuikui. Tapi kitorang tak la kejam sangat. Memang dah asing makanan siap-siap untuk dorang. Cuma tak sampai hati nak kejut je. hehe.



:: Dari subuh menanti, tapi matahari masih malu-malu sembunyi diri ::



:: Pukul 8 pun matahari masih tak nak keluar ::


Apa yang aku respect tentang komuniti kat sini especially renjer, dorang sangat menitikberatkan aspek kebersihan dan keselamatan. Kitorang diberitahu, dorang bertugas tanpa bayaran. Hanya bersandar pada rasa tanggungjawab. Susah nak jumpa sampah sarap bersepah kat sini. Beberapa peraturan juga dibuat demi keselamatan semua seperti tidak dibenarkan mandi di tasik, membasuh pinggan mangkuk periuk belanga secara direct di tasik dan bertenggek pada batang kayu di tepi tasik. Kalau rasa nak kena jerit dengan renjer guna haler, buat la!





:: Terliuq tengok menu dorang baq hang! ::


Malam di sini paling best sebab dapat merasa berbumbungkan beribu bintang. Suhu dia sejuk gila. Dan kalau dihidang dengan teh o panas memang terbaikk. Sesi menyembang dilanjutkan lagi pada malam hari di luar khemah. Semua ada termasuk guide kecuali Tyrah. Haila budak ni. Awal nau tido. Malam ni dah macam sesi ice breaking pun ada. Al maklum la kitorang tak sempat pun lagi nak berkenalan. Masing-masing sibuk cerita pengalaman sendiri sepanjang aktif dalam dunia hiking. Walaupun dorang lagi muda, tapi pengalaman banyak weyy. Aku? Boleh kira dengan jari je mana gunung yang dah daki. Kuikui. Tapi yang paling terkesan adalah cerita Bally pasal gunung Tahan. Sampai jadi igauan di akhir perjalanan balik. Nak tau apa jadi masa balik tu??? Mana boleh cerita kat sini. Nak, face to face la. Haha.

Pukul sembilan malam, semua dah surrender. Sejuk gila tak boleh nak tahan dah. Semua lari cari sleeping beg. Orang kata suhu kat sini up to -5C. Patut la selubung dengan fleece pun tak jalan jugak. Kalah Kinabalu! Eh, rindu Malaysia lagi!






:: Serumpun. Malaysia-Indonesia ::


:: Ranu Kumbolo dari Tanjakan Cinta! ::





bersambung.....