Tuesday, May 13, 2014

Plantar Fasciitis Itu Menyakitkan


Assalamualaikum wbt. 

Siapa kata berjalan, jogging, turun naik tangga tu baik untuk kesihatan? Tanpa perancangan dan penggunaan kasut yang sesuai, pasti akan meninggalkan kesan yang buruk. 

Akibat terlalu taksub untuk menawan Gunung Kinabalu pada bulan lepas, aku jadi lupa untuk merancang sesi latihan yang betul. Latihan yang idealnya dilakukan 3 bulan lebih awal dipadatkan menjadi sebulan. Dalam sebulan itulah aku memanjat tangga apartment setinggi 15 tingkat di samping jogging [tu pun kadang-kadang ]. Bila tarikh berlepas makin dekat,  aku jadi cuak. Berbaki dua minggu tu aku push diri untuk lari dua pusingan Tasik Permaisuri [selama ni hanya buat satu pusingan larian]. Natijahnya, seminggu sebelum pendakian, aku dah menderita sakit tumit kaki. Dua-dua kaki tak boleh jejak lantai langsung! Jalan pun terjingkit-jingkit. 

Tapi hasrat menawan Kinabalu tak boleh dibiar tersia macam tu je. Nak tak nak kena gagahkan diri kaki juga. Sampai ada yang menegur cara aku berjalan. Tapi nak buat macam mana, benda ni payah nak explain. So sengih je la. Explain lebih -lebih kang, dia tak kasi aku daki lak. Tak pasal-pasal je. Baik diam.

Diam tak diam, dari sebelum mendaki sampailah dah mula kerja sakit tu tak reda jugak. Sampaikan pernah satu malam, tidur berendam air mata menahan sakit. Pain score 10/10 woo. Itu la yang memaksa aku gunakan pak cik Google untuk mencari punca. Hasil carian, nah amek kau - Plantar Fasciitis.




Antara keadaan yang paling biasa pada sakit tumit adalah keadaan yang dikenali sebagai Plantar Fascitis. Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu menyebabkan sakit, bengkak dan lebam.

Fascia / tisu pada tapak kaki terdiri daripada jalur berserabut tisu tebal di bahagian tapak kaki. Ia melapisi dari tumit ke pangkal jari kaki. Ia juga bertindak seperti getah untuk mewujudkan ketegangan dan mengekalkan bentuk kaki.

Siapakah lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki?

Adalah dianggarkan sekitar 1 daripada 10 orang akan mendapat sakit tapak kaki di Amerika Syarikat dalam kehidupan mereka. Ia adalah dua kali ganda lebih biasa di kalangan wanita berbanding lelaki. Atlet juga lebih cenderung mendapat sakit tapak kaki. Selalunya melibatkan lingkungan orang yang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

Sentap nyah baca statement kat atas tu. Ermmm, tua sangat dah aku ni gamaknya.

Daripada apa yang aku baca, kebanyakkan cadangan rawatan bersifat konservatif unless kalau berpanjangan, teruk sehingga mengganggu rutin harian. Buat masa ni aku cuma gunakan ais untuk kurangkan rasa sakit tu. Kalau boleh memang tak nak bergantung pada ubat tahan sakit.

Sakit ni lebih teruk pada waktu pagi, waktu bangun tidur sebab masa tidur tisu dan otot di bahagian tapak kaki berada dlm posisi rehat, otot betis dan fascia di tapak kaki akan memendek dan kekal dalam posisi tersebut selama beberapa jam. Apabila bangun pagi dan meletak tapak ke lantai serta mula memijak, tekanan daripada berat badan akan menyebabkan regangan pada tisu fascia secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kecederaan dan mungkin luka pada tisu tersebut. Bagaimanapun tisu tersebut akan mula meregang sedikit demi sedikit apabila kita terus menapak menjadikannya kurang tegang dan sakit juga akan semakin berkurangan. Tu sebab la sekarang ni aku lebih suka kerja syif petang. Banyangkanlah, dari aku bangun pukul 6.30 pagi, pukul 10 baru aku boleh berjalan macam manusia normal yang lain. Kalau tak, memang jalan gaya OKU la jawabnya.

Jangan dilupa, sakit ni ada komplikasi jugak. Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang. Anda juga boleh mendapat masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa kepada perubahan cara berjalan anda.

Apa-apa pun sakit ni bukan kritikal. So jangan pandai-pandai datang kecemasan sebab Plantar Fasciitis!
 hehe..