Tapi bukan mudah!
Assalamualaikum,
Minggu lepas drop cv, niat nak cari kerja lain. Then selang sehari dapat panggilan dari HOD. Sembang punya sembang, nampak macam positif. Mula la happy nak dapat kerja baru. Tak sampai sejam, dapat panggilan dari CEO pulak. Nervous, tapi excited! Tapi bila ditanya tentang expected salary (aku tak letak expected salary dalam cv. Haha!), terus CEO tu berubah nada. Kalau nak diikutkan, takda la aku letak tinggi. Sebut nilai pun tak sempat lagi! Aku tanya balik berapa yang dorang boleh offer. Then the CEO tanya pulak berapa current salary. Bila aku sebut je currrent salary, terus CEO tu terdiam. Then dia tanya, mesti aku tak terima kalau dorang offer rendah dari current salary. Aku pun dengan jujur cakap, aku tak harap la dorang offer nilai yang lebih rendah dari gaji sekarang tapi kalau ada benefit lain, mungkin aku boleh pertimbangkan. Nampak tak perangai mata duitan kat situ. Haha! Tapi logiknya, bila nak tukar tempat kerja, carilah yang offer lebih baik dari tempat sekarang. Tak semestinya lebih baik dari segi nilai gaji je, termasuk jugak kebajkan pekerja, peluang sambung belajar atau attending courses for self improvement, workload, working environment, etc.
Sudahnya, sampai sekarang ni company tu tak call aku dah. Kesian kat aku kan? Haha. Dengar cerita dorang ambil candidate lain yang minta gaji lebih rendah dari aku.
Sekarang baru aku sedar yang mungkin tak ada company lain yang mampu bayar gaji macam yang aku terima sekarang. Lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang tak menentu ni. So, sepatutnya aku bersyukur dengan apa yang aku dapat berbanding dengan orang lain yang mungkin setaraf dengan kelayakan tapi terima kurang sikit dari apa yang aku dapat. Kalau nak diikutkan, sebab aku cuba cari kerja lain adalah kerana aku sakit hati dengan environment sekarang. Penuh dengan toxic and parasite. Atas rasa bengang, demotivate tu la aku buat keputusan untuk cari kerja lain. Tapi nampaknya jodoh dengan company sekarang masih panjang. So, kenalah bersabar. Kalau memang betul stay kat tempat sekarang adalah yang terbaik, aku terima. Tapi kalau terus-terusan rasa demotivate, semoga Allah bukakan ruang dan peluang untuk berhijrah ke tempat lain.
Redha itu bukan mudah! Tapi manis tu, pasti!
Semoga segala urusan selepas ni dipermudahkan.
Ameen.
No comments:
Post a Comment