Saturday, September 21, 2019

Sambung Master, Ok ke Tak?

Assalammualaikum.

Pejam celik pejam celik, kejap je dah pertengahan september, dah nak masuk oktober pun. Dah tiga tahun tukar profession dari klinikal ke pengajar. Dan dalam dalam tempoh lebih tiga tahun ni, pengajian master dah sampai ke status completed. Biasanya bila masuk oktober ni, aku akan mula planning untuk ubah direction. Rancangan hidup empat tahun. Hehe

Berbalik kepada keputusan untuk sambung master degree ni, sebenarnya bukanlah rancangan saje-saje, last minute atau desakan apa-apa atau sesiapa. Tapi memang pernah letak target untuk genggam master sebelum umur 30. Inspirasi time tu adalah Fazley Yaacob. Haha. Cuma terlajak setahun la. Tak dan nak capai sebelum 30.

Cuma yang terkilannya, I didn't feel the exact journey as a master student. Maybe sebab belajar sambil bekerja kot. Selaku spesis yang not multitasking person, studying and working at the same time doesn't suit me at all. Segalanya nampak serabut dan kelam kabut. Memang niat asal berhenti kerja klinikal adalah untuk jadi full time student. Tapi apakan daya, takut tak boleh tolerate dengan economic challenge, so beranikan diri buat dua benda dalam masa yang sama. Dan hasilnya sangat menghampakan. Walaupun masih bekerja dan berjaya tamatkan pelajaran, tapi perasaannya kosong. As I mentioned before, I can't feel the journey. Belajar ni bagi aku special sikit. Kalau boleh rank antara study kerja dengan family, study #1, kerja #2 family #3. Yes, I'm not a family person. That's why I'm looking for a family man. Haha. 

Jadi, kepada sesiapa yang berhajat nak sambung belajar tu, plan betul- betul. Kenali your strength, your limitations, financial planning and of course family. Paling penting, jangan berangan after graduate korang akan dapat kerja mengikut kelayakan kecuali memang korang masih dalam perkhidmatan. Itu pun ikut profession jugak. Define your future and believe in #ThePowerOfDetermination.

Good luck, guys!

No comments:

Post a Comment