Tuesday, March 13, 2012

Gangguan Bekalan Air Selangor-KL 14 Mac - 15 Mac

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR DISEBABKAN HENTITUGAS SEMENTARA LOJI RAWATAN AIR (SUNGAI SELANGOR FASA 1 (SSP1) PADA 14 MAC 2012
by Puspel Syabas on Tuesday, March 6, 2012 at 10:36am ·

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal pada 14 Mac 2012 bersamaan hari Rabu.

Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah penggantian ’Sluice Valve’ bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian ‘Delivery Sluice Valve’ bersaiz 1350mm pam no.7 dan ’Suction Butterfly Valve’ bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH) dan serta kerja-kerja penyenggaraan ’Feeder’ elektrikal No.1.

SYABAS telah dimaklumkan oleh pihak SPLASH bahawa hentitugas ini perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum menjalankan kerja-kerja penambahbaikan Pam Air Bersih untuk mencapai tahap kapasiti rekabentuk LRA berkenaan ke tahap 950 JLH (Juta Liter Sehari). Buat masa ini, loji tersebut masih belum mampu mencapai kapasiti rebentuknya dan hanya boleh mencapai pengeluaran sekitar 840 JLH sahaja dan terdapat kekurangan sebanyak 110 JLH. Justeru itu, pam-pam utama di Rumah Pam Bersih dan Rumah Pam Air Mentah memerlukan penambahbaikan bagi mengatasi kekurangan tersebut.

Untuk makluman, LRA SSP1 ini membekalkan air sebanyak 840 JLH ke 7 buah wilayah iaitu Wilayah Klang, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat dengan jumlah akaun melebihi 220 ribu dan dianggarkan sebanyak 1.0 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Istana Klang, hospital dan kawasan-kawasan lain.

SYABAS ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Negeri Selangor telah terus meningkat manakala rezab kapasiti bekalan air daripada 33 buah loji-loji sedia ada telah menyusut hingga ke tahap kurang daripada 3% kerana tiada sebarang pembinaan loji-loji baru yang boleh membantu meningkatkan rezab kapasiti bekalan air sedia ada. SYABAS ingin menjelaskan bahawa kadar agihan bekalan air yang boleh diagihkan pada masa ini adalah 4,326 JLH manakala kadar penggunaan bekalan air terkini adalah sekadar 4,230 JLH dan ini menunjukkan rezab kapasiti bekalan hanya 96 JLH sahaja. Disebabkan keadaan ini, hentitugas sementara LRA SSP1 yang membekalkan air berkapasiti 840 JLH akan mengakibatkan gangguan bekalan air.

SYABAS ingin memaklumkan tempoh masa gangguan bekalan air tersebut dianggarkan selama 36 jam iaitu bermula pada jam 8.00 pagi, 14 Mac 2012 (Rabu) sehingga 8.00 malam, 15 Mac 2012 (Khamis). Senarai kawasan yang terlibat adalah seperti di Lampiran A. Sebagai persediaan, semua pengguna di kawasan tersenarai di lampiran A adalah dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya bagi menghadapi gangguan tersebut. Walau bagaimanapun, sebahagian kawasan daripada 7 wilayah terlibat khususnya kawasan rendah berkemungkinan akan terus mendapat bekalan air dalam tempoh tersebut tanpa sebarang gangguan bekalan air kerana mendapat sumber daripada loji-loji rawatan yang lain termasuk LRA SSP2, SSP3, Sungai Langat dan Sungai Semenyih serta simpanan dalam kolam-kolam air yang tersedia.

Dengan rezab kapasiti simpanan yang kecil dan kadar permintaan yang tinggi, pihak SYABAS ingin memaklumkan bahawa hentitugas LRA SSP1 kali ini akan menyebabkan masa pemulihan (recovery) yang lebih panjang walaupun kerja-kerja yang dilakukan pihak SPLASH mengikut jadual. Adalah dijangkakan tempoh masa yang diambil untuk keadaan bekalan air pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat dan SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari kolam air terutamanya di sekitar Petaling dan Klang adalah kawasan yang terakhir akan pulih sepenuhnya. SYABAS juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa berhubung status pemulihan bekalan air di kawasan yang terlibat sekiranya perlu.

SYABAS akan berusaha bagi membuat sebarang penyediaan termasuk menyediakan simpanan dalam kolam air dengan secukupnya dan menyalurkan air dari sumber lain sekiranya rezab kapasiti membenarkan bagi mengurangkan tempoh masa pemulihan dan juga jumlah kawasan yang terlibat. Atas inisiatif SYABAS, kawasan-kawasan di Wilayah Sepang, Hulu Langat, Sabak Bernam, serta sebahagian Kuala Selangor dan Gombak akan mendapat sumber bekalan alternatif daripada sumber berasingan iaitu dari LRA SSP3 dan SSP2. Sehubungan itu, dijangka kawasan-kawasan ini tidak akan menghadapi gangguan bekalan air.

Sebagai langkah persediaan awal, SYABAS telah meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 192 buah tangki statik sekiranya diperlukan untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang strategik bagi membekalkan air pada waktu kecemasan. Pihak SYABAS juga akan mengaktifkan ERP Kod Kuning (mode standby) semasa menghadapi hentitugas ini.

Para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh hentitugas LRA SSP1 tersebut. Mereka yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.
Bilangan Wilayah terlibat : 5 Wilayah

1. Wilayah Hulu Selangor

2. Wilayah Petaling

3. Wilayah Kuala Lumpur

4. Wilayah Klang/Shah Alam

5. Wilayah Kuala Langat

WILAYAH HULU SELANGOR

Kg. Sg. Serai, Kuang
Kg. Kuang, Kuang
Kg. Cempedak, Kuang
Kg. Gombak, Kuang
Kg. Baru, Kundang
Kg. Melayu Sri, Kundang
Kg. Permata, Kundang
Taman Desa, Kundang
Bandar Baru Kundang
Kundang Jaya, Kundang
Taman Rajmat Jaya, Kundang
Taman Tasik Biru, Kundang
Kawasan Industri, Kundang
Keseluruhan Bandar Tasik Puteri

WILAYAH PETALING

SS 1 – 6, PJ
SS 7, Kelana Jaya
SS 8, Trade Zone
SS 9A, Sg. Way
SS 20, Damansara Kim
SS 21 & 21A, Damansara Utama
SS 22, Damansara Jaya
SS 22 – 23, Kg. Sg. Kayu Ara
SS 24, Taman Megah
SS 25, Taman Mayang Mas
SS 26, Taman Mayang
PJU 1, Bukit Mayang Mas, Kg. Cempaka, Sungai Mas & Aman Suria..
PJU 1A, Damansara Idaman
PJU 3, Sunway Damansara & Mutiara Tropicana
PJU 6A, Kg. Kayu Ara
PJU 7, Mutiara Damansara
PJU 8, Damansara Perdana & Bukit Lanjan
Taman Megah Mas
Bandar Utama
Tropicana Golf
TTDI & Pinggiran TTDI
Sg. Pencala
Seksyen 2 hingga 11, Kota Damansara
PJU 5, Pusat Perdagangan Kota Damansara
U9, Monteres, Kayangan Height & Subang Sejahtera
Seksyen 12 hingga 14, PJ
Kg. Melayu Subang
U3, Subang Perdana
U5, Mah Sing
Subang Bestari

WILAYAH KUALA LUMPUR

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Bukit Kiara
Kelab DiRaja Selangor
Bukit Kiara Resort
Pusat Sukan Bukit Kiara
Pusat Sains Negara
Suruhanjaya Sekuriti
Bahagian Teknologi Pendidikan
Pusat Konvensyen Sime Darby
Jalan Segambir
Jalan Belimbing
Jalan Setia Bistari
Jalan Setia Murni 1 hingga 12
Jalan Setia Budi
Jalan Setia Rasa
Jalan Setia Raya
Jalan Setia Jaya
Jalan Medan Setia
Jalan Setia Bakti
Jalan Setia Kasih
Plaza Damansara
Taman Seri Beringin

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM

Seluruh Kawasan Sunway Kayangan
Seluruh Kawasan Subang Impian ( Jalan Pulau Indah)
Seluruh Kawasan Sunway Suria
Seluruh Kawasan Puncak Perdana
Seluruh Kawasan Sungai Kapar Indah
Seluruh Kawasan Pekan Meru, Bukit Kerayong, Kg. Budiman, Felda Bukit Cerakah, Cerakah Jaya, Bukit Kapar dan kawasan sekitar
Seluruh kawasan Kg. Delik Kanan
Seluruh Kawasan Kg. Delik Kiri
Seluruh Kawasan Kg. Delik Dalam
Seluruh Kawasan Kg. Delik Baru
Seluruh Kawasan Kg. Sungai Udang
Seluruh Kawasan Jalan Sg. Bertik
Seluruh Kawasan Jalan Yadi
Seluruh Kawasan Jalan Batu Unjur
Seluruh Kawasan Jalan Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Kim Chuan
Seluruh Kawasan Taman Bayu Perdana
Seluruh Kawasan Flat Sri Angkasa
Seluruh Kawasan Vista Indah Apartment
Seluruh Kawasan Bandar Puteri
Seluruh Kawasan Bandar Ambang Botanic
Seluruh Kawasan Taman Kota Permai
Seluruh Kawasan Bandar Botanic
Seluruh Kawasan Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2
Seluruh Kawasan Flat Pendamar Indah
Seluruh Kawasan Taman Sentosa
Seluruh Kawasan Bandar parklands
Seluruh Kawasan Kg. Idaman
Seluruh Kawasan Taman Gembira
Seluruh Kawasan Jalan Raja Lumu
Seluruh Kawasan Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Rumah Teres Teluk Gadong Indah A
Seluruh Kawasan Flat Pandamaran Indah
Seluruh Kawasan Kg. Pendamar
Seluruh Kawasan Jalan Tengku Badar
Seluruh Kawasan Persiaran Raja Muda Musa
Seluruh Kawasan Jalan Kastam
Seluruh Kawasan Pandamaran
Seluruh Kawasan Pandamaran Jaya
Seluruh Kawasan Taman Telok Gedung Besar
Seluruh Kawasan Sobena Jaya, Pandamaran

WILAYAH KUALA LANGAT

Tmn Perwira Sijangkang
Tmn Sri Medan Sijangkang
Meter Pukal - Kebun Baru Ke Bkt Kemandol
Tmn Sijangkang Indah Sijangkang.
Tmn Sijangkang Jaya
Rancangan Rumah Murah Sijangkang
Bt 8 Sijangkang
Bt 8 1/2 & Bt 9 Kg Medan Sijangkang
Bt 9 Kg Medan
Bt 9 Sijangkang
Bt 10 Kebun Baru
Ladang Telok, Telok Panglima Garang
Tmn Sri Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Panglima, Telok Panglima Garang
Tmn Dato Hormat , Telok Panglima Garang
Tmn Emas , Telok Panglima Garang
Tmn Halijahton , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Tmn Indah Jaya , Telok Panglima Garang
Jln Kenanga Sijangkang
Tmn Telok , Telok Panglima Garang
Tmn Gembira (Jaya Utama) , Telok Panglima Garang
Tmn Jaya Utama , Telok Panglima Garang
Tmn Pahlawan
Tmn Medan Indah , Telok Panglima Garang
Tmn Perkasa, Telok Panglima Garang
Tmn Pertiwi (Jalan Pertiwi 1,3,5) , Telok Panglima Garang
Kg Mujahiddin Bt 9 Kebun Baru
Jln Gotong Royong Bt 8 Sijangkang
Jln Telok Mengkuang , Telok Panglima Garang
Jln Kubur , Telok Panglima Garang
Tmn Desa Wira , Telok Panglima Garang
Jln Manggis Kg Medan
Jln Pisang Kg Medan
Jln Helang Kebun Baru
Jln Merak Kebun Baru
Jln Sekolah Bt 9 Kebun Baru
Jln Murai Bt 9 Kebun Baru
Jln Siantan Bt 10 Kebun Baru
Jln Masjid Bt 10 Kebun Baru
Jln Cempaka Bt 10 Kebun Baru
Jln Enggang Kebun Baru
Jln Rajawali Bt 9 Kebun Baru
Jln Besar Sijangkang
Ladang Telok , Telok Panglima Garang
Kaw.Kilang Kebun Baru / Telok Panglima Garang
Pekan Telok , Telok Panglima Garang
 
p/s: Info dari post salah seorg friends kat FB PUSPEL Syabas

No comments:

Post a Comment