(entry yang sekian lama berstatus draft!)
Perkhidmatan teksi
Kat KK sama je macam kat semenanjung. Selain bas, teksi juga antara perkhidmatan pengangkutan awam yang penting. Cuma nak bagitau, kalo korg naik teksi dari kawasan airport ke mana2 tempat di Bandar KK charge dikenakan RM30. Tapi kalo korg naik teksi di luar kawasan airport, charge dikenakan hanya RM15. So, kalo korg sanggup jalan kaki sket, korg boleh save RM15. Tak jauh pon nak keluar tu. Lebih kurang 10 minit jalan kaki.
Perkhidmatan kereta sewa
Kalo ikut aku, aku cadangkan korg sewa terus kat tempat sewa kereta dalam KKIA. Lagi murah. Alza yang ktorg sewa tu pon sehari RM230 + minyak, RM50. Total RM280. Tempat sewa lain yang aku tau, dekat Mall tempat ktorg menginap. Tapi mahal sket. Paling murah viva, RM190. Kalo budget RM200++ boleh la dapat Waja atau Saga BML.
Mutiara
Menurut kata our Mr Tourist Guide, mutiara di Semporna lebih murah kerana kebanyakan mutiara diperolehi di pulau2 sekitar Semporna. Tapi bagi aku, kat KK pon boleh dapat murah asalkan pandai mengayat. Sebelum beli, korg kena tau nak membezakan mana yang tulen dan mana yang palsu. Bak kata orang2 kat sana, ada beberapa cara untuk membezakan.
Menurut kata our Mr Tourist Guide, mutiara di Semporna lebih murah kerana kebanyakan mutiara diperolehi di pulau2 sekitar Semporna. Tapi bagi aku, kat KK pon boleh dapat murah asalkan pandai mengayat. Sebelum beli, korg kena tau nak membezakan mana yang tulen dan mana yang palsu. Bak kata orang2 kat sana, ada beberapa cara untuk membezakan.
- Bakar. Yang tulen tahan panas. Yang tiruan akan melebur.
- Gigit. Yang tulen tak ada perubahan. Yang tiruan, saduran akan tertanggal
- Geselan. Cuba geselkan antara dua mutiara. Serbuk seperti akibat hakisan akan terhasil. Tapi bila disapu guna tangan, yang tulen tetap seperti biasa. Yang palsu, saduran akan tertanggal atau terdapat kesan calaran
- Warna. Yang tulen, putih, peach and gelap. Yang palsu, macam2 ada.
Mutiara ni ada dua jenis. SATU, air tawar. Lagi murah. DUA, air masin. Lagi mahal. Setiap jenis ni pulak ada 3 gred yang berbeza. A.B.C. Paling cantik dan MAHAL adalah gred A.
Cadangan tempat: Pasar malam Kg Air dan Pasar Philliphine. Dua2 kat KK.
Shopping T-shirt
Kalo jalan2 biasanya mesti beli souvenier kan? Antara yang selalu menjadi pilihan ialah t-shirt. Tapi kalo korg dah naik ke gunung Kinabalu dan jumpa kedai souvenier, nak beli t-shirt, beli je la. T-shirt2 kat gunung tu lebih cantik dan agak memuaskan hati. Kalo korg tak beli memang menyesal gila la coz kat bandar KK harga dia jauh lebih mahal!
Kad pelajar
Kad pelajar bukan je digunakan untuk mendapat diskaun di kaunter2 GSC atau beli buku di Pesta Buku Antarabangsa, tapi jugak membolehkan korg dapat diskaun ketika membayar harga tiket bot di Jeti Jesselton, Kota Kinabalu! Senang cerita, sila la bawak kad pelajar anda walau ke mana anda pergi!
Gunung Kinabalu
Tak lengkap rasanya kalo ke KK tak panjat gunung. Tapi kalo korg berhajat nak panjat memanjat daki mendaki ni, korg kena book pakej seawal 3 bulan. Yang aku taw ada 2 pakej. 3D2N & 2D1N. Ada yang cadangkan kalo nak pegi, pegi la masa bulan 8.
Tak lengkap rasanya kalo ke KK tak panjat gunung. Tapi kalo korg berhajat nak panjat memanjat daki mendaki ni, korg kena book pakej seawal 3 bulan. Yang aku taw ada 2 pakej. 3D2N & 2D1N. Ada yang cadangkan kalo nak pegi, pegi la masa bulan 8.
Masa
Masa itu emas! Lagi2 kalo berada di Sabah. Nasihat aku, kalo memang niat nak jalan2 or cuti2 Malaysia, korg kena bangun seawal 5.30 pagi. Subuh, siap2 then gerak ke destinasi coz tempat2 best biasanya tutup awal, lepas Asar (ikut waktu dorg). Lebih kurang kol 4 atau 5 pm. Cuma downtown and tempat2 makan je bukak sampai malam. Itu pon mungkin sampai kol 11 pm.
Tempat best dilawati
KK
- Gunung Kinabalu includes Kinabalu Park & Poring (suggestion: 1 day trip kalo tak mendaki)
- Tunku Abdul Rahman Park (suggestion: 1 day trip)
- Pasar di Kg. Air (6 pm-11pm)
- Pasar Philliphine
Semporna
No comments:
Post a Comment