"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan
serta pohon kurma dan delima".
[Surah al Rahman ayat 68].
Di dalam al-Quran, Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum.
Simboliknya Delima:
· Timur Tengah - lambang kesuburan bagi perkahwinan dalam
masyarakatnya
· China - simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah,
keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati.
· Kristian - lambang kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal
· Budddha - dikatakan buah yang berkati
· Islam - salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang
dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati
oleh umat manusia yang menunjukkan
tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang
termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am
ayat 99 dan ayat 141.
Sains & Perubatan
Mengurangkan Batuk
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap. Oleh sebab itu, ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia akan melegakan batuk.
Baik untuk Sistem Pencernaan
Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.
AWAS: buah delima tidak digalakkan kepada mereka yang demam.
Baik untuk Sistem Kardiovaskular
Buah delima baik untuk pesakit anemia dan mengawal tekanan darah tinggi selain daripada dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf serta otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan.
Kaedah Homeopati
Dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat sakit telinga, cirit birit dan masalah penghadaman.
Antara Lain Khasiatnya:
· Awet muda
· Membantu membakar lemak & menguruskan badan
· Mengawal kandungan gula dalam darah
· Baik untuk wanita hamil – membantu tumbesaran janin & perkembangan otak
Kini khasiat buah Delima juga dapat diperolehi dalam bentuk minuman.
Dapatkan JUS DELIMA anda sekarang!!!
RM 20.00 (250 ml)
Cara penggunaan:
1 sudu besar capur denagn setengah gelas air.
2x sehari.
Jika berminat, sila hubungi:
017-238 7594
(Shah Alam)
atau layari;
annurbeauty.blogspot.com
(label: produk jualan)
(label: produk jualan)
No comments:
Post a Comment