Saturday, April 9, 2011

Saya Budak Rajin Study

Sorry. Tajuk entry kali nih memang tak leh blah sket. Almaklum la...mulai hari nih, semua budak2 final year Sains Perubatan Kecemasan UKM tengah study week. So semangat study tuh memang la berkobar-kobar. Kalo orang lain pilih untuk study kat library, aku pulak pilih untuk lepak sehari dua dengan family kat Shah Alam. After that baru la aku akan bertapa kat meja study. Gua memang tak bese lepak study atas katil nih. Kalo dah landing kat katil, bukan study namanya. Tu stado a.k.a tido.



1st year. KTSN.
Botol air, jam, handset & walkman antara yg wajib ada atas meja selain buku, notes, pen, pensil segala bagai.




2nd year. Plaza Rah.
Masih mengekalkan peralatan yg sama.



Year 3 & year 4. Prisma Perdana.
Masih dengan hobi yg sama. Study sambil dengar lagu. Ermm..camne la ilmu nak masuk. T__T



Year 4. Prisma Perdana.
Ada penambahan sikit. Meja ni khas untuk siapkan research. Sambil2 tuh on9 la kejap. Jari update status fb. Mata dok jeling2 tv. Sah2 la research aku tak siap, kan? haha


My exam will be held on 18th April. Wish me luck, kay! Those yg dah abes exam, Happy Holiday! To EMED/4, good luck for final exam and research presentation! Jangan tension2. Kalo tension jugak, jenguk2 la ke 4 YRS: The Memories Remain. Sure dapat semangat baru punye!

Saturday, March 26, 2011

KRU & Hikayat Merong Mahawangsa

Hah, sape dah tengok HMM angkat tangan!!!!! Ahad lepas, HMM dah masuk hari ke-11 tayangan aku baru terhegeh-hegeh nak tengok. Lambat betol! Ah, kisah apa aku! janji dpt tgk. Best tak filem nih? Eh, gila ko!mesti la best. Kalo tak, tak ada nyer dorg kutip sampai lebih 4 juta. Honestly aku tak expect apa2 pon dari filem nih. Pegi bukan sebab nak tengok hero yg badan ketak2 atau nak tengok bf si Sharifah Amani yg bermata biru rambut blonde tuh. Tapi sebab KRU. Kata pon kipas susah mati KRU. So, harus la tengok, kan?? And yet, ni mungkin satu2nya filem KRU genre cam nih. Iye la. Sape nak keluar 8 juta tiap2 tahun utk 1 filem beb!! Kalo tanya bape bintang nak kasi utk filem ni pon aku tak tau. Yg aku tau, filem ni cam filem2 zaman Jins Samsuddin versi new generation yg menarik dengan ayat2 yg tak terlalu emotional+melankolik tahap gaban cam cite zaman dolu2 tuh. Serius aku menyampah tengok cite2 zaman P.Ramlee or Jins Samsuddin sebab skrip dorg yg hiperbola tuh. Nak muntah kot dengar. Tapi, HMM cerita yg boleh buat korg ketawa, nangis & kagum gila dalam satu masa. Bukan sebab pelakon2 import atau jalan cerita yg dah memang termaktub dalam sejarah. Tapi cara cerita nih divisualisasikan. Congrates to HMM's team. Korg mmg best coz dapat buat cite yg gila best cam nih. KRU berada di kelas mereka tersendiri. Nah, HMM cukup sebagai bukti. Thumbs up to you guys!!:)





4 je?? Mesti la tak...10 sebenarnya. Tapi divided into 3 group coz ada member yg dtg lambat.
So 4-4-2. Eh2, cam formasi bola pulak. ahah!



"sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jasad bersatu, hidup mati jadi bersama"

Tuesday, March 22, 2011

Dah Dapat Apa yg Di Cari

Ingat tak entry pasal Lain yg Di Cari Lain yg Dapat?? Ala..pasal kononnya nak beli digital camera tapi alik2 pegi beli mp3 tuh. So, hari ahad yg lepas aku keluar pegi TS lagi. Tujuan sebenar nak pegi tengok HMM ngan kosmates tapi dah alang2 keluar tuh nak usha la digicam sekali. Kali nih memang dah berazam. By hook by crook kena bawak balik jugak digicam sebijik. Tak sanggup dah nak arrange time pegi survey plus shopping. Dah la cuti seminggu sekali. Assignment lak berlambak-lambak. So, nak tak nak kena beli jugak!


Selepas IXUS semua siri were rejected, at last aku pilih Canon PowerShot S95. Kenapa PSS95??? Nah baca nih..


  1. Survey yg dilakukan kat blog2 webpage segala bagai, ramai yg kata PSS95 nih antara digicam yg terbaik dari Canon. Ramai juga professional yg recommand model nih. Kononnya fungsi & harganya sgt berpatutan. Kualiti gambar pon cun. Range star yg dorg kasi antara 8.5 to 9.5 over 10.
  2. PSS95 ni jugak bukan sebarang digicam coz it was classified as pro digicam. Kalo sebelum nih aku dah try basic digicam, so tak salah kan kalo sekarang nih aku nak up sket..hehee
  3. Kamera nih jugak leh dibawak berenang sekali! Maknanya, digicam nih leh amek pic underwater tapi korg kena la beli waterproof casing dulu. Kalo tak....wassalam la jawabnya. Sila pegi kedai dan beli yg baru, ok!!
  4. Features digicam ni jugak hampir sama dengan IXUS 300HS idaman aku tuh. Plus underwater.
  5. Harga dia....ok la..walaupon aku terpaksa puasa sunat tiap2 minggu lepas nih...huhu
Tapi aku tak abes explore lagi my new gadget nih a.k.a tak reti lagi nak guna camera yg konon canggih nih. Nanti kalo aku dah master guna, aku amek gambar cun2 then aku upload kat sini, eh. So nanti korg judge la sendiri camera nih ok or hampeh.



Canon PowerShot S95 (PSS95) + lens protection filter = RM1 350.
oppsss...nih promotion price, okay!



Datang dgn pakej; camera, battery pack NB-6L, charger, USB, Stereo AV cable



Free gifts; 4 GB MC, mini tripod, case, screen protector.
Creadit to skydrake coz supply sume nih..T__T


Testing...testing...
1..2..3..4 click!