Monday, October 31, 2016

Kerja: Cari Pengalaman vs Cari Duit?

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Hari ini ramai yang merungut pasal ekonomi negara yang tak menentu, harga barang semakin naik, kos sara hidup semakin tinggi tapi kenaikkan gaji masih macam hampeh.

Jika hari ini kita ditanya untuk apa kita bekerja, mostly akan jawab untuk cari duit demi kelangsungan hidup. Tak pun mesti akan jawab, cari duit untuk bayar balik PTPTN. Susah dah nak jumpa orang yang bekerja untuk dapat pengalaman.

Empat tahun lalu ketika mula melangkah ke alam pekerjaan, tujuan aku cuma satu. Iaitu, nak cari pengalaman kerja. Aku nak praktikkan apa yang aku belajar selama ini. Pada masa tu, aku menganggap Jabatan Kecemasan seperti taman permaianan. Tempat untuk aku explore banyak benda. Sama macam zaman kanak-kanak dulu. Pantang kalau dibawa ke taman permainan atau theme park, habis semua permainan aku nak try. Sebab tu aku sangat enjoy sepanjang berada di Kecemasan. Stress ada jugak, tapi masih mampu ketawa sepanjang syif.

Duit bukan priority aku sepanjang bekerja kat sana. Malah aku tak pernah ambil pot soal gaji masuk awal atau lambat. Yang aku tahu, biasanya gaji akan masuk setiap 25 haribulan. Alhamdulillah aku tak pernah merasa sesak (tak cukup duit) sama ada di tengah bulan atau akhir bulan. Mungkin sebab masa tu komitmen aku tak tinggi lagi. Tak ada kereta. Tak ada rumah, hanya menyewa bilik. Hutang pendidikan pun hanya RM5500 dan personal loan yang masih mampu ditanggung. Jadi duit bukan satu masalah bagi aku.

Selepas empat tahun, hala tuju aku mula berubah. Aku tinggalkan ‘taman permainan’ tu demi mencari pengalaman baru. Cukuplah empat tahun aku praktikkan apa yang aku belajar. Sekarang dah sampai masa aku belajar benda baru di taman baru pulak. Again, kali ini aku tetap pilih untuk mencari pengalaman berbanding duit walaupun sememangnya gaji yang diterima di tempat baru ni lebih tinggi. Sesuai la dengan stress yang ditanggung berbanding tempat lama. Background aku bukannya education tapi aku pilih untuk mengajar. Jadi, nak tak nak aku kena belajar untuk mengajar. Bukan mudah. Tapi keseronokan tu tetap ada. Bagi aku, tempat kerja baru ni adalah my next playground. So I just play around.

Kali ni komitmen dah sedikit bertambah sebab dah ada kereta dan dah beli rumah. Walaupun duit masih bukan priority aku, tapi amat penting untuk aku belajar urus kewangan sendiri. Ada kehendak yang menuntut perhatian. Tabung kecemasan, tabung travel, tabung rumah kedua dan tabung Master mula terbina. Hasrat hati nak sambung Master dan beli rumah kedua tak boleh dipandang sepi. Hanya selepas empat tahun, baru hari ni aku memandang berat soal duit. Tapi bukan atas tiket to create or generate more money tapi atas tiket how to manage and protect whatever I have and whatever He gave me (Of course!).

Ada beberapa prinsip berkaitan kerja dan duit yang aku pegang sampai ke hari ini. Dan dengan prinsip ini la aku tak merasa terbeban dengan semua kerja dan tanggungjawab yang digalas. Pertama, kalau kita jaga kualiti kerja kita, Allah akan jaga rezeki kita. Kedua, jangan dikira berapa banyak imbuhan yang kita akan dapat, tapi fikirkan apa contribution kita kepada masyarakat atas ilmu yang kita ada. Semakin banyak ilmu yang kita ada, semakin berat tanggungjawab kita kepada masyarakat. Macam tu jugak semakin banyak duit kita, semakin berat la tanggungjawab kita kepada masyarakat. Tak ada benda yang percuma dalam dunia ni. Apa jugak yang kita ada hari ini, perlu ‘dibayar’ semula kepada orang-orang diluar sana. Mereka juga ada kredit di atas setiap kejayaan dan kesenangan kita. Bukan ke hidup di dunia ini saling bergantungan?


Nota Kaki: Masih dahagakan ilmu dan pengalaman

Thursday, October 27, 2016

Bajet 2017: Peluang atau Malapetaka?

Hi.
Assalamualaikum wbt.

21 Oktober lepas ketika PM bentangkan Bajet 2017, aku tengah sedap melayan Pesta Lelongan Buku kat Putrajaya. Sudahnya, jenuh pulak nak ketch up pembentangan budget 2017 yang ditinggalkan tu. Yang aku perasan, pembentangan bajet kali ni tak sekontroversi tahun lepas. Rakyat mula terbuka dalam membincangkan soal bajet negara mungkin. Hehe.

Setelah membaca intipati Bajet 2017, aku agak tertarik dengan permainan ekonomi kali ini. Dengan mengekalkan 6% GST, menaikkan pemberian BR1M dan memberi begitu banyak imbuhan untuk penjawat awam, kerajaan ternyata serius dalam meningkatkan the power of purchasing dalam kalangan rakyat. Sejak dari kelembapan ekonomi pada hujung tahun 2015, kuasa membeli semakin berkurang. Sehingga hari ini aku percaya kebanyakan dari kita lebih berhati-hati dalam berbelanja. Ramai yang prefer menyimpan dari berbelanja. Aku sendiri dah semakin bijak membezakan antara kerperluan dengan kehendak. Hihi. Tapi, pilihan menyimpan lebih dari berbelanja ni jika berterusan agak tidak bagus untuk perkembangan ekonomi. Kurang jualan, kurang hasil, maka kurang la kutipan cukai kerajaan.

Oleh itu, dua golongan sasaran iaitu penerima BR1M dan penjawat awam akan menjadi lubuk penggerak ekonomi negara. Kita tau yang penerima BR1M adalah golongan yang kurang berkemampuan. Jadi memang tak la dorang ni nak melabur dengan duit tu kan? Penerima BR1M sebaliknya akan menggunakan duit itu untuk membeli barang keperluan. Jadi aliran duit itu akan kembali semula kepada kerajaan melaui cukai especially GST, ketika membeli. Macam tu jugak dengan imbuhan untuk penjawat awam. Kalau perasan, kerajaan menggalakan penjawat awam membeli laptop, smartphone dan motor dengan cara menaikkan had kelayakan pinjaman. Begitu juga bila kerajaan umumkan pelepasan cukai gaya hidup sebanyak RM2500. Lepas ni makin ramai la yang tak teragak-agak untuk berbelanja di kedai buku, kedai sukan, kedai gadget, gym dan melanggan internet sebab boleh claim cukai. Secara tak langsung dua golongan ini disasarkan untuk mengembalikan the power of purchasing. Bagi aku, apa yang dirancang oleh kerajaan ni fair enough untuk semua. Ekonomi negara akan lumpuh jika tiada orang yang berbelanja.

Tak banyak benda yang menarik untuk pekerja sektor swasta macam aku melainkan pelepasan cukai, especially untuk gaya hidup tu. Buku dah memang menjadi favourite aku since forever. Sekarang ni pun aku dah mula berjinak-jinak shopping kat kedai sukan. Kalau sebelum ni peralatan sukan hanya diberi pelepasan RM300 je. Tapi sekarang, kerajaan kira lump sum untuk RM2500. Of course benda ni bagus untuk aku. Iye la, kasut je dah RM420. Tak aci la kalau boleh claim cuma RM300 je, kan? Tak banyak yang aku boleh sentuh pasal Bajet 2017 sebab intipati yang lain tak ada kena mengena dengan aku. So, malas nak ulas. Sekarang ni aku masih menunggu implikasi dari penarikan balik subsidi minyak masak dan kenderaan luar yang dikatakan tidak dibenarkan memasuki bandaraya Kuala Lumpur (iye ke?). Rasanya dua perkara ni akan memberi impak kat aku. Hurmm.



Nota Kaki: Dah mula buat kira-kira untuk belanja tahun depan.

Friday, October 21, 2016

Empat Langkah Awal Membeli Rumah

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Senarai ni aku buat berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang sekeliling. Hehe.

Sediakan dokumen lengkap

Antara dokumen awal yang perlu disediakan adalah seperti salinan 3 bulan slip gaji, borang EA, 3 bulan penyata bank, penyata KWSP, pengesahan jawatan dan supportive document seperti salinan akaun Tabung Haji dan ASB, jika ada.

Cantikkan CRSIS dan CTOS

Kalau ada hutang-hutang tertunggak, reschedule bayaran balik supaya rekod korang bersih semula. Selepas 6 bulan, boleh la mula hantar permohonan untuk pinjaman perumahan.

Ambil tahu kelayakan pinjaman

Paling senang, bawak slip gaji ke mana-mana bank yang korang minat then mintak tolong dorang kirakan sebab setiap bank ada pengiraannya sendiri. Jangan risau, tak kena caj pun.

Bina Tabung Rumah

Tabung rumah perlu dibina walau korang belum berminat atau belum layak untuk membeli. Kena ingat, kita bukan je kena sediakan 10% downpayment. Bayaran-bayaran lain seperti yuran guaman, duty stamp dan valuation report pun kena sediakan jugak. So roughly korang kena sediakan 20% dari harga belian. But actually, ada je cara lain kalau nak kurangkan downpayment dan caj-caj lain ni seperti dapatkan 100% pinjaman termasuk insuran dan valuation report atau cari rumah 30% dibawah harga pasaran (tapi apply loan ikut harga pasaran).

Selepas semua maklumat berkaitan kelayakan pinjaman dah diperolehi, korang dah boleh usha hartanah idaman. Senang je kan? Masa aku beli rumah dulu pun, aku cuma buat langkah 1 dan Langkah 4 je. May be sebab masa tu overconfident. Iye la, masa tu mana ada hutang dengan bank lagi. Kalau ada pun komitmen pada ASB dan kad kredit. Itu la untungnya beli rumah awal-awal. Record bersih beb! Tapi sekarang tak tau la. Komitmen dah bertambah. Hehe. Untuk rumah kedua memang aku kena prepare semua steps kat atas tu la jawabnya. Haha



Nota kaki: Tengah bina tabung rumah kedua.

Monday, October 17, 2016

Cabaran Kerja Office Hour

Hi.
Assalamualaikum wbt.


Sejak dulu kerja ikut waktu pejabat memang menjadi idaman. Konon-kononnya nak jadi manusia normal yang kerja Isnin – Jumaat, cuti Sabtu Ahad. Kerja tak tentu masa termasuk public holiday ni dah macam alien aku rasa. Dan lagi, konon-kononnya kalau kerja office hour boleh la spend more time untuk family. Tapi bila dah dapat, semuanya tak la seindah mana. Haha

Cabaran 1: Traffic Jam

Aku seorang yang tersangat la tak sabar especially while driving. Kereta depan slow, aku marah. Kereta belakang laju sangat pun aku hangin jugak. Kalau kereta tak bergerak langsung lagi la aku bengang. Aku tak suka traffic jam. Disebabkan itu, setiap hari aku akan gerak awal dan balik lambat, semata-mata nak elak traffic jam.

Cabaran 2: Dehydrated

Biasanya aku spend time more than 12 hours kat tempat kerja termasuk perjalanan pergi balik. Dalam tempoh tu aku sepatutnya dah kena habiskan more than 1.5 L air, tapi malangnya kadang-kadang tu 600 ml pun tak terhabis. Malas sungguh nak minum air. Ditambah dengan duduk dalam aircond, maka lebih senang la nak dehydrated. Kalau dulu suffer dengan oily skin, sekarang ni dah jadi dry skin pulak. Alaaahaii. Terpaksa la main try and error dengan skin product. Mati la nakkk.

Cabaran 3: Rambut Rosak

Walaupun aku bukan jenis yang ke salon or spa bagai, tapi aku sangat concern pasal rambut. Kalau tak, masa kan aku sanggup shampoo rambut masa kat Laban Rata dulu. Sanggup serah diri kat air sejuk beku tu wehh. Haha. Tapi memang most of the time pergi hiking ke, camping ke, saja-saja travel cari pasal ke, aku memang akan pastikan rambut tu bershampoo. Tapi kali ni mungkin sebab terlalu lama bertudung ketika kerja, maka datang la macam-macam masalah. Rambut gugur la, kelemumur la. Penyelesaian mudah, potong rambut! Tapi belum ada masa lagi nak ke salon. Huhu.

Cabaran 4: Weekend Blues

Aku memang tak suka lepak kat tempat yang crowded. Sejak zaman sekolah lagi aku jenis yang tak lepak luar on weekend. Tengok wayang ke, shopping ke, bowling ke memang akan pilih hari bekerja. Tapi kalau dah kena kerja time bekerja, nak melepak cemana? Bila weekend je jadi restless semacam. Nak melepak, semua tempat full house termasuk la atas jalan raya. Tapi bila dok rumah tak buat apa, lagi la bosan gila. Setakat ni memang kena paksa diri shopping on weekend, tapi keluar awal pagi la. Sebelum Zuhur dah sampai rumah semula. Haha.

Cabaran 5: Urusan Tertangguh

Kalau dulu semua urusan bank, bayar bil atau any appointment senang je nak set, sebab keje syif. Kalau appointment pagi, tukar keje syif petang or the other way around. Tapi sekarang ni payah sikit. Nak tukar debit kad hari tu pun kena tunggu lunch hour. Kena la bersabar tunggu turn sebab ramai orang. Belum kira kena bersabar untuk urusan LHDN, KWSP dan lain-lain. Nasib baik bil boleh bayar online. Kalau tak, haru hidup.

Cabaran 6: Sinusitis


Aku memang alah kalau kena aircond atau air sejuk di pagi hari. Tapi sekarang ni tak ada pilihan. Pukul 5 lebih dah kena bangun siap-siap pegi kerja. Keluar bilik air memang bersin tak henti la jawabnya. Ni pun tengah try minum madu dan Vitamin C 250mg/daily (except for weekend). Kot-kot la boleh elok sikit. Tapi setakat hari ni tak berapa nak berkesan sangat. Huwaa… 


Monday, October 10, 2016

Sukarelawan Zoo Negara

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Projek yang asyik tertangguh! Banyak kali plan dengan Zai untuk jadi volunteer Zoo Negara ni, tapi asyik tak jadi je. Banyak betul halangan. Pertama kali tau pasal program ni dari FB. Cuma sayangnya terpaksa postpone dari satu tarikh ke satu tarikh. Mungkin jugak Allah dah tetapkan berjodoh pada tarikh 25 September kot. Haha.

I am not an animals lover, I just came as a volunteer.

Disebabkan semangat yang membara, aku dan Zai bermalam di rumah cousin Zai sehari awal. Cousin Zai memang plan nak bawak kitorang dinner kat downtown Danau Kota. So sabtu petang kitorang dah gerak ke KL. Actually jarak dari rumah cousin Zai dengan Zoo Negara dekat je. Lebih kurang 15 minit dengan kereta.

Pagi Ahad kitorang berkumpul di kaunter tiket jam 7.30 pagi. Person in charge program ni Fatihah. Kenal melalui whatsapp je. Payment memang dah bank in siap-siap, RM56/person. Jadi pagi tu datang ambil t-shirt volunteer dan tiket untuk access ke tempat Giant Panda. Lepas taklimat oleh PIC dan wakil zoo, kitorang dibahagikan mengikut kawasan. Aku dapat reptile section while Zai dan cousin dia kat Hospital Veterinar. Terpisah sekejap. sobsob.


:: Preparing foods for 'kids' with Mr Azlan. Haha ::



Zoo keepers kat reptile ni ada dua orang, En Rahim dan En Azlan. Dua-dua friendly gila kot. Aku lak terkedu tak tau nak sembang apa. Nasib baik ada Syasya, kawan Zai. Syasya ni macam Zai jugak, kuat menjoyah. haha. So dia la penyelamat aku dalam bab sembang-menyembang dengan stranger ni. Honestly aku memang tak reti nak buat perangai mesra alam dengan orang yang pertama kali jumpa. So aku tadah telinga je dengar dorang menyembang. Sekali sekala baru menyampuk. Group kitorang ada empat orang sebenarnya. Lagi dua orang adalah returning volunteer. Lelaki. Lupa nak tanya nama. Aku cuma tau dorang tu budak final year Dental USIM je. hehe.



:: Dengan groupmates yang tak diketahui nama. Kuikui. ::



Tugas pertama kitorang pagi tu adalah menyapu dedaun kering kat kawasan kuarantin reptilia ni. Macam bosan masa mula-mula tu. Masing-masing senyap je buat kerja. Settle menyapu, kena sediakan makanan untuk semua reptilia kat situ. Yang kena kuarantin dan displayed. Ada dua jenis makanan kena sediakan. Petama, sayur-sayuran + buah-buahan. Kedua, ayam. Yang ayam tu confirm la untuk buaya kan? Sayur dengan buah tu untuk kura-kura dalam perahu dan iguana. Ular? Yang tu kena puasa. haha.



:: Selfie dengan sekalian kambing lepas penat menyapu. Fuhh ::



Settle food preparation, kitorang pulak pegi break kat kantin staff. Bak kata zoo keeper Azlan, sebelum bagi binatang makan, kita pegi makan dulu. Yes!

Jam 11 pagi baru kitorang mula tawaf jajahan reptilia untuk serve makanan. Macam-macam ragam dorang ni makan. Ada sekor buaya ni, manja kemain. Makan kena bersuap beb! Yang tak boleh blah, anak buaya kat sini makan drumstick. Demand! Dan tak sangka jugak aku ni level anak buaya. Kalau makan ayam tu, seboleh nak drumstick. Kalau dah tak ada sangat baru pilih kepak. hikhik.



:: Mula-mula, bagi makan kat little kids ni dulu. ::



:: Fokus sungguh anakanda semua ni makan, naa. ::


:: Tangkap baby G curik makan kat kereta sorong! ::




:: Nama panggilan- Ngah. Makanan kegemaran - ayam mentah. Selamat berkenalan! ::



:: Masuk kandang buaya, tangkap ular. ::


Ingatkan kerja-kerja nak bagi dorang semua ni makan senang je. Rupanya, tak. Macam-macam ragam wehh. Pukul 2 petang baru settle. Then kitorang pun dibenarkan bertebaran di zoo negara. Dan disebabkan ni first duty as volunteer, jadi aku berpeluang masuk tengok Panda. Teruja weh! Kitorang jugak dimaklumkan kalau nak tengok Panda, masa yang paling ideal adalah dalam pukul 11.30 pagi dan 2.30 petang. Sebab tu time makan dorang. So dapat la tengok Panda move around. Kalau dia dah kenyang nanti, ko tengok dia tidur je la. Tak sangka Panda ni pemalas jugak. Rutin dia memang makan tidur je la. Tapi maintainance, kemain mahal. Adoii.



:: Tengok laki bini kat belakang tuh. Sedap tido, naa. ::



:: Close up sikit! ::

:: Tangkap baby Panda tengah cari makan. Gambar curi, sebab tu tak clear. Haha ::


:: Sampai nak balik pun, dorang tidur lagi. Hurmm. ::



:: Sebelum balik, tengok rama-rama mengawan. Eh! ::


Ada 36 jam lagi untuk lengkap 40 jam. Long way to go. Hoho. Sesiapa yang berminat nak jadi volunteer zoo negara, boleh follow FB, Zoo Negara Volunteer Program.  







Tuesday, October 4, 2016

8 Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Hi.
Assalamualaikum wbt.


Simpanan 6 Bulan Gaji

Ini penting terutamanya orang yang sangat random macam aku. Hantar notis tanpa ada back up plan. Jika ada simpanan 6 bulan current salary, InsyaAllah kita masih mampu bernafas sementara menunggu tawaran kerja yang baru. Tapi perangai hantar notis berhenti kerja tanpa apa-apa plan tu, mohon jangan tiru ye. Tak bagus untuk anda. Haha.

Optimumkan Penggunaan Payslip

Semua urusan pinjaman wang dengan bank memerlukan slip gaji. Sementara ada, gunakanlah slip gaji anda seoptimum mungkin untuk beli kereta, rumah dan apply credit card. Kita tak tau lepas berenti kerja, berapa lama kena tunggu untuk slip gaji yang seterusnya.

Update Resume

Yang ni penting. Jangan pulak bila tiba peluang kerja baru, resume kau masih level fresh graduate yang baru semalam konvo. Bakal majikan tak suka orang yang slow dan tak up to date.

Simpan Iklan dan Sumber Carian Utama

Enam bulan sebelum berenti kerja aku memang dah update resume kat JobStreet. So setiap kali si Lina tu email iklan jawatan kosong based on my preference, aku terus save kat folder ‘Jobs’. Ini akan memudahkan aku untuk review iklan di kemudian hari. Kat FB pulak, aku like siap-siap page ‘Kerja Kosong Shah Alam dan Subang’. Sebab memang aim nak cari kerja yang dekat sikit dengan rumah.

Bina Networking

Bila mana aku dah buat keputusan untuk berhenti kerja, aku merajinkan diri untuk mengenali orang yang di luar kepompong tempat kerja aku. Belajar melihat dunia dari perspektif orang lain. Seronok sebenarnya bila berkawan dengan orang yang berbeza latar belakang dengan kita ni. Karekter dan pemikiran dorang kadang-kadang tu mampu memberi idea dan inspirasi. Sambil-sambil tu, boleh la cari lubang kerja kosong. Hehe.

Kekalkan Prestasi Terbaik

Berhenti kerja di saat prestasi merundum, anda di kira loser. Oleh itu, cuba elakkan. Sebelum berhenti make sure semua tugas dah diselesaikan dengan baik. Ini penting supaya korang boleh bawa aura dan momentum yang bagus ni ke tempat baru.

Berani

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja atau tukar kerja memerlukan keberanian dan kekuatan mental yang tinggi kerana kita terdedah dengan pelbagai kemungkinan seperti gaji di tempat baru lebih rendah berbanding tempat lama, tempat kerja baru lebih jauh dan meningkatkan kos perbelanjaan bulanan, tempat baru kedekut bagi cuti, workload tempat baru lebih banyak dan sebagainya. Senang cerita, tempat baru tak menjanjikan hidup anda lebih indah. Oleh itu, berani ambil risiko adalah penentu sejauh mana tekad korang nak berhenti kerja.

Doa dan Tawakal


Selepas semua usaha dilakukan, serahkan urusan seterusnya kepada Allah kerana hanya Dia, sebaik-baik perancang. Jangan pernah gagal memohon petunjukNya dalam setiap keputusan dan pilihan.