Sunday, December 30, 2012

2013 Tahun Mencari Cinta!


Assalamualaikum wbt.


2013 tahun mencari cinta??? Tajuk memang tak boleh blah tapi ini adalah realiti! Untuk geng kitorang kat PPUKM la :) Ini semua gara-gara banyak sangat undangan raja sehari yang diterima sejak September lagi. Dan kalau nak dikira ramai juga member-member  sezaman seangkatan yang dah selamat diijabkabulkan. Alhamdulillah. Jadi kitorang pun mula la melalut; ‘dorang dah, kita bila lagi?’. Maka dengan itu tercetuslah declaration of  ‘2013 TAHUN MENCARI CINTA!’ oleh Nadia.
[Ko tak kisahkan Nad, aku jual nama ko kat sini???] hehee.

Cabaran ini boleh dikatakan hanya melibatkan empat orang; Nadia.Zurina.Rafidah.& me. Bunyi dah macam explorace,  kan?? Tapi kitorang tak take serious pun. It’s more like to have fun and kind of encouragement  untuk kitorang lebih bersosial. Bukan ber-soo-sial, ok?! So tak ada la lepas ni kitorang cuma kenal ED dengan rumah sendiri je.  Then  bila salah seorang dari kitorang ni ajak main boling ke, shopping  ke, keluar makan ke, pergi event  mana-mana ke tak boleh la nak kata TAK NAK, kan. Coz  kalau tak, macam mana nak capai matlamat.

Antara langkah-langkah yang difikirkan sesuai untuk mencapai sasaran tahun depan adalah:

 

Lebih aktif di social network (FB, tweeter, whatsupp, etc)

Merajinkan diri pergi kenduri kahwin member-member

Merancang dan menjalankan aktiviti luar ketika hari cuti

 

Ermmm..ni je la yang mampu difikirkan buat masa nih. Amacam, agak-agak boleh berjaya tak?

Haha

[tengok list  kat atas tu pun dah tau tak berapa nak bersungguh, uh?!]

 

By the way, korang percaya ke semua pasal declaration  ni?

 

I know this idea like crazy and the worse thing is like...gila gedik buat idea cenggini!!!’
Tau dah, mesti ramai yang akan fikir macam tu. Tapi aku tak setuju sangat. Kata pun setiap kejayaan perlu diraih dengan usaha, doa dan tawakal. So there is no exception for love!

Cakap pasal doa nih, aku nak kongsi sikit a few  doa (terjemahan) yang boleh diamalkan untuk memudahkan kita memperoleh jodoh yang baik. InsyaAllah. Tau pasal doa-doa ni dalam rancangan Semanis Kurma - Misteri Jodoh.
 

Terjemahan surah Al Anbiyaa’ : ayat 89

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakariya, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”.


Terjemahan surah Al-Qasas : ayat 24

Maka dia (Musa) memberi minum (binatang ternakan) kedua perempuan itu, kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa; “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku”


Lain-lain yang boleh diamalkan;
 
Surah Yusuf : ayat 4
 Surah Yunus : ayat 81

 

Dalam rancangan tu juga ada menekankan kalau nak berdoa, doalah dengan cara;

Ya Allah, temukanlah aku dengan jodoh pilihanMu

kerana ini lebih baik daripada berdoa dengan cara;

Ya Allah temukanlah aku dengan lelaki/perempuan pilihanku.



  So, kepada Nadia, Zurina dan Rafidah;
 
GOOD LUCK!
 
 
Dan kepada readers  pulak;
 
Ini BUKAN entry  menjual diri, ok?



Happy New Year!

  Bye-Bye 2012, Welcome 2013!
 

 

No comments:

Post a Comment