Tuesday, December 11, 2012

After a few Years, I'm Six Again!

 
 
 
Assalamualaikum wbt.
 
Dengan keadaan cuaca yang masih tak menentu;- hujan panas hujan panas maka ramai la umat manusia yang tak sihat. So no wonder  la Jabatan Kecemasan sekarang ni dah macam Out Patient Department  je. Patient  datang tak henti. Jenuh nak triage away  oii! Haha.
 
Dan situasi sama berlaku kat Stadium Bukit Jalil pada ahad lepas. Al maklum la, selagi AFF Suzuki tak habis, memang stadium tu je yang jadi tumpuan. So  aku selaku salah seorang 'pesakit' yang merasa bahang 'demam' bola sepak ni pun nak juga menyibuk kat stadium yang dah sedia sesak tuh. Ye la, kata pun yang datang hampir 80 000 orang. Pheww. Dari LRT sampai ke stadium, dah macam sardin!
 
Ini adalah kali ketiga aku tengok bola live kat stadium. The first time masa pembukaan Stadium Shah Alam. It was eighteen years ago.  Selangor vs Kedah kalau tak silap. The second one  masa darjah dua. Pergi dengan ayah, abang and our cousin. Tu pun lepas aku merengek-rengek nak ikut. Last-last ayah aku angkut juga pergi stadium. Tapi masa tu tak best  sangat coz  tak layan bola. Saja nak menyibuk. Dah la tak nampak apa. Aku pun tak faham kenapa depa yang pergi stadium ni tak reti duduk diam-diam atas seat  tu. Tapi sekarang baru aku faham 'protokolnya'. Kalau tengok bola mesti berdiri angkat tangan bersorak riang bila gol tapi maki hamun bila tak gol! menyanyi dan tepuk tangan sebagai sokongan. Manakala sakit tekak, dehyrate  serta kebas tangan adalah simptom biasa selepas keluar dari stadium.
 
Malam tu kitorang pergi berenam termasuk abang aku yang gerak dari Shah Alam. Manakala kitorang berlima yang gerak dari Cheras ni naik LRT dari BTS coz  singgah solat maghrib dulu. Sampai sana jenuh lak nak cari abang aku coz  tiket semua kat dia. Dah la tak perasan game start pukul 8. Tau-tau dah miss the first 15 mins. Itu pun lepas penat pusing hampir separuh stadium untuk cari tempat kosong. Nasib tak gol lagi. Kalau tak mesti kecewa!
 
 
 
::Demi Harimau Malaya, terbang RM40 pun tak apa! [Tak termasuk kos beli jersi, uh!]::
 
 
 
:: Singgah TBS untuk solat maghrib::
 
 
 
::Setelah penat tawaf separuh stadium, akhirnya ada jugak seat untuk kitorang!::
 
 
 
 
 
 
 
::Malaysia, Tanah Tumpah Darahku!::
 
 




::Nak balik tuh, boleh pulak terserempak dengan staf ED yang lain. Uh!?::
 
 


::Dah, balik..balik. Esok nak kerja!::
 
 
 
Draw  pun draw  la janji dapat merasa aura semangat Harimau Malaya tuh. Ni pun dah gian semacam je nak tengok bola kat stadium. So  Harimau Malaya, silalah berjuang berhabis-habisan untuk ke final Kot-kot la aku sanggup berhabis duit lagi untuk beli tiket nanti.
Hehee.
 
 
 
 
 

2 comments: