Assalamualaikum wbt.
"Selamat petang. Kecemasan !@#$... Boleh saya bantu?"
"Allo. Ini...ambulan ka?"
"Ye..ye. Ini ambulance base. Ada apa?"
"Saya mau ambulan.."
"Oh, untuk apa ye?"
"Itu..mak saya kata dia macam susah nafas"
"Oh, ini kes kecemasan. Encik kena call 999 untuk bantuan ambulan"
"Oh, awak tak boleh amek meh?"
"Encik tinggal kat mana? Kalau area kita, memang ambulan kita yang akan respon"
"Saya sini saja maa. C#$%^"
"Ok, Bagi alamat. Kita akan aktifkan team kita tapi encik tetap kena call 999 jugak"
"Encik, kalau ikut complaint, ini kes kecemasan. Untuk kes-kes kecemasan kita akan hantar ke hospital terdekat. Dan hospital terdekat dengan rumah encik ialah hospital !@#$"
"Tapi rekod dia semua kat hospital sana. Dia pun masih ok lagi maa"
"Kalau ini bukan kes kecemasan dan encik mau hantar ke hospital swasta, sila call private ambulance. St John, PBSM, First Ambulance..." atau encik hantar sendiri!
"Oh, macam tu ka? Ada nombor ke?"
Google sendiri la!
"Ok. Ambil nombor ni, 03!@#$%^&* atau 03*&^%$#@! atau....... Tapi encik, kalau nampak mak encik tak stabil sila call 999 untuk bantuan kecemasan ye?"
"Ok..ok. Terima kasih aa"
SOALAN
Boleh ke guna direct call untuk kes-kes kecemasan?
JAWAPAN
TAK BOLEH! Satu Nombor Satu Negara maa. CALL 999!
SOALAN
Boleh ke call 999 untuk kes bukan kecemasan?
JAWAPAN
TAK BOLEH!!!
PENYELESAIAN
Sila call private ambulance.
Nombor????
Google la sendiri!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment