Friday, December 21, 2012

Duit Gaji, Cukup Ke?



Assalamualaikum wbt.

Untung la siapa yang kerja government  nih. Last month  gaji masuk 6hb. This month, 18hb plus  bonus sekali pulak tuh! Bunyi macam best, kan? Tapi azab nak memastikan duit tu cukup sampai hujung bulan yang seterusnya pun tak kurang hebat! Ermm…tawakal je la semoga duit-duit tu selamat.

Cerita pasal duit gaji ni, pernah tak rasa gaji yang korang dapat ni still  tak cukup? Tiap-tiap bulan mesti ada short  walaupun gaji korang dah cecah 3K plus plus. Kalau tak ada, Alhamdulillah. Tapi kalau ada, something wrong somewhere  la tuh.

Jom muhasabah diri sikit!

Korang pernah dengar tak orang pesan ‘carilah rezeki yang halal supaya hidup lebih berkat’ atau ‘tak kaya tak apa, asal keberkatan tu ada’ dan yang sewaktu dengannya la. Bunyi macam penting je cari keberkatan ni, kan? Tapi bila dah dapat gaji, semua lupa. Yang tau nak joli je. Aku pun macam tu jugak. Sampailah aku terbaca satu buku yang bagitau betapa pentingnya keberkatan dalam setiap sen gaji kita tu. Iye la, duit tu kita buat makan, bagi parents,  belanja kengkawan, so  kalau tak berkat cammana? Siapa nak tanggung? Itulah sebab kenapa hati tak tenang. Gelisah je nak tunggu 25hb tu. Then  bila dah dapat gaji, tak pernahnya cukup. Semendang pinjam duit orang!

Macam mana nak tau gaji kita tu berkat ke tak? Meh check  sama-sama, ada tak kita buat perkara-perkara kat bawah ni:






Terbawa balik pen ofis/tempat kerja ke rumah sampai lupa nak pulang balik [sudahnya buat harta sendiri!]

Sebenarnya bukan pen je, tapi termasuklah kertas A4, marker, pemadam, pembaris, dll.
 
 
Guna telefon ofis/tempat kerja untuk kol gf/bf/sedara-mara/etc

Erk..kalo tepon member  cakap pasal keje tak pe kott…ekekek. [Nampak sangat selalu buat!]

 
      Guna mesin faks/photostart  untuk urusan peribadi

Hah, agak-agak semua dokumen tukar milik kereta, jual beli rumah dan segala bagai perjanjian tu korang photostart  kat mana ek? Kedai ke ofis? Pas tu korang submit  cammana? Pos? By hand? Alala…tak payah la nak segan. Ngaku je la korang guna mesin faks ofis/tempat kerja korang tu, senang cerita.
 
 
2/3 dari jam bekerja dihabiskan di meja makan

Sekarang baru aku faham bila orang kata, masa yang paling senang nak tambah berat badan adalah bila dah start kerja selain selepas kahwin dan beranak. Ini memang berlaku kat tempat kerja aku sampai wujudnya kumpulan yang selalu sangat conquer pantry! Kalau ON shift  lagi la. Kalah orang yang puasa bangun sahur!

     
      Curi-curi guna internet ofis/tempat kerja untuk Facebooking!

Hah, tipu sangat la kalo korang tak pernah buat yang ni! Mesti selalu, kan? Pantang bos tak ada. Laju ke taip www.facebook.com. Tau dah… [coz  aku pun selalu buat!]

 
And last but not least;
 
 
 
Sudahkah anda mengeluarkan zakat pendapatan????

Hah, dah lebih sepuluh tahun kerja tapi tak pernah bayar zakat selain zakat fitrah??? Astagfirullah…jahil sungguh kita, kan? Aku pun macam tu jugak. Tak alert langsung pasal hal ni sampai la kawan aku ingatkan.
 
Haila…manusia….



Mungkin banyak lagi perkara lain yang boleh buat hilangnya keberkatan dalam gaji tapi tak kuasa nak senaraikan. Letak yang sendiri selalu buat common  je.

Teringat kata-kata sorang member  nih,

"Dulu masa gaji 2.5K, niat kalo dah cecah 3K kira ok la. Tak payah nak pikir sangat. Tapi skunk bila dah cecah 3.8K pon rasa...ish..tak boleh..tak cukup ni. Nak lagi!".

True...!

Hai...manusia....

1 comment: