Wednesday, November 2, 2016

28

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Gigih betul hari ni up new post pagi-pagi buta. Alhamdulillah, hari ni genap 28 tahun hidup. Banyak jugak yang dah dilalui sepanjang dua puluh lapan tahun ni. Bersyukur sangat dengan apa yang aku dah capai setakat hari ni. Boleh dikatakan hampir semua yang aku pernah impikan especially dari zaman sekolah, aku dah capai. Dari sekecik-kecik benda, sampai la yang besar-besarnya. Tapi of course la wish list tu belum sampai penamat. Malah senarainya makin panjang dari sehari ke sehari. Iye la, orang lain tanam azam setahun sekali. Azam aku pulak, setiap hari. Mau tak berkajang wish list aku tuh!

Masa form one dulu pernah berangan nak panjat gunung Kinabalu lepas baca catatan pengalaman salah seorang ustazah dalam majahah sekolah. Ustazah tu cerita pengalaman dia daki Kinabalu masa umur 14 tahun. Aku pun dok berangan la nak panjat jugak. Tapi masa tu letak target umur 16 tahun nak daki. Tapi bila after PMR tu masuk asrama penuh, terus lupa. Masa first year kat UKM baru teringat balik. Cari jugak kot-kot ada geng nak daki sama. Tapi hampeh, tak ada. Lagi sekali, hajat terpaksa dilupakan. Then bila second year kat HUKM, ada geng yang nak panjat Kinabalu. Kali ni aku pulak yang teragak-agak nak pegi atau tak. Dan April 2014 macam jadi sejarah pulak bila dapat jejak puncak Kinabalu. Haha. Kat puncak tu tak rasa apa pun kecuali penat! Tapi bila on the way turun dan toleh balik puncak tu, rasa nak menitis airmata. Hajat dari form one yang seakan nak terkubur tu aku berjaya capai jugak. Dalam hati dah hujan lebat masa tu, tapi disebabkan tak nak hilang macho depan Ina, tahankan jugak airmata ni dari menitis. Kehkeh.

Masa form one jugak pernah rasa jeles dengan member-member yang dapat masuk sekolah asrama penuh after UPSR. Masa tu doa banyak-banyak, tak kisah la kalau tak dapat straight A’s PMR pun, asalkan dapat masuk asrama penuh. Padahal kalau nak masuk asrama of course la kena straight A’s kan? Adeii. Dan tak sangka bila Allah bagi dua-dua kat aku. Straight A’s PMR and offer to MRSM. Masa tu happy gila kot!

Masa SPM banyak main pulak. Tak fokus study. Dah dapat bayang yang SPM bakal melayang. Aku pulak masa tu tak ada cita-cita yang spesifik. Nak selamat aku just plan study pathway je. Target masa tu nak ada at least Master before 30. Inspirasi aku masa tu Fazley. Alaa, yang penyanyi tu. Aku aim nak masuk matrik setahun (zaman aku wujud lagi program matrikulasi 2 tahun) then sambung degree. Tak kisah la degree apa pun, asalkan ada degree. Memang dari awal dah set tak nak go through STPM atau diploma. Aim degree terus sebab nak cepat habis study. Penat wehh nak ngadap buku. Pheww. And again, Allah perkenankan. Setahun kat matrik straight buat degree. No resit paper. No repeat semester. Solid 1+4 years. Kalau orang lain dapat kunci kebebasan masa umur 21 tahun, aku pulak dapat kunci tu masa konvokesyen. Lega gila walau tiada jaminan kerja pun masa tu. Remember as I mentioned before, aku tak ada cita-cita in term of career yang spesifik, sebab tu aku happy je walau kerja belum tentu. Padahal coursemates aku yang lain semua dah dok risau takut-takut tak ada kerja. Aku je selamba badak happy riang ria. Master? Cadangnya aku nak rilek-rilek dulu, dah rindu buku nanti baru sambung Master. Dan rilek punya rilek, hari ni dah dua puluh lapan tahun beb! Entah-entah umur 30 nanti baru aku daftar masuk. Haha. Eh, dua tahun lagi nak masuk 3 series??? Gulp!

Alhamdulillah lepas setahun konvo, aku dapat jugak kerja dan gaji setaraf dengan qualification. Walaupun gaji banyak, tapi aku tak heran sangat dengan duit masa tu. Masih lagi berjimat cermat sama macam zaman student dulu. Sewa bilik pun ambil yang paling murah je. RM150 sebulan. Mana nak dapat bilik RM150 kat tengah KL tu. Aku je tau. Nak ke mana-mana pun masih setia lagi dengan public transport, sampai pak cik RapidKL tu pun dah kenal aku. Makan pulak, nasi dengan telur campur kicap je (sebab malas nak masak). Orang lain sibuk dah nak beli kereta beli rumah, aku pulak masih sibuk lagi borong novel-novel kat pesta buku. Senang cerita, wish list aku in term of material tak bertambah pun masa kat HUKM.

Bila dah lama sikit, mula la perasaan bosan tu datang. Tiba-tiba teringin nak buat benda baru. Benda yang aku tak pernah tau. Degree dulu belajar apa yang MA buat, after grad jadi MA. Lama-lama bosan gak wehh. Mula la gatal nak tukar profession. Konon nak jadi cikgu. Dah dapat offer, aku tolak pulak. Sebelum ni dah dua tawaran aku tolak. 2013, tolak tawaran dari IPTS. 2014, tolak tawaran dari KSKB. Elok sangat perangai! Ingat Allah dah tak nak kasi peluang dah. Sekali 2016 dapat tawaran dari IPTS lagi sekali. Kali ni memang tak tolak dah. Belum habis guna baki cuti tahun kat HUKM, aku terus lapor diri kat tempat baru. Nampak tak gelojoh dia kat situ? Haha. Tapi aturan Allah tu yang lagi jelas aku nampak kot. Dia bagi on time. Tak delay walau sesaat.

Ni baru sikit yang mampu dikongsi, kalau nak diikutkan banyak lagi yang Allah dah tunaikan wish list aku tu. Dalam tak terfikir nak beli kereta beli rumah, hari ni dah sebijik kereta dan sebijik rumah bubuh nama aku (walau masih berhutang). Tak besar pun, kecik comel je. Jadi la kan? Buat tangkal orang kata. Tapi tu la, dalam dua puluh lapan tahun, macam-macam jadi. Banyak jugak yang dah berubah. Dan aku masih lagi berdoa agar wish list aku yang berkajang tu nanti dipermudahkan Allah. Walau berkajang, akan ku usahakan juga. Haip, jangan ditanya pasal kahwin. Master pun tak apply lagi, so kahwin kena postpone la. Haha.



Nota kaki: Masih tunggu seru nak sambung Master, lagi best kalau supervisor tu bakal suami. Cepat la aku grad! #BeranganItuFree

Monday, October 31, 2016

Kerja: Cari Pengalaman vs Cari Duit?

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Hari ini ramai yang merungut pasal ekonomi negara yang tak menentu, harga barang semakin naik, kos sara hidup semakin tinggi tapi kenaikkan gaji masih macam hampeh.

Jika hari ini kita ditanya untuk apa kita bekerja, mostly akan jawab untuk cari duit demi kelangsungan hidup. Tak pun mesti akan jawab, cari duit untuk bayar balik PTPTN. Susah dah nak jumpa orang yang bekerja untuk dapat pengalaman.

Empat tahun lalu ketika mula melangkah ke alam pekerjaan, tujuan aku cuma satu. Iaitu, nak cari pengalaman kerja. Aku nak praktikkan apa yang aku belajar selama ini. Pada masa tu, aku menganggap Jabatan Kecemasan seperti taman permaianan. Tempat untuk aku explore banyak benda. Sama macam zaman kanak-kanak dulu. Pantang kalau dibawa ke taman permainan atau theme park, habis semua permainan aku nak try. Sebab tu aku sangat enjoy sepanjang berada di Kecemasan. Stress ada jugak, tapi masih mampu ketawa sepanjang syif.

Duit bukan priority aku sepanjang bekerja kat sana. Malah aku tak pernah ambil pot soal gaji masuk awal atau lambat. Yang aku tahu, biasanya gaji akan masuk setiap 25 haribulan. Alhamdulillah aku tak pernah merasa sesak (tak cukup duit) sama ada di tengah bulan atau akhir bulan. Mungkin sebab masa tu komitmen aku tak tinggi lagi. Tak ada kereta. Tak ada rumah, hanya menyewa bilik. Hutang pendidikan pun hanya RM5500 dan personal loan yang masih mampu ditanggung. Jadi duit bukan satu masalah bagi aku.

Selepas empat tahun, hala tuju aku mula berubah. Aku tinggalkan ‘taman permainan’ tu demi mencari pengalaman baru. Cukuplah empat tahun aku praktikkan apa yang aku belajar. Sekarang dah sampai masa aku belajar benda baru di taman baru pulak. Again, kali ini aku tetap pilih untuk mencari pengalaman berbanding duit walaupun sememangnya gaji yang diterima di tempat baru ni lebih tinggi. Sesuai la dengan stress yang ditanggung berbanding tempat lama. Background aku bukannya education tapi aku pilih untuk mengajar. Jadi, nak tak nak aku kena belajar untuk mengajar. Bukan mudah. Tapi keseronokan tu tetap ada. Bagi aku, tempat kerja baru ni adalah my next playground. So I just play around.

Kali ni komitmen dah sedikit bertambah sebab dah ada kereta dan dah beli rumah. Walaupun duit masih bukan priority aku, tapi amat penting untuk aku belajar urus kewangan sendiri. Ada kehendak yang menuntut perhatian. Tabung kecemasan, tabung travel, tabung rumah kedua dan tabung Master mula terbina. Hasrat hati nak sambung Master dan beli rumah kedua tak boleh dipandang sepi. Hanya selepas empat tahun, baru hari ni aku memandang berat soal duit. Tapi bukan atas tiket to create or generate more money tapi atas tiket how to manage and protect whatever I have and whatever He gave me (Of course!).

Ada beberapa prinsip berkaitan kerja dan duit yang aku pegang sampai ke hari ini. Dan dengan prinsip ini la aku tak merasa terbeban dengan semua kerja dan tanggungjawab yang digalas. Pertama, kalau kita jaga kualiti kerja kita, Allah akan jaga rezeki kita. Kedua, jangan dikira berapa banyak imbuhan yang kita akan dapat, tapi fikirkan apa contribution kita kepada masyarakat atas ilmu yang kita ada. Semakin banyak ilmu yang kita ada, semakin berat tanggungjawab kita kepada masyarakat. Macam tu jugak semakin banyak duit kita, semakin berat la tanggungjawab kita kepada masyarakat. Tak ada benda yang percuma dalam dunia ni. Apa jugak yang kita ada hari ini, perlu ‘dibayar’ semula kepada orang-orang diluar sana. Mereka juga ada kredit di atas setiap kejayaan dan kesenangan kita. Bukan ke hidup di dunia ini saling bergantungan?


Nota Kaki: Masih dahagakan ilmu dan pengalaman

Thursday, October 27, 2016

Bajet 2017: Peluang atau Malapetaka?

Hi.
Assalamualaikum wbt.

21 Oktober lepas ketika PM bentangkan Bajet 2017, aku tengah sedap melayan Pesta Lelongan Buku kat Putrajaya. Sudahnya, jenuh pulak nak ketch up pembentangan budget 2017 yang ditinggalkan tu. Yang aku perasan, pembentangan bajet kali ni tak sekontroversi tahun lepas. Rakyat mula terbuka dalam membincangkan soal bajet negara mungkin. Hehe.

Setelah membaca intipati Bajet 2017, aku agak tertarik dengan permainan ekonomi kali ini. Dengan mengekalkan 6% GST, menaikkan pemberian BR1M dan memberi begitu banyak imbuhan untuk penjawat awam, kerajaan ternyata serius dalam meningkatkan the power of purchasing dalam kalangan rakyat. Sejak dari kelembapan ekonomi pada hujung tahun 2015, kuasa membeli semakin berkurang. Sehingga hari ini aku percaya kebanyakan dari kita lebih berhati-hati dalam berbelanja. Ramai yang prefer menyimpan dari berbelanja. Aku sendiri dah semakin bijak membezakan antara kerperluan dengan kehendak. Hihi. Tapi, pilihan menyimpan lebih dari berbelanja ni jika berterusan agak tidak bagus untuk perkembangan ekonomi. Kurang jualan, kurang hasil, maka kurang la kutipan cukai kerajaan.

Oleh itu, dua golongan sasaran iaitu penerima BR1M dan penjawat awam akan menjadi lubuk penggerak ekonomi negara. Kita tau yang penerima BR1M adalah golongan yang kurang berkemampuan. Jadi memang tak la dorang ni nak melabur dengan duit tu kan? Penerima BR1M sebaliknya akan menggunakan duit itu untuk membeli barang keperluan. Jadi aliran duit itu akan kembali semula kepada kerajaan melaui cukai especially GST, ketika membeli. Macam tu jugak dengan imbuhan untuk penjawat awam. Kalau perasan, kerajaan menggalakan penjawat awam membeli laptop, smartphone dan motor dengan cara menaikkan had kelayakan pinjaman. Begitu juga bila kerajaan umumkan pelepasan cukai gaya hidup sebanyak RM2500. Lepas ni makin ramai la yang tak teragak-agak untuk berbelanja di kedai buku, kedai sukan, kedai gadget, gym dan melanggan internet sebab boleh claim cukai. Secara tak langsung dua golongan ini disasarkan untuk mengembalikan the power of purchasing. Bagi aku, apa yang dirancang oleh kerajaan ni fair enough untuk semua. Ekonomi negara akan lumpuh jika tiada orang yang berbelanja.

Tak banyak benda yang menarik untuk pekerja sektor swasta macam aku melainkan pelepasan cukai, especially untuk gaya hidup tu. Buku dah memang menjadi favourite aku since forever. Sekarang ni pun aku dah mula berjinak-jinak shopping kat kedai sukan. Kalau sebelum ni peralatan sukan hanya diberi pelepasan RM300 je. Tapi sekarang, kerajaan kira lump sum untuk RM2500. Of course benda ni bagus untuk aku. Iye la, kasut je dah RM420. Tak aci la kalau boleh claim cuma RM300 je, kan? Tak banyak yang aku boleh sentuh pasal Bajet 2017 sebab intipati yang lain tak ada kena mengena dengan aku. So, malas nak ulas. Sekarang ni aku masih menunggu implikasi dari penarikan balik subsidi minyak masak dan kenderaan luar yang dikatakan tidak dibenarkan memasuki bandaraya Kuala Lumpur (iye ke?). Rasanya dua perkara ni akan memberi impak kat aku. Hurmm.



Nota Kaki: Dah mula buat kira-kira untuk belanja tahun depan.

Friday, October 21, 2016

Empat Langkah Awal Membeli Rumah

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Senarai ni aku buat berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang sekeliling. Hehe.

Sediakan dokumen lengkap

Antara dokumen awal yang perlu disediakan adalah seperti salinan 3 bulan slip gaji, borang EA, 3 bulan penyata bank, penyata KWSP, pengesahan jawatan dan supportive document seperti salinan akaun Tabung Haji dan ASB, jika ada.

Cantikkan CRSIS dan CTOS

Kalau ada hutang-hutang tertunggak, reschedule bayaran balik supaya rekod korang bersih semula. Selepas 6 bulan, boleh la mula hantar permohonan untuk pinjaman perumahan.

Ambil tahu kelayakan pinjaman

Paling senang, bawak slip gaji ke mana-mana bank yang korang minat then mintak tolong dorang kirakan sebab setiap bank ada pengiraannya sendiri. Jangan risau, tak kena caj pun.

Bina Tabung Rumah

Tabung rumah perlu dibina walau korang belum berminat atau belum layak untuk membeli. Kena ingat, kita bukan je kena sediakan 10% downpayment. Bayaran-bayaran lain seperti yuran guaman, duty stamp dan valuation report pun kena sediakan jugak. So roughly korang kena sediakan 20% dari harga belian. But actually, ada je cara lain kalau nak kurangkan downpayment dan caj-caj lain ni seperti dapatkan 100% pinjaman termasuk insuran dan valuation report atau cari rumah 30% dibawah harga pasaran (tapi apply loan ikut harga pasaran).

Selepas semua maklumat berkaitan kelayakan pinjaman dah diperolehi, korang dah boleh usha hartanah idaman. Senang je kan? Masa aku beli rumah dulu pun, aku cuma buat langkah 1 dan Langkah 4 je. May be sebab masa tu overconfident. Iye la, masa tu mana ada hutang dengan bank lagi. Kalau ada pun komitmen pada ASB dan kad kredit. Itu la untungnya beli rumah awal-awal. Record bersih beb! Tapi sekarang tak tau la. Komitmen dah bertambah. Hehe. Untuk rumah kedua memang aku kena prepare semua steps kat atas tu la jawabnya. Haha



Nota kaki: Tengah bina tabung rumah kedua.

Monday, October 17, 2016

Cabaran Kerja Office Hour

Hi.
Assalamualaikum wbt.


Sejak dulu kerja ikut waktu pejabat memang menjadi idaman. Konon-kononnya nak jadi manusia normal yang kerja Isnin – Jumaat, cuti Sabtu Ahad. Kerja tak tentu masa termasuk public holiday ni dah macam alien aku rasa. Dan lagi, konon-kononnya kalau kerja office hour boleh la spend more time untuk family. Tapi bila dah dapat, semuanya tak la seindah mana. Haha

Cabaran 1: Traffic Jam

Aku seorang yang tersangat la tak sabar especially while driving. Kereta depan slow, aku marah. Kereta belakang laju sangat pun aku hangin jugak. Kalau kereta tak bergerak langsung lagi la aku bengang. Aku tak suka traffic jam. Disebabkan itu, setiap hari aku akan gerak awal dan balik lambat, semata-mata nak elak traffic jam.

Cabaran 2: Dehydrated

Biasanya aku spend time more than 12 hours kat tempat kerja termasuk perjalanan pergi balik. Dalam tempoh tu aku sepatutnya dah kena habiskan more than 1.5 L air, tapi malangnya kadang-kadang tu 600 ml pun tak terhabis. Malas sungguh nak minum air. Ditambah dengan duduk dalam aircond, maka lebih senang la nak dehydrated. Kalau dulu suffer dengan oily skin, sekarang ni dah jadi dry skin pulak. Alaaahaii. Terpaksa la main try and error dengan skin product. Mati la nakkk.

Cabaran 3: Rambut Rosak

Walaupun aku bukan jenis yang ke salon or spa bagai, tapi aku sangat concern pasal rambut. Kalau tak, masa kan aku sanggup shampoo rambut masa kat Laban Rata dulu. Sanggup serah diri kat air sejuk beku tu wehh. Haha. Tapi memang most of the time pergi hiking ke, camping ke, saja-saja travel cari pasal ke, aku memang akan pastikan rambut tu bershampoo. Tapi kali ni mungkin sebab terlalu lama bertudung ketika kerja, maka datang la macam-macam masalah. Rambut gugur la, kelemumur la. Penyelesaian mudah, potong rambut! Tapi belum ada masa lagi nak ke salon. Huhu.

Cabaran 4: Weekend Blues

Aku memang tak suka lepak kat tempat yang crowded. Sejak zaman sekolah lagi aku jenis yang tak lepak luar on weekend. Tengok wayang ke, shopping ke, bowling ke memang akan pilih hari bekerja. Tapi kalau dah kena kerja time bekerja, nak melepak cemana? Bila weekend je jadi restless semacam. Nak melepak, semua tempat full house termasuk la atas jalan raya. Tapi bila dok rumah tak buat apa, lagi la bosan gila. Setakat ni memang kena paksa diri shopping on weekend, tapi keluar awal pagi la. Sebelum Zuhur dah sampai rumah semula. Haha.

Cabaran 5: Urusan Tertangguh

Kalau dulu semua urusan bank, bayar bil atau any appointment senang je nak set, sebab keje syif. Kalau appointment pagi, tukar keje syif petang or the other way around. Tapi sekarang ni payah sikit. Nak tukar debit kad hari tu pun kena tunggu lunch hour. Kena la bersabar tunggu turn sebab ramai orang. Belum kira kena bersabar untuk urusan LHDN, KWSP dan lain-lain. Nasib baik bil boleh bayar online. Kalau tak, haru hidup.

Cabaran 6: Sinusitis


Aku memang alah kalau kena aircond atau air sejuk di pagi hari. Tapi sekarang ni tak ada pilihan. Pukul 5 lebih dah kena bangun siap-siap pegi kerja. Keluar bilik air memang bersin tak henti la jawabnya. Ni pun tengah try minum madu dan Vitamin C 250mg/daily (except for weekend). Kot-kot la boleh elok sikit. Tapi setakat hari ni tak berapa nak berkesan sangat. Huwaa… 


Monday, October 10, 2016

Sukarelawan Zoo Negara

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Projek yang asyik tertangguh! Banyak kali plan dengan Zai untuk jadi volunteer Zoo Negara ni, tapi asyik tak jadi je. Banyak betul halangan. Pertama kali tau pasal program ni dari FB. Cuma sayangnya terpaksa postpone dari satu tarikh ke satu tarikh. Mungkin jugak Allah dah tetapkan berjodoh pada tarikh 25 September kot. Haha.

I am not an animals lover, I just came as a volunteer.

Disebabkan semangat yang membara, aku dan Zai bermalam di rumah cousin Zai sehari awal. Cousin Zai memang plan nak bawak kitorang dinner kat downtown Danau Kota. So sabtu petang kitorang dah gerak ke KL. Actually jarak dari rumah cousin Zai dengan Zoo Negara dekat je. Lebih kurang 15 minit dengan kereta.

Pagi Ahad kitorang berkumpul di kaunter tiket jam 7.30 pagi. Person in charge program ni Fatihah. Kenal melalui whatsapp je. Payment memang dah bank in siap-siap, RM56/person. Jadi pagi tu datang ambil t-shirt volunteer dan tiket untuk access ke tempat Giant Panda. Lepas taklimat oleh PIC dan wakil zoo, kitorang dibahagikan mengikut kawasan. Aku dapat reptile section while Zai dan cousin dia kat Hospital Veterinar. Terpisah sekejap. sobsob.


:: Preparing foods for 'kids' with Mr Azlan. Haha ::



Zoo keepers kat reptile ni ada dua orang, En Rahim dan En Azlan. Dua-dua friendly gila kot. Aku lak terkedu tak tau nak sembang apa. Nasib baik ada Syasya, kawan Zai. Syasya ni macam Zai jugak, kuat menjoyah. haha. So dia la penyelamat aku dalam bab sembang-menyembang dengan stranger ni. Honestly aku memang tak reti nak buat perangai mesra alam dengan orang yang pertama kali jumpa. So aku tadah telinga je dengar dorang menyembang. Sekali sekala baru menyampuk. Group kitorang ada empat orang sebenarnya. Lagi dua orang adalah returning volunteer. Lelaki. Lupa nak tanya nama. Aku cuma tau dorang tu budak final year Dental USIM je. hehe.



:: Dengan groupmates yang tak diketahui nama. Kuikui. ::



Tugas pertama kitorang pagi tu adalah menyapu dedaun kering kat kawasan kuarantin reptilia ni. Macam bosan masa mula-mula tu. Masing-masing senyap je buat kerja. Settle menyapu, kena sediakan makanan untuk semua reptilia kat situ. Yang kena kuarantin dan displayed. Ada dua jenis makanan kena sediakan. Petama, sayur-sayuran + buah-buahan. Kedua, ayam. Yang ayam tu confirm la untuk buaya kan? Sayur dengan buah tu untuk kura-kura dalam perahu dan iguana. Ular? Yang tu kena puasa. haha.



:: Selfie dengan sekalian kambing lepas penat menyapu. Fuhh ::



Settle food preparation, kitorang pulak pegi break kat kantin staff. Bak kata zoo keeper Azlan, sebelum bagi binatang makan, kita pegi makan dulu. Yes!

Jam 11 pagi baru kitorang mula tawaf jajahan reptilia untuk serve makanan. Macam-macam ragam dorang ni makan. Ada sekor buaya ni, manja kemain. Makan kena bersuap beb! Yang tak boleh blah, anak buaya kat sini makan drumstick. Demand! Dan tak sangka jugak aku ni level anak buaya. Kalau makan ayam tu, seboleh nak drumstick. Kalau dah tak ada sangat baru pilih kepak. hikhik.



:: Mula-mula, bagi makan kat little kids ni dulu. ::



:: Fokus sungguh anakanda semua ni makan, naa. ::


:: Tangkap baby G curik makan kat kereta sorong! ::




:: Nama panggilan- Ngah. Makanan kegemaran - ayam mentah. Selamat berkenalan! ::



:: Masuk kandang buaya, tangkap ular. ::


Ingatkan kerja-kerja nak bagi dorang semua ni makan senang je. Rupanya, tak. Macam-macam ragam wehh. Pukul 2 petang baru settle. Then kitorang pun dibenarkan bertebaran di zoo negara. Dan disebabkan ni first duty as volunteer, jadi aku berpeluang masuk tengok Panda. Teruja weh! Kitorang jugak dimaklumkan kalau nak tengok Panda, masa yang paling ideal adalah dalam pukul 11.30 pagi dan 2.30 petang. Sebab tu time makan dorang. So dapat la tengok Panda move around. Kalau dia dah kenyang nanti, ko tengok dia tidur je la. Tak sangka Panda ni pemalas jugak. Rutin dia memang makan tidur je la. Tapi maintainance, kemain mahal. Adoii.



:: Tengok laki bini kat belakang tuh. Sedap tido, naa. ::



:: Close up sikit! ::

:: Tangkap baby Panda tengah cari makan. Gambar curi, sebab tu tak clear. Haha ::


:: Sampai nak balik pun, dorang tidur lagi. Hurmm. ::



:: Sebelum balik, tengok rama-rama mengawan. Eh! ::


Ada 36 jam lagi untuk lengkap 40 jam. Long way to go. Hoho. Sesiapa yang berminat nak jadi volunteer zoo negara, boleh follow FB, Zoo Negara Volunteer Program.  







Tuesday, October 4, 2016

8 Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

Hi.
Assalamualaikum wbt.


Simpanan 6 Bulan Gaji

Ini penting terutamanya orang yang sangat random macam aku. Hantar notis tanpa ada back up plan. Jika ada simpanan 6 bulan current salary, InsyaAllah kita masih mampu bernafas sementara menunggu tawaran kerja yang baru. Tapi perangai hantar notis berhenti kerja tanpa apa-apa plan tu, mohon jangan tiru ye. Tak bagus untuk anda. Haha.

Optimumkan Penggunaan Payslip

Semua urusan pinjaman wang dengan bank memerlukan slip gaji. Sementara ada, gunakanlah slip gaji anda seoptimum mungkin untuk beli kereta, rumah dan apply credit card. Kita tak tau lepas berenti kerja, berapa lama kena tunggu untuk slip gaji yang seterusnya.

Update Resume

Yang ni penting. Jangan pulak bila tiba peluang kerja baru, resume kau masih level fresh graduate yang baru semalam konvo. Bakal majikan tak suka orang yang slow dan tak up to date.

Simpan Iklan dan Sumber Carian Utama

Enam bulan sebelum berenti kerja aku memang dah update resume kat JobStreet. So setiap kali si Lina tu email iklan jawatan kosong based on my preference, aku terus save kat folder ‘Jobs’. Ini akan memudahkan aku untuk review iklan di kemudian hari. Kat FB pulak, aku like siap-siap page ‘Kerja Kosong Shah Alam dan Subang’. Sebab memang aim nak cari kerja yang dekat sikit dengan rumah.

Bina Networking

Bila mana aku dah buat keputusan untuk berhenti kerja, aku merajinkan diri untuk mengenali orang yang di luar kepompong tempat kerja aku. Belajar melihat dunia dari perspektif orang lain. Seronok sebenarnya bila berkawan dengan orang yang berbeza latar belakang dengan kita ni. Karekter dan pemikiran dorang kadang-kadang tu mampu memberi idea dan inspirasi. Sambil-sambil tu, boleh la cari lubang kerja kosong. Hehe.

Kekalkan Prestasi Terbaik

Berhenti kerja di saat prestasi merundum, anda di kira loser. Oleh itu, cuba elakkan. Sebelum berhenti make sure semua tugas dah diselesaikan dengan baik. Ini penting supaya korang boleh bawa aura dan momentum yang bagus ni ke tempat baru.

Berani

Mengambil keputusan untuk berhenti kerja atau tukar kerja memerlukan keberanian dan kekuatan mental yang tinggi kerana kita terdedah dengan pelbagai kemungkinan seperti gaji di tempat baru lebih rendah berbanding tempat lama, tempat kerja baru lebih jauh dan meningkatkan kos perbelanjaan bulanan, tempat baru kedekut bagi cuti, workload tempat baru lebih banyak dan sebagainya. Senang cerita, tempat baru tak menjanjikan hidup anda lebih indah. Oleh itu, berani ambil risiko adalah penentu sejauh mana tekad korang nak berhenti kerja.

Doa dan Tawakal


Selepas semua usaha dilakukan, serahkan urusan seterusnya kepada Allah kerana hanya Dia, sebaik-baik perancang. Jangan pernah gagal memohon petunjukNya dalam setiap keputusan dan pilihan.


Tuesday, September 20, 2016

Masih Trauma

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Sejak kerja office hour ni, weekend aku semakin tak produktif. Setiap minggu dok mereput kat rumah. Hiking trekking memang macam dah malas dah. Haha. Sekarang ni mood shopping pulak. Berjangkit dengan perangai siapa ntah.

Last month, entah macam mana aku terjebak dengan accident kecik. Tapi nangis gak la nak hantar baby Vee tu ke service center. Aku ok. Kereta je injured lebih. Disebabkan 3 minggu tak pegang steering, masa dapat kereta tu memang menggigil gak la nak drive kan? Tapi disebabkan tu je caranya nak sampai tempat kerja, maka ku gagahkan jua. Actually 15 minit pertama je insaf. First day drive ke tempat kerja tu bawak sopan je. 80km/j je beb. Tapi lepas tu, aku tengok lane tengah ni slow semacam, kaki pun mula gatal tekan minyak tukar lane kanan terus ke destinasi. Haha. Tak reti insaf aku nih. Adehh. Tapi trauma sebenar bukan pasal speed pun.

Hari Khamis lepas, aku saja bawak students aku lunch kat kfc. Saje la nak reward dorang sebab dapat A subjek aku. Aku tak tau kfc tu kat mana, so aku ajak sorang student ni naik dengan aku buat tunjuk jalan. Ayat pertama dia yang buat aku cuak, "Miss, traffic light kat depan tu nanti u-turn eh". What??? U-turn kat traffic light? Tau tak hari tu aku accident sebab ada kereta tu u-turn tak fikir dulu sampai aku terrrrlanggar kereta dia. Warggghh. Lagi best bila aku cakap yang aku cuak nak u-turn kat traffic light, student bertuah tu boleh bantai gelakkan aku. Memang bertuah budak ni! Sabar je la.

Bila nak balik semula ke kampus pun sama jugak. Haii, apalah nasib. Dan lebih malang lagi budak ni bawak aku salah jalan. Sudahnya, kena u-turn lagi kat next traffic light. Dear student, you memang tengah apply reverse psychology so that I can encounter my trauma or what? Memang bertuah sungguh budak-budak zaman sekarang, kan?

Walaupun trauma tak hilang lagi, tapi hidup perlu diteruskan. Semoga perjalanan hari-hari selepas ini akan lebih tenang. Ameen. Korang yang tengah baca post ni tolong ameen kan sekali eh! Tq.

Nota kaki: Hati-hati di jalan raya. Pesanan untuk diri sendiri.

Tuesday, August 30, 2016

Trekking Bukit Batu Putih, Port Dickson

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Kenapa trekking? Bukan hiking?
Walaupun dipanggil bukit, tapi treknya amat santai. Sesuai untuk seisi keluarga dan kanak-kanak 4 tahun ke atas.

Dah lama berhajat nak ke sini, akhirnya dapat jugak. Trip ni aku panggil, trip redah. Pada mulanya Zai roger untuk meteor showers (meteor perseids) kat Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson. Hey jangan tak tau, kat Malaysia pun boleh buat meteor hunting tau. Kos murah je. Pertama, sediakan duit tol dan minyak. Kedua, jangan lupa bawak tikar dan makanan. Ketiga, bentang tikar kat car park balai cerap sambil baring menanti meteor perseids.


:: Jangan lupa bawak dapur sekali. Boleh jugak makan maggi sementara tunggu meteor gugur::


Walaupun malam tu hujan sampai jam 4 pagi, tapi kitorang masih berpeluang menikmati hampir 10 juraian meteor. Ada yang dapat 6. Tapi aku cuma nampak 3 je. Iye la, medan penglihatan manusia bukan 360 darjah. So, yang mampu menangkap pandangan 3 je la. Ikutkan total meteor yang boleh nampak kat balai cerap malam tu berbelas la jugak. Maaf sebab tak dapat nak tunjuk gambar sebab meteor tak mampu dicerap oleh handset murahan. Huhu. Pada sesiapa yang berminat nak follow pasal meteor ni, rajin-rajin la usha web falakonline.net.






Eh, nak cerita pasal Bukit Batu Putih la.

Lepas habis meteor hunting dan solat Subuh, kitorang terus gerak ke Batu Putih dengan waze. Mula-mula cuak jugak bila kat waze tu tertera Taman Negara Tanjung Tuan, Melaka instead of Port Dickson. Tapi memandangkan jarak cuma 5 km dari Teluk Kemang, kitorang ikutkan jugak la.

Kitorang sampai kat pintu masuk Batu Putih jam 6.30 pagi. Sepatutnya kena bayar entrance fee RM 1. Tapi, mana la kaunter bukak pagi-pagi buta kan? So kitorang main redah masuk je la. Dan ternyata memang kitorang berenam adalah pengunjung terawal untuk hari tu. Berjalan dalam gelap dengan ditemani satu torch light dan dua headlamps. Kalau korang berhajat untuk stay lama kat puncak, memang patut gerak awal. Kalau tak, memang berebut la dengan group lain.

















Trek Batu Putih sangat santai dan clear cut. InsyaAllah tak sesat walau pertama kali datang. Dari pintu masuk ke puncak hanya mengambil masa kurang setengah jam. Selain puncak, antara tarikan lain adalah rumah api. Tapi bagi aku, tak menarik pun. Menanti matahari terbit sambil ditemani deru ombak kat puncak bukit Batu Putih lagi best. Angin pantai tu macam satu rahmat. Memang sesuai pada sesiapa yang nak cari solace.












:: Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Nak balik baru dapat bergambar kat pintu gerbang. ::

Monday, August 1, 2016

Pekerja atau Kuli?


Hi.
Assalamualaikum wbt.

Baru-baru ni aku ada terbaca satu kisah yang menjadi viral di FB. Kisah mengenai seorang diploma holder yang sanggup bekerja sebagai cleaner bersama ibunya di Rapid KL yang akhirnya ditawarkan bekerja sebagai assistant technician di company yang sama. Dan kini, beliau adalah expertise dalam bidang tertentu. Aku tak ingat dia expert dalam bidang apa sebab terlalu teknikal. To be honest, kisah dia so inspiring.

Aku yakin apa yang dia cuba sampaikan antaranya adalah; 1) Jangan malu walau terpaksa bermula dari bawah atau menjadi kuli asalkan kita tak berhenti berusaha. 2) Jangan berkira kerja walaupun kerja tu tak termasuk dalam job specifications kita sebab itu adalah part of learning process. 3) Letakkan kualiti kerja sebagai keutamaan berbanding imbuhan atau gaji yang diterima.

Kalau dilihat pada point pertama, aku percaya ramai graduan hari ini yang terpaksa bekerja di bawah kelayakan sebenar akibat daripada desakan ekonomi. Aku sendiri pernah bekerja sebagai pembantu klinik dengan gaji hanya RM620 sebulan selepas graduate dulu. Sampai doktor klinik yang interview tu pun serba salah nak ambil aku bekerja. Tapi aku yakinkan dia yang aku nak kerja kat klinik dia bukan sebab gaji, tapi sebab aku tak nak hilang knowledge dan skills (walaupun tak apply skill sangat pun kalau kerja kat klinik). Then dia pun terima aku bekerja dan siap pesan kalau dapat offer lebih bagus bagitau awal supaya nanti dia senang nak cari pengganti. Kalau nak diikutkan apa yang aku cakap tu bukanlah cakap kosong tapi memang kenyataanya aku tak pernah ambil kisah pasal gaji. Apa yang penting, ada kerja nak dibuat. Aku bukan jenis yang suka duduk rumah and doing nothing. Daripada dok rumah ngabihkan bogreh (bak kata abang aku), ada baiknya aku keluar bekerja.

Dan bagi aku, point kedua la yang paling banyak orang fail. Susah nak jumpa orang yang sanggup buat di luar specs kerja. Ketika di tempat kerja lama, aku memegang empat portfolio while rakan setugas yang lain, ada yang memegang hanya satu portfolio. Tapi aku tak pernah merasakan aku diperguna atau dibuli oleh bos. Aku terima portfolio tu semua bukan jugak sebab nak bodek bos. Sebaliknya aku anggap tu sebagai peluang aku untuk belajar. Iye la kalau kawan aku yang pegang satu portfolio tu cuma boleh belajar satu benda, aku pulak dapat peluang belajar empat benda sekali gus. Bukan ke itu lebih baik?

Point ketiga pun bukan calang-calang orang boleh buat. Bukan semua orang yang dibayar RM1500 mampu menghasilkan kualiti kerja seperti dibayar RM3000. Rata-rata orang akan jawab, bayar 5k dulu baru boleh bagi kualiti kerja  5 bintang. Eh!. Aku tak cakap salah. Memang kadang-kadang kita perlu letak harga pada setiap usaha kita. Cuma pada aku, aku percaya satu benda je. Percaya pada rezeki Allah. Sebab apa? Pertama, sebab rezeki Allah tak pernah salah alamat. Kedua, rezeki Allah tak pernah ada diskaun walaupun GST naik 20%. Ketiga, rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan bukan wang semata. Nah, nikmat Tuhanmu manakah yang kau dustakan?


Nota kaki: Masih lagi kuli-kulian

Friday, July 29, 2016

Raya yang Sederhana

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Apa itu raya yang sederhana?

1. Cukup dengan hanya sepasang baju baru walaupun #RayaKanSebulan.

2. Kasut baru? Tak payah. Beraya rumah orang bukan pakai kasut sampai ke dapur pun.

2. Tak perlu beli sampul raya. Sampul tak penting. Yang penting duit raya tu. Hehe.

3. Selagi langsir tu tak lusuh, tak koyak, pakai je yang mana ada.

4. Kuih/kerepek raya beli 6 jenis je pun dah cukup, sebab balang kuih pun cuma 6 pieces in a box. Kehkeh.

5. Tak payah tukar duit raya kat bank. Bina tabung warna setahun awal dengan 100 keping duit RM1, 100 keping RM5, 100 keping RM10 dan 100 keping RM20. Jadi duit bonus raya tu boleh simpan baik-baik.

7. Tukar kereta baru? Tak perlu. Hanya hantar servis kereta sedia ada supaya korang boleh sampai ke kampung halaman dengan selamat.

8. Jangan lupa puasa sunat 6. Dapat jimat duit belanja. Dan pahala pun dapat.


Makanya, raya yang sederhana adalah raya yang tidak membebankan untuk dirai.



Nota kaki: Mula menabung untuk duit raya tahun depan.

Sunday, July 24, 2016

Midlife Crisis: Nasihat Saya, Berhentilah Kerja



Kalau rasa dah tak tertanggung dengan beban kerja sedia ada,
Maka berhentilah.
Kalau rasa tak mampu nak patuh arahan dan jadual kerja,
Maka berhentilah.
Kalau rasa side income lebih lumayan dari kerja hakiki,
Maka berhentilah.
Kalau rasa tak mampu nak bangun pagi ke kerja,
Maka berhentilah.
Kalau rasa tak mampu nak berbahagi masa untuk keluarga,
Maka berhentilah.
Kalau rasa kerja menjadi penghalang anda ke sana ke mari,
Maka berhentilah.

Yes.
Berhenti kerja lebih baik daripada merungut pagi petang siang malam.
Berhenti kerja lebih baik daripada EL semendang.
Berhenti kerja lebih baik dari buat dosa kering mengutuk bos.
Berhenti kerja lebih baik dari gunakan 70% dari waktu bekerja, pergi mengular.

Nah,
Kita sebenarnya ada banyak sebab untuk berhenti kerja.
Tapi sebab EGO, ada yang tak nak lepaskan jawatan yang sebenarnya tak lagi layak untuk disandang.
Atas sebab EGO, sesetengah golongan ni la yang menyebabkan ramai graduan menganggur.
Atas sebab EGO, sesetengah golongan ni jugak la yang banyak menyusahkan rakan sekerja yang lain.

Kesimpulannya,
Buang EGO dan berhentilah kerja.



Tuesday, July 12, 2016

Midlife Crisis: Kerja Kerajaan atau Kerja Swasta?

Assalamualaikum wbt.


Kerja kerajaan atau swasta, yang mana jadi pilihan?

Kalau kau jenis yang makan bersuap, tidur malam pun tunggu orang dodoikan, maka ada baiknya kau kerja kerajaan.

Sebab, kerajaan akan tanggung makan minum kau anak-beranak sampai kau mati. Kau dah mati pun, anak bini kau kerajaan sara.

Tapi kalau jenis yang suka bersaing, dinamik dan jenis work on the go, then kau sangat dialu-alukan oleh sektor swasta.

Tapi kat swasta, makan minum kau tak disuap. Kencing berak kau pun dorang tak cebukkan. Dorang cuma sediakan pinggan mangkuk, sudu garfu, gayung baldi je. Asas dorang sediakan, yang lain-lain kau buat sendiri. Dorang jugak tak heran macam mana kau berusaha, sebab dorang jenis yang pandang outcomes.

Masa mula-mula nak resign dari kerajaan ramai yang tanya kenapa. Kenapa nak resign dari kerajaan dan lari ke swasta? Sedangkan kat luar tu ramai yang beratur nak kerja kerajaan. Aku memang tak ada jawapan untuk soalan spesis ni. Sebab kat report card sekolah atau buku biodata kawan- kawan tak pernah pulak aku tulis; cita-cita: kerja kerajaan atau kerja swasta. Aku tulis terus bidang yang aku nak. Hehe. Tapi boleh jugak kalau nak anggap aku cuma nak mempercepatkan angka giliran orang yang beratur nak kerja kerajaan kat atas tu.

Jadi prinsipnya mudah di sini, yang dikejar adalah cita-cita. Arah yang dituju adalah mencapai impian. Apa yang di nanti adalah penemuan di setiap pencarian. Jadi kalau ingin ditanya, bukan kenapa. Tapi, apakah. Apa yang dicita-citakan. Apa yang diimpikan. Apa yang dicari- cari hingga ke hari ini. Perlu diingat, impian dan cita-cita setiap orang berbeza-beza. Dan atas sebab itu setiap dari kita ni unik.




Nota kaki: Pencarian baru saja bermula. Kalau rasa tak nak membantu, don't block my way.

Thursday, May 12, 2016

Midlife Crisis: Makan Gaji atau Full Time Traveller?

Hi.
Assalamualaikum. 

Semenjak dua menjak ni, rasa untuk travel around the world makin menjadi-jadi pulak. Ini semestinya pengaruh dari BBM group kat FB tuh. Aish, kacau!

Hari ini semakin ramai yang berlumba-lumba mengupload cerita pengembaraan masing-masing di media sosial. Ada yang berlumba menulis tips percutian budget yang kadang-kadang tak masuk akal. Ada yang sibuk mencari tempat-tempat percutian yang rare supaya menjadi viral. Ada jugak yang sanggup tinggalkan Malaysia untuk memetik anggur di Australia! Haish, macam-macam!

Dan aku, tipulah kalau tak terpengaruh dengan program ala-ala working holiday yang seakan menjadi trend masa kini ni kan! Ahaha.

Aku jugak melalui 'demam' yang sama. Gigih mencari info pasal couchsurfing, volunteering, hosting programme dan ntahapaapantah lagi kat internet tu!

Orang zaman sekarang dah tak betah lagi untuk bekerja dari 8 pagi sampai 5 petang, oii. 

Orang zaman sekarang prefer buat freelancing, bekerja dari rumah atau menjana pasif income semata-mata untuk memenuhi keinginan mengembara mengelilingi dunia. Dan kadang-kadang, aku jugak mempunyai keinginan yang sama.

Tapi, dengan dunia yang semakin mencabar, kita seharusnya bersikap lebih realistik dalam membuat pilihan dan keputusan.

Keinginan perlu dikawal.

Sebab tu aku masih memilih untuk bekerja menyumbang tenaga dan idea. Ahaks!



Nota kaki: Mungkin belum rezeki lagi nak jadi full-time traveller.

Saturday, April 30, 2016

Midlife Crisis: Duit

Bismillahirrahmannirrahim

Money.
Duit.

Masa zaman student dulu orang kiri kanan semua cakap yang duit bukan segalanya. Money is not everything.

Tapi aku cakap, duit tu penting. Penting bukan setakat sebab masuk toilet pun kena bayar (walau itu hakikatnya). Tapi lebih dari itu.

Dan hari ni mungkin boleh la kalau nak tambah sikit. Money is not everything, but it can makes a lot of differences.

After grad dulu, memang fikir nak kerja , nak cari duit. Sebab kat kepala masa tu memang dah set memang tu je purpose of kerja. Duit. Gaji. Takkan nak beli kereta, iPhone, rumah dengan pasir, kot?

Tapi bila dah tua-tua macam ni, tak pandang dah kerja tu in a way to get money ONLY. Kerja tu more or less dah jadi macam harapan. Or may be impian?

Dengan harapan apa yang kita buat hari ini akan bagi manfaat pada orang lain, hari ini, esok dan akan datang.

Dengan harapan apa yang kita buat hari ini can make differences to other life.

Tapi sayangnya hari ini ramai pulak yang macam dah jadi hamba duit. Yang kaya, sibuk mengajak dan mengajar orang lain jadi kaya. Yang miskin sibuk dok complain duit tak cukup. Dan yang paling sedih, makin ramai yang jual agama sebab duit.

Hari ini ramai yang sibuk nak berniaga. Dan ramai jugak yang claim perniagaan dorang patuh syariah. Pelaburan dorang syariah compliance. Tapi betul ke tau patuh syariah tu apa? The meaning of syariah compliance? Sampai orang bukan Islam pun dah pandai guna term tu untuk yakinkan pengguna. Dan kita yang Islam ni mudah sangat terpedaya. Asal sebut je pasal patuh syariah la, makanan sunnah la. Terus je percaya.

Patuh syariah tu part of Islam. Islam tu addin. Addin tu cara hidup. Kenali Islam dulu, baru boleh cakap pasal patuh syariah bagai.

Betul la bila dikatakan sampai suatu masa di akhir zaman, kecintaan pada dunia itu melebihi kecintaan pada akhirat.


Nota kaki: Masih mencari Islam dalam diri dan kehidupan.



Tuesday, April 26, 2016

Short Trip Melaka - Port Dickson: Tempat-Tempat Menarik

Bismillahirrahmanirrahim

Bila 3 bulan tak bercuti ke mana, mula la rasa stress semacam. Kalau ikutkan hati nak je ke pulau. Tapi memandangkan sekarang ni musim panas, maka terpaksa la cancel. Lagi pun trip kali ni cuti berdua je. Jadi tak seronok la kalau nak buat island hopping pun. Huhu

Untuk trip Melaka ni aku pening sikit sebab tak tau nak letak tema apa. Nak buat food hunting, lebih baik pegi Penang. Nak ikutkan makanan kat Melaka ni, kat KL pun boleh dapat. Nak jalan-jalan pantai, memang tak la sebab pantai kat area Mersing or Terengganu lagi win. Nak pegi water park...Erk, aku bukan budak-budak lagi kot nak mandi kolam. Kot air terjun boleh tahan lagi. Sudahnya, jalan-jalan layan kaki je la.

Taming Sari Tower

Disebabkan sampai Melaka awal, nak check in pun memang takkan dilayan. So kitorang decide untuk park kat Banda Hilir dulu. Alang-alang park kereta pun betul-betul depan Taming Sari Tower ni, terus je la beli tiket. Tower ni dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Kira untuk hari tu, kitorang group pertama yang rasmikan operasi dorang. Harga tiket RM 15/pax (adult).




Dapat air mineral dan dodol Melaka. Dari atas ni boleh la nampak kawasan sekitar. Tapi tak lama pun, 7 minit je. Kitorang tak dengar sangat penerangan staf kat atas tu sebab sibuk buat ulasan sendiri. Muahahah. Melaka je kan. Siapa je yang tak tau cerita-cerita Melaka ni.




Muzium Melaka





:: Berlatar belakangkan replika Flor De La Mar ::

Nampak nau bosan sampai muzium pun daku lawati. Nak buek camno. Mase den kocik-kocik, omak den tak bawak den gi muzium Melako nu. Maaf, saya nogori celup. Haha. Bayar RM 5 untuk Muzium Samudera dan Muzium TLDM.









As usual, aku tak berapa nak fokus sangat dalam muzium ni. Apa motif aku masuk ke sini pun, aku tak tau. Bukan tak minat sejarah (aku scorer sejarah kot!), cuma hari tu tak ada mood je. 






Saing-saing kitorang ada jugak la tourist yang masuk. Yang dari Asia sibuk berselfie. Yang mat salleh je khusyuk membaca. Tu la beza tourist timur dan barat. Huhu.









Sunset di The Shore Sky Tower






Tempat ni terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery dengan ketinggian 163 meter dpl. Tempat ni agak costly sebab entrance fee je dah RM 18. Boleh stay sampai jam 9 malam. Tapi sekali masuk je tau. Toilet tak ada kat atas tu. Sekali korang keluar dan nak masuk balik, sila bayar tiket baru.






Korang boleh bergambar sakan kat atas tu kecuali kat kawasan lantai lutsinar. Kat lantai tu hanya boleh bergambar menggunakan perkhidmatan official photographer dorang sahaja dengan harga RM 45. Huh, memang tak la kan!




Sunset di Kota A Famosa




Ahah. Tempat ni memang legend. Kalau datang Melaka memang wajib ke sini. Mula-mula hampir sesat jugak, tak jumpa jalan masuk. Al maklum la, Melaka sekarang dah maju. Banyak bangunan baru. Last datang Melaka 2013 kot.



Kitorang naik ikut trek St Paul. Turun baru ikut trek biasa A Famosa. Walaupun dah berulang kali ke sini, tapi kali ni first time layan sunset kat A Famosa.




Serama Camp Durian Tunggal


Sanggup datang ke sini walaupun panas terik sebab nak layan high ropes. Kat sini orang panggil Orang Utan Walk. Entah kenapa, sejak dari zaman sekolah lagi aku memang suka aktiviti tali dan panjat pokok. Tersangat la suka cabar diri berada di tempat tinggi. Nak kata gayat tak. Berani sangat pun tak jugak. Tapi jangan suruh aku panjat dinding atau batu (rock or wall climbing) sebab yang tu, aku tak reti. hehe.






Tapi kat sini cuma ada 15 obstacles je. Tak puas jadi orang utan. May be lepas ni boleh pegi skytrex pulak. Harga Orang Utan Walk RM 35/pax. Kalau korang nak spend whole day kat sini boleh la ambil pakej premium, RM 79/pax. Ada 8 games termasuk wall climbing, lake boating, archery, flying fox, etc.




Cendol Jam Besar




Orang kata tempat ni famous. Aku tak makan cendol. Dan aku tak layan ABC. Datang sini sebab kawan aku kata, cendol dia sedap. Aku order aiskrim je. Sampai orang yang ambil order tu kata, "Aiskrim ni untuk budak-budak je, dik". Choii. Haha.


Billionaire's Concepts Cuisine & Grind Shack




Yang ni recommanded western hipster restaurant. Syok woo lepak sini. WIFI free. haha. Portion makanan dia besar. Harga agak berpatutan. Tak mahal dan tak la murah sangat. Krew dia friendly gila kot! Deco yang sangat simple but nice.




Masuk sini rasa macam tak nak balik dah. Restoran ni terletak berhadapan dengan Aeon mall. Betul-betul sebelah restoran steamboat yang famous kat Melaka, Api-Api.




Bustel Klebang








Aku pilih untuk overnight dekat sini bukan setakat sebab tempat ni dah jadi viral. Tapi jugak sebab harganya yang murah. Kitorang pegi weekday, so rate dia RM90/night (2 single bed). Macam tak sangka bas yang macam tu boleh muat 2 single bed, toilet, almari dengan meja, siap air cond lagi. Malam-malam memang sejuk la sebab ruang kecik. Satu bas ada dua bilik.






Kitorang dapat yang bahagian belakang. Nak dijadikan cerita, malam tu tengah syok-syok tengok TV tiba-tiba katil bergoyang. Dengar macam orang bilik depan main lompat-lompat. Lepas tu macam orang berlari pulak. Cuak tak cuak la masa tu. Masa kitorang check-in petangnya, bilik depan tu tak ada guest lagi. Tapi tabahkan je la hati. Agak-agak bunyi makin mengarut memang kitorang lari pegi kat kereta. Tak lama tu, senyap. Kitorang yakin ada guest lain kat bilik depan. So, pujuk je mata supaya tidur. Esok pagi masa nak check-out, nampak satu family, parents dengan anak dia lepak kat tepi bas. Sah la malam tadi tu anak dorang yang punya keje. haha.


Teluk Kemang, Port Dickson






Datang sini sebab nak lepaskan hajat tengok laut. Kalau nak diikutkan aku bukan spesis yang suka pantai. Water sport pun tak berapa nak masuk. Tapi disebabkan tengah stress yang melampau, pujuk hati tengok laut. Moga-moga boleh campak terus semua stress tu kat tengah laut. kuikui.




Plan asal nak naik banana boat. Tapi melihatkan tahap kepanasan melampau, kitorang chill bawah pokok tengok orang lain main banana boat. Adeii. 28 tahun hidup, tak merasa lagi naik banana boat. sob..sob..




Ada jugak singgah Blue Lagoon, saja nak lawat kawasan. Kawasan dia agak redup. Tapi tak sehappening Teluk Kemang la. Nak lepak chill ok kot. Hiks!

:: Ini Blue Lagoon. Bukan Teluk Kemang, ye. ::


Cowboy's Place






Kitorang lunch kat sini. Dengar cerita tempat ni memang famous. Patut pun masa kitorang datang, meja semua hampir penuh. Menu dia satu je, Nasi Kukus Ayam Panggang. Tapi ada juga side dishes like telur dadar, sayur apentah. Air pulak cuma 2 jenis je, mineral dengan watermelon. Simple gila menu, tapi meletop!

Set nasi Kukus + 1/4 ayam panggang + sup& sos = RM 6. Air mineral aku bawak sendiri. Nak jimat oii! Haha.


Sekian trip 3H2M Melaka - Port Dickson

Total kerugian    = RM 250/pax (termasuk accomodation, minyak, tol, shopping, makan, enterance fees)
Accommodation = RM 160 3D2N (hotel berbeza)
Tol & Minyak    = RM 98.24 return