Bila kesibukan melanda, semua benda lupa nak buat. Nak bayar bil lupa, nak top-up kredit pon lupa jugak. Haish.. Tapi memang tu la yang berlaku seminggu dua sebelum final exam hari tuh. Dah la demam, nak fikir exam lagi...research lagi. Adeii...sampai bil broadband pon lupa nak bayar. Tak pasal2 lepas exam hari tu internet kena block sebab 2 bulan tak bayar. Kaco betol! Baru nak enjoy surfing internet. Sekali kena block la pulak. Macam cacing kepanasan, beb! 2 hari lepas tu terus aku pegi library settle semua hutang. Aik, pe cite bayar bil broadband kat library?! Gila ke apa!? Hah, ni la nak cite. Mesti la aku bayar melalui Maybank2u.com. Tengok tajuk entry pon dah taw nak cite apa, kan? Bukan broadband je boleh bayar melalui Maybank2u.com ni, tapi lebih 100 jenis pembayaran boleh dibuat. Bil elektrik, bil air, bil telefon, bil astro & macam2 lagi la. Pada sesiapa yang dah ada akaun Maybank, alang2 tu sign in la skali dengan Maybank2u.com. Boleh pantau akaun anda sendiri. Tak payah susah2 pegi atm check baki. Nak transfer duit senang. Nak top-up pon senang jugak. Tapi kalo nak keluarkan duit kena la pegi atm, kan? Takkan korg nak print pulak. Tu da dikira black money. Tapi semua jenis pembayaran memerlukan TAC number. As your safety la. Korg boleh dapatkan TAC number kat atm sebelum membuat sebarang pembayaran. Dan TAC number ni cuma laku untuk beberapa jam je. Maknanya right after korg dapat TAC no., korg kena buat pembayaran ASAP. Leceh kan? Nak kena pegi atm ambil TAC no. then baru boleh buat pembayaran online. Hah, kalo nak senang, lepas korg sign in dengan Maybank2u.com, korg terus apply TAC no. via sms kat mana2 cawangan Maybank yang berdekatan. So, setiap kali nak buat pembayaran, korg klik kat icon "request TAC no." then handphone korg akan berbunyi menandakan ada message masuk. Sekarang, korg dah boleh buat pembayaran dengan TAC no. yang korg dapat tu. Tapi ingat, SATU TAC no., SATU pembayaran. Untuk sign in klik je pic kat atas. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment