Tahun pertama
Malam pertama di KTSNNangis
Tak suka UKM
Tak suka Sains Perubatan Kecemasan
Tak suka Bio
Tak suka Medik
Tak suka penyelaras
Tak suka lecturer
Apa Anatomy?
Apa physiology?
Buang semua buku
Tak suka.Tak suka.Tak suka
Apa pon tak suka.
Tahun kedua
Duduk kolej luarYeay, bebas!
Aku suka
Tapi ekonomi kian meruncing
Makan nasi sekali sehari je
Ibu....lapar
Nangis lagi
Eh, tapi aku ada broadband
Makan frienster berlaukkan FB hari2.
Prof keluarkan arahan mandatori
Semua Emed/2 kena tahu berenangMasuk exam
Stress
Hari pertama training
Tak belajar apa2
Hari kedua training
Still tak boleh
Hari ketiga training
Gagal lagi
Hari keempat training
Yeay, dah boleh!
Hari kelima training
Kaki cramp
Hari keenam training
Kaki cramp lagi
Kali seterusnya
Ada improvement
Alhamdulillah.
Tahun ketiga
Clinical yearTakut!
Tak suka doktor
Garang!
Tak suka staff nurse
Suka menjerit
Sakit telinga!
Tak suka MA
Suka kondem orang lain
Ey, ingat ko bagus sangat ke?!
Tak suka patient
Banyak kerenah
Menyampah!
Lecturer mula kacau privacy student
Busy body!Tak suka
Mula ponteng posting
Mula datang kelas lambat
Buat muka masa lecture
Elakkan diri dari terserempak dengan lecturers
Pay back!
Yes, I did it!
Tahun keempat
BelajarBelajar sesuaikan diri bila kat tempat orang
Belajar hormat staff
Walau hari2 kena marah
Bagai semuanya tak kena
Belajar makna SABAR
Walau hari2 rasa dicabar
Belajar mendengar dan memahami
Orang marah orang tegur
Tanda SAYANG
Belajar untuk tak putus asa
Susah macam mana pon kena teruskan
Move forward. Not backward!
Belajar makna BERKAWAN
Gaduh. Gelak. Nangis. Merajuk
Sama2
Itulah KAWAN!
Belajar
Belajar
Dan belajar
Banyak dah belajar
Tapi banyak lagi yang kena belajar!
Jemputan ke Konvokesyen UKM ke-39
Nangis lagi
Lama dah tak nangis
Ya Allah
Syukur
Alhamdulillah
Walau pernah rasa nak give up
Tapi
Ah, lupakan yang pahit
Kerana
Kini manisnya mula terasa
Walau kelatnya tak pernah hilang.
Pada pandangan orang lain
Semuanya ambil masa empat tahunTapi pada aku
16 tahun
16 tahun aku perlu berusaha
16 tahun menahan sabar
16 tahun memendam rasa
16 tahun berpenat lelah
Untuk genggam segulung ijazah
Ini amanah
Selepas ni
Tanggungjawab akan jadi semakin berat
Ye ke?
May be
Nope, Must be!
No comments:
Post a Comment