Wednesday, July 20, 2011

Sekolah Dalam Hospital

Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) yang diilhamkan oleh isteri timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman merupakan idea yang bernas dan menarik. Walaupun terpaksa tinggal di hospital tetapi mereka masih dapat belajar seperti rakan2 lain di sekolah. Program ni dah diperkenalkan sejak bulan lepas tapi hanya bermula di Wad Pediatrik (wad kanak2) HKL, Hospital Ampang dan Hospital Serdang dan dikendalikan oleh Yayasan Nurul Yaqeen.


Sebagai student yang pernah attach kat Wad Pediatrik, aku paham la jugak betapa bosannya duduk kat wad nih. Bukan boleh wat apa2 pon. Dok lepak atas katil then makan ubat macam kunyah smarties je. TV tu ada la jugak. Tapi feel dia mesti la tak sama macam tengok tv kat rumah. Kalo kat rumah kita boleh main rebut2 remote dengan adik2. Lepas tu main tukar2 channel macam belek2 majalah Wanita yang gila bosan tu. Eh, kenapa majalah Wanita pulak dipersalahkan? LOL.


Sebenarnya bukan setakat patient je bosan. Ktorg budak2 attachment ni pon bosan gak. SATU, dah la doctor specialist yang merangkap lecturer tu GARANG gila! Tak berani kot nak approach. Time doktor buat round je mesti ktorg hilang. Time2 tu la nak gi toilet, lunch, hi tea, solat segala bagai. à No wonder la bila CI or management cari ktorg tak jumpa. Kuang3. DUA, kebanyakan patient sentiasa ditemani oleh parent(s) dorg. So, tak ada harapan la nak main, ‘alaa bucuk...bucukkk’ or ‘baa baa cak!’.TIGA, setiap kali nak touch dorg kena CUCI TANGAN dulu. After and before. Kalo tak, dengar la staff nurse or sister memetir jerit kat korg. Malu woo!
 
Cuma SATU je yang bestnya Jabatan Pediatrik berbanding jabatan2 lain kat hospital. Dorg ada Bilik Permainan! Hah, ni satu lagi tempat escape ktorg! Kuang3. Best woo bilik nih. Korg masuk je sure hilang tension. Tak percaya try la! Apa2 hal pon aku sokong usaha murni yang satu nih! Kepada cikgu2, Selamat Mengajar! Kepada pesakit2, Selamat Belajar!!

 

Aktiviti suka2 di Wad Pediatrik
[masa zaman muda2]



Member kat FB kata ni gambar family.
Sorg suami dengan 4 orang isteri beserta anak sulung isteri ke-3.
LOL














Comel je Pooh tu, kan? Eh, silap.
Comel je tengok dia tido, kan??

No comments:

Post a Comment