Tuesday, May 21, 2013

Mencari Ramli 2

 
Assalamualaikum wbt.
 
Korang ingat lagi tak satu iklan di suatu waktu dulu?
 
Pasal seorang ayah yang bengang gila dengan anak lelaki dia yang pagi petang siang malam dok main bola je. Anak orang lain berjaya dengan straight A’s  tapi anak dia berjaya bawa balik piala. Uh? Then  anak dia berazam akan buktikan yang dengan main bola pun dia boleh berjaya. Sampai boleh main dengan kelab MU  kat Old Trafford lagi.
 
Ingat tak? Ingat tak?
Mula-mula tengok iklan tu dulu macam poyo gila je. Hiperbola sungguh. Malaysian  nak main dengan MU??? Memang tak laaaa! Huhu
Tapi sekarang dengan TM mungkin boleh. Itu pun kalau korang dah join  pertandingan Mencari Ramli. Sekarang dah masuk season 2  ko tau! Hah, tak pernah dengar pasal program ni??? Meh aku brief  sikit.
 

 
Pencarian Ramli adalah mencari bakat bola sepak yang paling gempaq kat negara ini, dalam usaha untuk meningkatkan taraf bola sepak Malaysia. Ini didorong oleh semangat dan keghairahan peminat bola sepak di seluruh Malaysia.

Konsep
Satu siri documentari-realiti yang sedang mencari bola sepak terbaik Malaysia di bawah 16, yang akan dihantar ke Manchester United Soccer School  untuk dilatih dan dipersiapkan untuk menjadi "Ramli", bakat bola sepak Malaysia yang akan datang.


Objektif

Menyediakan platform  untuk pemain muda untuk merealisasikan impian bola sepak mereka.
Memberi bantuan untuk meningkatkan taraf bakat-bakat bola sepak muda tempatan.
Membolehkan ibu bapa untuk melihat potensi anak-anak mereka sendiri dan menyediakan sistem sokongan yang kukuh.
Untuk menggalakkan semangat Team Malaysia melalui rancangan realiti ini.


Siapa Ramli?

Remaja lelaki Malaysia di bawah umur 16 tahun dan mahir dan berbakat pada bermain bola sepak. Seorang pemain dan pemimpin berinspirasi dengan kehebatan dan keghairahan untuk bola sepak.


Ramli boleh jadi

Penjaga gol terbaik;
Pertahanan yang terbaik;
Pemain tengah terbaik;
Penyerang terbaik;
Tapi yang dicari adalah pemain yang paling berbakat!






Musim pertama Pencarian Ramli pada tahun 2012 menyaksikan 30 pemain muda dari Sekolah Sukan Bukit Jalil mempamerkan bakat bola sepak mereka, di mana kedua-dua pemenang telah diserap ke dalam pasukan Harimau Muda Bawah-21 dan satu lagi finalis bermain sebagai penyerang di kelab bola sepak Amerika Syarikat Arezzo bawah-17 pasukan di Itali.

 
Tapi untuk musim ke-2 ni, walaupun tak la sampai ko boleh main dengan MU, tapi dapat pergi Old Trafford pun ok what?!  Dan bukan takat pergi masuk stadium dia je, tapi 2 orang ‘The Ramlies’  ni akan menang trip  ke MU Soccer School  dengan scholarship  ke Frenz United Football Academy  lagi. Ini trip  okay. Maknanya bukan takat pergi tengok then  balik macam tak ada apa-apa berlaku. Tapi korang boleh pusing-pusing Old Trafford an trained at Soccer School  dorang. Mencari inspirasi la lebih kurang.
Tapi ini semua bolah jadi kenyataan kalau korang dah join audition  dorang je. Last change  untuk join audition  ni adalah SEMALAM. 18 Mei - 20 Mei 2013 kat Padang B Petrajaya Kuching, Sarawak. Haha. Mesti korang nangis sebab tak join  kan? Sorry   la lambat upate.  Huhu
Tapi jangan risau, korang still  berpeluang menang menonton perlawanan MU  di lokasi-lokasi terpilih secara live  kalau korang join voting contest. So  jangan lupa tengok segmen Mencari Ramli 2  di TV3 setiap Jumaat 7.30 petang bermula 19 April 2013 dan join voting contest  yang bermula 24 Mei sampai 28 Jun 2013! Yang ni aku akan update  nanti.
 
 
 
 
Apa-apa pun aku harap ‘The Ramlies’  yang terpilih tu akan jadi;
Setough  Aidil Zaquan,
Selincah Mahali Jasuli,
Secute   Muslim Ahmad,
Sesemangat Amri Yahya,
Dan sebijak Azizulhasni Awang!
*tiba-tiba*
 


No comments:

Post a Comment