Wednesday, October 9, 2013

Kerja vs Sambung Belajar

Assalamualaikum wbt.
Kalau dua tahun dulu ketika di tahun akhir pengajian, aku sering dihadap dengan soalan begini; "Lepas ni apa plan? Nak kerja atau terus sambung belajar?".  Tapi setelah hampir setahun setengah bekerja, struktur soalannya berubah kepada; "Bila kita nak sambung belajar ni?".  Hah, dua soalan berbeza namun membawa makna yang sama.
Bukan tak ada niat nak sambung master lepas habis degree. Ada tu, memang ada. Tapi tak tau nak bawa ke mana haluannya. Masa tu, satu-satu pilihan yang ada ialah bekerja dan timba pengalaman sebanyak mungkin. Dan kumpul duit sebanyak mungkin juga!haha.
Sebelum melangkah ke alam pekerjaan, aku juga seperti orang lain yang agak kelam meramal apa yang bestnya bekerja ni? Yang terlintas difikiran hanya menunggu gaji masuk bila cukup bulan untuk menampung segala hutang dan memenuhi keinginan duniawi. Iye la, siapa yang tak nak melaram dengan smartphone atau kereta berkelas eksekutif, kan? [tapi bila minyak naik, sendiri meroyan!] Semuanya dibeli atas slogan 'reward untuk diri sendiri'. Ceit!
Tapi ada juga kawan-kawan yang terus menyambung master. Betul-betul buat aku jeles. Sungguh! Dah rezeki dorang, kan? Apa nak dikata. Ada yang antara mereka menyambung pelajaran kerana; 1) bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau penyelidik. Pekerjaan ini memang menuntut kelulusan tertinggi. Kalau setakat degree, kau jadi tutor je la. UKM sendiri meletakkan syarat sekiranya ingin menjadi pensyarah mesti mempunyai sekurang-kurangnya master dan perlu menyambung pelajaran ke peringkat Phd sebelum usia 40 tahun. [kalau tak silap la. Dengar pun masa interview dulu]; 2) tidak mendapat pekerjaan setaraf kelulusan. Ternyata bukan mudah untuk memiliki pekerjaan yang setaraf dengan kelulusan kita. Banyak faktor mempengaruhi seperti lambakan graduan IPT dalam dan luar negara, syarat kelayakan yang memerlukan pengalaman berbanding keputusan CGPA dan lain-lain; 3) tawaran lumayan. Bukan selumayan macam skim cepat kaya, ye. Tawaran ini hanya untuk orang yang layak je seperti skim pensyarah muda yang dikeluarkan oleh Uitm. Kalau tak silap, tawaran ini terbuka kepada degree holder dengan CGPA 3.5 ke atas dan masih belum bekerja [maklumkat lanjut cari sendiri!]; 4) as personal achievement. Bila bersaing dengan diri sendiri, inilah jadinya - pencapaian peribadi!

Kalau ditanya atas alasan apa aku berhajat nak sambung belajar, jawapannya mestilah sebab yang keempat tu. Personal achievement! Tapi aku sedar, bidang yang aku ceburi ini lebih mementingkan pengalaman dan sijil-sijil kemahiran perubatan seperti Basic Life Support (BLS), Advanced Cardiac Life Support (ACLS), Malaysian Trauma Life Support (MTLS), Pre-hospital Trauma Care (PHTC), aquatic resque and so on. Jadi rasanya tak perlulah aku tergesa-gesa nak sambung pelajaran. Hanya perlu tetapkan niat, cari peluang dan doa banyak-banyak. Kalau ada rezeki, tak ke mana. InsyaAllah.

Sebenarnya bagus juga kalau kita berniat untuk sambung pelajaran hingga ke peringkat tertinggi ni. Selain dapat tambah pengetahuan, dapat juga bina keyakinan diri asalkan bijak menggunakan ilmu tersebut untuk diri sendiri dan orang sekeliling. Tak perlu tunggu kita dibayar untuk mengajar. Kalau ada ilmu berguna, sebar-sebarkanlah.

Tapi ada juga golongan yang dah bekerja ni menganggap, orang-orang yang sambung belajar ni hanya ingin mengejar gaji yang tinggi. Perkara ni terlalu subjektif untuk diperkatakan. Tapi memang dunia sekarang ni semuanya memerlukan duit. Sebab siapa boleh sangkal yang dengan duit itulah akan kita gunakan untuk beli tangga-tangga kejayaan? Nak pakai jubah konvo tu pun kena bayar sewa tau. Bukan takat lulus exam je!

So pada siapa-siapa yang ada peluang untuk sambung belajar [especially yang dah bekerja], teruskanlah. Tetapkan niat kita. Abaikan saja kata-kata sinis rakan-rakan sejawat. Pada yang belum ada peluang lagi [macam aku!], it's ok. Kerja dan kumpul duit banyak-banyak dulu. Untung-untung bila sampai waktu, tak payah susah-susah beli tangga-tangga capai kejayaan dah, bina lif terus. Senang cerita!

 

10 comments:

  1. Nurse ye? Sy nga plan u sambung degree kt oum, I Allah bln may ni. Doakn ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..congrats and gud luck, ya! Eh, sy bkn SN. Sy MA... :)

      Delete
  2. ~~ RM 300-800 Per Week : Home Based Data Entry Typists ~~
    Genuine Work-From-Home Employment Opportunity To Earn Extra Income.
    You only need to: -
    (1) Advertise & process customer data that is sent via email.
    (2) Working from home, cyber cafe, offices, colleges, and others.
    (3) Any time (set your own time schedule).
    Requirements:
    * Aged 16 years and above
    * Basic knowledge of computer (typing, Internet, email, etc.)
    * No prior experience necessary
    *Can work according to the instructions / guidelines
    * Full Time or Part Time is available
    Interested, please email to aanisshahira97@gmail.com to apply

    ReplyDelete
  3. Macam mana pulak kalau tak jadi nak sambung belajar sebab nak elak hutang. tapi niat nak belajar jugak hemm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksudnya nak elak hutang sambung study? Ermm, try apply scholarship atau apply pinjaman boleh ubah/tanpa interest. Sambil tu boleh buat kerja part-time.

      Delete
  4. Salam akk , saya pon tgh dilemma nk smbung ke degree kat uitm. Saya skrg kerja n dpt offer smbung degree. Ikut hati x nak sambung dah sbb dah seronok kerja tpi parents macam kecewa je bila saya bgtau yg saya dah x minat smbung degree. Bagi saya pglmn tu lagi penting zaman skrg ni.

    Ape pendapat akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam

      Tak minat sambung belajar at all atau tak minat kursus yang ditawarkan?

      In general,kalau tak minat sesuatu better jangan mulakan. Tapi perlu diingat, minat boleh dipupuk asal sedia belajar utk suka dan menerima. Bukan semua org dpt peluang masuk u.

      Dalam dunia pekerjaan,keseronokan tu sementara je. Bila awak dah get use dgn kerja2 tu, seronok tu mungkin hilang. Yg lebih penting, career pathway. Fikir hala tuju utk 5 thn akan datang.

      Betul pengalaman tu penting, tapi peluang baik tak dtg selalu.

      Delete
  5. salam kak..Kiranya Kalau Ada peluang untuk smabung,,better belajar ke kak?sebab saya dalam dilema lagi nak fikir masa depan..sebab keeja pun best juga tak ada hutang nAK tanggung..macam Mana ya kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Sebelum akak bagi pendapat, try cari jawapan "Where do you see yourself in 5 years from now?" Jawapan kena ikhlas dari hati. Dah dapat jawapan, pendapat orang lain dah tak penting kerana awak sendiri akan tau hala tuju hidup awak.

      Tak nak sambung belajar sebab tak nak berhutang itu pendapat yang salah. Hakikatnya, tak pernah wujud pun orang bekerja yang tidak berhutang. Beli motor cash pun ramai yang tak mampu, dik. Apatah lagi kereta, rumah, etc.

      Pendapat akak, pergilah sambung belajar selagi ada peluang. Dan kejar cita-cita awak. Jangan jadikan duit sebagai alasan. By right, rezeki Allah tak pernah salah alamat. Jadi, jangan takut dengan rezekiNya.

      Delete
  6. salam kak..Kiranya Kalau Ada peluang untuk smabung,,better belajar ke kak?sebab saya dalam dilema lagi nak fikir masa depan..sebab keeja pun best juga tak ada hutang nAK tanggung..macam Mana ya kak?

    ReplyDelete