Saturday, February 11, 2017

Bercuti 2 Hari 1 Malam di Ipoh, Perak

Hi.
Assalamualaikum wbt.

Bila dah bertukar tempat kerja ni, nak curi masa untuk bercuti agak payah. Kalau dulu selalunya cuti mesti paling kurang pun seminggu. Tapi kat tempat kerja sekarang, kalau nak bercuti kena utilize cuti weekend la. Atau pun guna tiket kerja sambil bercuti. Hwaaa. Trip ke Ipoh ni pun sebenarnya guna tiket yang satu tu la. Kerja sambil bercuti.


:: Pakatan berjalan CUCMS ::


Di Ipoh, kitorang menginap di Kinta Riverfront Hotel. Aku tak reti nak komen pasal hotel ni sebab aku bukan hotel hunter. Asal ada tempat nak bermalam, aku on je. So, dah sah-sah la bukan aku yang arrange penginapan. Kihkih. Cuma night view kat hotel ni superb. Lokasi strategik untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Ipoh dan tempat makan.


Bukit Larut








Plan awalnya nak gerak pagi ke sini sebab nak naik 4 wheel drive ke puncak. Tapi entah macam mana tetiba semua macam tak semangat nak ke puncak. Sudahnya tengah hari tu kitorang jalan-jalan je kat kaki bukit.




Tapi untuk korang yang nak naik 4 wheel drive ke puncak, sila datang awal pagi sebelum trip hari tu fully booked. Nak hiking boleh jugak. Total perjalanan antara empat ke enam jam kalau hiking. Kat sini korang akan jumpa ramai uncle aunty yang majoritinya Chinese exercise turun naik bukit. Cuma jangan lupa pakai pakaian yang sesuai eh.


Taman Tasik Taiping





Disebabkan tak ke puncak Bukit Larut, jadi masa yang terluang tu kita gunakan dengan berjalan-jalan kat tepi tasik. Tempat ni betul-betul berhadapan dengan Zoo Taiping. Kalau orang lain jalan-jalan tepi tasik pukul 6 petang, kitorang pulak pukul 1 petang dah terpacak kat situ. Walaupun panas, ku gagahkan jua. Sempat jugak la try triple bicycle kat situ. Tapi aku nasihatkan korang jangan try kalau rasa-rasa tak nak accident langgar kereta, langgar tembok atau terjun tasik. Kitorang dah rasa dah. Serik! Haha. Apa yang best kat taman tasik ni adalah banyak spot cantik untuk bergambar. No wonder la banyak drama melayu suka shoot kat sini.






:: Tetap senyum walau dah accident banyak kali. ::


Triple bicycle: RM 15/30 minutes


Matang Mangrove Forest




Dah penat berbasikal dan pusing-pusing tasik, destinasi seterusnya adalah Hutan Paya Bakau. Yang ni betul-betul terasa macam budak sekolah ikut lawatan sambil belajar bersama Miss Suhaili. Aku dengan Yuni tak tau nak buat facial expression macam mana sebab memang tak boleh nak masuk dengan tumbuh-tumbuhan ni. Tak tau la kalau Yuni tu boleh hadam semua pasal paya bakau. Sepanjang jalan tu aku dok terbayang kot-kot la ada Anaconda menyorok disebalik akar ke. Muahahaha.




Parking fee: RM tak ingat
Entrance fee: RM 5/person


Mee Udang Mak Jah






Setelah seharian berjalan, sekarang tibalah masa untuk mengisi perut. Mula-mula plan nak pekena Mee udang Mak Teh, tapi sayangnya gerai tutup pulak. Tak ada rezeki la tuh. Jadi kitorang pun singgah makan kat Mee Udang Mak Jah di Kuala Sepetang. Tak jauh pun dari Matang Mangrove Forest tu. Mee Udang Mak Jah ni famous tau kat Kuala Sepetang. Sesiapa yang datang sini memang wajib pekena Mee Udang dia. Selain Mee Udang, ada jugak menu-menu lain. Udang dia not bad, besar la jugak kalau nak compare dengan Mee Udang Shah Alam. Haha. Tapi tu la, ada orang kata Mee Udang Mak Teh lagi sedap. Huhu. Apa-apa pun, habis jugak semangguk Mee Udang Mak Jah tu aku bedal! Ahah.


Kinta Riverfront



Malam tu kitorang jalan dekat-dekat hotel tu je. Meriah jugak, macam i-City Shah Alam versi kecik sikit. Turun bilik malam tu sebenarnya sebab lapar. Tetiba perut teringin nak makan burger. Jadi kitorang pun merayau-rayau la cari makanan. Selain ada gerai jualan dan makanan kecil-kecilan, aktiviti seperti berbasikal, roller blades dan sewaktu dengannya ada jugak. Sediakan duit je. Pada yang takat nak lepak-lepak makan aiskrim sambil layan group busking kat situ pun boleh.


Kellie's Castle






Tempat ni memang on top of our plan. Dari Cyber lagi dah dok sebut-sebut nak pergi Kellie's Castle. Pagi-pagi lagi kitorang dah sampai. Masa kitorang sampai tu hujan baru je berenti, so tak panas sangat. Pada yang nak datang sini, korang rajin-rajinkan la baca asal-usul istana ini. Confirm tak rugi. Kalau kat Agra, Shah Jahan bina Taj Mahal untuk isteri dia, Kat Batu Gajah ni pulak ada William Smith yang bina Kellie's Castle untuk isteri dan anak-anak dia. Such a loving guy. Kalau nak tau sejarah pembinaan dan asal usul nama Kellie ni, sila datang ke sini dan hayati kisah hidup si William. Ingat, bangsa membaca, bangsa berjaya!








Parking fee: RM 2
Entrance fee: RM 5/person (Malaysian-tunjuk mykad)


Laksa Telur Goreng Bersarang




Sorry terpaksa tulis menu instead of nama restoran sebab aku tak ingat nama restoran ni. Lokasi adalah di Taman Botani, 20 minit perjalanan dari kellie's Castle. Actually kak Suli yang beriya nak bawak kitorang ke tempat ni. Katanya laksa dia sedap. Tapi aku bukan peminat laksa pun. Makan untuk kenyangkan perut ok la. Tapi rasanya memang sedap kot sebab kedai tu penuh masa kitorang sampai. Oppps, kedai ni tutup pukul 7 petang. Korang jangan lambat tau. Sesiapa yang tak makan laksa jangan risau, sebab menu lain seperti nasi kukus ayam berempah, betul-betul sebelah kedai ni. Walaupun aku bukan peminat laksa, tapi habis jugak semangkuk laksa tu aku kerjakan. Haha.


Taman Rekreasi Gunung Lang







Kalau semalam kitorang dah berekreasi kat Taman Tasik Taiping pukul 1 petang, hari ni kitorang berekreasi kat Bukit Lang pukul 2 petang pulak. Haha. Aku memang suka buat aktiviti time panas-panas cam ni. Walaupun panas, tapi ramai gila orang beb! Mungkin sebab weekend kot. Mula-mula aku ingat tempat ni boleh la nak hiking ke apa. Rupa-rupanya cuma boleh jalan-jalan dengan naik bot je. Kecewa. Nak naik bot memang beratur panjang la. Aktiviti dekat sini lebih kepada aktiviti kekeluargaan. Jalan-jalan sampai penat. Ada taman permainan, menara tinjau, rumah Melayu, dan beberapa lankskap menarik. Kalau nak bagi makan ikan kena beli makanan tu dari jeti lagi. Nak picnic bersama keluarga pun ok jugak. Jangan lupa bawak tikar dan makanan sendiri. Tapi kalau nak picnic tak perlu la naik bot tu, park kat area air terjuan buatan kat luar pun dah ok. View cantik, redup lagi.








Boat trip: RM 3/person (return)


Man Yong Tau Fu



:: Gambar ihsan Google sebab gambar sendiri dah hilang entah ke mana. ::


Malam seterusnya tetiba pulak kak Suli teringin nak makan Yong Tau Fu. Maka kitorang pun google la cari mana nak dapat Yong Tau Fu sedap. Dan akhirnya waze membawa kitorang ke Man Yong Tau Fu yang terletak di Manjoi Perak. Landmark dia berdekatan dengan sekolah tahfiz ustaz Kazim Ellias, Al-Barakah. Actually gerai ni berkongsi dengan kedai makan Warung Pak Wan. Jadi, selain makan yong tau fu boleh je order masakan panas lain. Gerai sate pun ada jugak. Korang pilih je nak makan apa.

Restoran Nasi Vaggey




Orang kata kalau ke Ipoh, tak sah kalau tak pekena nasi vaggey. Jadi sebelum balik KL moh le kita singgah makan kat sini. Ingatkan nasi vaggey ni apa benda la. Rupanya nasi putih+macam-macam kuah dengan sambal. Lauk boleh pilih. Macam aku ambil ayam goreng berempah dengan telur masin.
Sambal campur kuah kari dengan kuah apetah memang terbaik. Berpeluh beb makan! Masuk kereta, tidur terus sebab kenyang sangat. Kuikui. Lokasinya kat area Manjoi. Dekat dengan sekolah Al-Barakah dan Man Yong Tau Fu tu jugak.  Korang google la eh!





1 comment:

  1. nice entry ! sangat informative. ada gambar, beserta nama kedai and hara entry smua.. thanks for sharing !

    ReplyDelete