Thursday, October 4, 2012

Sweet September - Girls Day Out!



Assalamualaikum w.b.t


Amboi..amboi, kemain laju  aku up date Sweet September ni, kan? Tapi peduli apa aku..nak up date jugak! Ni masa 3rd week of September. Kebetulan most of us free even ada yang baru habis ON shift, so kitorang pun pakat la berpoya-poya. Almaklum la...gaji pun dah masuk so faham-faham la. Hehee. Memang plan nak main bowling coz dah lama gila kitorang tak main. Siap war-warkan kat FB lagi. Tak pasal2 kantoi dengan bos. Siapa punya keje la tuh. Wat hal! Haha.





:: Ampang Superbowl TS, here we come!! ::



 
 
 
 
:: Semua kat atas nih, bersama menuju longkang, huh?! ::



 :: Seronok korang gelakkan orang, ye? ::
 
 
 



 

 :: After almost two years tak main bowling, what do you expect, huh? ::
So Fida, jadi tak kita training tiap2 minggu nih?
 
 
 
Habis bowling dok merayau-rayau lagi kat TS. Nak balik, awal lagi. So apa lagi, jom singgah Stars Archery pulak! Eh, bukan singgah je tau. Main sekali. Dan memang SEKALI niiiiii je. Tak sanggup nak jejak tempat ni lagi. Sungguh aku fail main menatang nih!
 

 :: Sebelum main, seronok bergambar.... ::
 
 
 
 :: ...tapi ending dia...cam hampeh! Tak mau main lagi! Menci! Menci! Menci ::
 
 
Dah penat main, perut lapar balik. Tekak pun dah kering dok gelakkan orang. So singgah jap kat Tutti Fruity. Nak merasa la konon. But in the end;
“Ek eleh. Macam aiskrim buat sendiri je”.
“Sedap lagi aiskrim McD”.
“Dah la mahal. McFlurry pun tak semahal ni”.
“Nak aiskrim McD!!!”
 
Conclusion: McD tetap No 1!
 
 
 
 
 :: Tutti Fruity! "Untuk orang2 yang mengidam" - Zurina ::
 
 
 
 :: Sama ke? Tak, kan? Kenapa orang selalu confuse? ::
 
 
 
Oh, no. Perut yang lapar belum terisi! Jom Crepe2u!
 
 
 

 
:: Snek sebelum pulang! ::
 
 
 
 
Balik je check purse. Pergh...belum 1hb duit dah tinggal ......
Malas la nak cerita, nanti menyesal!
 
 
 
 

Tuesday, October 2, 2012

Sweet September - Ambil Berkat! [part 1]


Assalamualaikum w.b.t

 

September dah berlalu dengan cerita yang tersendiri. Meeting, discussion, paperwork, proposal, presentation...ah, kalau nak cerita pasal kerja memang takkan ke mana. Tapi sesibuk mana pun dengan tugas-tugas hakiki, tuntutan nafsu remaja tetap diturutkan. Eh, remaja lagi ke? ekeke. So untuk bulan lepas sempat juga la aku memenuhi dua daripada empat undangan majlis raja sehari. Kalau nak diikutkan undangan -undangan yang aku terima ni berlangsung di Shah Alam, Bangi & Kajang. Eh, orang Selangor ni memang suka kahwin bulan September ek? Hehee. Tak kisah la kat mana pun janji makan free. I like!

First undangan tu dua minggu lepas. Kitorang pakat nak pergi dalam kol 2 coz ada member yang keje AM shift on that day. Tapi tunggu masing-masing siap make up bagai, kol 3 jugak la gerak dari Cheras. Lepas tu singgah Bangi kejap pick up sorang lagi. Masa tu jam dah nak pukul 4. Cuak tak cuak la coz kat kad tulis majlis sampai kol 4. Sudah! Dah la masing-masing tengah kelaparan. Dan kepala pun dah fikir macam-macam.

'Ah, tak apa. Sampai umah pengantin nanti, salam tuan rumah..jumpa pengantin then cabut cepat-cepat cari sate kajang!'

Hati dah berkira-kira!

Sampai je kawasan rumah pengantin, terserempaklah dengan beberapa staf A&E yang dah nak balik! Aiseh, malunya. Tapi redah jugak la masuk cari mak pengantin.

“Eh, dah makan?”

“Belum mak cik” *sambil tersengih-sengih tak malu*

“Owh, pegi la makan dulu. Ni kawan siapa? Kamisah?”

“Tak...Halim”

“Owh. Pegi makan..pegi makan”

Fuh..fuh. Ada makanan lagi. Selamat poket aku kami.

Then tengah syok bersantap, datanglah sorang senior staf kitorang dengan ramah bertanya;

“Kenapa lambat?”

Erk. “Sesat!”
 

Ayat cover line, uh?!



:: Lapar sangat! Dah habis makan baru ada mood nak bergambar ::
 
 
 
 
 
 
:: Masing-masing dok pakat ambil berkat. Dah tak lama lagi la tuh, ye dak? ::







:: Selamat Pengantin Baru Halim & Kak Kamisah!!! ::



Sakan tak kitorang bergambar walaupun datang lambat? Ni la untungnya jadi tetamu terakhir coz boleh gunakan segala props yang ada. So lepas ni kalau ada jemputan, dah tau dah nak pegi kol berapa. Hehee

[wat hal!]

Saturday, September 22, 2012

Birthday Celebration at Ayam Penyet

 
 
 
Assalamualaikum w.b.t
 
 
Waaa sejak dah kerja ni, jarang giler dapat buat aktiviti lepaking bersama member-member. Tapi semalam entah macam mana boleh pulak si Zurina timbulkan idea nak celebrate birthday seorang lagi member kitorang, Dayah S. Dayah S?? Kenapa S??? Sebab batch kitorang ada dua orang nama Dayah. Seorang asal Kelantan dan si birthday girl ni pulak dok Selangor. Nak senang bezakan, letak la huruf S tu represent asal usul susur galur dia. Ekeke. Dan selaku seorang yang sangat aktif suka acara makan-makan ni, maka dengan senang hatinya aku menerima dan menokok tambah idea ni. Agenda haruslah dimulakan dengan pemilihan dan pembelian birthday cake! Fantasy Chocolate Cake or Blueberry Cheese  Cake or Creamer Blueberry Cheese Cake or...... Ok, tak payah nak or..or sangat. Tanpa mempertimbangkan kesukaan birthday girl, at last Creamer Blueberry Cheese Cake yang jadi pilihan sebabbbbbbbbbbbbb, tu yang nampak paling sedap. Hehee.
[Nasib baik masa event tu birthday girl says ok untuk kek yang sedap itu. Kalo tak, nampak sangat kitorang ni syok sendiri. fuhh2]
 
Lepas tu terus bergerak ke Restoran Ayam Penyet kat Permaisuri coz tak tau nak celebrate kat mana. So main petik je la. Ok ke?



:: Zu dah pening tak tau nak makan apa ::
 
 
 
 
 
 
Masa order makanan tu kitorang mintak tolong krew kat situ prepare kek sekali. Budget nak buat surprise masa dorang serve makanan la kan.






 
 


:: Masing-masing buat-buat busy. Ini semua gara-gara tunggu 'abang adik' yang lambat sangat prepare kek ::
 
 
And it’s work!
 
Once one of the crew kat situ datang sambil bawak kek yang siap berlilin, kitorang pon dengan semangatnya nyanyi,
...Happy birthday to you...
...happy birthday to you...
...happy birthday to Yah...
...happy birthday to youuuu!!...



Eh Fida, bukan kita plan nak nyanyi lagu Allah selamatkan kamu ke??? Apsal lagu omputih ni yang keluar????*winkwink*
 
 
Tak kesah la kan...asal tak lupa baca doa sebelum makan. LOL.



 :: Happy birthday, Yah!!! ::



 
 
 :: Don't forget all these moment Yah, coz ni la kali terakhir ko sambut birthday as a single lady :) ::








 
 
 
 
 
Next time will be...... Sunway Lagoon, ya? Ke Genting? Legoland?
Eh, lupa. Gaji tak masuk lagi!
Mood: poket kering.