Friday, August 19, 2011

Jenayah di Bulan Mulia [i]

 
Seperti biasa selepas solat Isya’ dan Tarawikh berjemaah di surau kolej, semua penghuni bilik B-04-01 berteleku di meja study masing2 menelaah pelajaran sambil telinga masing2 berplugkan ear phone. Ini semua gara2 final exam sem satu yang bakal menjelang selepas cuti raya nanti.

Perghh...rajin gila prepare awal2! Rilek sudah...

Blah lu. Dah confirm2 la cuti akan digunakan untuk berjalan collect duit raya. Ye dak?

Tiba-tiba...

Dum...! Pommm....pommm!!! Tebabooo........!!! (sound effect bunyi mercun la tuh)

Dengan rasa tak puas hati, ear phone di telinga kanan ku tarik sambil menoleh mencari rumates ku yang lain.

“Perghh...ni yang panas nih. Aku pon nak main mercun gak!!”

Erk..budak2 ni dengar tak apa yang aku cakap. Ke aku cakap sorang2. Hati berbisik.

“Tu la. Memekak gila! Apa lagi Sarah, balik cuti ni bawak balik mercun” sahut Ummi. Antara semangat dengan tak puas hati.

Fuhh...nasib baik ada yang sudi respon.

“Ermm...tu pon kalo ada lagi mercun. Aku tak taw la abang aku dapat cari ke tak. Hari tu dia kata sekarang ni susah nak dapat supplier. Ko pon cari la Ummi” balasku.

“Okay. Nanti aku cari” jawab Ummi pendek.

“Eh, apa ni? Apa ni?” sampuk Anne tanpa memberi salam.

Uh? Dengar jugak?

“Tak. Ktorg plan nak bawak mercun balik nih” kata Ummi.



“Eh, bagus2. Bawak banyak2 sket. Dah lama wey tak main mercun” sambung Anne beriya.

Aku dan Ummi saling berpandangan. Terlebih semangat la pulak. Duhh..




**************************



Hari pertama di kolej selepas balik cuti raya.

“Sarah, cuba teka aku bawak apa?” soal Ummi penuh rahsia.

Uh? Out of the blue. Apa hal lak nih.

“Mana la aku taw” gila tak ada perasaan aku jawab.

“Taraaaaaaaa...!!!” jerit Ummi terlebih excited sambil menggoyangkan 2 bungkus mercun naga di tangan.

“Aaaaaa.....mercun! Best2” sahutku seraya mendapatkan mercun di tangan Ummi.

“Yes! Boleh main malam nih” sambungku lagi, penuh semangat.

“Eh, tapi aku tak bawak lighter. Cam ne nak main nih” kata Ummi ala-ala rasa bersalah.

Erk.....haila. Mana nak cari lighter nih. Kataku dalam hati. Dalam kepala otak dah membayangkan muka satu per satu budak lelaki praktikumku. Agak2 dorg ada lighter tak?

Setelah beberapa saat mendiamkan diri sambil konon2nya memikirkan penyelesaian. Akhirnya ktorg decide untuk tanya pak cik kafe B. Dorg main masak2 kat dapur tu kan guna api. So, takkan tak ada stok lighter or mancis kan?

Malam tu selepas solat berjemaah di surau kolej, ktorg (aku, Ummi, Anne, Jian, CC, Naza & Ecah) bergegas ke kafe B tanpa membuka telekung. Misi kami Cuma SATU. Mesti dapatkan lighter malam ni jugak! By hook by crook!

Di kafe B.

Sambil menoleh kiri kanan kiri kanan dan kiri balik, kami cuba mengesan mangsa.

Ish...nak tanya siapa nih? Semua macam busy je.

Tiba2 mataku terpaku pada abang kafe yang paling comel dan ‘rendang’ sekali. Then aku pandang Ummi. Ternyata pilihan kami sama. Hehee. Aura jahat jelas ketara di muka masing2.

Lantas kami approach abang ‘rendang’ yang tengah mengelap meja.

“Bangggg....ada lighter tak?” Fuhh. Memang desperate cari lighter. Tak ada pakai mukadimah intro segala bagai. Korus terus. Straight to the point!

Dengan muka terkejut abang tu menyoal balik, “Lighter?”

Aku dan Ummi berpandangan sekejap. “A’ah. Ada tak?” soal Ummi kali kedua.

Ku lihat abang tu menoleh ke kiri ke kanan sebelum berkata seakan berbisik, “Dik, abang sebenarnya tak merokok. Tapiiiii...kejap eh. Tanya kat dalam jap”.

Erk. Bila pulak aku tanya dia smoking ke tak? Ish. Ktorg salah tanya ke dia salah dengar. Ermm...

Tak lama lepas tu dia keluar semula sambil membawa lighter warna oren.

Hehee. Yes, mission accomplish!

Dengan muka yang happy gila ktorg janji akan pulangkan lighter tu balik. Tapi tak mention pulak bila. Haha. So apa maksudnya tu? Ce pikir...ce pikir...



bersambung...

Wednesday, August 17, 2011

Resepi: Minuman 'Fizzy' Yakult




Bahan-bahan:

Sebotol Yakult
100ml minuman bikarbonat F&N Strawberry (boleh juga try perisa lain)
Kiub ais



Cara menyediakan:

Masukkan kiub ais ke dalam gelas
Tuang Yakult ke dalam gelas tadi

Penuhkan gelas dengan air bikarbonat pilihan korg


Then...

Minum dengan rakusnya!!



Kelebihan Yakult

Yakult mengandungi bakteria baik, L. Casei Shirota a.k.a strain Shirota yang membantu meningkatkan sistem imun badan seseorang. Minuman susu kultur ini mampu meningkatkan aktiviti sel2 NK (antara sel penting untuk pertahanan badan). Oleh itu, minuman ini juga mampu mengurangkan kesan alahan/alergik yang disebabkan sistem imun badan yang lemah.
Kesan peningkatan daya tahan badan dua botol Yakult sehari bersamaan dengan pengambilan 40 billion strain Shirota hidup setiap hari selama 3 minggu. Ayat mudahnya, lebih baik minum Yakult 2 botol sehari dari telan 40 billion strain Shirota tu hari2 coz kesannya sama je. Tapi ngeri la pulak bila membayangkan aku dah telan lebih 40 billion bakteria sehari. huhu.




p/s: kepada penggemar Nescafe yang kreatif, korg boleh menang RM 10k dengan menyertai pertandingan reka cipta tin Nescafe kat sini!

Wednesday, August 10, 2011

Buka Puasa di BlueWave Shah Alam


Assalamualaikum w.b.t

Edisi makan free datang lagi, yeay! Makan2 nih fully sponsored by my new company. Ceh, macam la sebelum ni ko dah keje banyak tempat. haha. Dah lama rasanya tak melantak kat mana2 hotel. Kalo dulu masa zaman sekolah ada jugak la dinner kelab persatuan or jamuan akhir tahun segala bagai kat hotel2 tapi kalo versi berbuka puasa, ni la yang julung2 kalinya. Walaupun tak segrand mana. Asal dapat makan free, ok la tuh! Ye, dak? So, terima kasih la kepada bos2 DM Medicare Group belanja ktorg. Semoga dimurahkan rezeki. Ameen. *ayat bodek nih* Tapi kalo raya nanti dapat duit raya lagi best. Memang rezeki melimpah ruah punya la. InsyaAllah. hehee.

Date: 6th August 2011
Venue: Grand BlueWave Hotel Shah Alam




Grand BlueWave Hotel, Shah Alam




Random.
Ramai gak company & persendirian yang join buffet Ramadhan kat sini.





Muka2 gelojoh tak sabar nak makan.
Eyp, puasa ke tak puasa nih??
haha



Gambar kat bawah ni dituju khas pada yang tengah puasa.
Motif???
Nak kasi korg terliur di siang hari.
muahahahahah





Amacam? Terliur tak???



Muka2 yang kekenyangan.
Tapi ada jugak yang mengadu, kempunan nak makan ais krim la sushi la.
Haish budak2 nih.





p/s: sekarang ni BlueWave dah diiktiraf sebagai salah sebuah hotel 5 bintang. Kepada sesiapa yang nak merasa tido or makan kat sini sila la ke bluewavehotels.com untuk tempahan. Hotel ni terletak kat Seksyen 14, Pusat Bandar Shah Alam je. Dekat pulak tu dengan stesen bas RapidKL-Pusat Bandar Shah Alam. Maknanya korg boleh datang sini naik kete, teksi, bas pon boleh. Naik Rapid taw. Cerita pasal RapidKL mesti kena guna touch n go, kan? Kalo guna touch n go pulak, boleh menang, kan? Tak caya tengok sini.