"Sahabat umpama baju yang kita pakai. Mampu melindungi kita, mengindahkan kita serta menjadikan kita sempurna di mata orang lain. kawan? Mungkin sekadar pen yang terletak kemas di poket. Ada tak mengapa, tak ada pun tak kisah. kadang-kadang sangat berguna, kadang-kadang tu langsung tak guna terutama bila dah tak ada dakwat. Ada juga pen yang dakwatnya keluar mengotorkan poket baju kita. Itu dia kawan, kadang-kadang berguna dan kadang tu ada yang menyusahkan. Kalau nak dapat sahabat, kamu terlebih dulu kena jadi dan memahami erti persahabatn"- Dr HM Tuah Iskandar.
Di saat sedang rancak bersembang, tiba-tiba handphoneku berbunyi nyaring.
Tengok screen... Fida.
Erk...
"Hello. Sarah, ko kat mana? Balik umah ke?"
"Erm..tak la. Kat luar. Buke (bukak pose) ngan member. Apsal?"
"Owh. Tak ada. Ingat ko balik umah. Report Anat tadi kena hantar esok taw. Tapi dorang nak kumpul malam nih"
Dengan selamba...
"Ok. Nanti aku hantar".
Dan tanpa rasa bersalah...
"Eh, ko dah siap ke? Nak tengok sket. Nanti dah siap aku hantarkan sekali ek?"
haha
***********************
"Hai, Sarah"
Ah, sudah! Siapa pulak nih?
"Erk. Hai!" Blurr. Sumpah aku tak kenal!
"Hey, takkan tak kenal kot. Kan kita jumpa kat kafe hari tu"
Blurr. Sumpah aku tak ingat!
"Ermm...tak ingat la. Siapa ek?"
"Nani la"
"Owh" Sumpah tak tau nak kata apa lagi.
Latihan silat bermula. Tapi Fida sempat berbisik.
"Siapa tu? Kawan ko ke?"
"Tak la"
"Habis, camne dia kenal kau?"
"Entah"
Blurr.
To Hanani ---> seyes sampai sekarang aku tak ingat cammana ko kenal aku and bila ko tegur aku kat kafe tuh.
*************************
"Assalamualaikum. Eh, sorry2. Nak tanya, bilik In kat mana?"
Uh?! In? In-out???
Blackout!
Otak blurr sebab terkejut dengan soalan yang turun dari langit tu. Mata blurr sebab tak pakai spek mata. Siapa dia nih?
Tak apa. Buat-buat kenal.
"Entah. Dia duduk floor ni ke?"
"Dorg kata dekat-dekat sini. Tak apa la. Nanti tanya orang lain"
"Ok"
Sambung doa.
Selepas beberapa minggu baru aku tau yang ketuk bilik tu ---> Dayah K. Dan In tu ---> Zurina! Cess, kata la Zu!
Kawan
Teman
Sahabat
kadang-kadang kita terlupa
Sejak bila ia bermula
Dan bagaimana
Tapi kita tahu
Dan sedar
It's last forever!
p/s: Sahabat bukan yang selalu meng'iya'kan kata-kata kita. Tapi yang berani menegur bila kita tersilap langkah. Dan mengingatkan bila kita terleka!
No comments:
Post a Comment