Friday, February 18, 2011

Ayat Memujuk

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

         Bukankah Kami telah melapangkan dadamu?

         Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat?

         Yang membebankan punggungmu?

         Dan Kami muliakan namamu.

         Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.

         Sesungguhnya di samping kesukaran datanglah kesenangan.

         Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusah payahlah (mengerjakan lain pekerjaan)

         Dan kepada Tuhanmu,berharaplah


al - Insyirah



Verily after each difficulty there is a relief! - Jo

Wednesday, February 9, 2011

Shah Alam-Alor Setar-Pendang-Taiping-Shah Alam [ii-finale]

Lepas pusing2 kat Alorstaq, dalam kol 5.55 ptg ktorg gerak ke Pendang. Umah ex-neighbour lak. Sampai Pendang before 6.30. Memandangkan sume da kepenatan, ktorg decide cari tempat penginapan utk rest tido! Tapi papehal kita pekena nasi ayam dulu! Baru leh lena kan?! Sok pagi gerak gi umah ex-nb. Lepak umah dorg sampai kol 4 ptg. Sempat la makan tdo sume dulu kat situ..hehee. Sebenarnya gi sana nak nengok baby baru. Comeyy! Tapi baby tu asyik tido je. Huhu.

Then kol 4 gerak gi Taiping lak. Umah member skool abang aku! Sampai sana kol 6.30 kot. Gi jalan2 makan2 kat Tesco Taiping ngan bangunan sebelah tesco tu sementara tunggu kawan abang aku abes keje. Ingat nak tengok wayang tapi tiket paling awal pon kol 9 malam. So hasrat terpaksa dibatalkan. Nak main boling, tapi tak ada lak. Last2 jalan2 cuci mata je. Kol 8.30 mlm member abang aku ajak gi tapau makanan dulu before balik umah. Sudahnya ktorg dinner kol 10 malam. Umah kawan abang aku ni pon ada baby gak. Tapi da besar la. 8 bulan. Actually masa umo dia 5 bulan pon ktorg da jumpa. Kat Taiping gak. Conclusion, trip ke utara utk kali ni tak best sangat coz tak bejalan ke mana. Masa banyak dihabiskan dalam kete layan dvd sambil makan maruku. Sepanjang perjalanan sempat la abeskan 4 movie. Rahtree Reborn.2 siri The Karate Kid.Aku Masih Dara. Kalo tahun lepas, sempat gak gi Bukit Merah, Zoo Taiping and Lost World of Tambun. Tapi kira ok la. Trip mengeratkan silaturrahmi! Oppss...kat Pendang and Taiping tak amek gambar coz memory full. Almaklum la...guna hp murah.

Tapi holiday tak abes lagi! Next pit stop adalah kenduri kawen jiran. Dekat je ngan umah. Pandai tak ktorg? Lepas penat2 mengharungi perjalanan jauh, then leh lak singgah makan free! Ahah, i like!! Petang dalam kol 6.30 lak aku date ngan member. Anis. Tak reti penat betol aku nih, kan?! Sebenarnya nak dekat setahun jugak la ktorg tak jumpa. Padahal dia study kat Uitm Shah Alam je. So, ktorg pon gi la dinner kat Pak Li Kopitiam 18 sambil borak2. Kol 8.30 baru balik umah. Haha. Tu la padahnya kalo lama tak jumpa. Sure borak sampai tak ingat nak balik umah! Tapi kol 8.30 tu kira awal la kan?!

Tak amek gambar masa lepak kat Pak Li. Yg ada gambar ni je. Kat Jeti Lumut. Otw ke P.pangkor 2 thn lepas. Yg tengah tu la Cik Anis nyer.


Gambar2 trip ke utara masa CNY tahun lepas
Gambar di sekitar Bukit Merah


Lepak2 kat zoo Taiping ngan kawan abang aku


Jalan2 kat bangunan sebelah Tesco Taiping sambil layan kerenah budak kecik nih
(Sampai sekarang aku tak tau apa nama Mall nih!)

Sunday, February 6, 2011

Shah Alam-Alor Setar-Pendang-Taiping-Shah Alam [i]

Aku  tak tau nape dalam setahun dua ni abang aku suka sangat ajak aku gi jalan2 setiap kali cuti panjang. Macam cuti CNY yg lepas, dia plan nak gi Alorstaq. Nak jumpa kawan and melawat mak angkat dia, katanya. Ni satu perangai abang aku yg tak ada langsung kat aku. Dia memang suka kenalkan family kat sume kawan2 sahabat handai taulan segala bagai. So, kalo gi jalan2 mesti akan singgah rumah kawan2 dia. Perjalanan yg sepatutnya bermula seawal 3.30 pagi tertangguh kerana tuan driver (abang aku la...sape lagi) tak bangun2! Haha..da agak daa...dia memang selalu macam tuh. Poyo je nak bangun awal. Yg jadi mangsa co-pilot nih jugakk. Tak pasal2 aku yg dipaksa bangun awal ni melangut pagi2 buta tunggu driver bangun...huhu. At last kol 5 pagi gak ktorg gerak dari shah alam. Lebih kurang kol 6.45 pagi berenti sat kat R&R Tapah utk solat Subuh. Fuhh...ramai gila org! Alhamdulillah. Masih ramai lagi rakyat Malaysia yg sedar akan kewajiban yg satu tuh! Then berenti lagi kat R&R Sg. Perak utk breakfast pulak. Stay kat cni lama...sampai kol 10 pagi cam gitu coz tuan driver nak tido sebentar. Hah, yg co-pilot asal lak tak take over drive. Haha. Mestilah sebab co-pilot tak berani nak bawak kete manual di tengah2 lebuhraya yg semak dengan keta moto lori bas van trailer segala bagai! Then berenti lagi! Kali ni kat R&R Gurun lak. Utk lunch and solat. Part lunch tuh, tuan driver je makan. Yg lain tak lalu da nak makan. Nak cari katil tido je. Tak drive pon penat wooo.. Pas tuh baru straight to heaven Alorstaq. Tapi disebabkan abang aku tak confirmkan kedatangan dia dan rombongan, kawan dia tuh da merayap ke Kulim. Gi kenduri kawen katanya. Ermmm....so, ktorg jalan2 je la kat pusat Bandar Alorstaq. Destinasi pertama ialah Menara Alorstaq a.k.a Menara Kontot. Sebab apa kontot? Sebab menara tu lebih rendah dari KLCC! Hehee... Tak ada la. Masa masuk pusat bandar ktorg da nampak menara tuh. Kalo nak diikutkan memang la tak tau jalan nak gi menara tuh. Maen ikut je arah menara tuh. Sampai kat satu roundabout, suppose belok kiri tapi abang aku gi kanan. Terus tak nampak da menara tu. Bukan jauh pon sesat. Tapi da lost. Kalo KLCC mesti tak macam tuh kan...sebab KLCC tinggi. Tapi Menara Alorstaq ni ketot...tu sebab ktorg lost. Itu la ayat yg aku kasi kat abang aku. Sampai sudah aku panggil menara tu Menara Ketot! Jgn marah org2 Alorstaq no...!


Menara Alor Setar (AST) a.k.a Menara Ketot



Orang laen sibuk beratur, aku sebuk amek gambar (eh, beratur ke kalo cam gini caranya. Huru-hara je aku tengok!)



Snap dari dalam lif

Usha punya usha..zoom punya zoom tetap tak jumpa jugak umah cik zurina!ish..

Tengok, abang aku pon tolong cari. Tapi tak jumpa gak! Melepas nak makan kenduri. hehee

ketot..ketot pon replika dia je dah lebih tinggi dari aku!huhu


Toleh kiri..toleh kanan..Mana amphitheatre nyer...? Rupa2nya..
ini?!! Lorr..

Pekan Rabu ni sama je dengan Pasar Payang kat Terengganu. Not much different.


Sebelum gerak ke Pendang, sempat gak la pusing2 bandar Alorstaq and singgah City Plaza sambil makan eskem!




p/s:  Sori, gambar tak cun coz guna hp je.