Wednesday, August 8, 2012

Berbuka Puasa di Restoran Cerana

Assalamualaikum wbt.


Bulan Ramadhan ni buat pertama kalinya aku sambut sebagai orang yang berkerjaya! cewahhh. Jadi duit gaji pertama haruslah dilaburkan di tempat-tempat makan terpilih dengan orang-orang terpilih. Ye dak? Lagi-lagi bulan puasa macam sekarang ni. Belum pun sempat aku plan apa-apa, abang aku dah call dulu tanya, .....'Ey, kata dah gaji. Bilanya nak belanja makan luar...'. Amboii..amboi tak menyempat-nyempat ko nak ngetuk aku ye.

So google punya google, maka jumpalah satu tempat makan yang macam best kat area Cheras ni. Iaitu, Restoran Cerana. Restoran ni terletak kat highway Cheras-Kajang. Betul-betul belakang stesen Petronas. Tapi sesat-sesat la jugak nak cari restoran ni. Siap call member mintak tolong googlekan. Al maklumlah, handset tak berapa nak canggih. Tak ada GPS bagai. huhu. But at last jumpa jugak.




Nice view & nice deco as well






Pukul 6.30 baru kitorang masuk kat restoran tu. Masa tu orang tak berapa nak ramai lagi.Then pukul 6.45 pm masing-masing dah start beratur ambil makanan. Iye la kata pun book untuk buffet Ramadhan, jadi sendiri nak makan sendiri ambil la kan? Menu dia banyak gila! Start dari kerepek, biskut raya, kuih-muih, roti John, Mee Udang, ABC sampailah ke main menu. Udang sambal petai, ikan bawal 3 rasa, siput sedut, sayur campur dll.









Ikan bawal 3 Rasa. Tapi aku dapat 1 rasa je,
RASA LAPAR
lol.





My portion. Udang Sambal Petai & Ayam Masak Merah wajib cuba.
Sedap gila kot!


Sotong Masak Kunyit.


Sotong & Ikan Cencaru Bakar


Kurma, buah-buahan & kuih-muih


Dessert


Roti John Special.
Yang ni aku tak rasa. Abang aku yang baham semua.


Ni dah masuk second round. After Maghrib.
Terserlah kegelojohanku.
huhu



Muka kekenyangan


Time to go!


Tapi aku tak galakkan korang pergi time puasa apatah lagi book untuk buffet Ramadhan. Korang takkan rasa nikmat makanan-makanan tu. First sebab korang akan rushing untuk solat Maghrib. Second, perut korang takkan mampu terima makanan-makanan yang korang ambil hanya kerana nafsu semata-mata. Third, makanan cepat sejuk coz dorang masak awal dan dalam kuantiti yang banyak. Ceh, dah berpinggan-pinggan ko makan, sekarang nak bagi tau orang lain jangan pergi buffet Ramadhan lak. Tak congruent betol!

For more information, sila layari website dorang sendiri.
Jangan malas..malas, kay!

Ni first gaji, second gaji pulak plan nak pergi makan steamboat. Tapi tak google lagi tempat mana yang best. *Hurmm..nampaknya duit gaji aku semua habis kat kedai makan je*.
But, it just me!




Wednesday, July 18, 2012

Interview PPUKM


Assalamualaikum wbt.

Minggu ni dah masuk minggu ke dua aku bertugas di PPUKM. Perasaan? Entah la. Aku ni memang heartless sikit. So, memang tak rasa apa2. Tapi bagi aku semua ni masih dalam fasa trial and error lagi. Banyak benda yang aku dah lupa so kena study and work harder than others untuk catch up semua yang aku tinggalkan. Ok full stop pasal isu2 kerja ni, kita rewind sikit ke belakang. Sebenarnya aku nak share pasal pengalaman interview sebelum aku diterima bekerja kat PPUKM ni. Kalau nak dikira, ni my second official interview yang aku pernah attend selama 23 tahun 8 bulan hidup. Cewahh..siap ada official tak official lagi. LOL.

Dua minggu sebelum interview tu aku dah start cuak. Dalam kepala dah fikir macam2 jenis soklan yang akan ditanya. Antara soklan yang aku spot keluar :

1.       Tell us more about you

2.       What your strength(s) and weakness(s)

3.       Why you want to work at PPUKM?

4.       Why we should hire/choose you than others?

5.       Why you want to be a PPP U41?

6.       Tell me whatever you know about job description regarding this post?

7.       Why you choose Science in Emergency Medicine?

8.       What the vision & mission of PPUKM?

9.       Who are the director of PPUKM?

10.   What the vision & mission of ED PPUKM?

11.   Who are the minister of MOH?

12.   Who are the president of Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia?

Tu baru sibuk spot soklan. Belum kira sibuk sms member tanya nak pakai baju apa? Pegi kol berapa? Nak tunggu kat mana? Apa nak kena bawak?
Haila...

Sampai hari yang dijanjikan aku dengan kawan aku, Ina jadi dua orang pertama yang sampai. Muahahhaha...semangat tak kitorang? Tapi yang paling hampehnya, walaupun jadi orang pertama sampai, tetap kena jadi orang yang TERAKHIR di interview coz dorang susun ikut turutan nama. Cess!

Antara soklan yang selayaknya sebagai calon terakhir:

1.       Ceritakan tentang diri awak. Tapi saya nak 5 perkara je; i) nama ii) asal mana iii) anak ke berapa iv) sekolah kat mana, mula dari sekolah menengah v) sekarang tengah buat apa

2.       Bagitau tentang sejarah UKM....tahun berapa Fakulti Perubatan ditubuhkan?

3.       Selepas graduate dan terima skrol, apa perasaan awak tentang program ni [program Sains Perubatan Kecemasan] dan masa depan awak?

4.       Siapa awak untuk 5 tahun akan datang?

5.       Siapa awak 10 tahun akan datang?

6.       Kenapa saya perlu pilih awak, dan tak pilih kawan awak?

7.       Kalau diterima, sanggup kerja pada Hari Raya? Hari Raya pertama?

Bagi aku soklan no 1 tu dorang just nak tau yang korang ni kenal diri korang ke tak je. Tapi hati2 dengan soklan v. Dorang mungkin nak tau tentang pengalaman kerja korang dan macam mana korang relatekan pengalaman tu dengan post yang korang mintak sekarang. Soklan no 2 dorang nak tau korang ada wat background research tak pasal tempat yang korang mintak kerja ni. Anyway, aku tak suka soklan no 3 tu coz quite sensitive. Ngee.. Tapi no 3, 6 & 7 soklan provokasi. Be carefull! No 4 & 5 dorang nak tau korang ni ada wawasan ke tak.

Kenapa soklan dalam BM? Laa...kata pon UKM. Universiti KEBANGSAAN Malaysia. Jadi haruslah semuanya kena melambangkan kebangsaan. Bahasa kebangsaan, pakaian kebangsaan, etc.
Hehee.

Masa nak pergi interview tu aku memang tak berapa confident. Rasa macam tak layak je. Muka mungkin nampak selamba tapi dalam hati Allah je yang tau. Tapi orang kata, kita kena confident dengan apa yang kita buat especially time interview. First impression tu penting! Jadi aku terjemahkan ketidakyakinan aku tu melalui pakaian aku hari tu which is baju kurung. Kata orang lagi, kalau nak attend interview sebagai professional kena la pakai baju yang smart sikit like slack, shirt & blazer. [Eh, baju kurung tak smart ke?]. Tapi dah memang aku tak confident, nak buat cammana kan? Just play safe je la.
 [Untuk korang aku tak galakkan play safe cam gini, ok?]

Tip aku untuk interview ni senang je. Maintain COMEL dan sengih sepanjang masa.
Tak kisah la macam mana provokasi yang dorang bagi.
Good Luck!


Wednesday, July 11, 2012

Nak Mula Hidup Baru


Assalammualaikum wbt.


Nampak poyo tak tajuk entry aku kali ni?
Yeah, ni semua gara-gara YM dengan member sekolah dulu,
[tak mau letak nama dia coz nanti ramai yang google. Ahaks]
terasa tertarik pulak dengan ayat 'nak mula hidup baru'  yang diulang taip.
Tu yang dijadikan tajuk entry kali ni. 
Dan disebabkan ayat dia 'woihh update blog la', maka tercetus la simple entry ni.
Kalo korang perasan, kebiasaannya aku akan update blog setiap hari Rabu. Bukan sebab aku terlalu free setiap hari Rabu. Coz kadang-kadang tu busy jugak. Tapi entah la.
Bagi aku hari Rabu ni special sket.
I always work hard to make every Wednesday be the best day for me.
Or may be jugak sebab aku lahir hari Rabu. Eh, ye ke?
[nanti aku check ngan mak aku dulu. Ahaks].
So berbalik pada tajuk entry kali ini, aku nak announce yang aku dah start keje.
 [After almost a year  tanam anggur yang tak berbuah!].
Yeay! Alhamdulillah.
Tanggungjawab bertambah berat. Stress dah jadi makanan ruji. Penat memang hari2.
Semoga aku mampu memegang amanah ni.
Jadi pekerja yang dedikasi dan kurangkan merungut dalam hati.
[ni nasihat untuk diri sendiri!]
Nampaknya, lepas ni memang jarang la aku meng'update' blog.
Tunggu Rabu berganti Rabu la jawabnya.
So don't miss me, ya!
haha







p/s: skunk ni lebih kerap berYM dari berFB. Terasa kembali ke zaman muda!